Friday, February 26, 2010

tengku putera limau bali.

"nyah kau dari rumah aku! anak sial!!!" kata-kata pedih dari mak kuntum itu masih segar di minda seri kembangan.

seri kembangan tiada hala tuju hari itu. berbekal kan bungkusan baju nya dia berjalan kosong di dalam hutan. hanya buah-buah hutan yang menjadi pengalas perut nya untuk hari itu.

ke mana harus di tuju nya? dia tiada tempat berteduh lagi. ibu tiri nya telah menghalau nya dari rumah. letih badan seri kembangan tidak terperi lagi. malam semakin merangkak menerjah maya. (pergh! ayat!?)

seri kembangan melabuh kan punggung nya di sisi perdu pokok bayan. mungkin inilah tempat nya bermalam untuk malam ini.

sewaktu seri kembangan separuh sedar...

tiba-tiba...

"seri kembangan...seri kembangan..." satu suara halus memanggil-manggil nama nya mengejut kan seri kembangan.

"siapa kah kau wahai suara ghaib?" soal seri kembangan sedikit takut.

"aku! aku yang memanggil nama mu...mari...mari pada ku..." suara ghaib itu memberi arahan.

"di mana kau?" terteleng-teleng seri kembangan mencari. tiada apa yang di lihat nya kecuali pohon-pohon kayu.

"di sini! di atas pokok bayan ini! mari ambil aku! mari..." suara itu berbunyi lagi.

susah payah seri kembangan memanjat pohon bayan itu. kelihatan sebiji limau bali sebesar limau bali terletak cantik di situ.

"engkau kah yang bersuara wahai limau bali?" tanya seri kembangan.

"ya! mari petik aku dan turun kan aku ke tanah" arah limau bali itu.

seri kembangan menuruti segala permintaan limau bali dan membawa nya ke tanah.

"wahai limau bali yang boleh berkata-kata... bagaimana kah engkau boleh berkata-kata? sedang kan engkau hanya lah sebiji limau bali?" ujar seri kembangan seraya berteleku memerhati kan limau bali itu.

"ah! panjang cerita nya wahai seri kembangan... aku adalah seorang putera raja negara kecapi rimba. akibat sumpah ahli sihir yang dengki, aku telah di sumpah menjadi sebiji limau bali dan di sangkut kan di pohon bayan itu" terang putera limau bali itu dengan bersungguh-sungguh.

"tiada kah cara untuk mengurai kan sumpahan itu wahai tengku putera limau bali?" seri kembangan berminat.

"ada! aku haruslah di kucup oleh seorang wanita dengan cinta yang tulus pada ku dan dengan itu...baru lah aku boleh berubah kembali menjadi seorang manusia..." terang putera limau bali lagi.

seri kembangan terdiam sebentar.

"aku sanggup! boleh kah aku mengurai kan sumpahan tengku sekarang?" seri kembangan perlahan-lahan mendekat kan bibir nya kepada putera limau bali.

"nanti! nanti dahulu! sebelum itu, dikau hendak lah membuat lompat bintang sebanyak lima kali sebelum mengucup ku" jelas putera limau bali.

walau pun aneh arahan itu, seri kembangan menurut jua. janji dapat kahwin dengan putera raja. apa ada hal?

tatkala bibir seri kembangan menyentuh putera limau bali sahaja...

satu kejadian ajaib berlaku...

perlahan-lahan...limau bali yang bulat itu berubah menjadi seorang lelaki yang elok rupa nya.

"terima kasih wahai seri kembangan...mari! ikut ku pulang ke negara ku. di sana akan ku per isteri kan dikau." titah putera limau bali.

...

"pengantin perempuan, sign di sini ya?" walau pun berumur, suara tok kadi itu jelas kedengaran. (ala...ada mikrofon)

"bagus...sekarang giliran pengantin lelaki pula...sign sini ya?" sambung tok kadi.

berubah air muka tok kadi membaca nama pengantin lelaki.

"hahahahahahhahahah! putera limau bali?!!!!"

...

"sial punya tok kadi!"

nota kaki : besok malam aku ke event 'mimpi'. jom!

Wednesday, February 24, 2010

Sunday, February 21, 2010

paku.

liar mata mat dahan malam itu.

agas-agas yang menyerang tidak dihirau kan nya. calar-balar badan nya di siat duri-duri pokok sudah tidak di peduli kan lagi.

ini lah tempat yang tok pawang kata kan itu hari. mat dahan yakin!

