Thursday, December 31, 2009

azam

"jusoh...aku tanya sikit boleh tak?" soal kamil yang sedari tadi diam memandang laut.

"tanya lah. apa dia?" jusoh masih memetik-metik gitar kapok yang di beli nya dengan mengguna kan hasil jualan ayam-ayam pak abu bulan lalu.

"apa nak jadi dengan kita nie jusoh? pagi petang siang malam duk melepak dekat bangku tepi laut nie? takder cuti tau? nak-nak, pagi raya pun kita melepak dekat sini?" kamil meluah kan perasaan yang terpendam di benak nya selama ini.

jusoh diam membisu.

pasir-pasir tepi laut itu di kuis-kuis nya.

"yerlah...habis? kita nak buat apa? kerja? kita bukan ader degree pun? upsr pun kita dua-dua kantoi? mana lah orang nak amek kita kerja..." jusoh menjawab persoalan si kamil.

"tapi aku dah boring lah duk hari-hari cengginie. kita meniaga nak?" bola mata kamil bersinar-sinar.

"kita nak meniaga apa? aku curi ayam tahu lah. meniaga? kau tahu meniaga?" jusoh masih lagi dengan petikan gitar nya.

kamil menggaru-garu kepala nya tanda keliru.

"tahu! aku selalu pergi dekat pasar malam dekat pekan nuuu...ramai jek orang meniaga?" ujar kamil.

"diorang yang meniaga! bukan kau! bongok! ntah apa-apa jek lah kau nie?" marah jusoh.

...

"hoi! korang dating tak ajak aku!" tiba-tiba man muncul dengan motor honda cawan nya.

"alah...kau bukan tak tahu...kita orang tiap-tiap hari ada dekat sini? kau apa kes?" kamil senyum memandang man.

"aku baru lepas beli barang untuk mak aku. nak buat laksa kata nya." man menyala kan rokok.

"man...kitorang nak meniaga lah. kau ada idea nak meniaga apa tak?" soal jusoh.

man memandang langit.

"kau orang jual air lah. dekat tepi laut nie...panas-panas...tentu air korang laku punya lah!" man memberi kan buah fikiran.

...

esok nya man melihat kelibat dua orang member nya di tepi laut, siap dengan gerai lagi.

senyum man sendiri. member nya sudah berubah.

macam ini lah belia-belia kampung yang sebenar!

"kau orang buat apa nie?" beliak mata man.

"kitorang jual air lah. macam kau cakap hari tuh? bukan saja orang dapat mandi manda, malah kitorang jual air laut nie untuk diorang bawak balik sebagai cendera mata tau?" serentak jusoh dengan kamil menjawab. udah macam coral speaking.

di kejauhan kelihatan perlahan-lahan man berenang ke tengah laut dengan harapan mati lemas daripada melepak dengan dua ekor 'beruk' itu.

Sunday, December 27, 2009

azimat

itu hari aku dan johny depp lepak-lepak uptown lama damansara pekena steak dua tiga pinggan sementara menunggu cikgu tuisyen sampai.

datang lah satu abang brother ni dengan kopiah segala, kain pelikat segala. "derma ikhlas bang...derma ikhlas..." dia kata.

aku angkat tangan leklok seraya berkata "takpe bang...takpe...". johny depp kusyuk meradak steak.

lat 30 minit lepas tu datang lagi abang brother lain, sama jek pesen nyer, tapi kali ini dia bawak certificate. " derma mesjid bang...derma mesjid..." dia kata.

aku angkat tangan leklok seraya berkata "takpe bang...takpe...". johny depp kusyuk meradak steak.

time aku settle makan, ader amoi gebu lalu...baru nak start usya atas bawah, datang abang brother lain dan dia kata "beli buku 1001 doa bang...ikhlas...ikhlas...".

aku geleng.

johnny depp pandang aku lama-lama. lain macam pulak pandangan nya. kalau dia terkam aku masa itu, mau hilang teruna yang telah ku jaga selama ini di uptown. hisy! seram aku!

"kenapa mereka-mereka ini memperguna kan agama sebagai jalan mencari simpati? kebanyak kan diorang melayu pulak tu?" johnny depp dah pandai berbahasa melayu sekarang.

aku diam.

...

"ha'ah kan? tak der pulak sami cina yang datang jual azimat dekat kita kan? ello abang...abang mau beli ini azimat ka? itu kalau hantu loncat-loncat kejar you...you boleh tampal kepala dia maaa... nanti dia senyap. beli lah satu. beli lah..."

nota kaki : pc aku crashed.

nota kaki lagi : last week keluar dengan pepatung, brother mamai dan bala tentera dan dark ray pergi dataran merdeka tengok kuda.

lagi-lagi nota kaki : hari senin itu hari pergi melaka sebab nak naik sampan.

nota kaki the movie : pekan frinjan 7.0, 9 januari ni paradoks perform ke?

Saturday, December 19, 2009

jabit yang funny.

jabit tak keruan.

lampu lip-lap lip-lap di hadapan membuat kan jantung nya berdebuk-debak.

road block lagi? minggu lepas dah road block? minggu ni road block lagi?

jabit cuba bernyanyi-nyanyi kecil bagi menenang kan diri yang sedang menggila.

perlahan-lahan pedal minyal di tekan mengikuti punggung kancil biru 850 di hadapan nya.

dup! dap! dup! dap!

masa ini lah seat belt nya bagai kan gula-gula getah tidak mahu bekerja sama.

pusa sudah jabit mencuba.

saat-saat akhir...

prap!!!

phew! lega. seat belt berjaya di tarik dan di lekap kan kemas menyilang ke dada.

tingkap kereta jabit di ketuk.

tuk! tuk! tuk!

perlahan-lahan jabit menurun kan tingkap nya.

...

"selamat malam tuan jabit! balik rumah?" tegur polis yang bertugas.

"ya. tengah duty ya? besok pagi, laporan yang saya mintak tuh letak atas meja saya ya?" ujar jabit.

"baik tuan! selamat malam tuan!"

nota kaki : jabit memang suka buat funny dekat diri sendiri. entah hapa-hapa si jabit nie?

Wednesday, December 16, 2009

sebab kenapa aku tak join korang main futsal itu hari.

pari-pari biru mengejutkan tidur aku hari itu.

"apa hal? pagi lagi nie?" aku lihat dia sibuk mengelak bilah-bilah kipas di siling. terbang lagi buat apa? rileks-rileks sudah.

"kau harus bangun sekarang... midas di landa masalah" pari-pari biru bersuara.

mahu tak mahu aku bangkit ke toilet. cuci muka lebih kurang. sarung kan t-shirt 'i love malaysia' dan jeans.

"aku dah ready. moh!" nyata aku kepada si pari-pari biru.

dengan sekali hayunan tongkat sakti nya. kami di teleport kan ke istana raja midas.

raja midas kelihatan lesu tidak bermaya bersemayam di atas singgah sana nya.

"ampun tuanku...tuanku apa kes?" aku bersimpuh mendatang kan sembah.

"beta dalam keadaan duka nestapa sekarang ini wahai bias..." raja midas membuka mulut.

"kenapa tuanku?" aku bertanya baginda.

"sekarang ini, apa sahaja yang beta sentuh akan menjadi emas..." sambung baginda.

aku termenung memandang baginda. emas jek pun? pasal itu jek pari-pari biru tu kejut kan aku pagi-pagi buta? dah lah tidur lewat semalam? celaka!

"lalu tuanku? bukan kah keadaan itu gempak? best lah macam tuh. tuanku pun akan menjadi lebih kaya." perasaan marah aku pada pari-pari biru masih belum reda.

"memang awal nya best wahai bias sahabat karib beta. akan tetapi, setelah beberapa lama...beta lapar. beta mahu makan kfc. asal beta pegang drumstick ayam tuh, dia jadi emas. asal pegang jek? jadi emas? where got road man? beta lapar wahai bias..."raja midas merungkai kan permasalahan yang baginda hadapi.

aku termenung lagi.

lagi...

lagi...

"aha! tuanku pakai glove jek lah tuanku. settle masalah problem tuanku!" entah dari mana idea bernas itu muncul dari mulut aku.

"yerlah!? mengapa beta tidak terfikir sedari tadi wahai bias sahabat ku? terima kasih wahai bias. high five!!!" seronok baginda raja midas.

pap!

Sunday, December 13, 2009

pasar seni bingit.

kuala lumpur : sekumpulan aktivis seni yang menggelarkan diri mereka paradoks telah menggegar kan pasar seni pada petang sabtu lalu. mereka-mereka ini terdiri dari bloggers-bloggers dan aktivis seni bebas telah bersatu untuk menjaya kan deklamasi sajak dan puisi tanpa henti selama dua jam bermula pada jam 4.30 petang di sini.

"kami cuba mengajak para penonton aktiviti berhenti dan berfikir sejenak tentang kekusutan duniawi ini" kata nurul asyikin jurucakap kepada kumpulan paradoks sewaktu ditemuramah. berdasar kan dari temuramah yang di laku kan kepada orang ramai yakni penonton 'plore' ini, hampir keseluruhan nya memberikan kan maklum balas yang positif kepada apa yang di sampai kan oleh aktivis-aktivis seni bebas ini.

encik ariffin hasyim mengata kan aktiviti-aktiviti ini harus lebih kerap lagi di laku kan pada hujung minggu. " aktiviti-aktiviti ini harus lebih kerap lagi di laku kan pada hujung minggu. " kata nya.

setelah jam menunjuk kan jam 7.00 malam, baru lah aktiviti deklamasi sajak dan puisi di melabuh kan tirai nya dan mereka-mereka yang menjaya kan aktiviti ini ternyata puas dengan apa yang mereka laku kan.

nota kaki : terima kasih kepada para-para bloggers yang sudi hadir pada event plore ini. anda tahu siapa diri anda. terima kasih sekali lagi. mamai! you rowks!

Thursday, December 10, 2009

semua benda harus cuba sekali.


ahad.

kelentang kelentung dekat dapur.

aku jenguk-jenguk lah. mana tahu? pencuri ke?

"mak buat apa tuh?" aku tengok makcik som dengan parang dengan alu lesung batu pandang aku. dah macam ninja turtle dah. haha. ibu ku seorang ninja turtle.

"siang ikan siakap. haaa...meh tolong terlanjur turun tuh" arahan dari mak cik som.

ala...ikan siakap jek? apa ada hal?

"dah siap mak!" adalah dekat 15 minit aku bersilat dengan ikan tuh.

...

"dah siap? oke. ambik lagi 5 ekor dekat dalam fridge tuh. siang"

nota kaki : menyesal turun tengok dekat dapur! menyesal!

Friday, December 4, 2009

buaya puaka

"banyak dapat kepala hari nie bang lungu?" sapa isteri nya lungu bila dia pulang pada petang itu.

"ada lah sikit...dekat sungai skrang nie dah tak banyak orang. aku ngayau sampai batang lupar sana." si lungu melabuh kan guni berisi kepala-kepala tadi di sisi tangga.

...

"melampau si lungu nie! sampai ke batang lupar dia ngayau? habis? aku nak ngayau dekat mana?" tuai rumah panjang batang lupar menghentak meja.

marah sangat agak nya?

"kita tombak kan dia tok!" salah seorang anak buah nya memberi cadangan.

"kau gila?! bukan dia kebal ke? jangan kan tombak? m-16 pun tak lut tau? nak tombak kan dia cemaner?" ujar tuai rumah panjang batang lupar.

diam si pemberi cadangan.

"apa kata kita kidnapped bini dia tok?" seorang lagi anak buah nya bersuara.

"nak buat hapa kidnapped? bini aku pun dah ada tujuh?" soal tuai rumah.

"bukan bagi tok nak di buat bini lah..." sambung anak buah tuai rumah panjang.

"habis tu?" tuai rumah membeliak kan mata.

"kita kidnapped bini dia...and then...kita paksa dia bagitau kelemahan si lungu tu. dia mesti tahu punya lah!" beria-ia dia menyakin kan tuai rumah panjang nya.

mana tahu? boleh dapat lembu dua tiga ekor ke?

jimat lah belanja sebulan.

...

