Thursday, December 22, 2011

seram di malam gelap.

malam semakin larut. hanya bunyi motorsikal buruk zahari kedengaran keteret-tet-tet-an menggauli sunyi malam.

pulak? mati pulak motor ni tiba-tiba?

zahari kaget. mana pulak mahu dicari pomen dalam malam pekat begini? telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.

ah sial! sial! sial!

salakan anjing sayup-sayup menambahkan lagi elemen seram dalam cerita motor rosak zahari ini.

"motor abang rosak ke? boleh saya bantu apa-apa?"

standardlah, mesti suara perempuan tiba-tiba datang betul-betul belakang tengkuk zahari.

"mak!!!" itu sahaja yang kedengaran sebaik sahaja zahari menoleh ke belakang.

...

"anak ni kenapa? cemas jek pakcik tengok?" tegur seorang pakcik di warung tempat zahari berhenti lelah. tah berapa kilometer tah zahari dah berlari? ada dari ampang sampai ke kepong kut? jauh juga?

"hnnsh...hnnsh...motor saya rosak pak cik. tengah rilek-rilek tuh, ntah dari mana ada perempuan rambut panjang tegur nak tengokkan motor saya. hnnsh...hnnsh...saya punyalah horrornya...cabut lari sampai ke sini. gitulah ceritanya pakcik...hnnsh...hnnsh..."

diam pakcik itu sebentar.

"rambut panjang? baju putih cabik-cabik? mata merah? kulit pucat? kaki tak jejak tanah? perempuan tuh ke?"

"ha'ah! ha'ah! perempuan tuhlah!" cepat aja zahari mengiyakan.

...

"oh...takpalah, lain kali kalau motor anak rosak, jangan tanya dia. dia tak tahu apa-apa pasal motorsikal..."

Friday, December 16, 2011

koala bear

"mamaaa!!!" setengah tekak boboi memekik.

laju mama boboi sampai. ingatkan anak dia si boboi tu kena gigit dengan beruang.

"tengok puzzle ni? susah. boboi tak boleh buat. mama tolong boboi ek?" boboi meminta bantuan.

"dekat kotak puzzle tuh dia letak gambar apa?"

"gambar beruang koala. susah. mama tolong boboi ek?"

mama boboi senyum.

angguk.

...

"mama rasa mama pun tak boleh tolong boboi. apa kata boboi kutip balik puzzle tuh, lepas tuh masukkan balik dalam kotak koko crunch tuh."

Friday, December 2, 2011

no 10 taman seram / 13.

"mat! mat! bangkit! dah pukul berapa dah ni? tak pergi menyakat ke?" kak tim menyadarkan mamat dari lena.

jam dinding menunjukkan jam 12.30 malam.

lewat!

mamat lewat lagi malam itu. kantuknya masih berbaki. "kenapa mak tak kejutkan orang awal?" terngonyoh-ngonyoh mamat mencuci muka dan bersiap. kain kafan semalam disarungnya kembali. elok lagi. tak berbau.

terloncat-loncat mamat keluar meninggalkan rumah.

...

"bang ajis! oi! laju jek? nak ke mana? banyak rogol anak dara hari ni?" di simpang sebelah warung haji dol mamat menegur abang ajis.

abang ajis senyum paksa.

"kau tahu lah sekarang mat, tak ramai anak dara lagi dekat kampung kita ni. abang sampai kena pergi pekan nak cari anak dara. adalah 2-3 orang. itupun andartu? nak buat cemana mat?" adu abang ajis.

mamat mengangguk faham. orang minyak makin susah mendapat tempat di masyarakat sekarang ini. stesen minyak pun banyak orang nepal dan myanmar. orang tempatan macam abang ajis dah makin kurang fungsinya.

"ni abang nak ke rumah dukun seman kejap. dia kata ada job nak bagi. kalau banyak dapat, boleh abang belanja kamu makan." terbahak-bahak abang ajis ketawa meninggalkan mamat.

...

"korang ni hari-hari buang masa dekat pokok pisang ni kan? tak bosan ke? pergilah beraya ke? main mercun ke?" mamat menyergah tamim dan derus.

"bodohlah kau ni mat! main terjah jek dari belakang? kalau aku ada heart attack? tak ke mati?"tamim memberi sedikit ruang untuk mamat.

mamat sengih.