"mat...dengar sini...pada tiap-tiap malam jumaat bulan mengambang penuh... di situ lah tempat nya hantu pontianak akan kau jumpa berkeliaran..." jelas lagi kata-kata tok pawang menerjah telinga mat dahan.

tukul dan paku besi sejengkal panjang nya itu mat dahan genggam erat. sabar mat dahan duduk di balik pohon beringin itu menanti mangsa.

suasana sepi.

hanya bunyi air sungai yang mengalir laju menemani penantian mat dahan.

mat dahan tiba-tiba tersengih. mangsa yang di nanti sedari jam 8 malam tadi sudah kelihatan.

melayang-layang ia terbang turun ke tepi gigi air. darah merah masih baru kelihatan membasahi uniform putih nya. hanyir!

si pontianak menyeringai memerhati kan sekeliling. mata merah saga nya sedikit pun tidak meluntur kan niat mat dahan dari melaksana kan hajat di hati.

tertunduk-tunduk si pontianak menghirup air sungai.

ini lah ketika nya yang di nanti-nanti kan mat dahan. perlahan-lahan mat dahan merapati si pontianak dari belakang.

lalu...

...

"lu apa hal beb? mandom semacam jek gua tengok? story lah..." ajis membetul kan sila nya.

"mamat celaka tuh lah! di paku nya tengkuk aku!? tengok!? dah lima batang paku dah kat tengkuk aku ni? siapa punya dakyah ntah yang kata kalau paku tengkuk pontianak, dia akan jadi pompuan cantik? menipu betul?! sakit tau tak?" adu si pontianak kepada ajis bajang hutan.

Tuesday, February 16, 2010

wak lu!

urgh! lapar nya perut ini! waklu terkebil-kebil di pinggir sungai. hajat nya hanya ingin melepas kan lelah setelah penat mengembara...tahu-tahu terlelap pula?

di tinjau nya aliran sungai...

memang rezeki aku! waklu pantas menggapai sebiji buah tembikai yang kebetulan hanyut di air.

ngap! ngap! manis!?

habis settle sebiji tembikai di radak waklu. lapar sangat agak nya dia?

"aisey? aku makan tembikai yang bukan hak aku nie? hukum nya haram! better aku susur sungai ini untuk mencari tuan punya pohon tembikai lalu meminta ke izinan dari nya" ujar waklu kepada diri nya sendiri.

untuk memendek kan cerita, dalam 5 minit perjalanan sahaja waklu terpandang sepohon tembikai yang masak ranum di tebing sungai.

"mungkin buah tembikai yang aku radak tadi datang nya dari pohon ini?" ujar waklu kepada diri nya sendiri lagi.

dan kebetulan pula ada seorang pakcik tua kelihatan berlegar-legar di area pohon tembikai itu.

waklu lalu menghampiri pakcik tua itu dan bertanya kan adakah pohon tembikai ini pakcik yang punya?

"adakah pohon tembikai ini pakcik yang punya?" tanya waklu kepada pakcik tersebut. bukan kepada diri nya sendiri lagi, seperti selalu.

pakcik itu meng iya kan.

"pakcik, saya dah termakan buah tembikai dari pohon pakcik. nah! sedikit wang bagi mengganti kan buah tembikai yang saya makan tadi." waklu menghulur kan sekeping not lima puluh ringgit kepada pakcik empunya pohon tembikai.

"pakcik tak terima wang. untuk membayar tembikai kau tadi, kau mestilah berkerja di ladang tembikai pakcik selama satu purnama. setuju?!" demand pakcik tersebut.

pulak!? aper kes!? mahu tidak mahu...terpaksa juga lah waklu bersetuju dengan demand pakcik tersebut.

dipendek kan cerita lagi...habis lah satu purnama waklu berkerja di ladang tembikai pakcik tersebut.

"pakcik! sudah genap satu purnama saya ber kerja di ladang tembikai pakcik ini. mohon lah saya meminta diri dan saya minta pakcik menghalal kan lah tembikai yang saya makan dari pohon pakcik dahulu" ujar waklu.

pakcik empunya tembikai senyum.

"boleh! tetapi sebelum itu, kau kena nikah dengan anak aku dahulu" ujar pakcik itu kepada waklu.

nikah pulak dah!? apa cerita nie pakcik!?

"boleh lah...janji hutang tembikai saya settle dengan pakcik..." waklu menjawab tenang.