"bini kau di tangan kami. besok malam, lepas nur kasih dalam pukul sepuluh gitu...kau datang ke batang lupar untuk mengambil bini kau balik.

yang benar,

tuai rumah panjang batang lupar"

begitu lah yang tertulis pada pintu rumah si lungu pada malam itu.

"sial! aku baru cat pintu tuh semalam! dah kena conteng pulak!? nanti korang besok malam!!!" teriak si lungu.

...

"oi! tuai rumah batang lupar! aku si lungu datang menuntut bini aku balik!!! keluar kau!" pekik si lungu dari laman rumah panjang.

yerlah...mana ada loceng time itu. terpaksa pekik lah.

kelihatan tuai rumah keluar tersengih-sengih bersama beberapa orang nya.

"mana bini aku!?" bentak si lungu.

"nah! ambik lah!" isteri nya si lungu di tendang ke bawah oleh tuai rumah.

bedebuk!

"abang...maaf kan saya..." terngongoi-ngongoi tangisan isterinya si lungu.

"kenapa?" si lungu pelik.

"rahsia kau telah kami ketahui...hahahahahhaha! kau tidak kebal lagi apabila berada di air!" tawa tuai rumah panjang berterusan.

si lungu kaget.

"tangkap si lungu bedebah ini dan tombak kan dia di dalam sungai batang lupar itu!!!" tuai rumah memberi arahan kepada anak-anak buah nya.

tangan si lungu di depang kan di dalam sungai.

segala sendi dan tulang empat kerat nya di pegang rapi.

dada nya yang bidang bagai memanggil-manggil untuk di tombak.

"nah!!!" tuai rumah melempar kan tombak yang pertama pada si lungu.

tombak itu meluncur dalam keadaan slow motion dan back ground music 'jeng! jeng! jeng!' di adun kan di dalam scene ini bagi menambah kan elemen suspen kepada penonton.

"aku bersumpah...akan memburu setiap keturunan kau hingga ke anak cucu wahai tuai rumah panjang batang lupar!!!" sumpah si lungu sebelum mata tombak itu menjamah dada nya.

sebab tombak tu slow, kalau laju? tak sempat dia nak sumpah. nak sebut pisang pun tak sempat.

...

tiba-tiba air sungai bergelora, angin kuat datang menderu-deru ketika mayat nya si lungu tenggelam di dasar sungai.

tempat jatuh nya si lungu itu dengan tidak semena-mena timbul seekor buaya besar berjalur putih di belakang nya.

serentak itu cepat-cepat si tukang cat itu berlari ke pinggir sungai.

"buaya tuh dah pandang aku lah...aku tak sempat nak cat satu badan dia!!" jelas si tukang cat tadi kepada hadirin.

...

maka...

di situ lah bermula nya lagenda buaya puaka, bujang senang.

fin.

nota kaki : korang nak percaya, percaya. aku tak. khurafat semua nie!

Wednesday, December 2, 2009

cheritera pedang indera dewa.

"hubaya! hubaya! adalah di isytihar kan...barang sesiapa yang sanggup menghunus pedang indera dewa yang terpasak pada batu di laman istana...maka orang itu akan di beri ganjaran istimewa oleh baginda sultan iskandar shah!" begitu lah yang di canang kan pada setiap pelusuk negeri.

maka ramai lah akan belia-belia kampung mencuba nasib mereka.

putera-putera raja dari negeri berhampiran juga datang demi mengadu tenaga antara satu sama lain.

hari-hari di luar istana bagai kan pesta yang tiada kesudahan. berduyun-duyun rakyat jelata hadir bagi menyaksi kan keramaian menghunus pedang indera dewa itu.

ada yang datang untuk melihat-lihat. ada yang datang untuk berniaga. ada yang datang untuk menghunus pedang. ada yang datang sekadar datang. boring duk rumah tiada apa-apa. mana ada astro zaman itu?

tiga hari berlalu...

tiada sesiapa pun di kalangan mereka yang berjaya menghunus pedang tersebut.

arakian, tersebutlah kisah seorang pria kampung. pekerja ladang. tuki gelaran nya.

maka sampai lah akan berita pesta menghunus pedang itu ke telinga si tuki.

nak di jadi kan cerita , si tuki juga berminat untuk menghunus pedang indera dewa itu. pedang jek pun? apa ada hal? bukan kapal selam pun? untung-untung boleh mem per isteri kan puteri kesuma dewi.

si tuki nekad pagi itu berjalan megah ke istana.

sesampai nya di sana, tuki beratur panjang untuk mengambil nombor giliran bagi menghunus pedang.

"satu satu tiga enam?" suara speaker di raja berbunyi.

"saya! saya!" berlari tuki ke batu tempat menghunus pedang indera dewa.

hadirin semua sepi ketika si tuki bersedia untuk menghunus pedang itu dari batu.

"bismillah...yeargh!!!" teriak tuki.

dengan sekali sentap, pedang indera dewa tercerai dari batu.

maka gegak gempita lah seluruh rakyat jelata melihat akan kehebatan si tuki itu.

"di minta tuki menghadap beginda sultan di balai rong istana untuk menerima ganjaran" sekali lagi suara speaker di raja kedengaran.

...

"kamu yang menghunus pedang indera dewa dari batu di laman istana?" baginda sultan bertanya si tuki.

"ya. patik tuki. pacal yang hina tuanku" hati tuki tidak sabar mengenang kan puteri kesuma dewi.

baginda sultan menguntum kan senyuman.

"baik. yang sebenar nya beta sedang mencari seorang penghunus pedang. oleh sebab kamu yang berjaya. maka nya...kamu di ambil bekerja dengan beta untuk menghunus setiap pedang yang tercacak di batu-batu di belakang istana. boleh tuki?" baginda sultan tersengih.

...

maka bermula lah rutin harian baru si tuki untuk menghunus setiap pedang yang tercacak di batu-batu di belakang istana.

"gila apa raja nie? banyak gila pedang tercacak dekat batu-batu? boring lah tuh!?" ngomel tuki seraya badan nya bermandi peluh mencabut pedang-pedang.

fin.

Monday, November 30, 2009

once upon a virtue (bahagian enam)

bahagian pertama.
bahagian kedua.
bahagian ketiga.
bahagian keempat.
bahagian kelima.

"lal...apa yang kamu duk menung kan tuh?" tanya ibunya bilal yang sedari tadi leka merenung langit.

"mak...kalau bilal tanya, mak marah tak?" bilal memandang wanita separuh abad itu dengan penuh persoalan.

"tanya lah. kalau mak boleh jawab, mak jawab." ibu bilal senyum memandang bilal.

bilal diam.

nafas nya di tarik dalam-dalam.

"kenapa bilal lain mak?" bilal bersuara.

ibunya bilal berkerut.

"lain macam mana? mak tengok, bilal biasa-biasa aja?" jawab ibunya bilal.

pinggan karipap panas itu di sorong kan kepada bilal.

"biasa mak cakap? kenapa bilal tak sama macam budak-budak sebaya bilal? kenapa bilal lain?" suara bilal sedikit meninggi. karipap panas itu tidak di hirau kan nya.

sepi.

"tuhan itu memang menjadi kan mahkluk nya berbeza-beza bilal. kalau semua nya sama? mana mak nak kenal mana anak mak, mana anak orang lain?" seloroh ibu nya bilal.

bilal berpaling dari ibu nya.

"mak tak faham bilal lah...kenapa bilal ada sesungut mak? kenapa? kenapa bilal ada ekor mak? kenapa? kenapa kulit bilal warna oren mak? kenapa? kenapa bilal makan plastik mak? kenapa?"
bagai peluru persoalan bilal hambur kan pada ibu nya.

debuk!

seketul bata hinggap di kepala bilal.

bilal bungkam tidak bergerak.

malam itu, seperti malam-malam lain, ibu nya bilal mengendong bilal yang tidak sedar diri ke bilik tidur. darah biru yang mengalir dari luka itu beransur-ansur pulih. magis!

serentak itu mata bilal terbelalak merah!

"mak tipu bilal!" pekik bilal.

...

esok hari hingar sekampung atas mayat ibunya bilal yang di temui hanya separuh badan sahaja terjuntai dari bumbung rumah.

bilal?

hilang entah ke mana...

nota kaki : untuk bahagian tujuh sila rujuk pada reza mukmin...lagi.

once upon a virtue( bahagian tiga)

bahagia kedua ada pada nurul asyikin.

"lal...apa yang kamu duk menung kan tuh?" tanya ibunya bilal yang sedari tadi leka merenung langit.

"mak...kalau bilal tanya, mak marah tak?" bilal memandang wanita separuh abad itu dengan penuh persoalan.

"tanya lah. kalau mak boleh jawab, mak jawab." ibu bilal senyum memandang bilal.

bilal diam.

nafas nya di tarik dalam-dalam.

"kenapa bilal lain mak?" bilal bersuara.

ibunya bilal berkerut.

"lain macam mana? mak tengok, bilal biasa-biasa aja?" jawab ibunya bilal.

pinggan karipap panas itu di sorong kan kepada bilal.

"biasa mak cakap? kenapa bilal tak sama macam budak-budak sebaya bilal? kenapa bilal lain?" suara bilal sedikit meninggi. karipap panas itu tidak di hirau kan nya.

sepi.

"tuhan itu memang menjadi kan mahkluk nya berbeza-beza bilal. kalau semua nya sama? mana mak nak kenal mana anak mak, mana anak orang lain?" seloroh ibu nya bilal.

bilal mengalah. tidak sanggup hendak berdebat dengan ibu kesayangan nya.

karipap panas tadi, bilal di buang ke tanah. bulat-bulat pinggan plastik itu bilal mamah.

krap! krup! krap! krup!

...

"bilal...sebelum tidur tuh, cuci sesungut tuh dulu...ekor kamu tuh jangan lupa gulung. dah berjela-jela dah mak tengok. besok bangun awal tau? kamu sekolah."

bahagian ke empat kamu boleh rujuk pada reza mukmin.

Friday, November 27, 2009

keluarga othman.

nyaman.

suara unggas-unggas berkicauan.

permai sekali.

othman memandang anak-anak nya yang masih lena di dalam khemah.

sesekali kedengaran bunyi ayam hutan terpekik di tengah hutan. di terjah musang barang kali.

"sayang..." othman berpaling kepada siti aishah. isteri tercinta.

"apa?" siti aisha sibuk menyiap kan sarapan pagi untuk keluarga.

"best kan kalau selalu-selalu dapat camping macam nie? jauh dari kota...asap...jerebu... kan?" othman tersenyum.

"best" jawab siti aisha ringkas.

"anak-anak pun dapat membesar dengan udara yang sihat. otak diorang mesti cergas kan?" sambung othman lagi.

"ha'ah" siti aisha menuang kopi panas ke dalam cawan othman.

"kalau kita duduk sini terus, sayang suka tak?" othman memberi cadangan.

...

"abang... kalau abang tak berhutang dengan ceti haram dan kena gadai kan rumah kita, saya lagi suka bang."

nota kaki : selamat hari raya kepada haji-haji sekalian. dengar cerita, mekah banjir. tawaf naik jet ski lah kan?

Wednesday, November 25, 2009

aku dan sesuatu.

petang itu aliffie lah yang paling steady sekali. siapa geng dengan aliffie, diorang lah yang paling banyak menang.

kalau jadi pencuri, aliffie lah yang paling lambat sekali kena tangkap.

kalau jadi polis, semua pencuri tak cukup tanah berlari di kejar aliffie.

ace.

entah macam mana, time aliffie jadi polis...

aliffie tertarik sikit kolar baju bahari masa scene kejar mengejar.

prap!

koyak.

aliffie dah sorry-sorry dah. tapi bahari tak mahu mengalah. habis di maki nya aliffie.

aliffie diam.

"nordin!!!" bahari pekik kuat-kuat.

aliffie memang pantang kalau sebut nama pak cik din depan aliffie. aliffie kutip batu sebesar penumbuk.

bahari dah mula kaget.

prang!!!

...

birat-birat kaki aliffie di tiub getah kan pak cik din petang itu. beria-ia aliffie minta maaf pada pak cik ipin atas tingkap rumah nya yang aliffie lontar dengan batu tadi.

nota kaki : kenapa kau elak bahari!? sialan!

