Monday, June 29, 2009

festival teater selangor

dua tahun lepas aku teringin nak tonton persembahan teater di muzium shah alam selangor. nurul asyiqin kata itu adalah persembahan terakhir untuk minggu itu.

lalu aku berkejar lah ke shah alam untuk menonton persembahan tersebut. syurga atau neraka kut tajuk nya?

kalau tidak silap aku lah.

masuk-masuk aja aku di sapa nurul asyiqin. molek budak nya.

nampak juga kelibat vitamin bertaburan merata-rata. makcik cleaner dia tak buat kerja ke?

nik adam ahmad, penakluk air pun ada sekali.

siap lengkap berbaju selam dengan tangki oksigen sekali.

dia memang tak biasa hidup atas darat. tapi sebab itu persembahan terakhir. dia hadir juga.

lama durasi persembahan nya.

dua tahun.

sesiapa yang sudah masuk, tidak di benar kan keluar. kena tonton persembahan itu sampai tamat tempoh dua tahun.

sepuluh bulan pertama, aku sudah gelisah. lama sangat tak balik rumah nie. mak aku dah nak buat aduan dekat balai polis dah. tapi aku called kata lagi satu tahun dua bulan habis lah persembahan ini.

nasib baik emak aku faham.

bagaimana aku hidup selama dua tahun?

aku hidup dengan memakan penonton lain.

ya! untuk hidup! apa sahaja.

kebanyakkan nya makcik-makcik tua dan lelaki separuh umur. daya tahan diri mereka tidak kuat. mereka mati awal. aku dan mereka yang masih hidup lah yang terpaksa memamah daging-daging mereka untuk terus hidup.

nurul asyiqin akan tergelak-gelak seorang setiap empat bulan. entah apa yang seronok sangat entah?

awek-awek yang mula nya masuk cun melecun, tetapi setelah beberapa bulan tidak mandi dan berhias dah nampak macam mawas dah.

tak selera aku.

dua tahun aku tak balik beraya di rumah sebab menonton teater itu.

terkilan jugak rasa nya.

selepas dua tahun, tamat juga teater itu. dua tiga orang aja yang survived teater itu.

aku, nurul asyiqin, nik adam ahmad, vitamin bertaburan tadi dan penakluk air.

yang lain-lain tu, tidak berjaya.

kasihan mereka.

nota kaki: takziah kepada mereka-mereka yang tidak berjaya hidup. semoga roh mereka di rahmati-Nya.

Saturday, June 27, 2009

tali

sani masih tak dapat melupa kan rembatan kencang pada minit terakhir oleh pemain dari pasukan kegemaran nya.

pergh!!! macam peluru!!!

pasukan pilihan sani memang malam itu dua berbalas satu. bangga sani tak payah cerita lah. menang duit pertaruhan lagi. shopping sakan sani di uptown selepas perlawanan tadi.

sani memandu pulang sambil bersiul-siul kecil mengikut alunan muzik di radio.

dari jauh sani sudah nampak lampu kelip-kelip biru menghalang laluan.

alamak! otek!!

ah! road tax? ada!

lesen? baru renew!

tali pinggang? pakai!

muka? hensem!

apa ada hal?

sani buat muka yakin jek lalu road block itu.

brother polis itu menyuluh-yuluh dalam kereta sani.

sani senyum.

"nie apahal tak pakai tali pinggang nie?" brother polis tu sound sani.

"encik cakap betul-betul sikit encik!!! saya pakai tali pinggang nie!!! tak nampak?? baru beli nie!!! buckle lambang superman lagi tau???"

...

dua hari kemudian sani short rm300 sebab bayar saman tidak memakai tali pinggang keledar.

