Monday, April 5, 2010

ahmad muhammad.

maka berjalan lah si ahmad dari satu daerah ke daerah yang lain demi mencari pengalaman adanya.

masuk hutan keluar hutan. masuk kampung keluar kampung. masuk laut keluar laut.

begitulah peri nya si ahmad ini sehari-hari. jikalau dia letih, akan menumpang lah dia berehat barang semalam di salah sebuah rumah di kampung yang di jejaki nya.

cuaca hari itu agak baik. ahmad baru lepas bersarapan di rumah sikandar penangkap udang. di bawa nya bersama bekal yang di beri kan oleh sikandar. baik orang nya.

dalam perjalanan, hendak di jadi kan cerita...maka terkejut lah akan si ahmad ini kerana terserempak dengan sekujur tubuh yang tidak bernyawa menghalang jalan.

simpati rasa di hati. siapa lah empunya angkara durjana ini? (ryhme siol!)

akan mayat ini di sempurna kan baik-baik oleh si ahmad. di mandi kan dia cara orang baik-baik. di kafan kan dia cara orang baik-baik. di sembahyang kan cara orang baik-baik. di kebumi kan juga cara orang baik-baik.

sesudah selesai akan fardhu kifayah nya, maka berangkat lah kembali si ahmad menerus kan perjalanan.

hendak di jadi kan cerita lagi...malam itu sewaktu ahmad sedang mencari-cari tempat untuk melepas kan lelah, ahmad telah di tahan oleh beberapa orang lelaki.

perompak!

ahmad tidak terdaya untuk melawan. mereka bertiga, ahmad bersatu.(?) masakan larat kudrat nya untuk menentang mereka.

hampa perompak-perompak itu, tetekala =) mendapati si ahmad tiada mempunyai apa-apa barang berharga. marah mereka. "begitu punya marah orang tu yer?" bak kata p.ramlee dalam seniman bujang lapuk.

maka perompak itu mahu membunuh ahmad demi menghapus kan saksi. ahmad hanya mampu diam berdoa kepada Ilahi. nyawa nya bakal di ambil bila-bila masa nanti.

senyap.

tiga perompak bedebah tadi tiba-tiba bungkam tidak bernyawa. darah bersemburan dari leher masing-masing.

ahmad tergamam.

di hadapan nya seorang lelaki segak bersenjata kan pedang panjang tersenyum ke arah nya.

"siapa kah kau wahai orang muda?" tanya ahmad tidak percaya.

"namu ku muhammad" ujar pemuda tersebut.

"kenapa kau membantu aku? aku tiada apa-apa jasa padamu?" tanya ahmad lagi.

"masakan tidak? siang hari tadi, hanya kau seorang sahaja yang membantu aku wahai ahmad yang berbudi." ujar pemuda itu lagi.

"siang tadi?" ahmad bingung. tiada siapa yang di bantu nya siang tadi? kecuali...

...

"mak!!!!! hantu!!!!!!" ahmad berlari tanpa menoleh lagi.

13 comments:

Sarah said...

laaaah. tak tau la dia nak bersyukur ataupun freaked out kan.

hans said...

hahaha
patut dia berterima kasih pada hantu tu
kes takut sangat la nih
hehehehe

Dark Ray™ said...

tak nampak macam dipaksa..
bagus!

lim said...

karma?

paiseh said...

mayat perompak tu sape yg tanam,??

sharamli said...

penakut!!

patungcendana said...

aku ikut ahmad.

artisticklytouch said...

cis.. :)

encik ADAM said...

nama watak tu diambil sempena nama aku kan?terima kasih.ai lebiu!

annadzirah said...

mesti si hantu kecewa dengan ahmad.
haih.

triple x malaya said...

muhammad ahmad..sedap nama tu

bias® said...

sarah- sukati dia lah.

hans- yer lah.

dark ray- kan?

lim tat- sutra?

pai- entah?

sha- kan?

pepatung- sila-sila. jaga diri.

artis- cis juga.

adam- lebiu too!

anna- yer kut?

xxx- ha'ah

fndrocka said...

like like