Sunday, November 22, 2009

dua dunia

pagi yang biasa-biasa sahaja.

nessie bangun dari tidur. perut nya berkeriuk-keriuk minta di isi.

"hu? where am i?" nessie binggung berenang-renang ke sana-sini. tempat tinggal nya sudah berubah.

semua nya jauh berbeda. segala-gala nya tidak serupa seperti semalam.

"weih! kau orang baru ek kat sini?" tiba-tiba nessie di sapa dari belakang.

"actually...i'm lost. this is not my home" nessie menjawab.

"owh...mat salleh rupa nya kau nie ya? tapi aku pernah jugak belajar bahasa england masa kecik-kecik dulu. mak aku kata senang nak carik kerja nanti. nah! buaya. buat makan sarapan. kau nampak lapar jek tuh? aku sri gumum. kau?" ujar sri gumum menghulur kan seekor buaya katak kepada nessie.

"sri gumum? i'm nessie. thanks for breakfast." rakus nessie menyambar buaya katak itu.

"macam mana kau boleh sampai kat sini nessie? air asia?" sri gumum menyoal nessie.

"i don't know sri. last night i went to bed and this morning...tada! i'm here. where are we actually?" mulut nessie masih laju mengunyah.

"kau dekat tasik chini. malaysia" sri gumum mengurai kan persoalan nessie.

uhuk! tersedak nessie mendengar nya.

"what!!!? malaysia? how in the hell i got here from scotland?" nessie tersentak.

"hanyut ler tuh kut? biasa terjadi tuh. aku dulu-dulu pun ada terjadi jugak. malam nie tidur dekat sini, tau-tau besok aku dah sampai dekat antartika dah. giler sejuk! mencicit aku berenang balik kat sini." jawab sri gumum.

diam.

"paham kau cakap melayu ya nessie? mana belajar?" sri gumum menghulur kan sebuah sampan kepada nessie sebagai pencungkil gigi.

"i was raised in scotland but my father are from kepong" sengih nessie.

"owh...patut lah paham cakap melayu. okeh. lepas nie aku tunjuk jalan balik ke scotland kat kau. jom!" sri gumum menggamit nessie.

...

"so...after three traffic lights, i turn left and i'll find the main road straight to loch ness?" nessie ingin kan kepastian.

"ha'ah. kalau gerak sekarang tak sesak sangat. berenang hati-hati. add aku kat face book nanti ya?" lambai sri gumum kepada nessie yang perlahan-lahan meninggal kan area tasik chini.

Friday, November 20, 2009

lagenda si penakluk air.

bangun dari tidur. berenang mencari makanan. berpusing-pusing di tukun-tukun tiruan kemudian mencari makanan lagi. tiada yang menarik di dalam diari harian kehidupan seekor ikan siakap.

bosan.

tiada life.

shyrudin termenung memerhati kan matahari terbenam. ikan-ikan lain sudah pulang ke sarang masing-masing. hanya shyrudin seekor. tinggal, mengenang kan nasib nya seekor ikan siakap.

kalau tidak di makan jerung, dia di tangkap nelayan dan menjadi lauk di restoran-restoran makanan laut. shyrudin tidak mahu semua itu.

baru-baru ini, shyrudin terpikat dengan kemolek kan seorang anak gadis yang bermain-main di gigi air. atas sebab itu juga lah dia menolak cinta montel si obor-obor. heboh juga lah sekampung, si montel cuba membunuh diri dengan memakan plastik atas tolakan cinta shyrudin itu.

tapi shyrudin tidak peduli.

malam itu, shyrudin nekad bertemu pawang mak darat. seekor teritip laut.

"mak darat. aku mahu jadi manusia" perlahan-lahan shyrudin menyatakan hasrat nya.

pawang mak darat terkedu.

"betul kamu nak jadi manusia nie shyrudin?" pawang mak darat ingin memasti kan kebenaran.

"ya! aku sudah bosan menjadi ikan siakap! nyata kan apa sahaja syarat nya? aku sanggup menunaikan nya. asal aku boleh menjadi manusia." bersungguh-sungguh benar shyrudin.

pawang mak darat tersengih. jelas kelihatan aturan gigi nya yang jarang itu.

"baik! aku boleh menukar kan kamu sebagai manusia. hanya satu syarat sahaja yang perlu kau penuhi." jelas pawang mak darat.

shyrudin angguk tanda setuju.

rumpai sakti pemberian mak darat shyrudin kemam di dalam mulut nya.

...

pagi menjelma.

shyrudin sudah menjadi manusia!!!!

hebat betul kuasa rumpai sakti pemberian pawang mak darat itu. dalam semalaman sahaja dia bertukar menjadi manusia. tiada cacat. tiada cela.

habis.

nota kaki : anti klimaks kan? hahaha! owh? syarat pawang mak darat itu ada di blog penakluk air.

Wednesday, November 18, 2009

mann-yatt

geng 1 : kau apa kes?
geng2 : apa kes apa pulak? geng kita dah mati sorang tuh.
geng1 : ler...yang mati, biar kan lah mati...kita nie kena terus kan hidup.
geng2 : betul. tapi tak kan nak biar kan kat situ jek?
geng 1 : kita tanam lah.
geng 2 : kat mana?
geng 1 : kat tanah lah? takan kat tiang letrek pulak?
geng 2 : funny lah awak ini? apsal tak mintak kerja jadi badut jek?
geng 1 : yerlah. yerlah. nanti aku pikir kan lah...

...

makhluk : hai.
geng 1 & geng 2 : hai.
makhluk : dengar cerita, kamu berdua ada mayat? betul?
geng 1 : betul. apa kena mengena dengan kau?
makhluk : ...dan saya dengar cerita lagi, kamu tak tahu nak buat apa dengan mayat itu? betul?
geng 2 : betul. lalu? kau nak apa? goreng mayat tuh?
makhluk : gila apa? saya mahu beli lah mayat itu.
geng 1 : aaa? boleh jual ke?
geng 2 : ha'ah kan? boleh jual ke?
makhluk : boleh. kamu jual. saya beli. senang kan?

...

geng 1 : apa macam? nak jual tak?
geng 2 : mana boleh...geng kita tu...
geng 1 : habis? kau nak framed kan dia? gantung dekat pintu?
geng 2 : takder lah sampai macam tu. tapi...kita kebumi kan lah dia elok-elok.
geng 1 : betul. tapi nak buat semua benda tuh, kita kena keluar duit. kalau kita jual? haaaaa!!!! boleh tengok wayang hari-hari kita tau? dah lah arwah dulu tak datang kan apa-apa manfaat pada kita? waktu ini lah dia nak balas jasa kita tau?
geng 2 : lantak kau lah. fifty-fifty tahu?

...

makhluk : lalu? dah ada keputusan?
geng 1 : baik! kami jual. berapa kau nak beli. timbang kati ke?
makhluk : saya beli ikut tahap kekacak kan. kalau lagi kacak, lagi mahal.
geng 2 : ek? kejap. saya pergi ambik mayat dulu. kau tengok ya?
makhluk : saya tunggu sini.

...

geng 2 : alamak makhluk oi...sori banyak-banyak. mayat tuh dah hilang lah.
geng 1 : haaa? hilang? dia pergi mana?
geng 2 : dia pergi giant jap, beli barang dapur. kepala hotak kau! dia dah hilang! orang curi!!!
makhluk : apa? jadi...takder mayat, takder urus niaga lah. saya pulang.

...

geng 1 : so? berapa harga untuk mayat yang fresh ni?
mahkluk : sebab awak tikam di muka. muka dia dah tidak kacak lagi. seratus? boleh?


nota kaki : dragging sangat ke?

Sunday, November 15, 2009

silence! i kill you!?

kosong.

aliffie menung panjang.

kenapa study tak masuk-masuk ni?

batang kanser tinggal kotak sahaja.

urgh!

"wan yatt leung! pinjam motor. aku nak pegi beli rokok lah" aliffie meminta keizinan wan yatt leung untuk meminjam motorsikal nya.

"nah! kunci. lu isi minyak sekali aaa?" wan yatt leung menghulur kan kunci motor kepada aliffie.

aliffie berjalan laju menuju ke depan blok hostel.

motor honda cawan wan yatt leung aliffie hidup kan.

preng!!!

laju menuju ke kedai mamak.

singgah di stesen minyak bagi menuruti amanah wan yatt leung.

full tank.

tentu wan yatt leung gembira.

prenggg!!!

...

"thank you wan yatt leung. nah! amik balik kunci. motorsikal kau aku parking dekat belakang blok tau?" aliffie senyum.

wan yatt leung angkat kening.

"memang motor tu wa parking lekat belakang blok pun. motor sapa lu angkat tadi?"

nota kaki : aliffie memohon maaf atas kebimbangan yang di rasai oleh pemilik motorsikal honda cawan tersebut atas kecuaian aliffie sendiri. maaf.

Wednesday, November 11, 2009

sekarang ini tengah 'in' drama indon.

mas jono mengepal-ngepal penumbuk nya. sesekali kelihatan dia menumbuk-numbuk angin. entah apa yang di marah kan sangat agak nya?

"lho...jono! ngapain lho? gue lihat lho gaya si suami kematian isteri aja?" tegur andre yang baru pulang dari mengerja kan rumah haji said.

anak nya mahu perempuan nya mahu berkahwin bulan hadapan. masa ini lah haji said ingin menunjuk-nunjuk rumah baru nya kepada orang kampung. baru mereka tahu siapa dia haji said!

"adik perempuan gue nyari rejeki di tempat nggak elok an..." adu si mas jono.

andre membetul kan sila nya di sebelah mas jono. air kopi lebihan si mas jono di hirup nya. asap kretek kelihatan menerjah udara.

"dia nyari rejeki di mana?" andre ingin tahu.

"disko" jawab mas jono pendek.

bulat mata andre mendengar nya. masa kan si ratna yang suci budi pekerti nya itu sanggup berbuat demikan? lagi pun andre ada menaruh hati pada si ratna. tak kan lah?

bingung.

"yang bener nie mas? lho nggak main-main?" bergegar tubuh si mas jono di goncang andre.

"iya!!! bener! lho nggak percaya? lho pergi tanyain pada ratna sendirik!" bentak mas jono lalu meninggal kan andre terkonteng-konteng di serambi.

...

"ratna! ratna! bukak jendela nya ya? gue ini! andre!" laung andre dari luar jendela ratna malam itu setelah letih melontar batu kerikil ke tingkap bilik ratna.

"kamu ya andre? ngapain nggak di sms saja gue? sampei perlu lontar-lontar batu segala? lho pikirin ini musim haji ya mauk lontar-lontar batu?" ujar ratna laju sewaktu tingkap di buka.

andre mengumpul semangat. kali ini jangan tidak, dia mesti mendapat tahu dari mulut ratna sendiri.

"ratna, mas jono bilang kamu nyari rejeki di disko ya? apa betul?" soal andre tidak tertangguh.

ratna menguntum kan senyuman.

memandang andre yang kudus.

...

"andre...andre...andre... gue ngerja di tesco! tesco! lho dengarin lagi ngomong kakak gue si pekak itu? sudah! gue mauk tidur. besok kerja!"

serentak itu jendela di tutup dan kelihatan butiran jernih manik-manik kecil bergenang di mata andre.

Sunday, November 8, 2009

tadi

tadi.

bila kah sebenar nya tadi?

persoalan yang ingin saya di debat kan di sini.

mengikut dewan bahasa dan pustaka, tadi itu bermaksud begini.

tetapi tiada masa yang tepat di beri kan.

5 minit yang lalu? itu kah tadi?

30 minit yang lalu? itu kah tadi?

1 jam yang lepas? juga boleh di kata kan tadi?

ya!

bila kah tadi itu sebenar nya?

malam tadi? petang tadi? tadi pagi?

macam mana nak kira tu?

nota kaki : malam tadi saya tonton kl fringe 2009. best!

