Monday, June 7, 2010

jangan ganggu aku lagi!

assalamualaikum,

lisa surihani yang di hormati,

tujuan saya mencoret warkah ini adalah untuk menyatakan bahawa "jangan ganggu aku lagi!" sahaja. walaupun saya telah menerang kan dengan panjang lebar kepada awak, tetapi awak masih 'stalk' saya lagi. saya rimas.

awak ingat saya tak tahu? awak selalu view page facebook saya? saya telah menggunakan application 'who viewed your facebook' tu dan saya hanya lihat nama awak. awak tiada kerja lain ke?

lisa surihani yang di hormati,

benar... suatu ketika dahulu saya syok dekat awak... tapi awak buat derk jek dengan saya. awak buat donno jek. saya request as friends dekat facebook pun awak ignored kan saya.

saya malu!

saya dah canang kan satu kampung dah yang saya dah request as friends dengan lisa surihani. satu kampung dah tahu. pelamin dah sedia, catering dah sedia, mak andam saya dah upah, 2-3 ekor lembu dah tumbang tau sebab awak? tinggal awak nak approved saya as friends jek, lepas tuh saya datang masuk minang awak. tapi awak? ignored kan saya!!!!

lisa suri hani yang di hormati,

saya dah tonton dah lagenda budak setan lakonan awak itu hari. saya sengaja duduk seat depan supaya awak boleh nampak saya. saya senyum-senyum.

awak? tegur saya pun idak!??

oleh yang demikian, dengan ini saya menekan kan sekali lagi pada awak supaya, "jangan ganggu aku lagi!"

sekian, yang benar.

mohd aliffie nordin.