Saturday, May 30, 2009

pak su

bangun petang lagi.

mandi segala, make-up segala, pakai baju wangi-wangi segala, turun bawah.

lapar.

nampak ain dengan mat min tengah tercongok depan televisyen tengok geng bas sekolah.

"ain, wan mana?"

"tido"

"atuk?"

"minum teh"

singkap tudung saji.

kosong.

bukak rice cooker. ada balance nasi lagi.

selongkar peti ais, jumpa peha ayam, sotong dua ekor.

cantit! lauk!

"pak su buat apa?"

"masak."

lalalalalalalalalala~

nasi sepinggan, ayam goreng seketul, sotong goreng kunyit, telur mata.

nice!

"pak su! nak!"

"tak makan ker tadi?"

"dah...tapi lapar lagi..."

satu suap aku, satu suap ain, satu suap mat min, satu suap ain, satu suap mat min, satu suap ain, satu suap mat min, minum air, satu suap ain, satu suap mat min, satu suap ain, satu suap mat min, minum air, satu suap ain, satu suap mat min...

...

"mamak! nasik goreng ayam satu, roti telur satu, roti bakar satu, kopi'o' ais, ais kosong dua"

hahahahaha! puas hati aku!!!! puas!!!

Thursday, May 28, 2009

nasi

"dik order dik!" hasnul nampak ada satu brother ter tata-tata dia dari jauh.

hasnul gapai pen dan kertas lalu berjalan ke arah brother tadi.

"yer bang? makan?" hasnul dah ready untuk mencatat order an.

"makan...makanan, minum... minuman! hahahaha!" tawa brother itu sambil meng high five rakan nya di sebelah.

berkerut dahi hasnul.

"betul-betul lah bang...saya nak meniaga nie..." hasnul tanya lagi.

"nasi goreng kampung, teh tarik dua" brother tadi meng order.

dah dekat dua jam menunggu, baru lah hasnul tiba dengan nasi goreng kampung brother tadi.

"kau apahal lembab sangat? air aku dah abes dah tau? dah siap order lagi 3 gelas dah..." brother tadi tepuk meja depan hasnul. marah sangat gaya nya.

"kampung saya dekat nilai bang...naik moto dalam 45 menit. ulang alik lagi? nie dah habis cepat dah nie..." hasnul jawab.

"owh...yeker? saya nak order nasik goreng usa satu." rakan brother tadi buka mulut.

...

hasnul pengsan.

nota kaki : layan jugak lawak lelamer nie kekadang.

Wednesday, May 27, 2009

saya sebuah kota tinggi.

hai! dah makan?

saya kota tinggi.

saya merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri johor.

jarak saya dengan bandar johor bahru lebih kurang 40 kil0meter. kira banyak lah jugak nak kena hisap rokok baru sampai jumpa saya.

ekonomi utama saya ialah kelapa sawit dan perikanan. ada jugak orang jual cendol.

aktiviti ekonomi saya yang lain ialah perlombongan dan perniagaan. kedai bundle pun banyak jugak dekat saya.

antara tempat-tempat menarik di saya ialah air terjun, hutan lipur panti, desaru, tanjung balau dan tanjung sedeli. pergi air terjun jek lah dengan desaru. situ jek aweks ramai.

sekian, saya sebuah kota tinggi.

nota kaki : saya tak suka orang perak! sebab...

Tuesday, May 26, 2009

ada apa dengan track bottom.

aliffie baru belajar pakai seluar jeans.

itu lah seluar yang di pakai nya hari-hari.

pergi padang main bola.

seluar jeans.

pergi kedai beli kelapa.

seluar jeans.

tonton televisyen.

seluar jeans.

sampai kan kalau seluar jeans nan satu itu di cuci, aliffie sanggup bertuala tunggu seluar jeans itu kering dari ampaian dan pakai balik seluar jeans.

"epy!!! epy!!! cepat ler!!" laung rizal dari luar rumah aliffie.

"jap! jap! baru lepas mandi! jap! jap!" aliffie pekik dari balik pintu.

cepat-cepat baju popeye belang merah di sarung kan, seluar jeans kegemaran di longsor kan ke kaki.

ZZZZIIIPPPP!!!!

...

"nak pakai seluar nie lagi?" makcik som tanya.

aliffie geleng.

serik.

nota kaki : sejak itu aliffie pakai track bottom jek. biar tak bergaya. risiko tiada.

Sunday, May 24, 2009

kucing

seminggu setelah kau pergi...
teman silih berganti menghiburku...
berkata semua teratasi...
dan terus sembunyi di balik senyum palsu...

"awak ader dengar bunyi kucing tak?"

"maner ader."

ku dengar dirimu...
tak sendiri lagi...

"awak! betul lah! ader bunyi kucing. awak dengar tak?"

"dengar. awak merepek."

setahun setelah kau pergi...
ku masih sembunyi di balik senyum palsu...
ku dengar dirimu...
tak sendiri lagi...

"awak! stop kete. ader bunyi kucing lah! pegi lah check"

"ler...yerlah...nak bagi puas hati kan?"

"awak...tengok lah bawah kete tuh..."

...

"bos, apsal you munya keleta ada dalah-dalah?"

"uncle, cuci saja lah luar dalam...saya kerja bank darah lah..."