Tuesday, November 3, 2009

saya awak aku engkau.

haiya!

itu hali wa sudah lepak ting-tong ting-tong lekat itu satu kedai lekat chelas punya maaa.

sudah lepak lekat enam tujuh jam, pelut manyak kembung munya pasat air sudah manyak.

wa dengan hati yang walang berjalan kaki ke toilet berhampiran munya.

rehat.

akan tetapi aaa? sesampai nya wa di sana, toilet yang ada itu lukisan lelaki bilu bertopi sudah di huni maaa... wa talak tahan munya maaa...

wa jeling itu toilet sebelah munya.

kosong.

wa nekad ibalat pengebom belani mati munya nekad.

lalu wa pelgi berlali mendapat kan toilet bersebelahan.

akan tetapi, balu wa sedali, itu toilet tidak boleh di kuci munya.

haiya!

manyak suwey maaa...

naseb baik wa mempunyai lua tangan yang berfungsi sepenuh nya maaa...

satu tangan tahan itu pintu.

satu lagi tangan...

nota kaki : amacam? ada macam cina jinjang tak?

Friday, October 30, 2009

ulasan dan nautika.


nautika.

teater yang mencerita kan kisah seorang datin (baca : nurul asyikin) yang mengalami selsema. kehidupan nya yang sebelum ini mewah dan senang lenang terganggu oleh penyakit selsema yang di alami nya.

mana tak?

asyik bersin-bersin jek?

nak sembang pun tak best!

datin ini lalu pergi ke klinik yang berdekatan lalu meminta ubat selsema.

berikut adalah sedikit petikan dialog nautika.

"puan, ambil nombor dahulu. nanti kami panggil ya?"

...

nurul asyikin sebagai datin.

dark ray sebagai landak laut.

penakluk air sebagai jehan miskin.

nota kaki : effect bersin yang sangat real di bantu oleh teknik c.g.i menambah kan lagi mood di dalam teater ini. tahniah nautika!

Saturday, October 24, 2009

panduan mementas kan teater for dummies.

london : ia hanya gelang plastik tipis, yang dipakai pelajar, mungkin untuk tunjuk tanda persahabatan.

gelang itu boleh diperoleh dalam pelbagai warna dan cukup murah.

kini, ia menjadi sensasi dalam masa yang singkat di taman permainan sekolah rendah di seluruh britain.

namun, namanya yang membuat ibu bapa cemas - gelang seks. dan ia dipakai oleh kebanyakan kanak-kanak yang terlalu muda untuk memahami maksud perkataan itu.

“saya terkejut apabila anak saya memberitahu nama gelang itu,” kata donna heaton.

anaknya, sam yang berusia lapan tahun meminta wang untuk membeli satu gelang berkenaan daripada rakan sekolahnya minggu lalu.

hasil perbincangan dengan ibu bapa pelajar lain, donna mendapat tahu bahawa warna gelang yang berbeza itu membawa pengertian berlainan...

...

sudah baca petikan artikel akhbar di atas?

seterus nya, pentas kan teater anda!

nota kaki : agak-agak bosan duk umah dan merancang nak tonton 'manusia hina'? jangan! better bosan duk umah.

Tuesday, October 20, 2009

diri ini...

kehadapan kekasih ku yang ku cintai,

adapun diri ini mencoret kan warkah ini hanya lah untuk menyata kan bahawa kita tiadalah dapat menge'date' pada hari ini yakni 18 oktober 2009 seperti biasa kerana diri ini sedang menghadiri event anjuran paradoks yakni mimpi 'berat'.

ketika ini diri ini sedang bersemenda dengan jejaka-jejaka serta gadis-gadis munggil yang turut sama menghadiri event ini. lupa lah diri ini seketika kepada kekasih ku yang ku cintai.

alunan melodi dan suara gemersik para performers membuat kan diri ini di buai mimpi indah bersama mereka. tiada lagi mimpi di kejar beruang. tiada lagi mimpi terjun bangunan tinggi. sungguh asyik sekali.

kekasih ku,

pemuisi yang mendeklamasi kan karya-karya mereka juga tidak kurang hebat nya. diri ini terpana bagai melihat kekasih nya baharu bangun dari lena. tanpa make up. serious! terpana!

sketch-sketch improvisasi juga membuat kan diri ini tiada lah lagi mahu menonton wayang gambar bersama kekasih nya lagi. dah lah percuma? free lagi? wayang gambar kena bayar. pop corn lagi? air lagi? kalau tak? tercekik nanti.

kekasih ku,

setakat ini sahaja lah coretan diri ini untuk masa ini. karena pengacara majlis yang maha tinggi kata-kata nya telah menjemput tetamu untuk mencicip jamuan ringan.

sekian coretan dari diri ini.

nota kaki : terima kasih kepada semua yang hadir untuk mimpi 'berat'. anda tahu siapa diri anda. ailebiu all!

Thursday, October 15, 2009

kuda ku lari gagah berani.


"mail...aku bosan lah driving ni..." sapa khairul yang sudah lebih dua jam memandu.

"kau nak aku ganti ke? aku okey jek." mail membuat tawaran.

"tak...aku boleh lagi drive. aku bosan jek" khairul tegar menekan pedal minyak.

"habis? kau nak buat apa?" mail bingung.

"kita main teka-teka nak?" khairul memberikan cadangan.

mail angguk.

"okey aku start ek? aku tengah tengok apa skang nie?" khairul memula kan soalan.

"jalan!" cepat sahaja mail menjawab.

"yeay! betul! hebat nyer kau? okey. aku tanya lagi ek? kita dah berapa jam dalam kereta nie?" soalan seterus nya.

mail pandang khairul.

"dua!" pantas.

"betul lagi? pergh! gempak lah kau nie?" khairul senyum.

mail seperti mahu lagi.

"baik. aku tanya lagi. agak-agak kau lah...bila kita akan sampai ke destinasi?" khairul meneruskan permainan.

...

khairul senyum sinis.

mail sudah berpeluh-peluh.

...

"lain kali... cakap je lah minyak kau dah habis bongok!!! tak payah lah kita jalan kaki pergi carik stesen minyak!!! menyusah kan orang jek lah kau nie!!!"

Saturday, October 10, 2009

ke-ranjang

itu hari aku kemas-kemas bilik yang elok sikit dari sarang biawak tu.

bilik dah start ber aroma ganjil, baru reti nak kemas ye tak?

kemas.

kemas.

kemas.

wah!

aku terjumpa balik bola keranjang aku time sekolah-sekolah dulu.

halamak! best betul!

apa lagi? beraksi lah kat dalam bilik dengan bola tu, kain pelikat pun kain pelikat lah!

dentam! dentum!

dentam! dentum!

no look pass!

prang!

nota kaki : sekarang aku dah ada monitor 19 inci baru. terbang empat rat. bengong!

Friday, October 2, 2009

bersih, cekap, amanah.

hari ini aku nak bercerita jek lah.

dulu...

ada satu negeri ni di perintah oleh raja yang adil dan saksama.

satu hari, nak di jadi kan cerita...penjaga kepada harta-harta raja itu telah mati. (jangan tanya sebab apa)

dalam dua tiga hari selepas kematian penjaga harta nya, baginda raja amat lah sugul dan duk melepak jek atas tahta sebab sugul. tak kan lah baginda raja yang nak jaga harta dia sendiri? mesti lah upah orang nak jaga. baginda banyak lagi kerja lain nak buat selain menjaga harta. seperti duduk di atas tahta...aaa? dan duduk di atas tahta.

atas sebab itu wizurai raja ( baca : tuan penasihat) pun berdatang sembah kepada baginda,
"apakah walang di hati tuanku yang menyebab kan tuanku dalam keadaan nestapa ini?"

"beta berduka kerana memikir kan akan siapa yang bakal beta upah untuk menjadi penjaga harta-harta beta yang baru. beta tiada lah tahu sama ada mereka itu orang yang amanah peri nya atau tidak?" kata baginda yang masih sugul.

sang wizurai diam sejenak.

"izin kan patik mendatang kan sembah tuanku?" sang wizurai tersengih memandang baginda raja.

...

adapun esok nya, maka di canang kan kepada seluruh pelusuk negeri barang siapa yang kepingin mahu memohon jawatan sebagai penjaga harta raja, maka datang lah mereka beramai-ramai malam ini ke istana dengan membawa sijil dan resume masing-masing.

maka,

datang lah mereka-mereka yang berhajat mahu berkhidmat dengan kerajaan negeri itu beramai-ramai ke istana malam itu untuk di temu duga.

adapun, sebelum masuk ke ruang legar istana, mereka-mereka ini di minta melalui satu lorong khas seorang demi seorang untuk ke ruang legar istana.

pelik.

takpe lah, kerja gomen punya pasal? mereka turut kan.

apa yang mereka tidak tahu ialah, di sepanjang lorong khas itu, kiri kanan nya telah di lambak kan dengan syiling emas dan intan berlian yang tinggi nilai nya.

sebab nya?

nanti lah aku nak story lah ni.

setelah semua calon-calon itu berkumpul di ruang legar istana. raja menitah kan supaya mereka di jamu dengan makanan yang enak-enak. selesai jamuan. muzik di alun kan tatkala baginda raja menepuk tangan dua kali.

pap! pap!

baginda raja menjemput kesemua calon ke lantai dansa untuk menari bersama-sama baginda.

tetapi, kebanyakan mereka memberi kan alasan.

"patik sakit perut lah tuanku" ghani berkata.

"patik tak biasa lagu slow-slow ni, patik biasa lagu rock" semaun berdatang sembah.

"mak patik tak bagi menari-menari nie tuaku, berdosa" jawab karim.

akan tetapi, baru dua tiga minit baginda raja menari seorang diri macam orang bodoh...tiba-tiba haji berahim datang perlahan mengikut rentak lagu lalu berbattle dance dengan baginda raja.

maka dengan sukacita nya lah baginda raja akan peri nya haji berahim itu.

jawatan kosong sudah terisi.

akan kepada mereka yang tidak berdansa bersama baginda, mereka semua di kena kan hukuman melaku kan kerja-kerja kebajikan di rumah orang-orang tua selama 14 hari atas kesalahan mencuri harta-harta kerajaan.

dah lah tak dapat kerja? kena hukum pulak tu? padan muka!

maka,

haji berahim lah menjadi penjaga harta baginda raja yang baru di atas sikap amanah nya itu.

dan wizurai yang bijak sana itu di up kan gaji nya berserta sebidang tanah untuk bercucuk tanam.

bes kan jadi wizurai?

nota kaki : aper mender aku tulih nie?

Saturday, September 26, 2009

ringkas.

"you nak apa-apa? order lah."

"bagi i nasik goreng ayam. nasik goreng tak nak. ayam tak nak. i nak pinggan jek. bodoh tak i?"

Wednesday, September 23, 2009

there's no place like home.

mersing.

raya kedua.

aku, padel-panda dan robertio bagio. gerak dari kuala lumpur jam lima. sampai di mersing jam sebelas malam. nak tercabut tulang belakang aku duduk dalam kereta ikan tu.

sampai-sampai laksamana tantari datang jemput, makan malam dekat rumah bakal pak mentua dia.

"alamak...apasal datang lambat sangat? tinggal ini jek" bakal kakak ipar laksamana tantari sapa kami.

ikan kembung masak kicap dengan asam pedas.

belasah!

muka sekor-sekor elok sikit dari jahanam jek sebab penat travel.

"dah! jom aku bawak korang dekat tempat tinggal korang malam nie" laksamana tantari dah tak sabar.

hotel? bukan.

challet? bukan.

resort? lagi bukan.

home stay? ya! home stay!

kami bermalam di rumah berhantu malam itu.

aku pijak masuk dalam rumah tu aku dah start debak-debuk.

patung kucing berpesta!

barang antik toksah cerita lah. penuh! cermin lama besar-besar setiap sudut boleh jumpa.

dah lah tivi takder.

suram.

sunyi je keliling. udah macam cerita keliwon dah.

bilik tiga. sorang satu.

sepelaung jek dari situ tanah perkuburan islam mersing.

sudah nya, 3 orang tido satu bilik. nak kata apa, kata lah! cuak punya pasal.

besok pagi, bangun. mandi. pukul sembilan setengah dah check out dah dari rumah puaka tu.

mencicit lari.

settle majlis akad nikah laksamana tantari, 3 budak k.l berambus balik keluar dari mersing. tak tunggu sampai petang dah. pukul 12 dah cabut.

pukul 5 sampai rumah.

lega.

there's no place like home. there's no place like home. there's no place like home.

nota kaki : saya cinta kuala lumpur. kalau boleh saya nak kahwin dengan dia dan hidup bahagia di samping nya dengan 4 orang anak. 2 lelaki. 2 perempuan.

