Friday, December 10, 2010

kisah cinta Bagung (entri re-cycle)

Bagung terkedu tidak terkata.

terpesona.

kaku.

kenapa?

semua nya gara-gara Leha. anak lebai Manan. dahulu Leha tidak sesolid itu. sejak melanjut kan pelajaran ke institut pengajian awam di selatan tanah air, Leha sudah banyak berubah. ramai mata nakal yang memandang.

malam itu Bagung tak boleh tidur. terkelip-kelip dia di dalam kegelapan malam. hanya Leha anak lebai Manan bermain di benak nya.

sesekali Bagung tersengih mengenang kan gadis munggil itu bermain di tali air dekat baruh petang tadi.

seksi!

"Bagung? tak tidur lagi?" soal mak Yam.

"Bagung tak boleh tidur lah mak..." jawab Bagung perlahan.

"kenapa? fikir apa? kahwin?" bagai mengetahui isi hati anak teruna nya itu.

"ha'ah! mana mak tau? hehe...Bagung nak kahwin lah mak..." pantas Bagung menjawab soalan mak Yam.

"mak tahu...yerlah. kamu pun dah besar panjang. dengan anak siapa kamu berkenan ni Bagung? mak boleh suruh makcik Senah kamu tolong risik kan."

"sayang Bagung dengan mak... dengan si Leha mak. molek budak nya" Bagung bertambah ceria.

"Leha? anak siapa?" mak Yam pelik.

"alahhh...si Leha...anak lebai Manan. yang duduk sebelah madrasah hujung kampung tuh..."


*mak Yam diam*


hati Bagung mula berbunga-bunga menanti kan jawapan mak Yam.

...

"si Leha tuh orang lah Bagung oiiii!!! kita ayam!! tak sama spisis! tak boleh kahwin!!!"

"ala...mak nie? mementing kan spisis. dia pun makhluk macam kita jugak." Bagung mempertahan kan pendirian nya.

"spisis hotak kau!!! dah! pegi berkokok. dah nak masuk imsyak dah nie?"

"alah...mak nie? abah kan ader? suruh abah jek lah"

"abah kau sejak ada bini baru nie, maner nak lekat dekat umah. yerlah...ayam muda...kita nie ayam lama...dah tak hot and spicy lagi" mak Yam memandang lantai.

"yerlah...yerlah...Bagung pergi nie...."



jauh di sudut hati Bagung, Bagung masih berharap....

nota kaki : aku culik dari notes facebook aku je.

4 comments:

mamai said...

kau semakin malas update yer

Dark Ray™ said...

tau

BonekadalamChermin said...

patut macam penah bace~

nuyuljana said...

ahahaha.

awesome la entri ni.

like !