Saturday, June 27, 2009

tali

sani masih tak dapat melupa kan rembatan kencang pada minit terakhir oleh pemain dari pasukan kegemaran nya.

pergh!!! macam peluru!!!

pasukan pilihan sani memang malam itu dua berbalas satu. bangga sani tak payah cerita lah. menang duit pertaruhan lagi. shopping sakan sani di uptown selepas perlawanan tadi.

sani memandu pulang sambil bersiul-siul kecil mengikut alunan muzik di radio.

dari jauh sani sudah nampak lampu kelip-kelip biru menghalang laluan.

alamak! otek!!

ah! road tax? ada!

lesen? baru renew!

tali pinggang? pakai!

muka? hensem!

apa ada hal?

sani buat muka yakin jek lalu road block itu.

brother polis itu menyuluh-yuluh dalam kereta sani.

sani senyum.

"nie apahal tak pakai tali pinggang nie?" brother polis tu sound sani.

"encik cakap betul-betul sikit encik!!! saya pakai tali pinggang nie!!! tak nampak?? baru beli nie!!! buckle lambang superman lagi tau???"

...

dua hari kemudian sani short rm300 sebab bayar saman tidak memakai tali pinggang keledar.

11 comments:

dark ray said...

keledar tu apa?
adik beradik kalendar ke?

bias® said...

macam keledek lah. tapi tak boleh makan.

paiseh said...

tak reti ke nak hulur2 sket.. bet reti pulak..??

aloy_paradoks said...

sani tu apa?

nuyuljana said...

ceh.

tu kire saje nak derma 300.

:)

bias® said...

paiseh- duit dah abes shopping.

akoy- sani tuh macam wani, tapi dia lelaki.

nuyul- derma ikhlas.

Dark Ray™ said...

akoy tu sape?

bias® said...

ha'ah kan? akoy tuh saper? saper akoy? saper?

aloy_paradoks said...

akoy tu macam aloy.. tapi die iban..

en.Adam said...

aku nak no sani??

bias® said...

aloy- yer agak nyer? kut?

adam- sumer orang kau nak nombor?