Sunday, September 20, 2009

malam raya yang hitam.

ah sudah? besok raya? pakcik tua duduk atas kerusi besar tu umum kan pukul lapan suku malam tadi.

bermakna, semua orang kuala lumpur balik kampung.

semua!

tinggal aku sensorang dekat kuala lumpur.

pukul sepuluh nanti ada game arsenal.

mak cik som dah pegang remote astro siap-siap dah. nak tengok fauziah nawi kata nya. asal raya jek, fauziah nawi kaya. tiap-tiap channel muka dia. channel sukan pun muka dia jugak?

gelisah.

capai kunci motor boat and then jalan slow-slow pusing kuala lumpur. carik mamak yang bukak.

mana ada?

seven eleven bukak lah malam raya ni? takan nak tengok bola dekat seven eleven pulak?

penat meround, at last ada jugak mamak keji yang bukak.

lepak lah situ.

aku, televisyen dan mamak.

loser.

nota kaki : nak suruh mak aku pindah kelantan lah. raya boleh balik kelantan.

Tuesday, September 15, 2009

air panas.

bas berhenti betul-betul depan pintu masuk.

"okay. sekarang kita sudah tiba ke destinasi seterus nya di melaka bandar raya bersejarah ini. air panas gadek. turun.turun semua ya?" hamzah si tour guide menyuruh para penumpang turun.

...

"ya tuan-tuan semua, air panas ini antara yang ter famous di melaka. suhu air panas ini boleh menjangkau sehingga takat didih. untuk tujuan perubatan pula, air panas ini boleh mengubati penyakit-penyakit kulit" sekali lagi hamzah memberi penerangan.

"panas betul ke?" tanya ghadafi sambil memetik-metik kamera.

"ya! panas. boleh rebus telur dalam air panas nie tau encik?" hamzah memgurai kan kemusykilan ghadafi.

...

"baik. kita ke ramai-ramai ke bahagian belakang pula ya? mari semua." hamzah menggamit para pelancong.

...

"adoi! panas!!!" serentak semua kepala berpaling ke arah datang nya jeritan.

...

"lain kali... kata lah telur ayam!!!" ngomel ghadafi kesakitan.

nota kaki : boring betul update entri pakai lap top orang nie.

Saturday, September 12, 2009

pendedahan kes ahli muzik 2007

cubaan menyamar sebagai dark ray. first attempt.

"gua rasa brother sebelah yang tengah minum kopi tuh ahli muzik lah" kata sharif kepada gua.

gua paling tengok brother tu.

"macam mana lu tau?" tanpa prejudis, gua selamba je soal sharif balik.

sharif diam.

pandang john yang sedari tadi dok asyik melayan khidmat pesanan ringkas. kredit tak da. check balance jek ulang-ulang.

"lu tengok rambut dia. panjang. kerinting. ahli muzik lah tuh" sharif menyambung hujah.

"makcik karipap tuh pun rambut panjang, kerinting. dia ahli muzik?" gua pangkah sharif.

"baik! lu tengok baju dia pulak. hitam. ada gambar orang bunuh orang. ahli muzik lah tuh." sharif mempertahan kan diri nya.

gua diam.

"tak cukup kuat tuh. lagi?" gua saja bagi sharif hurai kan lagi hujah dia.

"contoh paling kuat ialah gitar dekat sebelah dia tuh. gitar kan alat muzik? mesti lah dia ahli muzik!" suara sharif semakin meninggi.

"ah! gua tak percaya! lagi!?" gua pun boleh tinggi suara juga.

"lagi? orait. tadi gua dengar member dia panggil dia man kidal. man kidal kan pemain gitar kumpulan lefthanded? tengok member dia. itu nash, itu man dayak, itu samad, itu yan, itu isa. dah tentu-tentu lah dia ahli muzik!!" sharif marah.

"ah! lu tipu! dah lah john. jom blah! tinggal kan mamat ni sensorang. malas gua nak layan" kata gua sambil mengheret john yang masih leka dengan sistem pesanan ringkas nya.

nota kaki : aku bukan cina. tapi pakai lu gua lu gua jugak. banyak tengok cerita hong kong lah aku rasa.

Thursday, September 10, 2009

angin malas melanda.

aku lepak dengan samson itu hari di kedai kopitiam. bila aku order kopitiam takder pulak jual? last-last order kopi 'o' ais.

mandom samson petang tuh.

dia kata dia sudah syok dengan satu awek. delilah.

"kau jangan buat gila son...kau ngan dia lain-lain bangsa. bangsa kau siap perang lagi dengan bangsa dia? kau tak ingat?" aku bagi samson fakta.

"cinta itu buta beb. aku gaduh tangan kosong dengan singa sebab dia tau? aku perang dengan 1000 askar bangsa dia dengan tulang keldai pun sebab nak tarik perhatian dia tau? awek macam tuh, sms ngan ym maner dia nak layan..." samson pangkah bicara aku.

"lantak kau lah son...jangan kata aku tak bagi warning. musuh tetap musuh." aku habis kan kopi'o'ais dan balik rumah tinggal kan samson sendirian layan blues.

selang dua-tiga hari lepas tu, aku baca blog delilah.

kaget aku kejap, bila dapat tau delilah dah dapat tahu rahsia kekuatan rambut samson dan cukur habis-habisan rambut dia. mata dia pun dah di buta kan oleh orang besar pekan delilah.

sekarang samson dah di tangkap dan di paksa menolak batu gilis gandum dekat pekan delilah tinggal.

"bodoh lah mamat nie! 1000 askar dia boleh makan, awek sorang? aduhhh!!!" aku tepuk dahi.

...

lama aku dah tak dengar khabar berita samson. aku sms pun dia tak balas. (dah orang buta kau bagi sms, cemaner dia nak baca?)

...

sekali lagi aku tergerak hati nak baca blog delilah. dah banyak followers nampak nya minah nie. maklum lah...dah berjaya tangkap samson...

dalam blog itu aku dapat baca yang delilah menyesal buat samson macam tu. untuk menebus kesal, setelah rambut samson panjang balik, delilah bawa samson pergi dekat satu perhimpunan orang-orang besar bangsa dia dan letak kan samson dekat celah tiang paling besar yang menyokong dewan perhimpunan tu.

lepas samson bagi line, delilah lari keluar dan samson tolak 2 batang tiang tuh sampai runtuh satu dewan tuh. 3000 orang setel hari itu, dengan samson-samson sekali setel. nak lari cemaner? buta yer tak?

samson...

...mendiang dulu baik orang nya.

kuat pulak tuh? banyak makan sayur lah aku agak?

nota kaki : aku tiru dan tampal jek dari notes facebook aku. maleh!

Tuesday, September 8, 2009

kami akan menakluk dunia!

"aku bangkang!!" aku tepuk meja.

"apa hal lu bangkang pulak? meeting belum start lagi." dark ray menyembur asap beracun. habis mati semua penduduk seksyen 7 shah alam.

"kita tunggu siapa?" kata aku sambil tengok-tengok awek orang. gebu!

"skang kita ada lu, gua, awek cun dengan pita pelekat segulung. kita tunggu el-jober, cikgu sekolah dengan penakluk air." dark ray menyembur asap beracun lagi. habis mati semua penduduk seksyen 8 shah alam.

penakluk air ikat sampan dekat tiang. el-jober bawa bersama cikgu sekolah. anak-anak murid di biar kan menunggu di dalam bas.

ahli sudah lengkap.

awek cun memula kan meeting.

kami semua angguk-angguk.

ada juga yang geleng-geleng.

tapi kami tetap angguk-angguk.

penakluk air sahaja yang leka menghibur kan diri sendiri dengan lampu minyak gas. maklum lah, kalau dalam air, lampu tuh mana nak nyala. yer tak?

sesekali kelihatan segerombolan tentera bergajah abrahah membingit kan suasana.

bising je. nak sembang pun tak senang.

kata sepakat di capai.

kami akan menakluk dunia!

nota kaki : sepanjang meeting, hampir separuh penduduk shah alam mati akibat asap beracun yang dark ray lepas kan. kami selamat sebab kami pakai topeng gas.

Sunday, September 6, 2009

via telefon

dering.

"halu...oi! aku call kau dari bali nie..."

"tahu..."

"cemana kau tahu?"

"tadi kau cakap? du'uh!?"

kekek-kekek.

"anyways...kau nak kirim apa-apa tak?"

"takder aper-aper lah. cemaner bali? best?"

"uiii...dekat sini banyak orang indon lah..."

...

"yeker? sepatut nya negara indonesia, mesti lah banyak penari russia kan? kan? kan?"

Saturday, September 5, 2009

rapuan aku yang bosan.

"mak. 2 hari lagi hari jadi su yang ke 17. boleh su beli baju baru?"

"boleh. besok kita sama-sama pergi ya?"

...

"mak. boleh celebrate hari jadi su dan jemput kawan-kawan su sekali?"

"yerlah...17 tahun itu sekali saja kan? jemput lah."

...

"mak. kejap lagi majlis nak mula. boleh su pinjam alat solek mak, su nak nampak cantik hari ini..."

"..."

"mak... boleh tak?"

...

"sulaiman!!!! jangan merepek!!!"

Wednesday, September 2, 2009

asal puasa jek, mesti keluar entri puasa.

7.25pm

pak cik din : dah buka dah. ain, baca doa.

ain : allahu ma lakasumtu wa bika aman tu wa'ala rizqi ka aftar tu.

nyam! nyam! nyam!

amin : paksu! tukar ceria!!!

paksu : tukar sendiri. orang nak makan nie?

mak cik som : along mana?

mama : mandi.

nyam! nyam! nyam!

mak cik som : pi, karang... kalau hujan. amek mak dari masjid tau?

pak su : tak nak lah. nanti mak bawak geng.

pak cik din : i nak amek you tak nak?

nyam! nyam! nyam!

paksu : mak tuh nanti nak bawak geng-geng makcik tua dia sekali, kalau dengan ayah, diorang segan lah.

makcik som : melepak sampai 2-3 pagi boleh? amek mak kejap jek tak boleh?

amin : paksu!!! tukar lah ceria!!!!

mama : tukar kan lah pi. memekak jek budak tuh!

pak cik din : tengok? kan mak kau dah start membebel dah tuh?

pak su : ha'ah. nak mintak keje besok boleh letak dalam resume dia. skills, membebel.

mak long : dah nak abes dah nasi?

ain : mak long lambat. orang buka, mak long mandi.

nyam! nyam! nyam!

pak su : ain!!! air laici paksu tuh!!! main rembat jek?

amin : waaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

mak cik som : aper kena budak tuh?

mama : jatuh tangga.

nota kaki : segala dialog-dialog di atas berlaku dalam satu masa. aku tak reti tulis tindan-tindan.

Monday, August 31, 2009

din rimau

din rimau.

siapa dalam kampung tidak kenal akan din rimau.

samseng kampung paling berpengaruh sekali di kawasan itu.

sehingga kan kampung sebelah pun nama din rimau di geruni.

rompak? arak? judi? dadah? peras ugut? culik? seludup?

segala-gala aktiviti maksiat dan jenayah sudah menjadi isi perut din rimau.

keluar masuk penjara itu sudah menjadi rutin tahunan din rimau.

jahat!

dia memang jahat.

dahari.

orang paling setia dengan din rimau.

sudah bertahun-tahun dahari mengikut din rimau. tetapi, hari ini dia sudah tidak tertahan lagi.

"din...aku nak tanya kau satu soalan nie. kau jangan marah ek?" soal dahari berhati-hati.

"apa?" kerling din rimau tepat pada mata dahari.

"aku dah lama ikut kau. bertahun-tahun. tapi, aku tak pernah tengok kau hisap rokok. kenapa?" dahari nekad ingin tahu.

...

"oh...aku bukan apa...kan ada keluar fatwa dulu. mana lah tahu kut-kut rokok tu haram..."

nota kaki : merdeka!!! yeah right.

Friday, August 28, 2009

sewa

"kemat mana!? kemat?" soal piyan termengah-mengah.

