Sunday, December 26, 2010

siapa punya ayam itu?

bang! bang! bang!

dentuman senapang patah kedengaran bertali arus.

seekor ayam hutan tergopoh gapah mengelak kan diri dari bedilan.

bang!

kena!

...

abu bakar senyum. ayam hutan yang di buru nya sedari tadi sudah tewas. makan lauk ayam lah aku malam ini. abu bakar segera pergi mendapat kan hasil buruan.

"hoi! mana nak bawak pergi ayam tuh?" suara pak kassim memati kan senyuman abu bakar.

"saya nak bawak balik lah. makan." jawab abu bakar.

cangkul yang di tanah pak kassim ambil dan di pegang kemas-kemas.

"ayam tuh kamu tembak dalam kawasan kebun aku. jadi ayam itu aku yang punya!" gertak pak kassim. cangkul di tangan masih belum mahu di lepas kan.

abu bakar bingung.

"mana boleh! ayam ni saya yang tembak! saya lah yang punya! lagi pun ayam ni ayam hutan. tidak betuan. pak cik jangan cakap bukan-bukan dengan saya? saya ini peguam tahu? semua undang-undang dan hak, saya dah khatam kan semua nya." abu bakar mempertahan kan diri.

sesekali pak kassim mengerling ayam hutan gemuk di tangan abu bakar.

"undang-undang yer? tapi kamu tak khatam lagi undang-undang kampung ni." pak kassim membetah.

berkerut abu bakar mendengar hujah pak kassim.

"hukum tendang. ya? tendang. aku akan tendang kamu tiga kali dan kamu akan tendang aku tiga kali. jika tiada pihak yang mahu mengalah, hukum tendang ini akan berlanjutan hingga ada pihak yang mengalah. mahu atau tidak?" sambung pak kassim lagi.

ah! orang ini sudah tua, apa lah sangat tiga kali tendang? aku masih muda bertenaga. pernah mewakili sekolah dalam sukan bola sepak pula? sekali tendang, aku sudah boleh menang mudah.

"baik! setuju! pak cik mula dahulu" bongkak lagak nya si abu bakar ini.

cangkul di sandar kan di pangkal pokok pisang.

dush!!!

tendangan pertama pak kassim tepat di celah kelangkang abu bakar. herot muka abu bakar sebentar menahan senak. terduduk dia tak mampu berdiri.

belum sempat abu bakar berdiri, dush!

tapak kaki pak kassim sudah singgah di muka abu bakar. bersembur darah dari bibir nya. terbaring abu bakar mengerang kesakitan.

mata abu bakar sudah mula berpinar.

krak!!

tendangan terakhir pak kassim di rusuk abu bakar menyebab kan dia terperosok di perdu pokok.

sakit badan nya sudah tidak terperi lagi. tetapi abu bakar gagah kan diri juga untuk bangun. sudah tiba masa nya untuk serangan balas!!! sekira nya di perhati kan betul-betul ada sedikit api keluar dari mata abu bakar.

pak kassim berdiri tegak di sisi abu bakar.

abu bakar sudah siap berdiri. bersedia untuk melancar kan tendangan pertama.

...

"nanti dulu!?" pak kassim tiba-tiba bersuara.

"kita berbuat semua ini untuk apa ya?" pak kassim menerus kan bicara.

"untuk ayam hutan yang saya tembak ini" jawab abu bakar.

"oh? ye ke? baik lah! kamu menang. ambil lah ayam hutan itu." pak kassim berlalu laju meninggal kan abu bakar bersama ayam nya.

sekira nya di perhati kan betul-betul ada sedikit air bergenang dari mata abu bakar.

Tuesday, December 21, 2010

rukun beli 'burgermpak' ada empat semua nya.


BURGERMPARK oleh3 orang ahli pakatan paradoks, Aloy, Rayza & Bias boleh di-order sekarang.

BURGERMPARK

140++ muka surat

RM20 (tidak termasuk pos)

-> tambah RM5 untuk pos laju. Pos laju supaya takde problem buku hilang dan cepat sampai.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, ikuti langkah berikut:

1. Buat pembayaran sebanyak RM25 ke akaun berikut:

- 1621 0663 5004 (Maybank)

- Penama: Mohd. Saufy Nizar

- 12120000024100 (CIMB)

- Penama: Jiewa Enterprise

2. Hantar e-mel bertajuk 'BURGERMPARK' ke weareuya@gmail.com dengan menyertakan sekali:

1. bukti pembayaran

2. alamat -> pastikan bukan alamat yang pelik-pelik, taknak bagi posmen susah mencari.

