Sunday, December 26, 2010

siapa punya ayam itu?

bang! bang! bang!

dentuman senapang patah kedengaran bertali arus.

seekor ayam hutan tergopoh gapah mengelak kan diri dari bedilan.

bang!

kena!

...

abu bakar senyum. ayam hutan yang di buru nya sedari tadi sudah tewas. makan lauk ayam lah aku malam ini. abu bakar segera pergi mendapat kan hasil buruan.

"hoi! mana nak bawak pergi ayam tuh?" suara pak kassim memati kan senyuman abu bakar.

"saya nak bawak balik lah. makan." jawab abu bakar.

cangkul yang di tanah pak kassim ambil dan di pegang kemas-kemas.

"ayam tuh kamu tembak dalam kawasan kebun aku. jadi ayam itu aku yang punya!" gertak pak kassim. cangkul di tangan masih belum mahu di lepas kan.

abu bakar bingung.

"mana boleh! ayam ni saya yang tembak! saya lah yang punya! lagi pun ayam ni ayam hutan. tidak betuan. pak cik jangan cakap bukan-bukan dengan saya? saya ini peguam tahu? semua undang-undang dan hak, saya dah khatam kan semua nya." abu bakar mempertahan kan diri.

sesekali pak kassim mengerling ayam hutan gemuk di tangan abu bakar.

"undang-undang yer? tapi kamu tak khatam lagi undang-undang kampung ni." pak kassim membetah.

berkerut abu bakar mendengar hujah pak kassim.

"hukum tendang. ya? tendang. aku akan tendang kamu tiga kali dan kamu akan tendang aku tiga kali. jika tiada pihak yang mahu mengalah, hukum tendang ini akan berlanjutan hingga ada pihak yang mengalah. mahu atau tidak?" sambung pak kassim lagi.

ah! orang ini sudah tua, apa lah sangat tiga kali tendang? aku masih muda bertenaga. pernah mewakili sekolah dalam sukan bola sepak pula? sekali tendang, aku sudah boleh menang mudah.

"baik! setuju! pak cik mula dahulu" bongkak lagak nya si abu bakar ini.

cangkul di sandar kan di pangkal pokok pisang.

dush!!!

tendangan pertama pak kassim tepat di celah kelangkang abu bakar. herot muka abu bakar sebentar menahan senak. terduduk dia tak mampu berdiri.

belum sempat abu bakar berdiri, dush!

tapak kaki pak kassim sudah singgah di muka abu bakar. bersembur darah dari bibir nya. terbaring abu bakar mengerang kesakitan.

mata abu bakar sudah mula berpinar.

krak!!

tendangan terakhir pak kassim di rusuk abu bakar menyebab kan dia terperosok di perdu pokok.

sakit badan nya sudah tidak terperi lagi. tetapi abu bakar gagah kan diri juga untuk bangun. sudah tiba masa nya untuk serangan balas!!! sekira nya di perhati kan betul-betul ada sedikit api keluar dari mata abu bakar.

pak kassim berdiri tegak di sisi abu bakar.

abu bakar sudah siap berdiri. bersedia untuk melancar kan tendangan pertama.

...

"nanti dulu!?" pak kassim tiba-tiba bersuara.

"kita berbuat semua ini untuk apa ya?" pak kassim menerus kan bicara.

"untuk ayam hutan yang saya tembak ini" jawab abu bakar.

"oh? ye ke? baik lah! kamu menang. ambil lah ayam hutan itu." pak kassim berlalu laju meninggal kan abu bakar bersama ayam nya.

sekira nya di perhati kan betul-betul ada sedikit air bergenang dari mata abu bakar.

7 comments:

artisticklytouch said...

kah kah kah aku suka!!!

triple x malaya said...

gempakz....

yg_indah said...

org tua otak pusing.

J@J@ / Bini The Rock said...

holohhh..sian lah si Abu bakar itu..

janji tidak terlepas ayam, dan tangan bahu tahi sudah lahhh!!

mamai said...

lu tak syer pun ngan gua ayam tu

aloy_paradoks said...

yeay!

mamaeesya said...

bukan boleh makan pun kan ayam tu sbb dah mati tak sembelih?