Sunday, December 26, 2010

siapa punya ayam itu?

bang! bang! bang!

dentuman senapang patah kedengaran bertali arus.

seekor ayam hutan tergopoh gapah mengelak kan diri dari bedilan.

bang!

kena!

...

abu bakar senyum. ayam hutan yang di buru nya sedari tadi sudah tewas. makan lauk ayam lah aku malam ini. abu bakar segera pergi mendapat kan hasil buruan.

"hoi! mana nak bawak pergi ayam tuh?" suara pak kassim memati kan senyuman abu bakar.

"saya nak bawak balik lah. makan." jawab abu bakar.

cangkul yang di tanah pak kassim ambil dan di pegang kemas-kemas.

"ayam tuh kamu tembak dalam kawasan kebun aku. jadi ayam itu aku yang punya!" gertak pak kassim. cangkul di tangan masih belum mahu di lepas kan.

abu bakar bingung.

"mana boleh! ayam ni saya yang tembak! saya lah yang punya! lagi pun ayam ni ayam hutan. tidak betuan. pak cik jangan cakap bukan-bukan dengan saya? saya ini peguam tahu? semua undang-undang dan hak, saya dah khatam kan semua nya." abu bakar mempertahan kan diri.

sesekali pak kassim mengerling ayam hutan gemuk di tangan abu bakar.

"undang-undang yer? tapi kamu tak khatam lagi undang-undang kampung ni." pak kassim membetah.

berkerut abu bakar mendengar hujah pak kassim.

"hukum tendang. ya? tendang. aku akan tendang kamu tiga kali dan kamu akan tendang aku tiga kali. jika tiada pihak yang mahu mengalah, hukum tendang ini akan berlanjutan hingga ada pihak yang mengalah. mahu atau tidak?" sambung pak kassim lagi.

ah! orang ini sudah tua, apa lah sangat tiga kali tendang? aku masih muda bertenaga. pernah mewakili sekolah dalam sukan bola sepak pula? sekali tendang, aku sudah boleh menang mudah.

"baik! setuju! pak cik mula dahulu" bongkak lagak nya si abu bakar ini.

cangkul di sandar kan di pangkal pokok pisang.

dush!!!

tendangan pertama pak kassim tepat di celah kelangkang abu bakar. herot muka abu bakar sebentar menahan senak. terduduk dia tak mampu berdiri.

belum sempat abu bakar berdiri, dush!

tapak kaki pak kassim sudah singgah di muka abu bakar. bersembur darah dari bibir nya. terbaring abu bakar mengerang kesakitan.

mata abu bakar sudah mula berpinar.

krak!!

tendangan terakhir pak kassim di rusuk abu bakar menyebab kan dia terperosok di perdu pokok.

sakit badan nya sudah tidak terperi lagi. tetapi abu bakar gagah kan diri juga untuk bangun. sudah tiba masa nya untuk serangan balas!!! sekira nya di perhati kan betul-betul ada sedikit api keluar dari mata abu bakar.

pak kassim berdiri tegak di sisi abu bakar.

abu bakar sudah siap berdiri. bersedia untuk melancar kan tendangan pertama.

...

"nanti dulu!?" pak kassim tiba-tiba bersuara.

"kita berbuat semua ini untuk apa ya?" pak kassim menerus kan bicara.

"untuk ayam hutan yang saya tembak ini" jawab abu bakar.

"oh? ye ke? baik lah! kamu menang. ambil lah ayam hutan itu." pak kassim berlalu laju meninggal kan abu bakar bersama ayam nya.

sekira nya di perhati kan betul-betul ada sedikit air bergenang dari mata abu bakar.

Tuesday, December 21, 2010

rukun beli 'burgermpak' ada empat semua nya.


BURGERMPARK oleh3 orang ahli pakatan paradoks, Aloy, Rayza & Bias boleh di-order sekarang.

BURGERMPARK

140++ muka surat

RM20 (tidak termasuk pos)

-> tambah RM5 untuk pos laju. Pos laju supaya takde problem buku hilang dan cepat sampai.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, ikuti langkah berikut:

1. Buat pembayaran sebanyak RM25 ke akaun berikut:

- 1621 0663 5004 (Maybank)

- Penama: Mohd. Saufy Nizar

- 12120000024100 (CIMB)

- Penama: Jiewa Enterprise

2. Hantar e-mel bertajuk 'BURGERMPARK' ke weareuya@gmail.com dengan menyertakan sekali:

1. bukti pembayaran

2. alamat -> pastikan bukan alamat yang pelik-pelik, taknak bagi posmen susah mencari.

3. Sila bercakap sopan dengan Abdul UYA!.

4. Bagi yang ingin membeli pakai tangan pada harga RM20, anda boleh membelinya di UYA Distro bermula 20 Disember 2010.

Yang benar,

Abdul UYA!.

nota kaki : sejak saya mengguna kan 'burgermpak' anak lelaki saya tidak kencing malam lagi. terima kasih 'burgermpak'.


Thursday, December 16, 2010

siaran langsung burgermpak

nota kaki : kalau datang, bawa dua puluh ringgit siap-siap. kami tiada wang kecil.

Friday, December 10, 2010

kisah cinta Bagung (entri re-cycle)

Bagung terkedu tidak terkata.

terpesona.

kaku.

kenapa?

semua nya gara-gara Leha. anak lebai Manan. dahulu Leha tidak sesolid itu. sejak melanjut kan pelajaran ke institut pengajian awam di selatan tanah air, Leha sudah banyak berubah. ramai mata nakal yang memandang.

malam itu Bagung tak boleh tidur. terkelip-kelip dia di dalam kegelapan malam. hanya Leha anak lebai Manan bermain di benak nya.

sesekali Bagung tersengih mengenang kan gadis munggil itu bermain di tali air dekat baruh petang tadi.

seksi!

"Bagung? tak tidur lagi?" soal mak Yam.

"Bagung tak boleh tidur lah mak..." jawab Bagung perlahan.

"kenapa? fikir apa? kahwin?" bagai mengetahui isi hati anak teruna nya itu.

"ha'ah! mana mak tau? hehe...Bagung nak kahwin lah mak..." pantas Bagung menjawab soalan mak Yam.

"mak tahu...yerlah. kamu pun dah besar panjang. dengan anak siapa kamu berkenan ni Bagung? mak boleh suruh makcik Senah kamu tolong risik kan."

