Friday, October 2, 2009

bersih, cekap, amanah.

hari ini aku nak bercerita jek lah.

dulu...

ada satu negeri ni di perintah oleh raja yang adil dan saksama.

satu hari, nak di jadi kan cerita...penjaga kepada harta-harta raja itu telah mati. (jangan tanya sebab apa)

dalam dua tiga hari selepas kematian penjaga harta nya, baginda raja amat lah sugul dan duk melepak jek atas tahta sebab sugul. tak kan lah baginda raja yang nak jaga harta dia sendiri? mesti lah upah orang nak jaga. baginda banyak lagi kerja lain nak buat selain menjaga harta. seperti duduk di atas tahta...aaa? dan duduk di atas tahta.

atas sebab itu wizurai raja ( baca : tuan penasihat) pun berdatang sembah kepada baginda,
"apakah walang di hati tuanku yang menyebab kan tuanku dalam keadaan nestapa ini?"

"beta berduka kerana memikir kan akan siapa yang bakal beta upah untuk menjadi penjaga harta-harta beta yang baru. beta tiada lah tahu sama ada mereka itu orang yang amanah peri nya atau tidak?" kata baginda yang masih sugul.

sang wizurai diam sejenak.

"izin kan patik mendatang kan sembah tuanku?" sang wizurai tersengih memandang baginda raja.

...

adapun esok nya, maka di canang kan kepada seluruh pelusuk negeri barang siapa yang kepingin mahu memohon jawatan sebagai penjaga harta raja, maka datang lah mereka beramai-ramai malam ini ke istana dengan membawa sijil dan resume masing-masing.

maka,

datang lah mereka-mereka yang berhajat mahu berkhidmat dengan kerajaan negeri itu beramai-ramai ke istana malam itu untuk di temu duga.

adapun, sebelum masuk ke ruang legar istana, mereka-mereka ini di minta melalui satu lorong khas seorang demi seorang untuk ke ruang legar istana.

pelik.

takpe lah, kerja gomen punya pasal? mereka turut kan.

apa yang mereka tidak tahu ialah, di sepanjang lorong khas itu, kiri kanan nya telah di lambak kan dengan syiling emas dan intan berlian yang tinggi nilai nya.

sebab nya?

nanti lah aku nak story lah ni.

setelah semua calon-calon itu berkumpul di ruang legar istana. raja menitah kan supaya mereka di jamu dengan makanan yang enak-enak. selesai jamuan. muzik di alun kan tatkala baginda raja menepuk tangan dua kali.

pap! pap!

baginda raja menjemput kesemua calon ke lantai dansa untuk menari bersama-sama baginda.

tetapi, kebanyakan mereka memberi kan alasan.

"patik sakit perut lah tuanku" ghani berkata.

"patik tak biasa lagu slow-slow ni, patik biasa lagu rock" semaun berdatang sembah.

"mak patik tak bagi menari-menari nie tuaku, berdosa" jawab karim.

akan tetapi, baru dua tiga minit baginda raja menari seorang diri macam orang bodoh...tiba-tiba haji berahim datang perlahan mengikut rentak lagu lalu berbattle dance dengan baginda raja.

maka dengan sukacita nya lah baginda raja akan peri nya haji berahim itu.

jawatan kosong sudah terisi.

akan kepada mereka yang tidak berdansa bersama baginda, mereka semua di kena kan hukuman melaku kan kerja-kerja kebajikan di rumah orang-orang tua selama 14 hari atas kesalahan mencuri harta-harta kerajaan.

dah lah tak dapat kerja? kena hukum pulak tu? padan muka!

maka,

haji berahim lah menjadi penjaga harta baginda raja yang baru di atas sikap amanah nya itu.

dan wizurai yang bijak sana itu di up kan gaji nya berserta sebidang tanah untuk bercucuk tanam.

bes kan jadi wizurai?

nota kaki : aper mender aku tulih nie?

23 comments:

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

Wooo...ko byk baca sejarah aku syak ni..hehehe...

mamai said...

weh macam mana nak jadi wizurai yer apa syaratnya

sharamli said...

zaman kesultanan melyu melaka ke ap ni?

azzaliena suziantie feisal said...

pergghhh
bias buat sejarah sehh

fndrocka said...

bak kata nabil lah kan..

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

aku pelik, nape aku baca gaya2 pertandingan bercerita.walaupun dalam hati.ko mandrem cite ni eh?


macam kelas sekolah rendah plak. Amanah, Bersih, Cekap...ko kelas ape?

imHepPie said...

apsal penjaga harta raja tu mati??

shafarshahril said...

ntah ape2 ko tulis ni.
gigih plak tu aku baca
haha

aku baca smbil bygkan ko bercerita smbil pki baju sultan bermisai lebat

Nabil Fizri said...

kemelayuan kesultanan kemaluan.

dark ray said...

babi apa cerita panjang nak mampus???

Nonie Zaman said...

pergh!
"bersih, cekap, amanah"
da cam cogan kata polis da..
huhuh~

Anonymous said...

mak kte jgn bce blog lucah..


tp sye dah tbce blog awak..




0_o"

1/7

Koyuki said...

best jugak cite wizurai ni..

=D

patungcendana said...

panjangnya....dia orang berbattle dance tu, lagu apa?

re:...sekarang bunuh dulu...baru siasat...hehe

kimisai said...

sabar bias


sabar bias...






















sabar la bias>..>!!!!


mesti boringkan, tu yg lu tulis panjang2...hahah

aloy_paradoks said...

macam gampang kan?

HujanBalikKeLangit said...

nak taw satu je...nape diorang bg alasn sakit perut bila diajak berdansa??...bg clear sket citer. nihh.....



p/s:..x puas hati..

triple x malaya said...

layan je la...tapi teringin gak gua jadi wizurai tu..

bias® said...

kakuna- mana ada?

mai mai- kena pandai kut?

sha- entah? tak pk lagi.

suzy- bes kan?

fnd- nabil kata apa?

nad- aku kelasi.

heppie- mana lah aku tau?

shafar- gile fantasi kau?

nabil- kemaluan sultan?

dark ray- boleh cuti panjang. haha.

nonie- ha'ah.

anon- yer.

koyuki- yerlah.

pepatung- lagu zapin kut?

kimi- benar.

aloy- ha'ah.

qist- ntah lah cik?

triple x- apply lah.

patungcendana said...

re:...takpe...baju je biru...hehe

en.Adam said...

bias!

J@J@ / Bini The Rock said...

zaman Hang Tuah becampur dgn Zaman Bunkface ke nih??

ahahahahhaha!!

Pastinya Hj Ibrahim sdg berbangga dgn banglo 5 tingkatnya...ala ala banglo rumah Yusof Haslam

bias® said...

pepatung- sure or not?

adam- yer?

jaja- agak nyer lah.