Friday, May 22, 2009

gigolo

selamat melirik jam di dinding.

2.45 pagi.

fadhli baru pulang ke rumah sewa mereka. tanpa banyak bicara fadhli membersih kan diri dan berkelubung di bawah selimut. jarang-jarang fadhli pulang lewat ke rumah. dengar khabar, fadhli membuat kerja sambilan. selamat malas untuk bertanya lanjut.

menerus kan tugasan nya.

esok hari, fadhli pulang lewat juga. selamat biar kan.
malas ingin ambil tahu. lagi pun fadhli ini memang tak bercakap orang nya.

tengah hari itu fadhli dan selamat makan di tempat biasa. gerai mak senah.

*dering*

"hello? ya datin? ha'ah! ya saya fadhli. dato' outstation? owhh...puan sri kelly yang bagi nombor saya. ha'ah. semalam saya buat servis di rumah puan sri kelly. malam ini? boleh...pukul 9 ya? bye." selamat jelas menangkap perbualan fadhli dengan seorang wanita separuh umur yang di gelar nya datin.

"kau nak makan apa hari nie, makan. aku belanja. ader rezeki lebih sikit..." ujar fadhli bangga.

"kau kerja apa fadhli?" selamat mengorek.

"adalahh...segan aku nak cakap." fadhli memati kan perbualan.

begitu lah fadhli dengan kerja baru nya. tiap-tiap malam pulang lewat ke rumah. kadang-kadang, besok pagi nya baru nampak batang hidung.

gaya fadhli pun sudah berubah, mula berpakaian mahal-mahal dan berjenama.

selamat sudah menaruh syak. benak nya mengata kan fadhli melaku kan kerja tidak elok bersama perempuan-perempuan kaya itu.

hari itu selamat nekad.

"li...duduk sini kejap. aku nak tanya..." selamat mengamit fadhli yang baru pulang dari 'kerja'.

"apa?" mata fadhli berat.

"kau kerja apa sebenar nya nie? malam-malam balik lewat. kerja dengan perempuan-perempuan kaya? kau jadi gigolo ya?" suara selamat meninggi.

...

"apa kau merepek nie selamat? aku jadi jaga lah dekat umah diorang tu bila laki diorang takder...kerja halal tau? gigolo abah kau!?"

13 comments:

dark ray said...

gua bizi nie..
nanti ada masa gua komen..
ni pun gua tak baca lagi ni..
entri gua pun gua main autopublish je..
komen semua tak berbalas..

Dark Ray said...

dah kurang bizi..
gua nak cuba buat satu hari dua entri..
tragik tak??

Dark Ray said...

baru nak komen entri..
try tanya fadhli ada kerja kosong lagi tak?

aloy_paradoks said...

Full time Fadli keje ape?

aliffie® said...

ray-satu hari 2 entri? biawak aper kau? ntah? aku dah tanyer dah. dia diam jek?
aloy-student. kut? mungkin keje 7 e?

aloy_paradoks said...

aku rasa die student... aku rase la.. tapi ni skrip ko... ko punye suke la die nak keje pe..

bias® said...

bagus...itu macam lah. ikut kata.

Dark Ray said...

macam mana lu boleh main tukar-tukar alipi dengan bias ni?
lu ada dwi identiti ke apa?

bias® said...

sajer. suker. siang alipi. malam musalmah.

YUSRIE MOHD YAMIN said...

HUHUHU..HANYA MAMPU TRSENYUM

bias® said...

senyum itu sedekah...kan?

aloy_paradoks said...

senyum itu,,, senyum la..

bias® said...

fakta.