"sayang Bagung dengan mak... dengan si Leha mak. molek budak nya" Bagung bertambah ceria.

"Leha? anak siapa?" mak Yam pelik.

"alahhh...si Leha...anak lebai Manan. yang duduk sebelah madrasah hujung kampung tuh..."


*mak Yam diam*


hati Bagung mula berbunga-bunga menanti kan jawapan mak Yam.

...

"si Leha tuh orang lah Bagung oiiii!!! kita ayam!! tak sama spisis! tak boleh kahwin!!!"

"ala...mak nie? mementing kan spisis. dia pun makhluk macam kita jugak." Bagung mempertahan kan pendirian nya.

"spisis hotak kau!!! dah! pegi berkokok. dah nak masuk imsyak dah nie?"

"alah...mak nie? abah kan ader? suruh abah jek lah"

"abah kau sejak ada bini baru nie, maner nak lekat dekat umah. yerlah...ayam muda...kita nie ayam lama...dah tak hot and spicy lagi" mak Yam memandang lantai.

"yerlah...yerlah...Bagung pergi nie...."



jauh di sudut hati Bagung, Bagung masih berharap....

nota kaki : aku culik dari notes facebook aku je.

Monday, December 6, 2010

perut dan udin dan abah.

udin kampung sakit perut.

kruk! kruk!

udin kampung memegang perut nya yang menggila. udin kampung tidak lapar. udin kampung baru sahaja bersarapan. mungkin nasi lemak haji tahir simpang itu sudah tidak elok?

ah! udin kampung sudah hari-hari menghabis kan tiap pagi nya bersarapan di situ. tiada apa-apa pun? kenapa hari ini?

senget-senget muka udin kampung menahan sakit.

kruk! kruk!

"what problems you this udin?" kiai talib baru pulang dari surau pagi itu. setahu udin kampung, solat subuh sudah lama habis pagi tadi. jam 11 pagi baru abah nya pulang? menghimpit janda piah dulu lah tuh? macam lah udin kampung tak tahu?

huh!!?

"pain stomach lah father" pendek jawab udin kampung. tangan nya masih memegang perut.

kiai talib mendengus.

tangan nya sibuk mengibas-ngibas kain pelikat nya yang sudah pudar warna nya.

"medicine done eat?" tanya kiai talib lagi.

udin kampung mengangguk lemah.

"medicine what you eat?" sambung kiai talib lagi.

udin kampung menghela nafas.

"medicine gegat"

...

dari kampung sebelah sayup-sayup kedengaran suara jeritan bertalu-talu kiai talib berteriak...

"itu ubat lipas lah bodo!!!"

Tuesday, November 9, 2010

tolong jangan bicara.

hendak lah di hikayat kan akan satu cherita, di suatu hutan yang indah permai, di tepi tasik yang jernih air nya, diam lah seekor kura-kura.

ada pun kura-kura yang di gelar sipi al-idrus ini tiada lah lain akan kerja nya, hanya lah mencari lumut-lumut tasik dan hewan-hewan kecil sebagai alas perut nya. pabila hari meninggi, akan sipi al-idrus ini berjemur lah ia di terik matahari. bila malam menjelang maka, masuk lah ia ke dalam cengkerang nya dan tidur lah ia di sana.

tiada lah berubah akan pola kehidupan sipi al-idrus ini sehari-hari. begitu juga lah kisah nya pada hari raya puasa, hari krismas dan hari guru. sama sahaja aktiviti sipi al-idrus ini ada nya.

...

hendak di jadi kan cherita, datang lah bosan akan sipi-al-idrus ini dengan kehidupan nya. tiada lah ia mencuba sesuatu yang baharu seumur hidup nya.

"mengapa kehidupan gua sebegini bosan? setiap hari gua laku kan aktiviti yang sama sahaja? tiada lah pernah gua mencuba bungee jumping mahu pun bermain jet-ski?" bisik hati kecil sipi-al idrus si kura-kura.

sedang sipi al-idrus asyik bermenung. hinggap lah seekor bangau di di sebelah nya.

"hey sahabat, mengapa nian bermuram wajah?" soal rabia-sha si bangau. (aneh nama hewan-hewan di sini ya?)

sipi al-idrus merenung mata si bangau.

"gua sudah bosan hidup sebegini. gua mahu melihat dunia. tapi apa kan daya? cengkerang maha berat ini membatas kan gerak geri gua wahai sahabat" adu sipi al-idrus.

rabia-sha diam dan mengangguk-angguk kan kepala nya.

"gua boleh membantu lu. tapi dengan satu syarat!" suara si bangau tegas.

mata sipi al-idrus mula bercahaya.

"lu tidak di benar kan bersuara langsung. boleh?" ujar si bangau.

sipi al-idrus mengangguk laju tanda setuju.

...

lalu si bangau pun mencari sebatang ranting kayu dan di genggam dengan kedua belah kaki nya.
di arah kan si kura-kura menggigit ranting itu.

sipi al-idrus menurut tanpa banyak bicara.

woosh!!!

dengan sekali kibas, terbang lah si bangau dengan membawa si kura-kura bersama nya.

maka terpegun lah akan sipi al-idrus melihat keindahan alam dari awang-awangan, adanya.

...

"yang tinggi berkembar tuh, klcc...cantik tak?" soal si bangau kepada sipi al-idrus.

"ha'ah! cant..." itu sahaja yang si bangau sempat dengar dari sipi al idrus.

tamatted.

Saturday, October 9, 2010

mamak's stall

"ya abang...apa mahu?"

"hmmm~ saya mahu makwe cun putih gebu, macam pelakon hollywood tuh. erm... mata biru, rambut blonde, macam cheerleader tuh...aaa? bibir angelina jolie. lagi apa ek? kaya raya...mewah lah. lagi satu...dia pakai mini skirt merah dengan top jek. oke. dah."

"itu sahaja abang?"

"oh!? saya tak mau dia pakai seluar dalam"

"oke abang. sikit jam siap."

nota kaki : kalau lah makwe boleh order dekat kedai mamak...

Saturday, September 11, 2010

pencungkil gigi @ toothpick

raya.

macam biasa, sarapan bagai nak gila.

rendang ketupat lemang bedal semua.

lupa akan diri yang telah tua.

gigi berlubang sini-sana.

bekas pengcungkil gigi di cari jua.

pakai nya satu balance nya dua puluh dua.

apa mau bikin ya?

