Sunday, January 31, 2010

binturong!


nota kaki : lepas nie entri pasal tempurung pulak lah.

Thursday, January 28, 2010

penjuru

dia : semua 'juru' ada kerja nya tau?

aku : contoh?

dia : jururawat, merawat orang. jurusolek, solek orang. jurutol dia jaga tol...

aku : apa masalah kau dengan juru ni?

dia : jurutera? apa dia buat? cuba kau bagi tau dekat aku?

aku : ... jurutera... ialah juru yang paling 'terra' sekali dalam dunia...

nota kaki : tak ilmiah langsung jawapan.

Tuesday, January 26, 2010

Monday, January 25, 2010

tiada rotan, akar pun jadi.

bangun tengah hari. asal tengah hari jek, bangun.

"lauk apa hari nie?" aliffie tanya kak min. perut lapar betul ni.

"tak tahu." santai sahaja kak min jawab.

"along dah makan kfc dengan angah tadi" sambung kak min lagi.

"ler? aper tak beli lebih? orang tak makan lagi nie?" aliffie dah kusut.

apa nak makan ni? tak kan makan roti canai? dah pukul 1.30 tengah hari nie? sawan ke haper?

tup-tup pak cik din turun ke dapur dengan uniform chef nya. seluar pendek belang-belang merah. baju cap buaya.

"aik? ayah dah pakai uniform tuh? mak mana?" aliffie tanya kak min lagi.

...

"demam".

nota kaki : ikan keli masak lemak cili api campur rebung pak cik din memang power. tambah ulam petai pulak tuh? pergh!

Tuesday, January 19, 2010

mainan tidur

pucat lesi muka suri bila haji alias melangkah bendul pintu. meraung suri bila haji alias menepuk ubun-ubun nya. beberapa pemuda kampung memegang suri dengan erat.

"dah teruk dah budak ni..."haji alias mengeleng-geleng kan kepala. mak bibah menangis terngongoi-ngongoi melihat akan anak gadis nya.

minggu lepas suri sihat seperti gadis-gadis lain di kampung nya. sejak dia menolak pinangan seorang lelaki dari kampung sebelah, keadaan suri sudah berubah. makan pakai tidak terjaga, terlolong-lolong apabila masuk waktu maghrib, makan benda-benda kotor... mak bibah mengangguk kan kepala sebagai isyarat supaya haji alias menerus kan upacara.

haji alias menyeluk kocek nya. mengeluar kan segenggam beras dari genggaman.

"keluar kau syaitan!!!" haji alias bertempik seraya menepuk ubun-ubun suri berlapik beras tadi.

sewaktu ini haji alias sudah berada di alam lain.

haji alias dapat lihat sekujur tubuh perempuan berdiri tegak di tengah laman. perlahan-lahan haji alias bergerak ke tempat di mana perempuan itu berdiri.

"siapa hantar kau ke mari mengganggu anak cucu aku? siapa?" berdepan dengan makhluk tidak berwajah itu sedikit pun tidak menggentar kan jiwa haji alias.

makhluk itu tidak menjawab. sekoyong-koyong tubuh nya jelas tidak menjejak bumi.

"nyah kau dari sini pelesit!!! dengan berkat doa la illah ha illallah!!!!" bumi bergegar. haji alias menekan ibu kaki nya ke tanah. serentak itu bumi merekah dan makhluk itu di sedut ke dalam bumi.

haji alias merapat kan kedua-dua tangan nya.

pap!

rekahan di tanah merapat! makhluk itu melaung kesakitan!!!

...

"argghh!!!!!!!!" jeritan kuat rokiah membangun kan suami nya dari lena.

"awak kenapa nie rokiah?" hasan menggosok-gosok mata.

"kiah mimpi kena kepit dengan tanah lah bang..." nafas rokiah tercungap-cungap. peluh dingin berjurai dari ubun-ubun nya.

"itu lah awak...tidur tak nak cuci kaki. nak cuci pun tak boleh, awak mana ada kaki!? haha! dah lah, abang nak tidur balik. tengah malam karang abang nak raya. banyak lagi rumah tak ziarah lagi ni" ujar hasan si hantu raya.

rokiah mendengus.

rokiah membiar kan suami nya tidur dan terbang ke pancur berdekatan untuk menenang kan fikiran.

nota kaki : mimpi itu mainan tidur.

Thursday, January 14, 2010

londeh

prep! prep! prep!

hari-hari ada prep! prep kau lah!

aliffie dah bersiap-siap hensem ke kelas. tunggu botak dekat tangga. pergi kelas sekali. baru lah romantis gitu, kan?