"kemat dekat kedai kopi haji berahim lah...macam lah kau tak tahu?" jawab sipah janda yang baru pulang daripada pekan.

"kenapa kau cari kemat piyan?" giliran sipah janda pula yang menyoal.

"adalah...hal penting. saya jalan dulu ya?" piyan terus bergegas ke kedai kopi haji berahim.

...

"kemat!!! kemat!!!" sebatu lagi laungan piyan sudah kedengaran memanggil kemat.

tak sempat lagi kemat menghabis kan popia goreng nya, piyan sudah tercungap-cungap duduk di sebelah kemat yang kebetulan kosong.

"apa hal? cemas jek aku tengok kau nie?" mulut kemat penuh mencicip popia goreng.

krup! krap! krup!

"sabar. bagi aku minum dulu. aji!!! kopi 'o' satu!!" piyan mengesat peluh.

...

"kau ada cerita dengan aku dulu pasal kau dah tak larat nak bayar rumah sewa kau dekat simpang nuuu kan?" piyan memula kan bicara.

kemat diam.

"ha'ah. kenapa?" kemat menanti kan jawapan piyan.

"sekarang kau tak payah risau lagi pasal sewa rumah tuh kemat. aku dah beres kan. mulai hari ini kau tak payah risau pasal sewa rumah lagi tau?" ujar piyan bangga.

"betul ke piyan??? kau dah bayar kan untuk aku??? terima kasih bebanyak lah piyan oiiii...." kemat menepuk-nepuk belakang piyan.

"tak...mana aku ada duit nak bayar kan?" piyan tiba-tiba memati kan tawa kemat.

"habis tuh?" mata kemat membulat.

...

"aku dah bakar rumah sewa kau tuh...jadi, tak payah lah kau bayar sewa. cerdik kan aku?"

Monday, August 24, 2009

hari ahad di bulan ramadhan.

"pi...bangun...pukul empat aku datang..." suara hobbit menyusup masuk ke kepala hotak aku melalui telepati.

"nak pergi mana?" aku reply through telepati juga.

"kau siap ajer lah!" transmisi terhenti di situ.

tekanan betul petang-petang ahad ni kena buat aktiviti.

pin! pin!

bunyi suara si hobbit dah menge'pin'-nge'pin' di luar rumah.

pukul empat tepat si hobbit dah terpacak depan pagar rumah aku.

punctual betul!

"nie kereta kuda siapa kau curi nie?" laju je aku bertanya.

"cinderella punyer...dia dah tak pakai lagi. dia tolak dekat aku." si hobbit beri penerangan.

kletak! kletak! kletak!

bising betul! naik motor kan senang? nak jugak kereta kuda segala? happening konon?

"kau nak culik aku pegi mana nie?" aku tengok si hobbit yang asyik memegang pedati.

"tesco" hobbit senyum.

"petang-petang nie orang pergi pasar ramadhan...beli makanan. kau pegi tesco ape hal?" aku dah mula panas. puasa lah katakan.

"ramai orang lah kat saner...aku tak nak kena pijak nanti. so, aku pergi tesco lah." hobbit memarkir kan kereta kuda nya betul-betul dekat dengan pintu masuk tesco.

"kau pergi sorang lah. yang kau jebak kan aku kenapa?" aku memasuk kan si hobbit dalam kocek depan baju aku.

...

"ler...logik lah...siapa nak tolak trolley tuh nanti? aku mana sampai."

nota kaki : jangan terpedaya dengan cumbu rayu mana-mana hobbit di bulan ramadhan. anda mungkin akan menjadi penolak trolley nya.

Saturday, August 22, 2009

selamat berpuasa.

paksu : lawa rama-rama nie.

mat min : amin yang buat.

paksu : lawa bola color merah nie.

mat min : amin yang buat.

paksu : tapak tangan warna warni nie pun amin buat jugak?

mat min : ha'ah

...

paksu : amin... lain kali nak buat, buat atas kertas lukisan ek? bukan dekat dinding bilik paksu.

Wednesday, August 19, 2009

anak emak tak pulang petang? anak emak tak pulang-pulang lagi?

bahagian kedua ada di sini.

amri duduk berteleku di bahu jalan.

basikal nya di biar kan di sisi.

orang lalu lalang di biar kan dengan karenah mereka sendiri.

amri sudah tidak ambil pusing.

ini semua nya anjing bodoh tu punya pasal.

kalau tidak dia mengejar amri semalam, tak kan sampai amri ke sini.

aduh!

amri menampar-nampar pipi.

macam mana nak pulang ni?

amri tenung sign board itu lama-lama.

...

"welcome to south africa"

nota kaki : bahagian ke empat harap-harap ada di sini.

Tuesday, August 18, 2009

"cik...boleh tolong saya?"

mansor toleh kiri kanan.

semak.

"sial! siapa lah yang ikat aku satu badan nie!?" badan mansor terikat kejap.

mahu tak mahu mansor terpaksa berguling untuk bergerak.

dari hujung jalan mansor lihat cahaya.

perlahan-lahan mansor mengensot ke pinggir bahu jalan.

"tolong!! tolong!!!" mansor teriak sekuat hati.

jangan kan mahu berhenti membantu? malah kereta itu makin laju meninggal kan mansor terpekik-pekik.

hampa.

dengan bersusah payah mansor berjaya jugak berdiri.

sakit-sakit badan nya berguling sedari tadi. habis semua batu-batu kerikil di lanyak nya. mujur tiada paku. kalau tidak? mahu bocor jugak tubuh nya.

lenguh kaki mansor terloncat-loncat mencari pertolongan malam itu.

hentian bas.

mansor senyum.

kelihatan seorang gadis sedang menunggu bas di situ.

"cik...boleh tolong saya?" sapa mansor keletihan.

...

kedengaran satu jeritan si gadis memecah keheningan malam.

...

"ler? pengsan pulak dah budak nie? aku nak mintak tolong bukak ikat kain kapan aku nie pun pengsan?"

nota kaki : sila klik dark ray dulu dan paradoks sekarang.

Friday, August 14, 2009

cicak.

matsumoto tiba-tiba singgah bilik aliffie.

"boring lah malam nie...nak study malas. kau boring tak?" matsumoto sila panggung sebelah aliffie.

aliffie angkat kening.

"apa projek?" aliffie menunjuk kan minat.

"kau panggil memaner junior datang sini. hiburan." matsumoto bagi cadangan.

...

"siapa nama kau?" suara matsumoto sedikit tinggi.

"miyagi bang" tunduk aje mamat tu.

"kau tau sebab aper aku panggil kau datang sini?" aliffie mencelah.

"tak tau bang" suara mamat tu semakin menikus.

pang!

matsumoto tepuk meja.

"sebab kau buat salah!!! cuba kau senarai kan kesalahan kau hari nie? sebelum aku sebut satu-satu!!!!" dasyat juga matsumoto nie bergurau rupa nya.

"aaa...aaa..." terkebil-kebil mamat tuh.

"cepat lah...aku takder masa nak layan kau nie...." aliffie memadam kan lampu bilik. cuba menaik kan mood.

mamat tuh dah tak tentu hala dah.

cuak.

"aaa...saya tak beratur betul time perhimpunan, saya ambik sayur lebih dekat dewan makan, saya tak pakai kopiah masa kat surau, saya balik awal time prep..." habis semua mamat tuh sebut.

aliffie dengan matsumoto tahan gelak. kredibiliti kena jaga.

"nasib baik kau sedar. oke. skang kau melekat kat dinding tuh macam cicak" matsumoto mengarah.

laju aje mamat tuh melekat.

...

matsumoto dah lama balik ke bilik dia. tidur.

aliffie baru habis kan 3 tutorial untuk di hantar besok.

gebar di tarik. kipas di laju kan sedikit.

panas.

...

"bang...bang...saya nie macam mana?"

"mana aku tau? kau cicak."

Wednesday, August 12, 2009

uwan

aliffie tercongok di hadapan televisyen.

seperti biasa.

"cito apo kau nengok tuh pi?" uwan aliffie datang sua kan goreng pisang.

"citer jepun. pasal bola tampar uwan." tangan aliffie laju mencapai pisang goreng panas.

hebat!

somersaults berpusing. aliffie dah mula menampar-nampar udara.

"uwan pun minat tengok citer nie ke?" aliffie hirup kopi panas dari tangan uwan.

...

"takdo lah. uwan polik. pandai oghang jopun nie cakap melayu yo?"

Monday, August 10, 2009

diari hari sabtu, 8 ogos 2009.

pagi itu aku balik rumah jam dua pagi.

mandi-mandi. rehat sekejap, aku budget mahu tidur awal.

aku baring.

dekat lima jam aku baring mak aku kejut. suruh mandi.

ya! aku tidak tidur sampai pagi. mata dah macam langsuir dah.

jeans, selipar, topi dan kemeja. dah kacak agak nya ni? aku drive pergi sekolah menengah pandan jaya. aku sampai awal. exam start pukul sembilan. aku sampai pukul lapan. oh! aku pergi exam p.t.d. aku lepak luar sekolah memperasap kan diri. kepala rasa ringan je.(yang kau tak tido saper suruh?)

aku tengok mamat-mamat yang datang semua pakai kacak-kacak. siap tali gantung kat leher segala. lepas exam diorang terus pergi interview ke? aweks-aweks pun cara jugak. macam-macam color ader.

first paper. 9.00 pagi. pengetahuan am. 60 soalan. 45 minit.
aku jawab separuh jek. separuh lagi aku keluar kan ak-47 yang aku bawak siap-siap dari rumah tadi.

second paper.10.15 pagi. matematik dan penyelesaian masalah. 40 soalan. 45 minit.
yang ini memang aku suka. 20 soalan pertama aku kira. kelik-kelik ter tidak di benar kan. apa barang kelik-kelik ter? aku budak engineering.

tup-tup minah yang jaga exam tuh cakap "aaa... masa ada 15 minit lagi ya?"

ah sudah? ada 20 soalan lagi tak buat. aku pakai suit kalis bom. aku lempar grenade dekat kertas jawapan. bom!!!

third paper.11.30 pagi. pengertian terhadap esei.
20 soalan. 35 minit. tau-tau jek, pukul 11.50 aku dah ada dekat kedai makan. aku cepat ke? diorang yang lembab?

lunch.

makan nasi rasa kertas. kalau makan kertas rasa nasi?
kesedaran aku semakin membimbang kan. aku nampak mamak tu cun jek? kritikal dah aku nie.
2 tin red bull aku tibai. marlboro 20 dah masuk kotak kedua dah.

forth paper. 2.00 petang. esei bahasa melayu. 60 menit. 300 hingga 500 patah perkatan.
aku blogging 30 menit. lagi 30 menit aku duduk belakang dewan. berasap lagi. aku dah rasa aku boleh terbang dah nie. kepak entah dari mana tiba-tiba muncul.

sebelum paper akhir, awek belakang aku sempat tegur "tulisan awak tadi macam perempuan lah."

aku pandang dia.

senyum.

aku pandang depan balik.

sori awak, saya tak cukup tidur. dan saya takda mood untuk bersosial sekarang ini. next time lah ya?

paper akhir.3.30 petang. english essay. 60 minutes. 200-300 words.
aku blogging lagi. kali ini siap punch line lagi dekat bawah tuh. lantak lah!

exam habis 4.30 petang.

pukul 4.15 aku dah ada atas tilam dekat rumah dah.

nota kaki : malam itu, pukul 2.30 pagi. mata aku bulat macam bola snooker.

Friday, August 7, 2009

england

"mak...have you seen my black cap? i have been searching for it. there's no where to be found"

"have you tried looking under the furniture? i saw amin played with it just now"

"done. nothing there except dust, mak"

...

"here...i have found it behind the curtain..."


"thank you mak"

...

"apo pasal tetibo yo skipping england nie? dah buang tobiat ko apo? ayah raso macam duk dokek britain dah nie."

"he's got an interview tomorrow lah..."

...

"oh! yo ko? okay my son. take this sepuluh ringgit, and buy ayah a roti ya? belen? you take lah."

Wednesday, August 5, 2009

bilik

aliffie baru dua hari mendaftar di sekolah baru.

minggu ini minggu suai kenal.

malam itu dalam jam satu selepas lights off, seorang brother datang menjenguk bilik aliffie.