...

"wan!!! pak su tukar barbie ain jadi wolverine!!!"

Tuesday, August 31, 2010

memang tugas dia memalu kan kita.

meriah hari itu. bagai tahun-tahun sebelum nya.

"ni siapa ni?" mak cik som memperbetul kan serkup kepala nya yang dah boleh jadi serkap ayam dah. bila nak tukar pun tak tahu lah?

"saya kawan epi makcik..." roslan sengih mengunyah angin. sambil-sambil mata nya menanti peluang untuk meradak laksa dan lemang yang tehindang di atas meja.

"ohh...kawan epi. epi dah ada makwe belum?" soalan klise mak-mak kepada kawan-kawan anak mereka.

"entah lah makcik. saya tak ingat. ramai sangat. kalau ayah saya tu perempuan, dia pun dia rembat jugak kut?" cubaan roslan membuat funny kepada mak cik som.

"mak cik tahu. gatal dia tuh. itu sebab masa kecik dulu, mak cik segan dukung dia naik bas dengan makcik." sambil-sambil itu tangan mak cik som laju mengisi balang kuih yang hampir kosong.

"kenapa makcik?" roslan pura-pura tidak mengerti. air oren sudah di tambah 2 kali. namun meja hidangan masih penuh dengan tetamu.

...

"kalau dia nampak perempuan kopek besar dengan dalam bas...selamba jek dia jerit kuat-kuat...mak!!! tetek!!!"

nota kaki : seperti yang di cerita kan oleh mak cik som tiap-tiap tahun kepada tiap-tiap kawan aliffie yang datang beraya di rumah.

Monday, July 26, 2010

jangan tutup lampu!!!

"hello encik aliffie? kerja kitorang dah siap ni. datang lah site buat inspection."

...

"dah senja dah ni? apa tak call besok jek? dah. jom. jom."

...

"yang ni okay. yang ni pun okay. okay lah semua. besok datang office ambik inspection form dari saya ya? ada apa-apa lagi?"

...

"tingkat atas encik belum tengok lagi pun? okay ke?"

...

"gelap! saya tengok tengah hari besok lah!"

nota kaki: encik aliffie pun ada kelemahan.

Monday, July 5, 2010

ba-dang yang kuat.

ba-dang.

itu lah gelar nya anak muda ini. sedari dulu sejak di kehilangan kedua orang tua nya, dia sudah di gelar ba-dang. padahal nama nya mohd syamsul azhar bin kassim.

ada pun ba-dang ini kerja nya hanya lah mengambil upah membuat kerja-kerja kampung. ada rakan bertanya pada saya, "kerja kampung itu kerja apa? kerani ke? ada tangga gaji ke?".

berbalik kepada ba-dang tadi, di waktu senggang nya si ba-dang ini gemar menahan lukah di sungai. kadang-kadang jikalau rezeki nya murah, banyak lah ikan yang dapat di tahan nya. selepas ikan-ikan itu di tahan dan di soal siasat, pihak mahkamah membebas kan mereka dengan ikat jamin sebanyak rm2000 atau penjara sekurang-kurang nya 2 tahun atau kedua-dua nya sekali.

berbalik kepada ba-dang tadi, di waktu senggang nya si ba-dang ini gemar menahan lukah di sungai. kadang-kadang jikalau rezeki nya murah, banyak lah ikan yang dapat di tahan nya. sekira nya di jual di pasaran gelap, dapat lah juga si ba-dang menampung kehidupan nya selama beberapa hari.

adapun hendak di jadi kan cerita, cerita ini terjadi di waktu senggang ya? di waktu senggang si ba-dang gemar membuat apa? ya! menahan lukah! pandai. hendak di jadi kan cerita, dalam beberapa hari ini, lukah yang di tahan ba-dang selalu kosong. bagai di kopak orang. sisik dan tulang ikan merata-rata di dalam lukah nya.

"kerja memerang ke?" ngomel si ba-dang sendirian.

si ba-dang tidak berpuas hati. harus lah dia mengetahui siapa punya angkara yang membinasa kan lukah nya. mahal tu? senang-senang jek nak kopak?

hari berikut nya ba-dang menahan lukah seperti biasa. tetapi kali ini si ba-dang bersembunyi di balik semak. mengintip.

"kalau aku dapat sesiapa yang merosak kan lukah aku, nahas kamu!!" bisik ba-dak.<---ba-dang lah!

si ba-dang menanti dengan sabar.

tahu-tahu sudah enam tahun ba-dang menanti di situ. tiada apa-apa yang berlaku. si ba-dang kecewa.

baru sahaja si ba-dang ingin berputus asa, terdapat riak yang luar biasa di permukaan air. ba-dang kembali diam membatu.

sekonyong-konyong muncul satu lembaga dari dalam air itu dan menghampiri lukah nya si ba-dang. "oh? celaka ini yang selalu merosak kan lukah aku ya?" ba-dang menggenggam erat hulu golok pusaka nya.

"yearghhh!!!!" jeritan ba-dang gempita memeranjat kan seluruh warga sungai. termasuk lembaga tadi lah. sebab dia pun duduk dalam sungai tuh jugak kan? so? dia pun warga sungai lah. dia pun terperanjat jugak lah. kan?

...

"eh? farid kamil?" tanya ba-dang sewaktu golok nya nyaris mencecah batang leher lembaga si pencuri ikan itu.

"ya! aku farid kamil." aku lembaga itu.

"bukan kah sepatut nya kamu lembaga hodoh dan menjelik kan?" soal ba-dang lagi tidak percaya.

lembaga itu diam. memandang ba-dang.

"amboi? asal makan ikan mentah? asal keluar dari air sungai? asal lembaga? nak hodoh-hodoh jek ek? hensem-hensem tak boleh?" sindir si lembaga tadi.

ba-dang diam tidak terkata.

"baik lah. aku malas nak cerita panjang. lagi pun semua orang dah tahu. kau nak jadi kuat kan? lepas kan aku, aku muntah and then lepas tuh kau makan muntah aku. kau akan jadi sekuat gajah" terang lembaga itu dengan panjang lebar.

seperti yang semua sudah maklum, ba-dang menurut kehendak lembaga itu sepenuh nya.

...

"aku sudah sekuat gajah kah?" tanya ba-dang.

"ya! sudah pasti! cuba kau cabut pokok itu" arah lembaga itu.

prakkkk!!!!

mudah sahaja pohon itu di tumbang kan si ba-dang.

ba-dang tersenyum puas.

