Monday, July 20, 2009

dracula dan majlis mimpi

ramai. game menyu pun tak ramai cengginie.


hari ini,

saya seorang dracula makhluk penghisap darah terbang ke shah alam untuk mengikuti majlis 'mimpi'. tak pernah di buat oleh dracula-dracula lain terbang di siang hari. melecur seluruh tubuh saya bila tiba di shah alam.

tidak apa.

sewaktu persediaan sebelum majlis. saya ditugas kan untuk menanam pokok dan menyimpul langsir di sekitar area majlis. satu tingkap pun tiada di sekeliling tempat kejadian. apa hal ada langsir pulak?

malu kalau hantu-hantu lain tahu saya menyimpul langsir. sempat juga saya terserempak dengan seekor panda berkeliaran. pihak zoo tidak ambil tindakan kah?

baik.

malam tiba. waktu untuk saya untuk beraksi.

seorang demi seorang mangsa datang menyerah diri di dalam kawasan majlis berlangsung. hingga saya rimas, tiada ruang untuk bernafas. mungkin juga kerana jelaga pelita. (terima kasih kepada kalian, kerana sudi hadir. lain kali jangan bawa teman lelaki bersama ya?)

saya dan dark hell mengambil tempat di atas alang pintu untuk mendapat kan kepuasan menonton yang sebenar.

sempat saya melambai kimisai dari atas alang. dia lari. seram agak nya?

nurul asyiqin dan nik adam ahmad membuka tirai majlis. oh! hampir terlupa. nurul asyiqin, mee hoon kamu enak dan nik adam ahmad, seluar kamu masih lagi ketat.

penakluk air berenang di udara malam itu. hebat!

momo the munkee dengan gambus keramat nya. eksotik!

saya tidak sempat tunggu hingga performasi terakhir. saya pulang awal. saya mengesan kelibat val helsing di dalam keramaian itu.

apa pun,

shiela, roy, holy pimple, smugglers, straight curl, penakluk air, akses, flutterbyorizuka, angah silotape, diyana's stories, two k, momo the munkee, nurul asyiqin, nik adam ahmad, dark hell dan awek beg tali silang.

kau orang memang sedap. terutama mee hoon nya.

terima kasih juga kepada astro awani dan juga akhbar sinar kerana sudi membuat liputan.

nota kaki : kepada awek beg tali silang. mujur saya sudah makan siap-siap di rumah.

21 comments:

momo the munkee said...

eh...kamu datang ye?
kamu ni yang mane satu ye?

bias® said...

saya yang gigi panjang muka pucat atas alang pintu tuh.

Hidemichi said...

x berdosa ke jd drakula?

bias® said...

ntah ler? dracula jahil sikit bab-bab ugama nie.

momo the munkee said...

owh...yang muke pucat pakai spek 2 ye..

bias® said...

mana ada! mana ada! karut!

zul hafixi said...

aloy aku jumpa...
gadis macam patung aku jumpa...
tapi ko bias... mane???

bias® said...

argh!!! apsal aku tak jumpa kau!? lain kali buat terang-terang lah!!! tak nak gelap-gelap!

Dark Ray™ said...

next time siang!!
mana-mana blogger lain kali tampilkan diri..
kita tangkap gambar ramai-ramai!!

momo the munkee said...

kegelapan merangsang kesucian...ahaha

bias® said...

ray- betul!

momo - aku terangsang.

Dark Ray™ said...

mana lu dapat gambar ni?

bias® said...

wan unload dekat fesbuk tadi. aku kut and pes jek lah. bijak kan?

en.Adam said...

awek tali silang???
aku suke!haha

bias® said...

siapa yang tak suka?

patungcendana said...

bias...tak nampak pun muka kau...

zul...kau nampak aku?...aku tak nampak kau pun...huhuhu...

bias® said...

aku ada! aku ada! argh!!! mengapa tema dia dia 'dunia gelap'??? mengapa!!?? lepas nie aku nak tema lampu kalimantang!!!

patungcendana said...

ok gak tema lampu kalimantang...dracula tak terbakar kan bawah cahaya lampu? hehe

bias® said...

ha'ah. tak terbakar.

DaliaLiyana said...

dah macam tmpat chat lak ni...hehehhe...

bias® said...

memang tempat chat pun. ym? lapuk dah menatang tuh.