"assalamualaikum bang" salam aliffie dengan hormat.

"waalaikum salam" jawab brother itu sambil mata tengok-tengok bilik.

"hang dapat bilik dekat dengan pokok ni ka?" brother tadi jenguk luar tingkap bilik aliffie.

"ha'ah bang. awat nya?" dan-dan aliffie speaking.

"takda lah...saja ja...saja ja..." brother tadi beredar dengan wajah seram.

aliffie diam.

jenguk pokok luar tingkap.

angin malam membuai-buai daun rimbun nya.

sesekali kedengaran lolongan anjing di hujung padang.

nota kaki : malam itu aliffie tidur dengan mata terbuka. celaka punya brother!!!!

Monday, August 3, 2009

bercakap dengan aliffie

aliffie ingin bebas.

bebas bagai burung.

bebas terbang berkawan-kawan di angkasa raya.

keluar bila mahu.

pulang bila mahu.

lihat pintu itu itu.

lihat.

aliffie mahu bebas keluar dari pintu itu.

buka pintu itu.

aliffie bebas keluar.

katup pintu itu.

aliffie bebas masuk.

...

"jangan memain pintu tuh...rosak engsel dia karang"

"baik mak!"

Saturday, August 1, 2009

dituwentifo.

pak cik din bergegas ke bilik aliffie.

pak cik din menunjuk kan isyarat 'come on' dan isyarat dua pada aliffie.

aliffie segera faham.

membontoti pak cik din ke dapur.

"makan cepat-cepat sebelum bau dia merebak" pak cik din berkata dengan sambil mengunyah nikmat.

aliffie angguk tanda setuju.

...

"oho...tengok dua ekor anak beranak nie makan durian d24 tak ajak mak pun?"

...

"kan ayah suruh makan cepat-cepat tadi? skang dah kena bahagi tiga dah?"

Thursday, July 30, 2009

bukit tengkorak

peluh dingin sudah membasahi dahi jali.

pak abu masih lagi terkekeh-kekeh ketawa.

"betul ke dekat bukit tuh ada 'benda' pak abu?" jali meminta penjelasan lanjut.

"betul...dah ramai dah orang yang kena dah. kamu hati-hati balik karang ya jali? rumah kamu balik bukit sana kan? sekarang dah pukul sepuluh dah. aku nak tutup kedai kejap lagi." pak abu masih lagi tersengih sumbing melihat kan gigi nya yang karat.

jali menelan air liur.

"hati-hati jali..." laung pak abu jelas kedengaran sebelum dia menolak basikal buruk nya pulang.

"sial lah orang tua tuh!!" ngomel jali seorang.

topi keledar jali sarung kan .motor buruk nya itu di hidup kan. gemuruh punya pasal, dekat lima enam kali juga lah jali mencuba, baru enjin motor nya berjalan.

sampai sahaja di kaki bukit itu, jali sudah rasa tidak sedap hati. mata nya meliar mengamati keadaan sekeliling. separuh jalan jali sudah rasa lega.

tiada apa-apa pun?

jali memerah throttle motor nya.

kletak! kletak! kletak!

bunyi apa tuh? jali cuak.

semakin laju jali memecut semakin kuat bunyi itu kedengaran.

kletak! kletak! kletak!

macam bunyi tengkorak bergolek!

jali sudah tidak menoleh lagi. apa nak jadi, jadi lah! asal kan dia selamat sampai di rumah. bunyi itu masih mengekori jali hingga ke rumah.

besok nya jali demam. muka nya pucat tidak berdarah.

...

"kau kena apa sebenar nya nie li?" meor datang menjenguk jali petang itu.

"aku kena kejar tengkorak meor! betul lah kata pak abu tuh! bukit tuh memang keras!" jali menggigil-gigil menjelas kan pada meor.

"bohong lah! aku dah lama duduk kampung nie? hari-hari lalu bukit tuh? tak da apa-apa pun? kau baru balik dari bandar dua tiga hari? dah kena sakat?" meor memangkah.

"kau jangan riak meor...kau kena nanti...baru kau tahu?" jali mempertahan kan hujah nya.

"baik! malam nie kau ikut aku. kita lalu dekat bukit tuh lagi. aku, meor adalah...jangan takut!" meor menepuk-nepuk dada nya.

...

tepat jam sebelas kedengaran bunyi motor memecah kesunyian malam.

meor membonceng jali.

jali masih lagi cuak seperti biasa.

"rileks lah li. aku ada lah. okey. jalan..." meor mententeram kan jali.

perlahan-lahan mereka memanjat bukit puaka itu. separuh jalan. tiada apa-apa kejadian aneh berlaku.

"kan? takder apa-apa kan?" meor sengih.

"nanti dulu meor..aku kena masa nak turun bukit inilah..." suara jali tersekat-sekat.

jali perah throttle motor.

kletak! kletak! kletak!

"dia dah datang meor!!! dia dah datang!!!" jali menjerit.

meor diam.

"kau perah minyak lagi li..."meor tiba-tiba bersuara.

kletak! kletak! kletak! kletak! kletak!

makin kuat bunyi itu mengekori.

tap!

sunyi.

tiada lagi bunyi.

jali toleh pada meor.

...

"haaa...kan dah hilang dah bunyik tengkorak kau tuh?" meor mengkancing kan tali topi keledar jali yang terjuntai pada tempat nya.

Tuesday, July 28, 2009

matematik

ain mengendeng paksu tengah layan facebook.

sengih-sengih.

"nak apa nie?"

"soalan nie macam mana?"

"ain ada tujuh bijik epal, paksu amek tiga. berapa yang tinggal?"

"empat!"

...

paksu layan yahoo messenger.

ain datang lagi.

"paksu..."

"apa?"

"yang ini macam mana pulak?"

"tiga kambing biri-biri, setiap sekor lahir satu anak. jadi? ada berapa kambing biri-biri?"

"enam!"

...

ain datang lagi...

"meh lah buku tuh"

...

"terima kasih paksu. mama! ain dah siap semua!!!"


nota kaki : lepas tuh paksu terus click folder 'jangan buka'.

Sunday, July 26, 2009

pakai lah tali pinggang keledar. ingat lah orang yang tersayang.

"cik. bukak lah seat belt tuh"

"kenapa? safety tau? safety."

"orang kater bukak, bukak jek lah"

"karang kena saman karang?"

"takder nyer. polis saman siang-siang."

"kalau accident karang?"

"orang bawak elok-elok lah. tak accident punyer"

"awak cakap betul-betul. kenapa suruh bukak sebenar nya nie?"

...

"orang tak focus driving. haha!"

nota kaki : pasti kan sebelum buat komedi ini. lengan kiri anda sudah kental dan tahan piat.

Friday, July 24, 2009

terbang

"weih! dah pukul doblas dah nie? moh ler." minami mengejut kan aliffie dari lena.

"jap...jap...aku tukar baju. takan nak pakai baju melayu nie?" aliffie masih lagi mamai.

aliffie dan minami berjalan beiring berdua.

senyap.

tanpa sebarang bunyi.

pagar dawai belakang studio lukisan itu mereka singkap. menyusup masuk dalam kedinginan malam.

debush!

anak air itu mereka harung begitu sahaja.

"kereta!" minami berbisik.

tup! tup! mereka berdua sudah meniarap di dalam semak.

sepi.

misi di terus kan.

...

"lari lah cepat sikit bodo! kang kena kokak dengan anjing tuh nanti!!" minami jerit.

aliffie dah berpeluh-peluh dah berlari.

...

"kita jalan jejauh dari bukit larut sampai kat pekan taiping nie nak buat mender nie jek ker?" aliffie tengok minami.

"ha'ah" minami ringkas.

...

"mamak! roti kosong dua. ais kosong dua."

Wednesday, July 22, 2009

tribute to CAD

"oi! udah-udah lah main panas tuh! karang demam!" suara emak saya berteriak dari tepi tasik.

oh! bagi yang belum mengenali emak saya, emak ialah saya sebuah kayak sewa. selalu nya emak akan di sewa oleh couple-couple yang baru berjinak-jinak di dalam alam percintaan. romantik kut naik kayak nie? entah lah. saya kecil lagi waktu itu.

tidak tahu itu semua.

ayah pulang lewat hari itu. ramai kanak-kanak pada hari minggu katanya. dekat maghrib baru mereka pulang. ayah saya ialah papan gelongsor di taman permainan berdekatan. birat-birat belakang ayah. kasihan saya melihat nya. emak sapu kan ubat tiap-tiap malam pada belakang ayah.

saya lihat dari balik pintu sahaja.

adik beradik lain?

tiada.

saya anak tunggal.

cikgu haris ada bertanya hari itu, apa cita-cita saya bila sudah dewasa kelak. saya jawab, nak jadi kapal selam. cikgu haris hanya senyum dan menepuk-nepuk bahu saya.

19 tahun telah berlalu. saya sudah mempunyai kekasih hati. kawan-kawan banyak yang bertanya kepada saya, mengapa dua roda? kau mampu mendapat empat roda wahai sahabat.

saya diam kan aja. lantak lah! saya suka dua.

kekasih saya ada menyuruh saya kemas kan diri. serabai sangat saya kata nya.

saya dan penakluk air. tak ler serabai sangat kan?

walaupun tidak sekacak optimus prime. saya tahu.

saya banyak berjasa.

nota kaki : kisah saya ada juga pada dark hell rayza dan nurul asyiqin.

Monday, July 20, 2009

dracula dan majlis mimpi

ramai. game menyu pun tak ramai cengginie.


hari ini,

saya seorang dracula makhluk penghisap darah terbang ke shah alam untuk mengikuti majlis 'mimpi'. tak pernah di buat oleh dracula-dracula lain terbang di siang hari. melecur seluruh tubuh saya bila tiba di shah alam.

tidak apa.

sewaktu persediaan sebelum majlis. saya ditugas kan untuk menanam pokok dan menyimpul langsir di sekitar area majlis. satu tingkap pun tiada di sekeliling tempat kejadian. apa hal ada langsir pulak?

malu kalau hantu-hantu lain tahu saya menyimpul langsir. sempat juga saya terserempak dengan seekor panda berkeliaran. pihak zoo tidak ambil tindakan kah?

baik.

malam tiba. waktu untuk saya untuk beraksi.

seorang demi seorang mangsa datang menyerah diri di dalam kawasan majlis berlangsung. hingga saya rimas, tiada ruang untuk bernafas. mungkin juga kerana jelaga pelita. (terima kasih kepada kalian, kerana sudi hadir. lain kali jangan bawa teman lelaki bersama ya?)

saya dan dark hell mengambil tempat di atas alang pintu untuk mendapat kan kepuasan menonton yang sebenar.

sempat saya melambai kimisai dari atas alang. dia lari. seram agak nya?

nurul asyiqin dan nik adam ahmad membuka tirai majlis. oh! hampir terlupa. nurul asyiqin, mee hoon kamu enak dan nik adam ahmad, seluar kamu masih lagi ketat.

penakluk air berenang di udara malam itu. hebat!

momo the munkee dengan gambus keramat nya. eksotik!

saya tidak sempat tunggu hingga performasi terakhir. saya pulang awal. saya mengesan kelibat val helsing di dalam keramaian itu.

apa pun,

shiela, roy, holy pimple, smugglers, straight curl, penakluk air, akses, flutterbyorizuka, angah silotape, diyana's stories, two k, momo the munkee, nurul asyiqin, nik adam ahmad, dark hell dan awek beg tali silang.

kau orang memang sedap. terutama mee hoon nya.

terima kasih juga kepada astro awani dan juga akhbar sinar kerana sudi membuat liputan.

nota kaki : kepada awek beg tali silang. mujur saya sudah makan siap-siap di rumah.