"tapi farid kamil...aku mohon kekuatan seekor gajah sahaja tahu? ada harapan boleh ubah balik tak?" soal si ba-adang sambil mengibas-ngibas belalai baru nya itu.

...

"tak!!!" lembaga itu hilang bagai angin malam.

nota kaki : jangan percaya farid kamil.

Monday, June 7, 2010

jangan ganggu aku lagi!

assalamualaikum,

lisa surihani yang di hormati,

tujuan saya mencoret warkah ini adalah untuk menyatakan bahawa "jangan ganggu aku lagi!" sahaja. walaupun saya telah menerang kan dengan panjang lebar kepada awak, tetapi awak masih 'stalk' saya lagi. saya rimas.

awak ingat saya tak tahu? awak selalu view page facebook saya? saya telah menggunakan application 'who viewed your facebook' tu dan saya hanya lihat nama awak. awak tiada kerja lain ke?

lisa surihani yang di hormati,

benar... suatu ketika dahulu saya syok dekat awak... tapi awak buat derk jek dengan saya. awak buat donno jek. saya request as friends dekat facebook pun awak ignored kan saya.

saya malu!

saya dah canang kan satu kampung dah yang saya dah request as friends dengan lisa surihani. satu kampung dah tahu. pelamin dah sedia, catering dah sedia, mak andam saya dah upah, 2-3 ekor lembu dah tumbang tau sebab awak? tinggal awak nak approved saya as friends jek, lepas tuh saya datang masuk minang awak. tapi awak? ignored kan saya!!!!

lisa suri hani yang di hormati,

saya dah tonton dah lagenda budak setan lakonan awak itu hari. saya sengaja duduk seat depan supaya awak boleh nampak saya. saya senyum-senyum.

awak? tegur saya pun idak!??

oleh yang demikian, dengan ini saya menekan kan sekali lagi pada awak supaya, "jangan ganggu aku lagi!"

sekian, yang benar.

mohd aliffie nordin.

Sunday, May 23, 2010

kecik-kecik dulu comeyl jek...

amin : paksu...paksu buat apa tuh?

pak su : pak su buat kerja paksu lah...

amin : pak su main internet ek?

pak su : ha'ah. kerja pak su lah...

amin : yang ini gambar apa pak su?

pak su : ini gambar kerja paksu lah...

...

amin : wan!!!!! paksu tengok gambar perempuan telanjang!!!

Sunday, April 11, 2010

penyaman udara.

brother : bang...sejuk bang.

abang : nak buat cemaner? aku pun sejuk jugak.

brother : takan tak boleh adjust sikit pun? sejuk sangat nie?

abang : kau adjust lah. aku tak tahu.

brother : tak der lah bang punat dier...dah puas dah saya cari.

abang : kau cari punat apa?

brother : punat air-cond nie ler. sejuk sangat. saya nak adjust lah kasi tak sejuk sangat.

klekuk!

...

abang : kita naik motor lah bingai!

Monday, April 5, 2010

ahmad muhammad.

maka berjalan lah si ahmad dari satu daerah ke daerah yang lain demi mencari pengalaman adanya.

masuk hutan keluar hutan. masuk kampung keluar kampung. masuk laut keluar laut.

begitulah peri nya si ahmad ini sehari-hari. jikalau dia letih, akan menumpang lah dia berehat barang semalam di salah sebuah rumah di kampung yang di jejaki nya.

cuaca hari itu agak baik. ahmad baru lepas bersarapan di rumah sikandar penangkap udang. di bawa nya bersama bekal yang di beri kan oleh sikandar. baik orang nya.

dalam perjalanan, hendak di jadi kan cerita...maka terkejut lah akan si ahmad ini kerana terserempak dengan sekujur tubuh yang tidak bernyawa menghalang jalan.

simpati rasa di hati. siapa lah empunya angkara durjana ini? (ryhme siol!)

akan mayat ini di sempurna kan baik-baik oleh si ahmad. di mandi kan dia cara orang baik-baik. di kafan kan dia cara orang baik-baik. di sembahyang kan cara orang baik-baik. di kebumi kan juga cara orang baik-baik.

sesudah selesai akan fardhu kifayah nya, maka berangkat lah kembali si ahmad menerus kan perjalanan.

hendak di jadi kan cerita lagi...malam itu sewaktu ahmad sedang mencari-cari tempat untuk melepas kan lelah, ahmad telah di tahan oleh beberapa orang lelaki.

perompak!

ahmad tidak terdaya untuk melawan. mereka bertiga, ahmad bersatu.(?) masakan larat kudrat nya untuk menentang mereka.

hampa perompak-perompak itu, tetekala =) mendapati si ahmad tiada mempunyai apa-apa barang berharga. marah mereka. "begitu punya marah orang tu yer?" bak kata p.ramlee dalam seniman bujang lapuk.

maka perompak itu mahu membunuh ahmad demi menghapus kan saksi. ahmad hanya mampu diam berdoa kepada Ilahi. nyawa nya bakal di ambil bila-bila masa nanti.

senyap.

tiga perompak bedebah tadi tiba-tiba bungkam tidak bernyawa. darah bersemburan dari leher masing-masing.

ahmad tergamam.

di hadapan nya seorang lelaki segak bersenjata kan pedang panjang tersenyum ke arah nya.

"siapa kah kau wahai orang muda?" tanya ahmad tidak percaya.

"namu ku muhammad" ujar pemuda tersebut.

"kenapa kau membantu aku? aku tiada apa-apa jasa padamu?" tanya ahmad lagi.

"masakan tidak? siang hari tadi, hanya kau seorang sahaja yang membantu aku wahai ahmad yang berbudi." ujar pemuda itu lagi.

"siang tadi?" ahmad bingung. tiada siapa yang di bantu nya siang tadi? kecuali...

...

"mak!!!!! hantu!!!!!!" ahmad berlari tanpa menoleh lagi.

