Thursday, May 21, 2009

laju

peluh dingin menitik dari dahi aliffie.

sarung tangan potong pokok. pelindung siku. pelindung lutut. kasut palas jazz.

lengkap.

nafas di tarik dalam-dalam.

boy pandang aliffie.

aliffie angguk tanda sedia.

perlumbaan bmx petang itu merangkumi sekitar taman perumahan dan penamat nya di bawah cerun bukit.

boy mendahului aliffie.

habis semua budak-budak main teng-teng di cilok nya.

cerun terakhir. penentuan kemenangan.

aliffie kayuh laju-laju.

aliffie berani.

boy akur.

boy perah brek.

aliffie memintas.

aliffie senyum memandang boy. aliffie juara.

...

petang itu, aliffie makan pagar rumah orang.

5 comments:

aloy_paradoks said...

pertama! Yes! Yes!

bias said...

aku kasi chan lah... lepas nie jangan harap!

Dark Ray said...

bongok..

aloy_paradoks said...

buwekkkkk!!!
menang,,, menang,,,

bias said...

luck jek tuh...