"ooo..."

Friday, May 22, 2009

gigolo

selamat melirik jam di dinding.

2.45 pagi.

fadhli baru pulang ke rumah sewa mereka. tanpa banyak bicara fadhli membersih kan diri dan berkelubung di bawah selimut. jarang-jarang fadhli pulang lewat ke rumah. dengar khabar, fadhli membuat kerja sambilan. selamat malas untuk bertanya lanjut.

menerus kan tugasan nya.

esok hari, fadhli pulang lewat juga. selamat biar kan.
malas ingin ambil tahu. lagi pun fadhli ini memang tak bercakap orang nya.

tengah hari itu fadhli dan selamat makan di tempat biasa. gerai mak senah.

*dering*

"hello? ya datin? ha'ah! ya saya fadhli. dato' outstation? owhh...puan sri kelly yang bagi nombor saya. ha'ah. semalam saya buat servis di rumah puan sri kelly. malam ini? boleh...pukul 9 ya? bye." selamat jelas menangkap perbualan fadhli dengan seorang wanita separuh umur yang di gelar nya datin.

"kau nak makan apa hari nie, makan. aku belanja. ader rezeki lebih sikit..." ujar fadhli bangga.

"kau kerja apa fadhli?" selamat mengorek.

"adalahh...segan aku nak cakap." fadhli memati kan perbualan.

begitu lah fadhli dengan kerja baru nya. tiap-tiap malam pulang lewat ke rumah. kadang-kadang, besok pagi nya baru nampak batang hidung.

gaya fadhli pun sudah berubah, mula berpakaian mahal-mahal dan berjenama.

selamat sudah menaruh syak. benak nya mengata kan fadhli melaku kan kerja tidak elok bersama perempuan-perempuan kaya itu.

hari itu selamat nekad.

"li...duduk sini kejap. aku nak tanya..." selamat mengamit fadhli yang baru pulang dari 'kerja'.

"apa?" mata fadhli berat.

"kau kerja apa sebenar nya nie? malam-malam balik lewat. kerja dengan perempuan-perempuan kaya? kau jadi gigolo ya?" suara selamat meninggi.

...

"apa kau merepek nie selamat? aku jadi jaga lah dekat umah diorang tu bila laki diorang takder...kerja halal tau? gigolo abah kau!?"

pak long

rumah pak long.

nyaman, segar, hijau.

rumah pak long.

duduk-duduk di pangkin. nampak kotak mercun atas gobok.
hari raya ke?

penuh satu kotak.

rumah pak long.

"saper main mercun ni pak long? raya lambat lagi?"

"pak long lah main."

"ha!!?"

"buek halau tupai ngan boghuk kek dusun tuh ha.."

"cemaner?"

"amek bosi panjang nie...ekau lotak lah morcun roket tuh kek muncung dio. bakar."

rumah pak long.

"kak...si dak epy dengan bang long mana? dari tengah hari tadi tak nampak muka?"

...

"ado... kek blakang tuh main bungo api..."

rumah pak long.

Thursday, May 21, 2009

laju

peluh dingin menitik dari dahi aliffie.

sarung tangan potong pokok. pelindung siku. pelindung lutut. kasut palas jazz.

lengkap.

nafas di tarik dalam-dalam.

boy pandang aliffie.

aliffie angguk tanda sedia.

perlumbaan bmx petang itu merangkumi sekitar taman perumahan dan penamat nya di bawah cerun bukit.

boy mendahului aliffie.

habis semua budak-budak main teng-teng di cilok nya.

cerun terakhir. penentuan kemenangan.

aliffie kayuh laju-laju.

aliffie berani.

boy akur.

boy perah brek.

aliffie memintas.

aliffie senyum memandang boy. aliffie juara.

...

petang itu, aliffie makan pagar rumah orang.

Wednesday, May 20, 2009

sudah.


saya pengawas dahulu.

setiap hari isnin, sekolah saya akan mengada kan perhimpunan.

pengawas lah yang paling sibuk ketika perhimpunan.

hendak naik kan bendera ketika lagu negaraku dan lagu sekolah di dendang kan, mengendong kerusi panjang dari kantin dan di susun di belakang tiang bendera bagi guru-guru lain duduk dan memantau aktiviti-aktiviti pelajar-pelajar lain ketika berbaris.

saya bertugas memeriksa barisan hari itu.

"bang, saya nak buang air besar lah..."

"sekarang?"

"ha'ah...dah tak tahan lagi ni..."

"jom! jom!"

*keluar baris dan jalan bergandingan ke tandas*

"kau ni pun, tadi tak nak buang...sekarang baru nak..."

sedar-sedar saya sudah bercakap seorang diri. budak bongok tadi dekat belakang.

"kau kenapa? cepat lah..."

"tak payah lah bang, dah keluar..."

...

waktu rehat hari itu saya tidak pergi kantin untuk makan.

nota kaki : lisa suri hani itu tiada kena mengena dengan entri di atas. hanya sebagai pemanis.

Tuesday, May 19, 2009

dari friendster ke blogspot.

tada!!!!

aliffie sudah ada blogspot!

tahniah kepada aliffie!

tepuk tangan untuk aliffie.

*tepuk!*

*tepuk!*