Thursday, March 25, 2010

aliffie baru belajar. jangan marah dia.

aliffie baru belajar. jangan marah dia.

hari itu aliffie harus mem'photostat' beberapa dokumen. aliffie okay...aliffie kewl...

aliffie kepit dokumen tersebut lalu berjalan secara mendada ke mesin photostat. aliffie kerling kerani yang bertugas. hmpt! "tak pernah tengok orang photostat ke?" ujar aliffie di dalam hati.

aliffie baru belajar. jangan marah dia.

ya! aliffie berada di hadapan mesin photostat tersebut. besar jugak reka bentuk nya. kalau aliffie angkat sorang, memang tak larat. kena enam orang jugak nak angkat mesin nie nampak gaya nya.

besar!

aliffie baru belajar. jangan marah dia.

aliffie checked switch dekat belakang mesin. on. plug nya pun bersambung. aliffie belek lagi mesin photostat.

aduh! time-time nie jugak perut meragam. baru nak photostat. kacau betul! cemaner nak photostat?

takpe. itu hal kecil. aliffie ke tandas dulu. lepas ke tandas, aliffie akan photostat.

benar!

lepas ke tandas, aliffie kembali semula ke mesin photostat. aliffie ingin mem'photostat' dokumen.

...

"hai...engineer tak tahu guna mesin photostat ke?"

nota kaki : aliffie baru belajar. jangan marah dia.

Saturday, March 13, 2010

asal batu.

sudah tidak tertanggung lagi kempunan mak pekan rasanya.

"batu belah batu bertangkup...telan lah aku...luluh lah aku...aku kempunan...telur tembakul..." suara mak pekan berantai-rantai memenuhi ruang malam yang sunyi.

...

"melur...ikan nie nanti, kau goreng tau? telur nya, tinggal kan mak sikit." pesan mak pekan tika di kepala tangga menuju ke sawah. (sawah ke? baruh? what ever lah!)

...

"nak telur!!!!!!!!!!!!!!!!!!" pekik pekan berulang-ulang. bingit!

"diam lah dik...kakak ganti dengan telur ayam ya?" melur cuba memujuk.

tas!

habis pecah telur ayam di lempar pekan ke jendela.

...

"amanah mak yang sebegini ringan pun tidak boleh kau turut kan melur? lebih baik mak pegi mati di telan batu belah..." mak pekan meluru menuju ke arah tempat letak nya batu belah yang berpuaka itu.

...

"batu belah batu bertangkup...telan lah aku...luluh lah aku...aku kempunan...telur tembakul..." mak pekan menangis terngongoi-ngongoi di sisi batu belah batu bertangkup yang berpuaka.

...

"parjo! ngapain perempuan tua itu menangis di batu-bata itu? gangguin kerja-kerja kita aja?" soal sukiman pelik.

"ntah? ngomong nya kepingin telur ikan. aneh orang di sini ya?"

Thursday, March 4, 2010

abah balik yeay!

"yeay! yeay! abah balik!"

gembira hati sang abah apabila anak-anak menjemput nya pulang dari mencari rezeki yang halal.

"yeay! yeay! abah balik!"

tawa riang sang anak melupakan seketika penat lelah sang abah.

"yeay! yeay! abah balik!"

keletah sang anak memberikan motivasi kepada sang abah untuk berkerja dengan lebih tekun bagi menjamin masa depan keturunan nya.

"yeay! yeay! abah balik!"

hiruk pikuk di tempat kerja seperti tiada apa berbanding suara anak-anak yang amat di kasihi nya.

"yeay! yeay! abah balik!"

pang!

...

"diam lah! abah nak tidur dah nie!?"

Friday, February 26, 2010

tengku putera limau bali.

"nyah kau dari rumah aku! anak sial!!!" kata-kata pedih dari mak kuntum itu masih segar di minda seri kembangan.

seri kembangan tiada hala tuju hari itu. berbekal kan bungkusan baju nya dia berjalan kosong di dalam hutan. hanya buah-buah hutan yang menjadi pengalas perut nya untuk hari itu.

ke mana harus di tuju nya? dia tiada tempat berteduh lagi. ibu tiri nya telah menghalau nya dari rumah. letih badan seri kembangan tidak terperi lagi. malam semakin merangkak menerjah maya. (pergh! ayat!?)

seri kembangan melabuh kan punggung nya di sisi perdu pokok bayan. mungkin inilah tempat nya bermalam untuk malam ini.

sewaktu seri kembangan separuh sedar...

tiba-tiba...

"seri kembangan...seri kembangan..." satu suara halus memanggil-manggil nama nya mengejut kan seri kembangan.

"siapa kah kau wahai suara ghaib?" soal seri kembangan sedikit takut.

"aku! aku yang memanggil nama mu...mari...mari pada ku..." suara ghaib itu memberi arahan.

"di mana kau?" terteleng-teleng seri kembangan mencari. tiada apa yang di lihat nya kecuali pohon-pohon kayu.

"di sini! di atas pokok bayan ini! mari ambil aku! mari..." suara itu berbunyi lagi.

susah payah seri kembangan memanjat pohon bayan itu. kelihatan sebiji limau bali sebesar limau bali terletak cantik di situ.

"engkau kah yang bersuara wahai limau bali?" tanya seri kembangan.

"ya! mari petik aku dan turun kan aku ke tanah" arah limau bali itu.

seri kembangan menuruti segala permintaan limau bali dan membawa nya ke tanah.

"wahai limau bali yang boleh berkata-kata... bagaimana kah engkau boleh berkata-kata? sedang kan engkau hanya lah sebiji limau bali?" ujar seri kembangan seraya berteleku memerhati kan limau bali itu.

"ah! panjang cerita nya wahai seri kembangan... aku adalah seorang putera raja negara kecapi rimba. akibat sumpah ahli sihir yang dengki, aku telah di sumpah menjadi sebiji limau bali dan di sangkut kan di pohon bayan itu" terang putera limau bali itu dengan bersungguh-sungguh.

"tiada kah cara untuk mengurai kan sumpahan itu wahai tengku putera limau bali?" seri kembangan berminat.

"ada! aku haruslah di kucup oleh seorang wanita dengan cinta yang tulus pada ku dan dengan itu...baru lah aku boleh berubah kembali menjadi seorang manusia..." terang putera limau bali lagi.

seri kembangan terdiam sebentar.

"aku sanggup! boleh kah aku mengurai kan sumpahan tengku sekarang?" seri kembangan perlahan-lahan mendekat kan bibir nya kepada putera limau bali.

"nanti! nanti dahulu! sebelum itu, dikau hendak lah membuat lompat bintang sebanyak lima kali sebelum mengucup ku" jelas putera limau bali.

walau pun aneh arahan itu, seri kembangan menurut jua. janji dapat kahwin dengan putera raja. apa ada hal?

tatkala bibir seri kembangan menyentuh putera limau bali sahaja...

satu kejadian ajaib berlaku...

perlahan-lahan...limau bali yang bulat itu berubah menjadi seorang lelaki yang elok rupa nya.