3. Sila bercakap sopan dengan Abdul UYA!.

4. Bagi yang ingin membeli pakai tangan pada harga RM20, anda boleh membelinya di UYA Distro bermula 20 Disember 2010.

Yang benar,

Abdul UYA!.

nota kaki : sejak saya mengguna kan 'burgermpak' anak lelaki saya tidak kencing malam lagi. terima kasih 'burgermpak'.


Thursday, December 16, 2010

siaran langsung burgermpak

nota kaki : kalau datang, bawa dua puluh ringgit siap-siap. kami tiada wang kecil.

Friday, December 10, 2010

kisah cinta Bagung (entri re-cycle)

Bagung terkedu tidak terkata.

terpesona.

kaku.

kenapa?

semua nya gara-gara Leha. anak lebai Manan. dahulu Leha tidak sesolid itu. sejak melanjut kan pelajaran ke institut pengajian awam di selatan tanah air, Leha sudah banyak berubah. ramai mata nakal yang memandang.

malam itu Bagung tak boleh tidur. terkelip-kelip dia di dalam kegelapan malam. hanya Leha anak lebai Manan bermain di benak nya.

sesekali Bagung tersengih mengenang kan gadis munggil itu bermain di tali air dekat baruh petang tadi.

seksi!

"Bagung? tak tidur lagi?" soal mak Yam.

"Bagung tak boleh tidur lah mak..." jawab Bagung perlahan.

"kenapa? fikir apa? kahwin?" bagai mengetahui isi hati anak teruna nya itu.

"ha'ah! mana mak tau? hehe...Bagung nak kahwin lah mak..." pantas Bagung menjawab soalan mak Yam.

"mak tahu...yerlah. kamu pun dah besar panjang. dengan anak siapa kamu berkenan ni Bagung? mak boleh suruh makcik Senah kamu tolong risik kan."

"sayang Bagung dengan mak... dengan si Leha mak. molek budak nya" Bagung bertambah ceria.

"Leha? anak siapa?" mak Yam pelik.

"alahhh...si Leha...anak lebai Manan. yang duduk sebelah madrasah hujung kampung tuh..."


*mak Yam diam*


hati Bagung mula berbunga-bunga menanti kan jawapan mak Yam.

...

"si Leha tuh orang lah Bagung oiiii!!! kita ayam!! tak sama spisis! tak boleh kahwin!!!"

"ala...mak nie? mementing kan spisis. dia pun makhluk macam kita jugak." Bagung mempertahan kan pendirian nya.

"spisis hotak kau!!! dah! pegi berkokok. dah nak masuk imsyak dah nie?"

"alah...mak nie? abah kan ader? suruh abah jek lah"

"abah kau sejak ada bini baru nie, maner nak lekat dekat umah. yerlah...ayam muda...kita nie ayam lama...dah tak hot and spicy lagi" mak Yam memandang lantai.

"yerlah...yerlah...Bagung pergi nie...."



jauh di sudut hati Bagung, Bagung masih berharap....

nota kaki : aku culik dari notes facebook aku je.

Monday, December 6, 2010

perut dan udin dan abah.

udin kampung sakit perut.

kruk! kruk!

udin kampung memegang perut nya yang menggila. udin kampung tidak lapar. udin kampung baru sahaja bersarapan. mungkin nasi lemak haji tahir simpang itu sudah tidak elok?

ah! udin kampung sudah hari-hari menghabis kan tiap pagi nya bersarapan di situ. tiada apa-apa pun? kenapa hari ini?

senget-senget muka udin kampung menahan sakit.

kruk! kruk!

"what problems you this udin?" kiai talib baru pulang dari surau pagi itu. setahu udin kampung, solat subuh sudah lama habis pagi tadi. jam 11 pagi baru abah nya pulang? menghimpit janda piah dulu lah tuh? macam lah udin kampung tak tahu?

huh!!?

"pain stomach lah father" pendek jawab udin kampung. tangan nya masih memegang perut.

kiai talib mendengus.

tangan nya sibuk mengibas-ngibas kain pelikat nya yang sudah pudar warna nya.

"medicine done eat?" tanya kiai talib lagi.

udin kampung mengangguk lemah.

"medicine what you eat?" sambung kiai talib lagi.

udin kampung menghela nafas.

"medicine gegat"

...

dari kampung sebelah sayup-sayup kedengaran suara jeritan bertalu-talu kiai talib berteriak...

"itu ubat lipas lah bodo!!!"