"ni? sekolah mana pulak kau nak kerja ni?" derus mencelah.

"aku nak cuba nasib dekat sekolah asrama penuh lelaki dekat dengan pekan tuh pulak. sekolah perempuan ni tak adventure lah." ada unsur takbur sedikit dari nada si mamat tadi.

tamim dengan derus tiba-tiba diam.

mamat memandang pelik, "kenapa? ada yang tak kena dengan sekolah tuh ke?"

tamim memegang bahu si mamat, "kau cuba sekolah lain lah mat... orang kata budak-budak sekolah tuh terejal. sakit kau nanti?"

"iya lah mat, kau tak dengar cerita si hamid, cikgu disiplin naik vespa tingkat dua tu? habis vespa dia budak-budak barai. nak hidup pun tak boleh. sekarang dia naik basikal fixie jek tau nak menyakat? tak horror langsung! budak pakat gelak jek" derus menyambung.

mamat mencebik, " alah...dia yang tak reti jaga harta. padan muka lah"

"hantu kak leha dah tidur ke belum? kau tahu cerita?" tamim menyampuk.

mamat geleng.

"time dia tengah ralit duk lompat dari locker budak-budak sambil kira satu! dah tidur...dua! dah tidur...tu, budak-budak ni boleh longgarkan skru locker diorang tau? sampai ke locker yang budak tak tidur tuh, locker tuh runtuh! injured habis kak leha. koma sampai ke la ni! " bersungguh-sungguh si tamim bercerita.

mamat diam. ada juga di dalam hatinya berkira-kira untuk ke sekolah lain sahaja malam itu.

"ah! itu nasib diorang. nasib aku? siapa tahu? aku cuba nasib malam ni. mana tahu success!? jadi legend aku nanti tau? haha!" mamat terus beredar dari port pokok pisang itu.

...

jam sudah menunjukkan jam 2 pagi.

memang cantit time-time gini untuk aku buat kerja. hehehe.

mamat ketawa sendiri.

perlahan-lahan dia meloncat menghampiri pintu dorm. konon nak buat suprised attack, baru pengsan budak-budak tuh tengok pocong depan mata? paling tidak pun, sawan babi.

...

dukun seman dah geleng-geleng kepala. tamim dan derus termehek-mehek menahan ketawa. abang ajis tersenyum di muka pintu.

"kenapa banyak sangat paku payung dekat kaki kau ni mat!?" dukun seman bersuara.

"panjang ceritanya tok..."ujar mamat menahan bisa paku payung.


Monday, November 28, 2011

balik tak balik-balik.

"pyan! pyan! depan dah kemas? pukul berapa dah ni? kejap lagi abah kau balik" mak munah pekik dari dapur. banyak betul masakan dia hari ni. tomyam, kailan goreng, ikan keli masak lemak cili api campur rebung, sup sayur...ah! banyak lah!

semuanya makanan kegemaran suaminya.

sufian masih duduk diruang tamu meneman julia. "dah mak!" sufian membalas.

"lia, lia duduk dulu sembang dengan pyan ya? makcik nak mandi siap. pakcik kau bila-bila jek balik nanti" kelam kabut mak munah naik ke atas mandi dan bersiap.

wajah tuanya di tempek sedikit dengan bedak sejuk cap nyonya, celak mekah waktu naik haji dulu masih ada baki lagi, ditonyohnya ke bawah alis. biar nampak memancar sedikit mata itu bila memandang suaminya. baju kurung hijau dikenakan. rambutnya yang panjang disanggulkan ke atas, air wangi disemburkan sedikit dikiri-kanan bahu. biar wangi. biar suaminya gembira.

sedikit gincu dipalitkan kebibir.

mak munah senyum sendiri.

pantas dia menghayunkan kaki tua itu ke serambi rumah. duduk di situ. menunggu suaminya.

sufian dan julia mengerling sahaja gelagat mak munah. suka sangat dia.

bahu julia sufian cubit, mengganggu lamunan julia dari merenung mak munah,"lia...hari-hari mak saya memang macam ni sejak arwah abah kemalangan waktu nak pulang dari kerja 2 tahun lalu..."

"jadi? awak betul ke nak kahwin dengan saya ni?" sambung sufian.

julia diam.