"terima kasih wahai seri kembangan...mari! ikut ku pulang ke negara ku. di sana akan ku per isteri kan dikau." titah putera limau bali.

...

"pengantin perempuan, sign di sini ya?" walau pun berumur, suara tok kadi itu jelas kedengaran. (ala...ada mikrofon)

"bagus...sekarang giliran pengantin lelaki pula...sign sini ya?" sambung tok kadi.

berubah air muka tok kadi membaca nama pengantin lelaki.

"hahahahahahhahahah! putera limau bali?!!!!"

...

"sial punya tok kadi!"

nota kaki : besok malam aku ke event 'mimpi'. jom!

Wednesday, February 24, 2010

Sunday, February 21, 2010

paku.

liar mata mat dahan malam itu.

agas-agas yang menyerang tidak dihirau kan nya. calar-balar badan nya di siat duri-duri pokok sudah tidak di peduli kan lagi.

ini lah tempat yang tok pawang kata kan itu hari. mat dahan yakin!

"mat...dengar sini...pada tiap-tiap malam jumaat bulan mengambang penuh... di situ lah tempat nya hantu pontianak akan kau jumpa berkeliaran..." jelas lagi kata-kata tok pawang menerjah telinga mat dahan.

tukul dan paku besi sejengkal panjang nya itu mat dahan genggam erat. sabar mat dahan duduk di balik pohon beringin itu menanti mangsa.

suasana sepi.

hanya bunyi air sungai yang mengalir laju menemani penantian mat dahan.

mat dahan tiba-tiba tersengih. mangsa yang di nanti sedari jam 8 malam tadi sudah kelihatan.

melayang-layang ia terbang turun ke tepi gigi air. darah merah masih baru kelihatan membasahi uniform putih nya. hanyir!

si pontianak menyeringai memerhati kan sekeliling. mata merah saga nya sedikit pun tidak meluntur kan niat mat dahan dari melaksana kan hajat di hati.

tertunduk-tunduk si pontianak menghirup air sungai.

ini lah ketika nya yang di nanti-nanti kan mat dahan. perlahan-lahan mat dahan merapati si pontianak dari belakang.

lalu...

...

"lu apa hal beb? mandom semacam jek gua tengok? story lah..." ajis membetul kan sila nya.

"mamat celaka tuh lah! di paku nya tengkuk aku!? tengok!? dah lima batang paku dah kat tengkuk aku ni? siapa punya dakyah ntah yang kata kalau paku tengkuk pontianak, dia akan jadi pompuan cantik? menipu betul?! sakit tau tak?" adu si pontianak kepada ajis bajang hutan.

Tuesday, February 16, 2010

wak lu!

urgh! lapar nya perut ini! waklu terkebil-kebil di pinggir sungai. hajat nya hanya ingin melepas kan lelah setelah penat mengembara...tahu-tahu terlelap pula?

di tinjau nya aliran sungai...

memang rezeki aku! waklu pantas menggapai sebiji buah tembikai yang kebetulan hanyut di air.

ngap! ngap! manis!?

habis settle sebiji tembikai di radak waklu. lapar sangat agak nya dia?

"aisey? aku makan tembikai yang bukan hak aku nie? hukum nya haram! better aku susur sungai ini untuk mencari tuan punya pohon tembikai lalu meminta ke izinan dari nya" ujar waklu kepada diri nya sendiri.

untuk memendek kan cerita, dalam 5 minit perjalanan sahaja waklu terpandang sepohon tembikai yang masak ranum di tebing sungai.

"mungkin buah tembikai yang aku radak tadi datang nya dari pohon ini?" ujar waklu kepada diri nya sendiri lagi.

dan kebetulan pula ada seorang pakcik tua kelihatan berlegar-legar di area pohon tembikai itu.

waklu lalu menghampiri pakcik tua itu dan bertanya kan adakah pohon tembikai ini pakcik yang punya?

"adakah pohon tembikai ini pakcik yang punya?" tanya waklu kepada pakcik tersebut. bukan kepada diri nya sendiri lagi, seperti selalu.

pakcik itu meng iya kan.

"pakcik, saya dah termakan buah tembikai dari pohon pakcik. nah! sedikit wang bagi mengganti kan buah tembikai yang saya makan tadi." waklu menghulur kan sekeping not lima puluh ringgit kepada pakcik empunya pohon tembikai.

"pakcik tak terima wang. untuk membayar tembikai kau tadi, kau mestilah berkerja di ladang tembikai pakcik selama satu purnama. setuju?!" demand pakcik tersebut.

pulak!? aper kes!? mahu tidak mahu...terpaksa juga lah waklu bersetuju dengan demand pakcik tersebut.

dipendek kan cerita lagi...habis lah satu purnama waklu berkerja di ladang tembikai pakcik tersebut.

"pakcik! sudah genap satu purnama saya ber kerja di ladang tembikai pakcik ini. mohon lah saya meminta diri dan saya minta pakcik menghalal kan lah tembikai yang saya makan dari pohon pakcik dahulu" ujar waklu.

pakcik empunya tembikai senyum.

"boleh! tetapi sebelum itu, kau kena nikah dengan anak aku dahulu" ujar pakcik itu kepada waklu.

nikah pulak dah!? apa cerita nie pakcik!?

"boleh lah...janji hutang tembikai saya settle dengan pakcik..." waklu menjawab tenang.

"sebelum itu, kau mesti tahu yang anak aku ini buta, pekak, bisu, kudung kedua belah tangan nya dan kudung kedua belah kaki nya. senang cerita, macam buah tembikai lah. bulat jek. setuju!?" pakcik itu memberi ujaran kepada waklu. (ujaran? haha!)

ah sudah!? cacat serba serbi? mahal gila harga sebiji tembikai?

"eh? nanti jap? ini macam cerita sufi jek nie? last-last anak orang tua tuh cantik cun melecun kan? dia buta sebab tak melihat benda-benda haram, pekak sebab tak mendengar yang haram, bisu sebab hanya berkata benar, kudung tangan sebab tak pernah mengambil yang bukan hak nya dan kudung kaki sebab tak pernah jejak ke tempat-tempat yang haram..." ujar waklu panjang kepada diri nya sendiri.

waklu angguk.