Thursday, June 25, 2009

johnny depp, robot mekanikal, aku dan transformers.

aku dapat panggilan dari johnny depp malam itu.

dia kata, dia ada dekat malaysia hari ini, so dia ajak aku tengok wayang. aku okey kan aja. wayang gambar start pukul 9.45 malam.

aku tengok jam tangan 9.30. sempat lagi nak rembat pergi pavillion ni.

aku cari parking yang paling dekat sekali dengan pintu masuk.

berlari aku naik atas.

mengah.

aku dah nampak johnny depp sedang di kerumuni peminat wanita nya. ada meminta tanda tangan, ada yang minta bergambar. macam-macam lah. perlahan-lahan aku hinggap dekat sebelah robot mekanikal.

"apa cerita?" aku kata.

"transformers" dengan klise nya robot mekanikal cakap. kalau robot mesti nak tengok citer robot jugak kan?.

du'uh?

sementara menunggu peminat johnny depp reda, aku melincir kan sendi-sendi robot mekanikal dengan minyak pelincir. supaya senang dia bergerak nanti.

"all right guys. let's go" johnny depp memberi arahan.

aku mengikuti johnny depp dengan robot mekanikal dari belakang. orang ramai dah pandang-pandang dah. aku bangga lah sekejap.

johnny depp tuuuu...

...

balik daripada tengok wayang transformers tadi, aku menanam cita-cita untuk jadi optimus prime bila sudah dewasa kelak.

Tuesday, June 23, 2009

lukisan

boring.

boring.

boring.

hiburan.

aku perlukan hiburan.

aha?!

hiburan menyerah diri.

"ain bila nak kawen nie?"

"ain kecik lagi lah pak su. mama tak bagi kawen."

"alah...mama tuh. sibuk jek. ain lukis apa tuh? "

"yang ini umah ain, yang ini ayah, yang ini mama, yang ini adik, yang ini wan, yang ini atuk, yang ini mak long, yang ini pak su"

"apsal pak su sama tinggi dengan rumah? pak su hantu raya ke haper?"

"sukati ain lah nak lukis."

"cuber ain lukis ayam paksu nak tengok"

...

"paksu! dah!"

...

"ini peha ayam kfc lah!!!"

nota kaki : kalau suruh ain lukis lembu, mesti dier lukis burger. mesti punyer lah!!!!

Sunday, June 21, 2009

sistem pesanan ringkas

*message received*

"dekat mana?"

*message replied*

"lepak minum"

*message received*

"jangan lama-lama sangat"

*message replied*

"tak. tak lama"

*message received*

"kirim sos tomato"

*message replied*

"baik!"

*message received*

"sudah lah lepak tu. balik. solat."

*message received*

"yerlah. nak balik lah ni"

...

"dengan saper kau sms maghrib-maghrib nie bai? tersengih-sengih? awek?"

...

"mak aku."

nota kaki : menyesal ajar orang tua tuh sms. bebawak lah pegi mesjid.

Friday, June 19, 2009

mari membeli.

"li! pegi beli nasik goreng ayam tak nak sambal bungkus! malam nie mak tak masak!"teriak kamil pada adik nya rusli yang sedang enak menonton siri kartun di televisyen.

"alah...abang nie. orang tengah tengok katun nie?" ngomel rusli.

"pergi je lah beli kejap. nah duit. abang tengok kan katun tuh. nanti abang cerita balek lah. okey?" kamil memujuk.

pantas si rusli merenggut duit kertas merah itu dari tangan kamil.

"lebih orang amek aaa?" kata rusli sewaktu menyarung kan selipar.

rusli berjalan sahaja ke kedai kak nah.

bukan nya jauh sangat.

dua tiga minit sahaja dari rumah rusli.

"oit! li! awak tak gi ngaji ek malam nie? ooo....ponteng..." rusli di sapa min. rakan mengaji nya.

"eh!? tak lah. kiter tolong abang kiter pegi beli barang lah...itu sebab kiter tak pergi ngaji. jumpa awak malam besok ek?" adu rusli pada min.

cantik budak nya. ekor mata rusli melihat min beredar pergi.

rusli tersengih-sengih sendiri.

