Friday, February 26, 2010

tengku putera limau bali.

"nyah kau dari rumah aku! anak sial!!!" kata-kata pedih dari mak kuntum itu masih segar di minda seri kembangan.

seri kembangan tiada hala tuju hari itu. berbekal kan bungkusan baju nya dia berjalan kosong di dalam hutan. hanya buah-buah hutan yang menjadi pengalas perut nya untuk hari itu.

ke mana harus di tuju nya? dia tiada tempat berteduh lagi. ibu tiri nya telah menghalau nya dari rumah. letih badan seri kembangan tidak terperi lagi. malam semakin merangkak menerjah maya. (pergh! ayat!?)

seri kembangan melabuh kan punggung nya di sisi perdu pokok bayan. mungkin inilah tempat nya bermalam untuk malam ini.

sewaktu seri kembangan separuh sedar...

tiba-tiba...

"seri kembangan...seri kembangan..." satu suara halus memanggil-manggil nama nya mengejut kan seri kembangan.

"siapa kah kau wahai suara ghaib?" soal seri kembangan sedikit takut.

"aku! aku yang memanggil nama mu...mari...mari pada ku..." suara ghaib itu memberi arahan.

"di mana kau?" terteleng-teleng seri kembangan mencari. tiada apa yang di lihat nya kecuali pohon-pohon kayu.

"di sini! di atas pokok bayan ini! mari ambil aku! mari..." suara itu berbunyi lagi.

susah payah seri kembangan memanjat pohon bayan itu. kelihatan sebiji limau bali sebesar limau bali terletak cantik di situ.

"engkau kah yang bersuara wahai limau bali?" tanya seri kembangan.

"ya! mari petik aku dan turun kan aku ke tanah" arah limau bali itu.

seri kembangan menuruti segala permintaan limau bali dan membawa nya ke tanah.

"wahai limau bali yang boleh berkata-kata... bagaimana kah engkau boleh berkata-kata? sedang kan engkau hanya lah sebiji limau bali?" ujar seri kembangan seraya berteleku memerhati kan limau bali itu.

"ah! panjang cerita nya wahai seri kembangan... aku adalah seorang putera raja negara kecapi rimba. akibat sumpah ahli sihir yang dengki, aku telah di sumpah menjadi sebiji limau bali dan di sangkut kan di pohon bayan itu" terang putera limau bali itu dengan bersungguh-sungguh.

"tiada kah cara untuk mengurai kan sumpahan itu wahai tengku putera limau bali?" seri kembangan berminat.

"ada! aku haruslah di kucup oleh seorang wanita dengan cinta yang tulus pada ku dan dengan itu...baru lah aku boleh berubah kembali menjadi seorang manusia..." terang putera limau bali lagi.

seri kembangan terdiam sebentar.

"aku sanggup! boleh kah aku mengurai kan sumpahan tengku sekarang?" seri kembangan perlahan-lahan mendekat kan bibir nya kepada putera limau bali.

"nanti! nanti dahulu! sebelum itu, dikau hendak lah membuat lompat bintang sebanyak lima kali sebelum mengucup ku" jelas putera limau bali.

walau pun aneh arahan itu, seri kembangan menurut jua. janji dapat kahwin dengan putera raja. apa ada hal?

tatkala bibir seri kembangan menyentuh putera limau bali sahaja...

satu kejadian ajaib berlaku...

perlahan-lahan...limau bali yang bulat itu berubah menjadi seorang lelaki yang elok rupa nya.

"terima kasih wahai seri kembangan...mari! ikut ku pulang ke negara ku. di sana akan ku per isteri kan dikau." titah putera limau bali.

...

"pengantin perempuan, sign di sini ya?" walau pun berumur, suara tok kadi itu jelas kedengaran. (ala...ada mikrofon)

"bagus...sekarang giliran pengantin lelaki pula...sign sini ya?" sambung tok kadi.

berubah air muka tok kadi membaca nama pengantin lelaki.

"hahahahahahhahahah! putera limau bali?!!!!"

...

"sial punya tok kadi!"

nota kaki : besok malam aku ke event 'mimpi'. jom!

15 comments:

DzulhafixiceD said...

third!!

azzaliena suziantie said...

ak pergi.sile belanje ;p

Koyuki said...

argh
tak faham!

Dark Ray™ said...

bodoh punya cerita!!

encik ADAM said...

sial!

mamai said...

limau bali ipoh mali ka

nurain said...

hehehe..bes gak name gtu~

hisham said...

limau mandarin xde ker?

huj@n said...

best gak nama suami bernama Limau Bali...hahaha...

aloy_paradoks said...

nice story, i follow u..

patungcendana said...

lompat bintang tu apa?

yg_indah said...

limau bali bin apa

sharamli said...

mengarut

bias® said...

hafixi- yeah!

suzy- ada ke?

yuki- salah aku ke?

dark ray- ntah!

adam- ntah nyer?

mai mai- dari bali kut?

ain- bes ke?

sham- takder.

qist- cari lah satu.

nurul- ailebiu.

pepatung- lompat macam bintang kut?

in- bin..dustbin? haha! funny tak?

sha- betul lah!

cik fatihah said...

hahaha!memang kelakar!