"saya setuju pakcik!" hehe...tawa waklu di dalam hati. best nya! dapat bini bergetah!

...

kedengaran teriakan waklu memecah hening malam.

"pakcik tipu!!!!"

"tipu apa plak!? aku dah cakap awal-awal kan?" pakcik empunya tembikai beransur-ansur hilang berlari di kejar waklu yang keberangan.

Sunday, February 14, 2010

ibrahim torji bukan petualang nya. bukan!

aku mesti tamat kan riwayat nya! mesti!

tapi?

bagaimana?

dia tidak lut dek apa-apa senjata. hatta machine gun sekali pun? takan nak tembak pakai bazooka? mana aku mahu cari wang? aku kena kerja dahulu...kumpul wang.

bazooka bukan nya murah?

tapi aku bukan nya bersekolah pun? tiada sijil-sijil yang memboleh kan aku mendapat kan jawatan yang molek. kurang-kurang gaji dua tiga riban. tolak makan, tol, minyak, sewa rumah, bagi kat orang tua kat kampung...berapa sangat lah yang tinggal untuk beli bazooka?

nak aku merompak bank? senang sikit dapat wang bukan?

tapi...aku bukan nya berani... untuk merompak bank, memerlu kan keberanian yang tinggi. aku tidak punya semua itu.

hmmm...

ya! kalau pun aku berjaya mengumpul wang untuk membeli bazooka, di mana bisa aku dapat kan bazooka? kedai dua puluh empat jam bukan nya ada?

bagaimana ini?

aduh!

dengar cerita teater 'nautika!' akan di pentas kan esok malam yakni pada hari ahad 8.30 malam di stor teater dewan bahasa dan pustaka. bayaran nya ringgit malaysia sepuluh barangkali?

pergi tengok jom? malam last tuh!!!

nota kaki : apa dah jadi ni?

Friday, February 12, 2010

entri satu dan entri dua.


entri satu.

7.00 p.m( kuala lumpur)

"unggal padayappa chappati tosai nasi kandar rojak buah kannake terreymaa appa apuu karrawalley...karrawalley..."

8.p.m (sumwhere in between)

"unggal padayappa chappati tosai nasi kandar rojak buah kannake terreymaa appa apuu karrawalley...karrawalley..."

9.00 p.m

aku tido.

10.00 p.m (pagoh)

"unggal padayappa chappati tosai nasi kandar rojak buah kannake terreymaa appa apuu karrawalley...karrawalley..."

12.02 a.m (skudai)

"unggal padayappa chappati tosai nasi kandar rojak buah kannake terreymaa appa apuu karrawalley...karrawalley..."

nota kaki : kalau letak satu tamil dalam satu bilik, takder apa-apa terjadi. kalau letak dua tamil? dah macam persidangan parlimen dah.

entri dua.

sesapa tak pegi tonton nautika, tak kewl!

Tuesday, February 9, 2010

live blogging from office.

encik bos takder.

engineer-engineer lain pun pergi site.

punch card untuk engineer tak wujud.

aku dan kerani 3 orang aja tinggal dalam office.

aircond sejuk.

nota kaki : aku dah terbayang scene 'naughty office' dah.

Sunday, February 7, 2010

aliffie a/l nordin

via telephone.

"encik aliffie?"

"ya saya bercakap"

"encik mat tanya shop drawing dah siap belum?"

"dah. dah siap dah."

"okay. nanti encik aliffie datang department saya amek BQ ek?"

"erm. ada apa-apa lagi?"

"takder. terima kasih encik aliffie"

"sesamer"

nota kaki : encik aliffie? haha!

Sunday, January 31, 2010

binturong!


nota kaki : lepas nie entri pasal tempurung pulak lah.

Thursday, January 28, 2010

penjuru

dia : semua 'juru' ada kerja nya tau?

aku : contoh?

dia : jururawat, merawat orang. jurusolek, solek orang. jurutol dia jaga tol...

aku : apa masalah kau dengan juru ni?

dia : jurutera? apa dia buat? cuba kau bagi tau dekat aku?

aku : ... jurutera... ialah juru yang paling 'terra' sekali dalam dunia...

nota kaki : tak ilmiah langsung jawapan.

Tuesday, January 26, 2010

Monday, January 25, 2010

tiada rotan, akar pun jadi.

bangun tengah hari. asal tengah hari jek, bangun.

"lauk apa hari nie?" aliffie tanya kak min. perut lapar betul ni.

"tak tahu." santai sahaja kak min jawab.

"along dah makan kfc dengan angah tadi" sambung kak min lagi.

"ler? aper tak beli lebih? orang tak makan lagi nie?" aliffie dah kusut.

apa nak makan ni? tak kan makan roti canai? dah pukul 1.30 tengah hari nie? sawan ke haper?

tup-tup pak cik din turun ke dapur dengan uniform chef nya. seluar pendek belang-belang merah. baju cap buaya.

"aik? ayah dah pakai uniform tuh? mak mana?" aliffie tanya kak min lagi.

...

"demam".

nota kaki : ikan keli masak lemak cili api campur rebung pak cik din memang power. tambah ulam petai pulak tuh? pergh!

Tuesday, January 19, 2010

mainan tidur

pucat lesi muka suri bila haji alias melangkah bendul pintu. meraung suri bila haji alias menepuk ubun-ubun nya. beberapa pemuda kampung memegang suri dengan erat.

"dah teruk dah budak ni..."haji alias mengeleng-geleng kan kepala. mak bibah menangis terngongoi-ngongoi melihat akan anak gadis nya.

minggu lepas suri sihat seperti gadis-gadis lain di kampung nya. sejak dia menolak pinangan seorang lelaki dari kampung sebelah, keadaan suri sudah berubah. makan pakai tidak terjaga, terlolong-lolong apabila masuk waktu maghrib, makan benda-benda kotor... mak bibah mengangguk kan kepala sebagai isyarat supaya haji alias menerus kan upacara.

haji alias menyeluk kocek nya. mengeluar kan segenggam beras dari genggaman.

"keluar kau syaitan!!!" haji alias bertempik seraya menepuk ubun-ubun suri berlapik beras tadi.

sewaktu ini haji alias sudah berada di alam lain.

haji alias dapat lihat sekujur tubuh perempuan berdiri tegak di tengah laman. perlahan-lahan haji alias bergerak ke tempat di mana perempuan itu berdiri.