"apa abang suruh beli tadi ya?" rusli cuba mengingat.

...

"ya dik? nak apa?" kak nah tanya rusli.

...

"aaa? hantu bungkus satu!"

Wednesday, June 17, 2009

salah kah aku?

minum teh di waktu petang sambil usya minah-minah kilang pulang dari kerja.

oh! indah nya dunia! siapa kata dunia ini kejam? tipu!

tenang.

sejuk mata memandang.

macam-macam rekabentuk ada.

*kesat air liur*

"dik nak kerepek?" makcik tua kerepek mengutara kan soalan.

aku pandang dia, dia pandang aku.

dia pandang aku, aku pandang makcik kerepek.

"boleh lah...bagi yang pedas nie sebungkus..."

*makan kerepek*

*makan kerepek*

"bang...sedekah jariah...ikhlas..." terkelip-kelip mata dia.

...

"abang dah bagi duit dekat makcik tuh, pergi lah mintak dekat dia."

Monday, June 15, 2009

hari minggu. ya! hari minggu!

memandu di pekan di hari minggu.

nasihat aku? jangan!

jalan sesak.

dan jalan sesak.

asyik maki hamun orang aja dalam kereta nanti.

start dengan babi, lancau, bongok dan selebih nya aku sendiri dah tak faham dah.

depan aku ada satu lori.

biasa lah.

belakang lori itu ada lelaki.

biasa lah.

lelaki itu senyum-senyum dekat aku.

haaaa... itu di luar kebiasaan.

aku bergermelapan sangat kah? tidak.

aku fahrin ahmad kah? tidak.

kemudian dia tunjuk sign belakang lori tu. masih senyum lagi.

...

awas! muatan panjang.

Friday, June 12, 2009

kalau berani, makan lah?



agak-agak korang lah, cemaner nak makan nasik nie?

Thursday, June 11, 2009

garfu

"aaa...garfu... saya benci garfu..."

"see? see? tak boleh...aaaaaaaa...see? tak boleh..."

"bila nak abes nie? susah lah...susah nyer garfu nie....aaaaa...."

"awak diam lah...orang semua pandang kita tau?"

"tapi? garfu? mengapa garfu? mengapa? susah tau? susah!"

"aaaaaaa...tengok? jatuh balek?! aaaaaa...tengok? dier jatuh lagi??"

...

"jangan jadi bodo lah awak oi!! awak boleh tak makan sup tuh dengan sudu??? saya dah segan dah orang pandang-pandang!"

Tuesday, June 9, 2009

never ending story...

bahagian satu( jahanam punya tanpabukti!)

bahagian dua.

"bi...bangun bi..." saya dengar suara.

hampir betul bunyi nya.

"mak!!! babi!!!" saya dapat melihat seekor babi betul-betul di hadapan saya sekarang.

...

"hoi!!! terkejut aper pulak nie?! kau pun babi jugak! sama macam aku." babi itu berkata-kata.

mata saya membulat.

untuk bahagian tiga. cepat-cepat klik sini.

nota kaki : cemaner aku boleh terlibat ntah ler?

Monday, June 8, 2009

kenapa hamid tak makan nasi goreng?

"mid...aku takder mood lah nak makan luar malam nie..." nazli tiba-tiba bersuara.

hamid yang sedang asyik mencari pemetik api nya yang hilang sedari tadi berhenti.

memandang nazli.

"okey! kita beli nasik bungkus. kita makan kat umah. nampak lighter aku tak?" hamid menggaru-garu kepala nya yang tidak gatal.

"tak. kau lah bubuh merata-rata. tuh still kira makan luar jugak tuh. aku nak masak malam nie lah." nazli memperbetul kan lipatan pelikat nya.

hamid diam.