"sebelum itu, kau mesti tahu yang anak aku ini buta, pekak, bisu, kudung kedua belah tangan nya dan kudung kedua belah kaki nya. senang cerita, macam buah tembikai lah. bulat jek. setuju!?" pakcik itu memberi ujaran kepada waklu. (ujaran? haha!)

ah sudah!? cacat serba serbi? mahal gila harga sebiji tembikai?

"eh? nanti jap? ini macam cerita sufi jek nie? last-last anak orang tua tuh cantik cun melecun kan? dia buta sebab tak melihat benda-benda haram, pekak sebab tak mendengar yang haram, bisu sebab hanya berkata benar, kudung tangan sebab tak pernah mengambil yang bukan hak nya dan kudung kaki sebab tak pernah jejak ke tempat-tempat yang haram..." ujar waklu panjang kepada diri nya sendiri.

waklu angguk.

"saya setuju pakcik!" hehe...tawa waklu di dalam hati. best nya! dapat bini bergetah!

...

kedengaran teriakan waklu memecah hening malam.

"pakcik tipu!!!!"

"tipu apa plak!? aku dah cakap awal-awal kan?" pakcik empunya tembikai beransur-ansur hilang berlari di kejar waklu yang keberangan.

Sunday, February 14, 2010

ibrahim torji bukan petualang nya. bukan!

aku mesti tamat kan riwayat nya! mesti!

tapi?

bagaimana?

dia tidak lut dek apa-apa senjata. hatta machine gun sekali pun? takan nak tembak pakai bazooka? mana aku mahu cari wang? aku kena kerja dahulu...kumpul wang.

bazooka bukan nya murah?

tapi aku bukan nya bersekolah pun? tiada sijil-sijil yang memboleh kan aku mendapat kan jawatan yang molek. kurang-kurang gaji dua tiga riban. tolak makan, tol, minyak, sewa rumah, bagi kat orang tua kat kampung...berapa sangat lah yang tinggal untuk beli bazooka?

nak aku merompak bank? senang sikit dapat wang bukan?

tapi...aku bukan nya berani... untuk merompak bank, memerlu kan keberanian yang tinggi. aku tidak punya semua itu.

hmmm...

ya! kalau pun aku berjaya mengumpul wang untuk membeli bazooka, di mana bisa aku dapat kan bazooka? kedai dua puluh empat jam bukan nya ada?

bagaimana ini?

aduh!

dengar cerita teater 'nautika!' akan di pentas kan esok malam yakni pada hari ahad 8.30 malam di stor teater dewan bahasa dan pustaka. bayaran nya ringgit malaysia sepuluh barangkali?

pergi tengok jom? malam last tuh!!!

nota kaki : apa dah jadi ni?

Friday, February 12, 2010

entri satu dan entri dua.


entri satu.

7.00 p.m( kuala lumpur)

"unggal padayappa chappati tosai nasi kandar rojak buah kannake terreymaa appa apuu karrawalley...karrawalley..."

8.p.m (sumwhere in between)

"unggal padayappa chappati tosai nasi kandar rojak buah kannake terreymaa appa apuu karrawalley...karrawalley..."

9.00 p.m

aku tido.

10.00 p.m (pagoh)

"unggal padayappa chappati tosai nasi kandar rojak buah kannake terreymaa appa apuu karrawalley...karrawalley..."

12.02 a.m (skudai)

"unggal padayappa chappati tosai nasi kandar rojak buah kannake terreymaa appa apuu karrawalley...karrawalley..."

nota kaki : kalau letak satu tamil dalam satu bilik, takder apa-apa terjadi. kalau letak dua tamil? dah macam persidangan parlimen dah.

entri dua.

sesapa tak pegi tonton nautika, tak kewl!

Tuesday, February 9, 2010

live blogging from office.

encik bos takder.

engineer-engineer lain pun pergi site.

punch card untuk engineer tak wujud.

aku dan kerani 3 orang aja tinggal dalam office.

aircond sejuk.

nota kaki : aku dah terbayang scene 'naughty office' dah.

Sunday, February 7, 2010

aliffie a/l nordin

via telephone.

"encik aliffie?"

"ya saya bercakap"

"encik mat tanya shop drawing dah siap belum?"

"dah. dah siap dah."

"okay. nanti encik aliffie datang department saya amek BQ ek?"

"erm. ada apa-apa lagi?"

"takder. terima kasih encik aliffie"

"sesamer"

nota kaki : encik aliffie? haha!