"siapa hantar kau ke mari mengganggu anak cucu aku? siapa?" berdepan dengan makhluk tidak berwajah itu sedikit pun tidak menggentar kan jiwa haji alias.

makhluk itu tidak menjawab. sekoyong-koyong tubuh nya jelas tidak menjejak bumi.

"nyah kau dari sini pelesit!!! dengan berkat doa la illah ha illallah!!!!" bumi bergegar. haji alias menekan ibu kaki nya ke tanah. serentak itu bumi merekah dan makhluk itu di sedut ke dalam bumi.

haji alias merapat kan kedua-dua tangan nya.

pap!

rekahan di tanah merapat! makhluk itu melaung kesakitan!!!

...

"argghh!!!!!!!!" jeritan kuat rokiah membangun kan suami nya dari lena.

"awak kenapa nie rokiah?" hasan menggosok-gosok mata.

"kiah mimpi kena kepit dengan tanah lah bang..." nafas rokiah tercungap-cungap. peluh dingin berjurai dari ubun-ubun nya.

"itu lah awak...tidur tak nak cuci kaki. nak cuci pun tak boleh, awak mana ada kaki!? haha! dah lah, abang nak tidur balik. tengah malam karang abang nak raya. banyak lagi rumah tak ziarah lagi ni" ujar hasan si hantu raya.

rokiah mendengus.

rokiah membiar kan suami nya tidur dan terbang ke pancur berdekatan untuk menenang kan fikiran.

nota kaki : mimpi itu mainan tidur.

Thursday, January 14, 2010

londeh

prep! prep! prep!

hari-hari ada prep! prep kau lah!

aliffie dah bersiap-siap hensem ke kelas. tunggu botak dekat tangga. pergi kelas sekali. baru lah romantis gitu, kan?

"bang! cikgu disiplin lah bang!" botak dah cuit-cuit aliffie. nak bermanja lah tu? macam aliffie tak tahu taktik botak itu.

aliffie cool.

"rileks. kita bagi salam, buat macam tak ada-apa. lepas punya lah" aliffie menenang kan botak.

cikgu disiplin, aliffie dan botak.

"assalamualaikum cikgu!" hormat aliffie dan botak kepada cikgu disiplin. dengan mak bapak tak pulak bagi salam pulak budak-budak nie?

aliffie dan botak lega.

...

"awak berdua nak pergi mana?" soal cikgu disiplin.

"pergi prep cikgu" botak menjawab.

"pergi prep ya? apsal nak pergi prep pakai seluar londeh paras telur nie?!" jegil cikgu disiplin.

aliffie dan botak diam.

"alang-alang awak berdua pakai seluar londeh, londeh kan terus paras buku lali. sampai ke kelas, paham!?" cikgu disiplin sudah tinggi suara nya.

nota kaki : apa? tak pernah tengok orang pakai boxer merah bunga-bunga biru pergi kelas?! ha?! tak pernah?!

Sunday, January 10, 2010

pekan frinhujan 7.0


muzium shah alam
sabtu
6.00 petang
09/01/2010

"dah okay dah kita perform nie. malam karang buat cengginie jek dah. okay dah. cantit dah nie. jom makan!" aku kata.

syed bistro shah alam
sabtu
8.00 malam
09/01/2010

"sedap ayam tandoori nie!" nik adam ahmad kata.

dataran shah alam
sabtu
9.00 malam
09/01/2010

"brother mamai, aku d.o and crews ada kat tepi tuh. pi salam. salam." dark ray kata.

dataran shah alam
sabtu
9.01 malam
09/01/2010

"triple x malaya datang tuh. pi salam.salam." dark ray kata lagi.

dataran shah alam
sabtu
9.02 malam
09/01/2010

hujan..

cafe sebelah dataran shah alam
sabtu
10.01 malam
09/01/2010

"lama lagi ke? korang perform last???" mie selayang kata. jo-b dengan cikgu sekolah pun ada. memey datang sorang. mana norman hakim?

dataran shah alam
sabtu nak masuk ahad
10 malam sampai 12.30 pagi
09/01/2010- 10/01/2010

dah hilang mood untuk berkata-kata. penakluk air kelihatan berenang-renang di dalam kolam.

dataran shah alam
ahad
12.31 pagi
10/01/2010

paradoks mula berkata-kata.

nurul asyikin tendang diri sendiri!
penakluk air berenang di jalan raya!
dark ray makan suap!
momo si monyet hilang dalam lagu!
nik adam ahmad tangan dah merah-merah!
nurancang sebak!

dataran shah alam
ahad
12.45 pagi
10/01/2010

kenapa semua penonton duk nganga nie? kata lah sesuatu? kata lah!

nota kaki : aku d.o kata kenapa rasa sekejap sangat? aku kata benda best memang rasa sekejap.

Tuesday, January 5, 2010

jangan bukak lebih 3 kali.

"bangun! kata jadi hari ni? lagi 10 minit aku sampai" khidmat pesanan ringkas dari bunk face.

malas betul hari ini. baru pukul 11.30 pagi? nak tak nak, bangkit jugak lah aku. dah janji semalam kan? janji harus lah di tepati. kalau lembu kita pegang pada tali nya, manusia kita pegang pada janji nya.

"ke mana kita?" aku soal bunk face seraya menyalakan sebatang rokok dan serentak itu menyedut gas-gas beracun yang boleh menyebab kan pelbagai penyakit. di anggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di malaysia adalah berkaitan dengan merokok.

"port biasa lah. aku dah booking dah. sekarang tak ramai orang. kita bantai 2 jam? cantit!?" senyum bunk face. senyum seindah suria. yang membawa cahaya. senyum lah dari hati. dunia mu berseri.

karaoke.

memang tak ramai orang hari itu. ada pun awek-awek jek. ah! lantak lah! ini tempat awam kan? usya-usya buat apa!? tak pernah tengok lelaki dua orang pegang-pegang tangan pergi karaoke?

2.00 petang.

kami pulang. pulang ke pangkuan keluarga. setelah lebih dua jam meninggal kan rumah. terbit rasa rindu di hati ini. mak! anak mak balik mak! tunggu!

...

"ramai orang semayang jemaat dekat mesjid tadi pi?" mak cik som.

"macam biasa lah..." seraya menyuap nasi putih panas di sulam sambal belacan dan ulam-ulaman.