"hehe...kau? nazli bin mustapha nak masak? masak air pun hangus? nak masak makan malam? hehe...lalu sikit. ader ligther aku dekat bawah punggung kau kut?" hamid mengibas-ngibas tempat duduk nazli.

"kau jangan cabar aku mid? kau belum kenal aku lagi tau?" nazli bingkas bangun ke dapur.

"yerlah...yerlah...kau lah yang bagus. aku pegi beli lighter kejap. masak lebih sikit." laung hamid dari luar rumah.

...

"wah...nasi goreng???" hamid terus duduk mengadap meja makan.

"makan lah. hasil air tangan nazli bin mustapha" nazli senyum bangga.

"perghhh!!! sedap lah li? wangi pulak tuh? kau bubuh aper?" mulut hamid tak berhenti menyuap.

...

"aku letak bedak tadi..."

Friday, June 5, 2009

semalam di balai...

brother polis : nama?

farouk : farouk.

brother polis : nama penuh lah...

farouk : farouk rizal bin kamaruddin.

brother polis : ic?

farouk : 72 10 09 14 58 11...

brother polis : alamat?

farouk : no 19 jalan harun a.u 2b/ 19 taman keramat permai. 54200, kuala lumpur.

brother polis : kerja?

farouk : jurulatih bola sepak sekolah rendah.

...

brother polis : okey. kali nie kami bebas kan awak. sekali lagi jika kami berkas awak berpakaian wanita di tempat awam, awak terus ke dalam! paham? dah. pegi balek.

pagi

pagi itu sejuk.

aliffie bangun pagi untuk ke kelas.

aliffie mencapai tuala dan berjalan ke bilik shower.

oh ya? aliffie tinggal di kolej kediaman lelaki. jadi, bilik shower nyer luas. boleh men 'shower' kan diri secara berjemaah.

pagi itu sejuk.

berus gigi aliffie ketap di mulut.

sambil humming lagu 'mari lah mari pergi mengundi' aliffie memasuki bilik shower.

aliffie sangkut tuala di salah satu pintu bilik shower sebagai penanda 'bilik ini aku yang punya'.

aliffie menggosok gigi di hadapan sinki.

aliffie nampak 'neng' sedang mencuci lantai tersengih-sengih memandang aliffie.

pagi itu sejuk.

"ya aku tegap. so?"

*gosok-gosok*

*gosok-gosok*

...

"bang...apa itu? hik hik hik..."

"pagi...biasa lah..."

pagi itu sejuk.

Thursday, June 4, 2009

nasi lemak

"singgah dekat gerai nasik lemak tuh kejap. i nak beli nasik lemak lah"

"takder parking lah"

"ala... berenti jek tepi kejap. i turun beli kejap jek."

"erm..."

"you nak kirim apa-apa ker?"

"tak."

...

"eh! beli kan i nasik lemak!"

"satu?"

"dua lah...baru seimbang...hehehe..."

"jahat! satu cukup!"

nota kaki : salah ke nak nasik lemak dua? salah ke?

Wednesday, June 3, 2009

amin

"amin...kalau nak kencing bagitau wan tau?"

"okey!"

...

"wan! amin nak kencing!"

"moh....moh...masuk dalam toilet. wan tunggu luar. dah sudah cakap ek?"

...

"dah wan!"

...

"amin...lain kali kalau nak kencing bukak seluar dulu ek?"

Tuesday, June 2, 2009

towkey

"towkey! sekeping, berapa?"

"lapan ringgit maa..."

"apa baru punya?"

"ada! ada! night at the museum two ada, itu comedy punya mowie..."

"lain? ada ka?"

"itu angels and demons...siasat-siasat punya mowie...gambar clear..."

"sudah tengok lah. lain?"

"itu cartoon punya mowie, aliens vs monsters...gambar cantik!"

"aaa...lain?"

"you mau story apa sebenar nya maaa...?"

"hehehehe..."

nota kaki: cemaner nak bezakan jepun dengan omputih?
kalau jepun dier mosaic.