Wednesday, November 9, 2011

suri kopi roti.

hujan rintik-rintik di luar. air mengalir bagai ulat-ulat kecil yang menari-nari melekap di jendela. sesekali aliffie menjenguk ke luar.

macam dia kenal benar susuk di luar pagar itu.

lisa!?

"you buat apa hujan-hujan cenggini duduk depan rumah i? sawan babi ke apa? kenapa tak call?" rambut lisa yang basah aliffie keringkan dengan tuala.

lisa duduk diam.

"i dah call. you tak angkat" jawab lisa.

aliffie berkerut. berlari dia ke bilik kalah lipas. agaknya kalau orang jumpa aliffie dengan lipas, orang sembur aliffie dulu dengan penyembur aerosol.

21 missed calls. silent mode. aliffie tepuk dahi. syaitan! time-time ni lah kau nak silent kan?

kopi panas yang aliffie buat tadi disuakan pada lisa, " i'm sorry. you tak janji pun nak datang malam ni? kenapa?"

"kopi jek? orang datang jauh-jauh..." mata lisa di picingkan memandang aliffie. tapi senyuman dia tetap indah walaupun basah kuyup macam cencurut jatuh sungai.

aliffie hulurkan roti,"nah! ini jek yang tinggal. nasik-nasik i dah makan habis tadi. kalau cakap nak datang i masak lebih"

"tak kan datang hujan-hujan ni nak makan roti jek?"

"ha'ah. nak makan roti jek"

lisa senyum lagi. tersengih-sengih? macam orang gila pulak kenkadang aku tengok perempuan ni? nasib baiklah kau cun. haih!?

"dekat rumah you pun ada roti kan? kenapa tak makan dekat rumah jek?"

sedar tak sedar dah 4 keping dah lisa makan cicah dengan air kopi aliffie buat tadi. makan macam jin tanah!

"tak sama ah rasa roti dia. roti dekat rumah you sedap. dekat rumah i tak sedap"

"pulak? kan sama jek roti nya? capnya pun sama. cap tanah liat. apa pulak tak sama nyer?"

tangan aliffie lisa genggam lembut. sejuk!

"dekat rumah i takder you..."

...

aliffie speechless.

Sunday, October 30, 2011

pengembaraan zaki.

mee instant, pemetik api, sardin, khemah, lilin askar, air mineral dan beberapa lagi peralatan untuk perkhemahan telah lengkap di atas meja. tinggal untuk disusun ke dalam beg galas sahaja.

zaki termenung tersenyum sendiri

"kau nak pergi mana ni? siap alat camping segala?" soal hasrul teman serumah zaki. rokok di tangan sudah mahu padam. ditekupkan bakinya ke dalam bekas habuk. rokok baru dinyalakan.

fuhhh...

asap kretek memenuhi ruang bilik.

"mengembara" jawap zaki pendek.

hasrul tersengih, " berapa lama? kenapa tak ajak aku?"

tingkap besar apartment 17 tingkat itu zaki buka luas-luas. angin malam menderu masuk. langit kosong malam itu tanpa bintang. bunyi-bunyi kenderaan lalu lalang di bawah sayup-sayup kedengaran.

setelah semua telah dibereskan. zip beg zaki katup rapat-rapat. berpusing menghadap hasrul di meja makan, " entah? aku pun tak tahu berapa lama. kau mana suka mengembara ni...paling jauh kau jalan pun balik kampung. itu pun dekat setiawangsa. mengembara pejadahnya tuh?"

kah kah kah.

" at least bagitahu lah aku kau nak pergi mana...kepong? perlis? amerika?" hasrul serius.

"jauh..."

"kepala hotak kaulah! jauh tuh mana? papua new guinea? tak kan malam-malam ni jugak kau nak gerak? tak tunggu hari cerah sikit?" suara hasrul sedikit tinggi.

zaki senyum sedari tadi. tak memberi respon apa-apa. zaki menghirup udara malam semahu-mahunya ditingkap aparment.

"alam barzakh." serentak itu zaki terjun ke bawah dari tingkat 17 apartment.

muka hasrul pucat tidak berdarah.

Saturday, October 29, 2011

edvencer-er part 6

part 5 ada di sini.

"saya homoseksual"

aneh. aku tak pernah update status begini? arman pelik? bila masa dia update status sedemikian di facebook?

arman padam status tersebut.