Saturday, July 18, 2009

saya dengar cerita.


saya dengar cerita majlis 'mimpi' akan di performasi kan di laman budaya shah alam.

saya dengar cerita majlis 'mimpi' itu akan di langsung kan ahad ini jam 8.30 malam.

saya dengar cerita juga banyak pihak akan mengadakan performasi pada majlis tersebut.

saya dengar cerita nurul asyiqin akan cuba mengimbang kan sebuah perodua kancil 660 di atas hidung nya.

saya dengar cerita penakluk air akan membuat demonstrasi memasak pengat pisang di bawah air. macam mana? itu saya tidak tahu.

saya dengar cerita nik adam ahmad akan cuba mengorat semua tumbuh-tumbuhan di sekitar tasik shah alam.

saya dengar cerita momo the munkee akan mempraktik aksi bahaya dengan memakan seekor landak hidup-hidup.

saya dengar cerita juga, dark hell rayza akan membuat tarian minta hujan.

farid kamil, fahrin ahmad, rashid sibir, nor lia ghani, ong beng hee, haliza misbun dan dian p.ramlee saya dengar cerita tidak akan hadir pada malam itu.

saya dengar cerita lah...

Thursday, July 16, 2009

bola-bola

"budget real madrid besar beb diorang beli cristiano ronaldo..." kata hakuto setelah menghembus kan hisapan terakhir nya.

"uuuiii? besar..." fahrin mengangguk-angguk setuju.

hakuto menyala kan batang kanser yang baru.

"skang mana manchester united punya penyerang? semua dah hilang? teves takder. ronaldo takder....diorang boleh menang ke?" hakuto memandang fahrin.

fahrin masih mengangguk-angguk lagi.

"uiiiii? besar...lemas beb!" fahrin berbisik.

"betul. lemas manchester kalau takder top scorer diorang tuh..." hakuto menghabis kan baki minuman nya.

fahrin pandang hakuto.

hakuto pandang fahrin.

...

"radar tuh lain kali on lah gila! lemas manchester apa pulak nyer? awek sexy sebelah table tuh lah!!!"

Tuesday, July 14, 2009

sang katang dan merah jambu.

sang katang pergi berparasit di rumah sahabat nya barang semalam dua.

pagi itu ibu sahabat nya bertanya kepada sang katang...

ibu sahabat sang katang : seluar dalam merah jambu nie awak punya ke?

sang katang : eh! takder lah makcik. bukan saya punya tuh.

...

ibu sahabat sang katang : tapi...belakang nie ada nama awak nie?

nota kaki : seluar dalam jangan bubuh nama sendiri!!!

Saturday, July 11, 2009

beliung besi, beliung perak dan beliung emas.

mak aku kejut kan aku awal hari itu. dia suruh pergi ke hutan cari kayu api.

dia nak masak makan tengah hari.

apa ke jadah nya kayu api? kan ada dapur gas? tapi mak aku dah suruh? aku turut kan je lah. tak buat karang, kena sumpah jadi batu pulak nanti?

jadi batu tiga best juga, boleh tengok orang race kereta. kalau batu nisan? tak ke seram hari-hari duduk dekat tanah perkuburan je? dah lah aku ni lemah semangat.

aku pun kendong lah beliung besi dan drive untuk ke hutan. oh ya? mana nak cekau hutan dekat kuala lumpur ni kan? kalau ada pun tengah-tengah nya ada padang golf.

aku pun ke shah alam. hutan simpan bukit cerakah.

dapat satu port cantik sebelah tasik. aku pun start potong pokok. nak jadi kan cerita, one time tu, aku hanyun kuat sikit, konon nya nak bagi cepat lah. last-last, beliung besi aku ter lepas tercampak kat dalam tasik tuh.

aisey.

aku dah menung dah tepi tasik tu. dekat 1 jam juga lah. mak aku dah sms-sms dah. suruh lekas. dia nak masak takda kayu api.

time tengah sugul tepi tasik tu, tetiba timbul seekor ikan sembilang. besar jugak lah.

dia kata " wahai manusia, apa yang kamu runsing kan itu?"

ah sudah? bercakap pulak ikan ni?

aku cool.

aku jawab balik, "beliung besi aku dah terlepas ke dalam tasik ni, sekarang aku tengah pikir cemaner nak amek beliung ini balik"

ikan itu diam sebentar. dan hilang ke dalam tasik. tup-tup dia timbul balik dengan memegang beliung perak(cemaner dia pegang beliung tuh, jangan tanya aku).

"ini kah beliung mu wahai manusia?" ikan itu bertanya.

"bukan lah. beliung aku beliung besi" aku jawab.

ikan itu hilang balik dan timbul semula dengan beliung emas.

"inikah beliung mu wahai manusia?" ikan itu bertanya lagi.

"bukan lah encik ikan oiii...beliung aku beliung besi!" aku dah start hangin dah dengan ikan tu.

ikan itu menyelam kembali. kali ini agak lama. aku tunggu lah. bukan selalu dapat jumpa ikan bercakap ni kan?

kali ini dia timbul dengan beliung besi aku.

"ini kah beliung mu wahai manusia?" ikan itu bertanya.

"ha'ah! ha'ah! itu lah beliung aku! terima kasih encik ikan!!!" aku punya lah gembira dapat beliung besi aku balik.

"disebab kan kau manusia jujur, daku hadiah kan beliung perak dan beliung emas ini juga kepada kamu wahai manusia" ikan itu terus berkata-kata.

wah!!! pakej? aku pun ambil jek beliung-beliung tadi dan pulang ke rumah cukup senang hati.

...

tengah hari itu, aku satu keluarga makan nasi lauk ikan sembilang masak lemak cili api.

nota kaki : sesiapa tak tahu beliung tu apa? tanya dia.

Thursday, July 9, 2009

pandangan dungu seorang aku.

cantik.

cantik itu ialah sesuatu yang subjektif.

lain orang lain cantik nya.

setuju?

ada kaum di di luar sana yang mengena kan gelung tembaga pada leher wanita-wanita nya.

mereka kata itu cantik.

suku kaum di afrika, meletak kan pinggan di bibir bagi memperolehi kecantikan. lebih besar gelung di bibir mereka, lagi tinggi lah hantaran kahwin nya.

china.

satu ketika dahulu, mereka mengecil kan kaki-kaki mereka hanya untuk cantik.

enam bulan sebelum perkahwinan, suku kaum masai akan mengkuarantin anak perempuan mereka, dan di beri makan kanji dan kentang lenyek selama enam bulan. pada mereka, kalau hendak memberi kan anak mereka pada pihak lelaki, anak nya itu harus lah sihat dan montel.

mereka kata itu cantik.

pada aku, cantik itu hanya lah kata berlawan bagi hodoh/buruk.

tak percaya?

cuba kita lihat kalau tiada 'cantik'. apa akan jadi?

"ilyas! berdiri dan beri kata berlawanan bagi perkataan hodoh."

"aaa...beruang cikgu!"


...

pelik bukan?

nota kaki : letak lah dekat negara mana pun, lisa surihani tetap cantik. walaupun bermisai.

Tuesday, July 7, 2009

jangan pandang belakang.

puyol : kita nak main kat mana nie?

hilario : samba sports planet.

johnny depp : dekat petaling jaya.

puyol : jangan pandang belakang.

hilario : ingat seram lah tuh?

johnny depp :puyol, kau pakai baju keja jek main bola?

...

johnny depp : bodoh! bogel dalam kete!!!

...

puyol : kan aku dah kater jangan pandang blakang?

Sunday, July 5, 2009

khitan ke khatan?

tahun itu aliffie baru(ke baharu?) berkhatan.

sakit memang sakit, tapi pakcik din kata, kalau tak khatan, tak boleh kahwin.

gatal nak kahwin boleh mengatasi sakit.

magis bukan?

jadi, aliffie akan lepak depan televisyen dengan kain pelikat berikat ke atas siling. macam khemah pengakap.

kalau orang datang menjenguk, memang diorang akan jenguk lah jugak dekat dalam tu.

lepas tu bagi salam kaut dekat aliffie.

dah jenguk. gelak-gelak.

bagi duit.

dah jenguk. gelak-gelak.

bagi duit.

aliffie rasa macam perempuan kaberet.

masa itu, televisyen tiada remote lagi. aliffie tak boleh bergerak. nanti bentan. mak cik som kata lah. macam lah dia ada pengalaman berkhatan.

jadi, makcik som lah jadi remote nya. petik punat di televisyen untuk aliffie.

malam itu rancangan baywatch main dekat televisyen.

aliffie diam.

ketap bibir.

mata dah bergenang.

...

"makkkk!!!! tukar channel!!!! orang sakitttttttt!!!!"

Friday, July 3, 2009

tisu

brother e : macha! tissue paper satu.

macha : tissue paper?

brother e : yalah. tissue paper.

...

macha : ais kosong siap.

...

see? dia dah confirmed tissue paper pun dia bawak ais kosong. kalau aku order ais kosong? dia bawak tissue paper ke?

oke. kita cuba situasi yang dia tak confirmed tissue paper pulak ya?

brother e : macha! tissue paper satu.

macha : oke.

...

brother e : nie apa nie?

macha : you order beruang tadi bukan?

Wednesday, July 1, 2009

kutip

"bertuah betul budak nie! lipas tuh tak boleh makan lah!" makcik som lekas-lekas mengendong aliffie yang bersungguh-sungguh sedang menangkap lipas.

menjejeh-jejeh air liur nya kerana terlalu leka.

aliffie memang seorang pengutip.

apa sahaja yang dan dia capai, dia akan masuk mulut.

semut? nasik? lipas? lego? bateri? syiling?

semua menjadi mangsa kerakusan aliffie.

makcik som buntu.

atas nasihat jiran, mak cik som memula kan misi untuk memadam hobi aliffie yang pelik itu.

makcik som sengaja tabur menatang tuh di sekitar aliffie.

makcik som intai dari jauh. tengok.

dua tiga kali juga lah aliffie masuk kan menatang tu dalam mulut.

dia luah balik.

masuk.

dia luah balik.

lepas tu dia menangis.

mak cik som dah terkekek-kekek histeria.

...

"padan muka! kutip lah cili padi tuh makan!"

nota kaki : sudah 25 tahun berlalu dan aliffie tidak mengutip lagi.

Monday, June 29, 2009

festival teater selangor

dua tahun lepas aku teringin nak tonton persembahan teater di muzium shah alam selangor. nurul asyiqin kata itu adalah persembahan terakhir untuk minggu itu.

lalu aku berkejar lah ke shah alam untuk menonton persembahan tersebut. syurga atau neraka kut tajuk nya?

kalau tidak silap aku lah.

masuk-masuk aja aku di sapa nurul asyiqin. molek budak nya.

nampak juga kelibat vitamin bertaburan merata-rata. makcik cleaner dia tak buat kerja ke?

nik adam ahmad, penakluk air pun ada sekali.

siap lengkap berbaju selam dengan tangki oksigen sekali.

dia memang tak biasa hidup atas darat. tapi sebab itu persembahan terakhir. dia hadir juga.

lama durasi persembahan nya.

dua tahun.

sesiapa yang sudah masuk, tidak di benar kan keluar. kena tonton persembahan itu sampai tamat tempoh dua tahun.

sepuluh bulan pertama, aku sudah gelisah. lama sangat tak balik rumah nie. mak aku dah nak buat aduan dekat balai polis dah. tapi aku called kata lagi satu tahun dua bulan habis lah persembahan ini.

nasib baik emak aku faham.

bagaimana aku hidup selama dua tahun?

aku hidup dengan memakan penonton lain.

ya! untuk hidup! apa sahaja.

kebanyakkan nya makcik-makcik tua dan lelaki separuh umur. daya tahan diri mereka tidak kuat. mereka mati awal. aku dan mereka yang masih hidup lah yang terpaksa memamah daging-daging mereka untuk terus hidup.

nurul asyiqin akan tergelak-gelak seorang setiap empat bulan. entah apa yang seronok sangat entah?

awek-awek yang mula nya masuk cun melecun, tetapi setelah beberapa bulan tidak mandi dan berhias dah nampak macam mawas dah.

tak selera aku.

dua tahun aku tak balik beraya di rumah sebab menonton teater itu.

terkilan jugak rasa nya.

selepas dua tahun, tamat juga teater itu. dua tiga orang aja yang survived teater itu.

aku, nurul asyiqin, nik adam ahmad, vitamin bertaburan tadi dan penakluk air.

yang lain-lain tu, tidak berjaya.

kasihan mereka.

nota kaki: takziah kepada mereka-mereka yang tidak berjaya hidup. semoga roh mereka di rahmati-Nya.