"bang! cikgu disiplin lah bang!" botak dah cuit-cuit aliffie. nak bermanja lah tu? macam aliffie tak tahu taktik botak itu.

aliffie cool.

"rileks. kita bagi salam, buat macam tak ada-apa. lepas punya lah" aliffie menenang kan botak.

cikgu disiplin, aliffie dan botak.

"assalamualaikum cikgu!" hormat aliffie dan botak kepada cikgu disiplin. dengan mak bapak tak pulak bagi salam pulak budak-budak nie?

aliffie dan botak lega.

...

"awak berdua nak pergi mana?" soal cikgu disiplin.

"pergi prep cikgu" botak menjawab.

"pergi prep ya? apsal nak pergi prep pakai seluar londeh paras telur nie?!" jegil cikgu disiplin.

aliffie dan botak diam.

"alang-alang awak berdua pakai seluar londeh, londeh kan terus paras buku lali. sampai ke kelas, paham!?" cikgu disiplin sudah tinggi suara nya.

nota kaki : apa? tak pernah tengok orang pakai boxer merah bunga-bunga biru pergi kelas?! ha?! tak pernah?!

Sunday, January 10, 2010

pekan frinhujan 7.0


muzium shah alam
sabtu
6.00 petang
09/01/2010

"dah okay dah kita perform nie. malam karang buat cengginie jek dah. okay dah. cantit dah nie. jom makan!" aku kata.

syed bistro shah alam
sabtu
8.00 malam
09/01/2010

"sedap ayam tandoori nie!" nik adam ahmad kata.

dataran shah alam
sabtu
9.00 malam
09/01/2010

"brother mamai, aku d.o and crews ada kat tepi tuh. pi salam. salam." dark ray kata.

dataran shah alam
sabtu
9.01 malam
09/01/2010

"triple x malaya datang tuh. pi salam.salam." dark ray kata lagi.

dataran shah alam
sabtu
9.02 malam
09/01/2010

hujan..

cafe sebelah dataran shah alam
sabtu
10.01 malam
09/01/2010

"lama lagi ke? korang perform last???" mie selayang kata. jo-b dengan cikgu sekolah pun ada. memey datang sorang. mana norman hakim?

dataran shah alam
sabtu nak masuk ahad
10 malam sampai 12.30 pagi
09/01/2010- 10/01/2010

dah hilang mood untuk berkata-kata. penakluk air kelihatan berenang-renang di dalam kolam.

dataran shah alam
ahad
12.31 pagi
10/01/2010

paradoks mula berkata-kata.

nurul asyikin tendang diri sendiri!
penakluk air berenang di jalan raya!
dark ray makan suap!
momo si monyet hilang dalam lagu!
nik adam ahmad tangan dah merah-merah!
nurancang sebak!

dataran shah alam
ahad
12.45 pagi
10/01/2010

kenapa semua penonton duk nganga nie? kata lah sesuatu? kata lah!

nota kaki : aku d.o kata kenapa rasa sekejap sangat? aku kata benda best memang rasa sekejap.

Tuesday, January 5, 2010

jangan bukak lebih 3 kali.

"bangun! kata jadi hari ni? lagi 10 minit aku sampai" khidmat pesanan ringkas dari bunk face.

malas betul hari ini. baru pukul 11.30 pagi? nak tak nak, bangkit jugak lah aku. dah janji semalam kan? janji harus lah di tepati. kalau lembu kita pegang pada tali nya, manusia kita pegang pada janji nya.

"ke mana kita?" aku soal bunk face seraya menyalakan sebatang rokok dan serentak itu menyedut gas-gas beracun yang boleh menyebab kan pelbagai penyakit. di anggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di malaysia adalah berkaitan dengan merokok.

"port biasa lah. aku dah booking dah. sekarang tak ramai orang. kita bantai 2 jam? cantit!?" senyum bunk face. senyum seindah suria. yang membawa cahaya. senyum lah dari hati. dunia mu berseri.

karaoke.

memang tak ramai orang hari itu. ada pun awek-awek jek. ah! lantak lah! ini tempat awam kan? usya-usya buat apa!? tak pernah tengok lelaki dua orang pegang-pegang tangan pergi karaoke?

2.00 petang.

kami pulang. pulang ke pangkuan keluarga. setelah lebih dua jam meninggal kan rumah. terbit rasa rindu di hati ini. mak! anak mak balik mak! tunggu!

...

"ramai orang semayang jemaat dekat mesjid tadi pi?" mak cik som.

"macam biasa lah..." seraya menyuap nasi putih panas di sulam sambal belacan dan ulam-ulaman.