Friday, November 20, 2009

lagenda si penakluk air.

bangun dari tidur. berenang mencari makanan. berpusing-pusing di tukun-tukun tiruan kemudian mencari makanan lagi. tiada yang menarik di dalam diari harian kehidupan seekor ikan siakap.

bosan.

tiada life.

shyrudin termenung memerhati kan matahari terbenam. ikan-ikan lain sudah pulang ke sarang masing-masing. hanya shyrudin seekor. tinggal, mengenang kan nasib nya seekor ikan siakap.

kalau tidak di makan jerung, dia di tangkap nelayan dan menjadi lauk di restoran-restoran makanan laut. shyrudin tidak mahu semua itu.

baru-baru ini, shyrudin terpikat dengan kemolek kan seorang anak gadis yang bermain-main di gigi air. atas sebab itu juga lah dia menolak cinta montel si obor-obor. heboh juga lah sekampung, si montel cuba membunuh diri dengan memakan plastik atas tolakan cinta shyrudin itu.

tapi shyrudin tidak peduli.

malam itu, shyrudin nekad bertemu pawang mak darat. seekor teritip laut.

"mak darat. aku mahu jadi manusia" perlahan-lahan shyrudin menyatakan hasrat nya.

pawang mak darat terkedu.

"betul kamu nak jadi manusia nie shyrudin?" pawang mak darat ingin memasti kan kebenaran.

"ya! aku sudah bosan menjadi ikan siakap! nyata kan apa sahaja syarat nya? aku sanggup menunaikan nya. asal aku boleh menjadi manusia." bersungguh-sungguh benar shyrudin.

pawang mak darat tersengih. jelas kelihatan aturan gigi nya yang jarang itu.

"baik! aku boleh menukar kan kamu sebagai manusia. hanya satu syarat sahaja yang perlu kau penuhi." jelas pawang mak darat.

shyrudin angguk tanda setuju.

rumpai sakti pemberian mak darat shyrudin kemam di dalam mulut nya.

...

pagi menjelma.

shyrudin sudah menjadi manusia!!!!

hebat betul kuasa rumpai sakti pemberian pawang mak darat itu. dalam semalaman sahaja dia bertukar menjadi manusia. tiada cacat. tiada cela.

habis.

nota kaki : anti klimaks kan? hahaha! owh? syarat pawang mak darat itu ada di blog penakluk air.

20 comments:

imHepPie said...

habis tu jdi kawen x?

bias® said...

siapa kahwin dengan siapa?

dzul hafixi said...

heboh kisah si penakluk air nih..
gua nk create satu story gak la..
haha..

bias® said...

sila-sila. haha!

dzul hafixi said...

dah buat..

Koyuki said...

saya nak pegi jumpa pawang tu..mintak tolong die tukarkan manusia jadi ikan

en.Adam said...

nais!!

Hidemichi said...

jd perempuan jugak apa!hahaha.

mamai said...

mana mau jumpa itu pawang

aloy_paradoks said...

ikan siakap dalam sungai,,, camne leh jumpa obor obor ni?

momo si monyet said...

dari siakap ke manusia berambut afro...hebat...patut la shy pandai berenang...dulu die siakap rupenye...jelas la segala persoalan aku selama ini

dark ray said...

siapa lagi tak ada blog??
siapa lagi??

bias® said...

hafixi- gempak lu bro.

yuki- kenapa?

adam- kan?

michi- haha. mungkin juga.

mai mai- dekat laut kut?

aloy- siakap ikan laut lah.

momo- kan?

dark ray- kan? siapa lagi? siapa lagi? hahahahahha!

Kuwe said...

aku agak.time jd manusia tuh tros berbogel.

ala ala superman baru nk jadi.

bias® said...

ye ker? macam tuh ke?

J@J@ / Bini The Rock said...

siakap tu klu di jadikan Siakap Masak Stim..kan bagus!

bias® said...

pergh! sedap!

HujanBalikKeLangit said...

nk minta sign penakluk air nih la...boleh??

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

ader tak rumpai boleh tukar manusia jadi ikan siakap?? belikan seriggit kalau ader haha

bias® said...

qist- mintak lah.

ritz- ader ker?