Monday, June 8, 2009

kenapa hamid tak makan nasi goreng?

"mid...aku takder mood lah nak makan luar malam nie..." nazli tiba-tiba bersuara.

hamid yang sedang asyik mencari pemetik api nya yang hilang sedari tadi berhenti.

memandang nazli.

"okey! kita beli nasik bungkus. kita makan kat umah. nampak lighter aku tak?" hamid menggaru-garu kepala nya yang tidak gatal.

"tak. kau lah bubuh merata-rata. tuh still kira makan luar jugak tuh. aku nak masak malam nie lah." nazli memperbetul kan lipatan pelikat nya.

hamid diam.

"hehe...kau? nazli bin mustapha nak masak? masak air pun hangus? nak masak makan malam? hehe...lalu sikit. ader ligther aku dekat bawah punggung kau kut?" hamid mengibas-ngibas tempat duduk nazli.

"kau jangan cabar aku mid? kau belum kenal aku lagi tau?" nazli bingkas bangun ke dapur.

"yerlah...yerlah...kau lah yang bagus. aku pegi beli lighter kejap. masak lebih sikit." laung hamid dari luar rumah.

...

"wah...nasi goreng???" hamid terus duduk mengadap meja makan.

"makan lah. hasil air tangan nazli bin mustapha" nazli senyum bangga.

"perghhh!!! sedap lah li? wangi pulak tuh? kau bubuh aper?" mulut hamid tak berhenti menyuap.

...

"aku letak bedak tadi..."

15 comments:

patungcendana said...

ala...tak bestnya jadi first...delete komen aku woi...ahahaha

dia pakai bedak apa?

zul hafixi said...

xyah delete... ko tukar ngan akoo... biar aku jadi first.. haha...

x penah try ag letak bedak... sedap ker??
cam bubuh sos tiram ker???

Dark Ray said...

beda murah sangat laa...
gua pernah try letak eternity by calvin klein sekali..
memang rasa mahal terus nasi tu..

en.Adam said...

tadi kau kata hamid tak makan??
napa dia menyuap jugak??

Dark Ray said...

'k' gua hilang dalam komen kat atas tu..
sila isi sendiri..

mungkin kat hujung nasi, depan laa atau tengah-tengah gua..
cari sendiri laa perkataan mana yang hilang 'k' tu..

bias® said...

pepatung-1st lah bes. pemenang. tahniah! gelak kan org lain! hahaha! bedak yang ada gajah biru makan bunga tuh kut?
hafixi-ntah? yer agak nyer? terai lah.
ray-baik makan emas jek. lagi mahal kut?
adam-lepas tuh dier dah brenti menyuap dah.
ray lagi- aku letak kat tgh 'ian' lah. jadi ikan.

aloy_paradoks said...

megi goreng takde? megi , megi?

bias® said...

takder.

paiseh said...

koew tiaw?? takkan takde jugak..

patungcendana said...

bedak gajah biru makan bunga?...carrie junior?...best bau dia tu...aku suka...

bias® said...

paiseh-sori. takder jugak.
pepatung-yer kut? keri aper tadi? yang itu lah.

patungcendana said...

hehehe...keri junior...sure dia pakai bedak tu masa kecik...

nazli tu terer masak ke? handsome tak dia...mana handsome dengan kau?..:-D

en.Adam said...

pastu dia mkn apa plak??
lighter??

aloy_paradoks said...

adam tu ape?

bias® said...

pepatung- aaa? tak tahu. aloy hensem lagi kut?

adam- aaa? tak tahu. aloy kut?

aloy- aaa? tak tahu. aloy kut?