Saturday, July 11, 2009

beliung besi, beliung perak dan beliung emas.

mak aku kejut kan aku awal hari itu. dia suruh pergi ke hutan cari kayu api.

dia nak masak makan tengah hari.

apa ke jadah nya kayu api? kan ada dapur gas? tapi mak aku dah suruh? aku turut kan je lah. tak buat karang, kena sumpah jadi batu pulak nanti?

jadi batu tiga best juga, boleh tengok orang race kereta. kalau batu nisan? tak ke seram hari-hari duduk dekat tanah perkuburan je? dah lah aku ni lemah semangat.

aku pun kendong lah beliung besi dan drive untuk ke hutan. oh ya? mana nak cekau hutan dekat kuala lumpur ni kan? kalau ada pun tengah-tengah nya ada padang golf.

aku pun ke shah alam. hutan simpan bukit cerakah.

dapat satu port cantik sebelah tasik. aku pun start potong pokok. nak jadi kan cerita, one time tu, aku hanyun kuat sikit, konon nya nak bagi cepat lah. last-last, beliung besi aku ter lepas tercampak kat dalam tasik tuh.

aisey.

aku dah menung dah tepi tasik tu. dekat 1 jam juga lah. mak aku dah sms-sms dah. suruh lekas. dia nak masak takda kayu api.

time tengah sugul tepi tasik tu, tetiba timbul seekor ikan sembilang. besar jugak lah.

dia kata " wahai manusia, apa yang kamu runsing kan itu?"

ah sudah? bercakap pulak ikan ni?

aku cool.

aku jawab balik, "beliung besi aku dah terlepas ke dalam tasik ni, sekarang aku tengah pikir cemaner nak amek beliung ini balik"

ikan itu diam sebentar. dan hilang ke dalam tasik. tup-tup dia timbul balik dengan memegang beliung perak(cemaner dia pegang beliung tuh, jangan tanya aku).

"ini kah beliung mu wahai manusia?" ikan itu bertanya.

"bukan lah. beliung aku beliung besi" aku jawab.

ikan itu hilang balik dan timbul semula dengan beliung emas.

"inikah beliung mu wahai manusia?" ikan itu bertanya lagi.

"bukan lah encik ikan oiii...beliung aku beliung besi!" aku dah start hangin dah dengan ikan tu.

ikan itu menyelam kembali. kali ini agak lama. aku tunggu lah. bukan selalu dapat jumpa ikan bercakap ni kan?

kali ini dia timbul dengan beliung besi aku.

"ini kah beliung mu wahai manusia?" ikan itu bertanya.

"ha'ah! ha'ah! itu lah beliung aku! terima kasih encik ikan!!!" aku punya lah gembira dapat beliung besi aku balik.

"disebab kan kau manusia jujur, daku hadiah kan beliung perak dan beliung emas ini juga kepada kamu wahai manusia" ikan itu terus berkata-kata.

wah!!! pakej? aku pun ambil jek beliung-beliung tadi dan pulang ke rumah cukup senang hati.

...

tengah hari itu, aku satu keluarga makan nasi lauk ikan sembilang masak lemak cili api.

nota kaki : sesiapa tak tahu beliung tu apa? tanya dia.

29 comments:

dark ray said...

ciit!
gua pula kena..
kalau gua tak tahu gua kena tanya siapa ni?

p/s : Dulu gua terjatuh puting beliung tapi ikan tu bawa naik tsunami. Memang gua tak ngaku gua punya.

wa stomek said...

dulu gua panah tebang pokok kat perak guna beliung tapi tercampak kat pasir mas...huh..sampai skrg tak jumpa....

patungcendana said...

beliung tu parang ke?...err...dark ray?

azzaliena suziantie feisal said...

beliung ???
apa itu...
hahhaha
macam kapak ka??
ngee ;p

EN.ROBOT said...

haha,..,mmg laknat, dah die bagi ko beliung,,.ngan die2 jadi korban.,~

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

haha... jauh noh nak p potong kayu, p jelah kedai beli.
P.s: ader jumpa ikan duyung ala2 maya karin x??

momo the munkee said...

aku penah tgk org tebang pokok gune chain saw...mase ko makan gulai 2 ikan 2 cakap ape?

shakinah said...

penipu.
kayu api takde macam mana nak masak?

bias® said...

ray- tanya sama pokok. haha fani tak? fani tak?

stomek- beli baru lah.

pepatung- tanya dark ray.

suzy- tanya dark ray jugak.

bobot- ikan jinak. mana nak jumpa?

ritz- ikan duyung kat laut kut?

momo- dia sempat cakap "celaka" sebelum pisau tuh kena kat tengkuk dia.

shakinah- kayu api ada.

patungcendana said...

dark ray tak nak jawab...

bias® said...

nenanti dia jawab lah...dia bizi tuh...

zul hafixi said...

beliung ape bias?? mcm mosaic ke?? haha

bias® said...

tanya dark ray.

shakinah said...

yelah.
percaya je la.

bias® said...

gud. jangan melawan. terima jek.

en.Adam said...

abang ni klakar la
nak nombor boleh??

bias® said...

3 6 9 9.

en.Adam said...

alamak!!
tak kena la no ni!!
bagi no laen..

bias® said...

2 0 1 6

paiseh said...

cis! siang sawi pun tak reti ada hati nak sembang pasal beliung...

bias® said...

siang sawi tak reti? kau berkata benar... haha!

patungcendana said...

zul memang suka provoke aku kan...

re:...bias...kau pulak sangat suka dgn beruang....tak faham aku budak2lelaki sekarang....:-p

bias® said...

aha3! beruang betul. bukan teddy bear tuh tau?

en.Adam said...

aku menang no ekor 100000000000000000
kau nak sikit tak??

bias® said...

takpe lah. duit judi.

triple x malaya said...

sedap x ikan sembilang nyer..?

bias® said...

rasa ikan sembilang lah.

Dark Ray™ said...

beliung adalah kata ganti diri ke empat belas..
biasa dgunakan semasa percintaan dah mula rapuh..

cth:- awak... beliung ingat beliung nak putus la dengan awak..

p/s : dark link bagitahu gua..

bias® said...

betul lah tuh.