Tuesday, February 16, 2010

wak lu!

urgh! lapar nya perut ini! waklu terkebil-kebil di pinggir sungai. hajat nya hanya ingin melepas kan lelah setelah penat mengembara...tahu-tahu terlelap pula?

di tinjau nya aliran sungai...

memang rezeki aku! waklu pantas menggapai sebiji buah tembikai yang kebetulan hanyut di air.

ngap! ngap! manis!?

habis settle sebiji tembikai di radak waklu. lapar sangat agak nya dia?

"aisey? aku makan tembikai yang bukan hak aku nie? hukum nya haram! better aku susur sungai ini untuk mencari tuan punya pohon tembikai lalu meminta ke izinan dari nya" ujar waklu kepada diri nya sendiri.

untuk memendek kan cerita, dalam 5 minit perjalanan sahaja waklu terpandang sepohon tembikai yang masak ranum di tebing sungai.

"mungkin buah tembikai yang aku radak tadi datang nya dari pohon ini?" ujar waklu kepada diri nya sendiri lagi.

dan kebetulan pula ada seorang pakcik tua kelihatan berlegar-legar di area pohon tembikai itu.

waklu lalu menghampiri pakcik tua itu dan bertanya kan adakah pohon tembikai ini pakcik yang punya?

"adakah pohon tembikai ini pakcik yang punya?" tanya waklu kepada pakcik tersebut. bukan kepada diri nya sendiri lagi, seperti selalu.

pakcik itu meng iya kan.

"pakcik, saya dah termakan buah tembikai dari pohon pakcik. nah! sedikit wang bagi mengganti kan buah tembikai yang saya makan tadi." waklu menghulur kan sekeping not lima puluh ringgit kepada pakcik empunya pohon tembikai.

"pakcik tak terima wang. untuk membayar tembikai kau tadi, kau mestilah berkerja di ladang tembikai pakcik selama satu purnama. setuju?!" demand pakcik tersebut.

pulak!? aper kes!? mahu tidak mahu...terpaksa juga lah waklu bersetuju dengan demand pakcik tersebut.

dipendek kan cerita lagi...habis lah satu purnama waklu berkerja di ladang tembikai pakcik tersebut.

"pakcik! sudah genap satu purnama saya ber kerja di ladang tembikai pakcik ini. mohon lah saya meminta diri dan saya minta pakcik menghalal kan lah tembikai yang saya makan dari pohon pakcik dahulu" ujar waklu.

pakcik empunya tembikai senyum.

"boleh! tetapi sebelum itu, kau kena nikah dengan anak aku dahulu" ujar pakcik itu kepada waklu.

nikah pulak dah!? apa cerita nie pakcik!?

"boleh lah...janji hutang tembikai saya settle dengan pakcik..." waklu menjawab tenang.

"sebelum itu, kau mesti tahu yang anak aku ini buta, pekak, bisu, kudung kedua belah tangan nya dan kudung kedua belah kaki nya. senang cerita, macam buah tembikai lah. bulat jek. setuju!?" pakcik itu memberi ujaran kepada waklu. (ujaran? haha!)

ah sudah!? cacat serba serbi? mahal gila harga sebiji tembikai?

"eh? nanti jap? ini macam cerita sufi jek nie? last-last anak orang tua tuh cantik cun melecun kan? dia buta sebab tak melihat benda-benda haram, pekak sebab tak mendengar yang haram, bisu sebab hanya berkata benar, kudung tangan sebab tak pernah mengambil yang bukan hak nya dan kudung kaki sebab tak pernah jejak ke tempat-tempat yang haram..." ujar waklu panjang kepada diri nya sendiri.

waklu angguk.

"saya setuju pakcik!" hehe...tawa waklu di dalam hati. best nya! dapat bini bergetah!

...

kedengaran teriakan waklu memecah hening malam.

"pakcik tipu!!!!"

"tipu apa plak!? aku dah cakap awal-awal kan?" pakcik empunya tembikai beransur-ansur hilang berlari di kejar waklu yang keberangan.

40 comments:

Koyuki said...

kehkehkeh
wak lu betul la itu pakcik..

shakinah said...

kasi tunjuk gambar sikit la anak pakcik tu

sharamli said...

pakcik tu jujur 0rangnya

sharamli said...

pakcik tu jujur 0rangnya

sharamli said...

pakcik tu jujur 0rangnya

DzulhafixiceD said...

cuti ye? hehehe

DzulhafixiceD said...

cuti ye? hehehe

sharamli said...

pakcik tu jujur 0rangnya

sharamli said...

pakcik tu jujur 0rangnya

sharamli said...

pakcik tu jujur 0rangnya

deus X machina said...

wak lu gak
erk888

AdiE said...

wak lu!

~daniel adie~

Eyriqazz said...

WAK LU?lama tak pakai ayat ni...hik3

sharamli said...

apasal nak k0men byk2 ntah...aishhhhhh

yg_indah said...

penanam tembikai kt tmpat aku selalunya apek.ko nak amoi gumuk?

Dark Ray™ said...

tak faham laa..

encik ADAM said...

lu wak!

Fariezul Jaafar said...

Wak dah balik kampung

hans said...

hahahahhaha
kesian dia
kerana sebiji tembikai jadi camtu

hisham said...

bro sharamli tu apehal..meroyan ker? hahahah

mamai said...

sepohon tembikai...macam mana pokok tu yer

triple x malaya said...

bukan ku pinta lahir di dunia,bukan ku minta cacat begini..huhu

bias® said...

yuki - kan?

shax- macam tembikai lah.

sha- ye.

sha- ye.

sha- ye.

hafixi- ha'ah.

hafixi lagi- ha'ah.

sha- ye.

sha- ye.

sha- yer lah!!!

ina- yeah!

adie- yeargh!

eyri- ek? berapa lama?

sha- ...

in- tanak.

dark ray- takpe.

adam- tak luak lah!

pensyarah- bila?

hans- sian...

sham- ntah nyer?

mai mai- tentu lah besar...

xxx- sian...

b@sikaltue said...

wak sakawi ke??
huhu

Dak Wan® said...

Gila sengal nya artikel! Hahaha

imHepPie said...

kesian...pe leh wat..jujur

hans said...

dia pun layan sangat pakcik tu buat apa
hahaha

✖Maqruf Lim✖爱 你✖ said...

kat kampung mana nih? ke kat tempat makan tahun satu?

bias® said...

basikal- bukan. waklu.

wan- artikel?

heppie- ha'ah.

hans- ntah dia?

lim tat- blah lah tak datang nautika!

huj@n said...

dpt bini mcm tu...dpt pahala...=)

kimisai said...

kalau wak gua???bkn wak lu...hahaha

faiq said...

waklu la wak

faiq said...

waklu la wak

patungcendana said...

tembikai boleh hanyut ke?

ps...cerita sufi tu cerita apa?

patungcendana said...

re:...KL ada nautika...kuantan ada aku...hehehehehehe....

yoro okino said...

wakkkkluuu

bias® said...

qist- ek?

kimi- kalau...

faiq- ha'ah

faiq lagi- ha'ah

pepatung- boleh. sufi lah.

pepatung lagi- dem!

ino- yer.

are_shie said...

kalau dah kawin kena panggil 'bapak' ler kan? bukan 'pakcik' dah?

cik fatihah said...

serius lawak gila!:)
good job bai.

Anonymous said...

wak lu? ape maksud wak lu?