"saya masih homoseksual"

gila! siapa update status aku ni? aku tak pernah update status cenggini?

arman padam lagi status baru tersebut.

"gambar facebook saya semua untuk cari jantan"

setelah update status terbaru. arman keluar rumah untuk makan tengah hari.

...

razali bingung di balik button share. masih lagi bingung.

part 7 mungkin akan bersambung entah bila di sini.

Thursday, October 6, 2011

tribute to hafiz abd kadir

if the people we love are stolen from us,

the way to have them live on is to never stop loving them,

buildings burn, people die

but real love

is forever...

to a very good friend, hafiz abd kadir (1983-2011)

al-fatihah.

Thursday, September 29, 2011

edvencer-er part 4

part 3 ada di sini.

sementara itu di hutan amazon...

"eh bro, lu tengok brader tuh. dari tadi dia duk nengok jek makan kenduri tuk ketua ni? dia tak makan ke?" ujar mokelembe kepada uhabdi yang sedang gelojoh makan kenduri.

maklumlah, anak tuk ketua cuma seorang. jadi, majlis kahwin itu di adakan besar-besaran. semua puak dijemput. puak dari hutan sebelah pun datang memeriahkan majlis.

"brader yang mana?" mata uhabdi meliar.

mokelembe memuncungkan mulut, "nuuu...yang duduk hujung table kita tuh..."

...

"oh? brader tuh memang cenggitu. dia vegetarian. dia makan binatang jek. eh? lu hulur kan rendang tangan tuh. tak berusik dari tadi. rugi!"

bersambung di tanpabukti.blogspot lagi...

Wednesday, September 28, 2011

edvencer-er

sambung story lagi? korang dah takder idea ke? menyusahkan orang jek!

part satu ada di sini.

...sementara itu di sebuah pasar tani.

"dik...boleh teman kan pak cik sekejap tak?" pak amat menggamit seorang gadis munggil dalam lingkungan 20-an.

bingung gadis itu sebentar, "kenapa pak cik?"

"cenggini, bini pakcik dah hilang ni. pakcik dah cari sekitar pasar tak jumpa..."

"lalu? apa kena mengena dengan saya?" pantas dipotong si gadis munggil.

pak amat membetulkan posisi misainya. kopiah hajinya di kehadapan kan sedikit. biar nampak ranggi.

...

"biasanya...kalau pak cik tengah bercakap dengan perempuan-perempuan muda macam adik ni, automatis bini pakcik akan muncul entah dari mana..."

nota kaki : nah! sambung lah balik. tanpabukti.blogspot.com klik! klik! klik!

Tuesday, August 30, 2011

selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir & batin.

untuk lisan yang tak terjaga.

untuk janji yang terabaikan.

untuk hati yang berprasaangka.

untuk sikap yang menyakitkan.

di aidil fitri ini, dengan tulus hati saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin.
semoga Allah selalu membimbing kita bersama di jalan-Nya.

selamat hari raya aidil fitri.

ikhlas

mohd aliffie bin mohd nordin.

Monday, August 15, 2011

boboy dan mamanya.

"mama! boboy nak keluar kejap tengok matahari terbenam boleh tak?"

...

"boleh sayang...tapi jangan dekat-dekat sangat tau?"

Wednesday, August 10, 2011

photoshop 7.0

1) ambil gambar anda atau rakan-rakan anda yang ada suka.

2) ambil mana-mana megan fox dari google image

3) tada!

nota kaki : aku baru belajar photoshop semalam. mula-mula megan fox, lepas ni lisa surihani pulak. har har har!

Wednesday, August 3, 2011

tanam-tanaman

"boboi main dengan papa meh? mama pergi shopping baju. meh!" papa berteleku di sisi boboi yang sedang asyik masyuk bermain istana pasir. sesekali angin laut menyerbu ke arah boboi. boboi suka angin.

"kita nak main apa papa?" penyodok plastik merah itu boboi pegang kejap-kejap.

papa senyum memandang boboi.

"kita main tanam-tanam nak? best. boboi tanam papa dulu, lepas tuh nanti papa tanam boboi pulak. jom?"

...

"boboi...papa mana?" mama memberikan aiskrim kon kepada boboi.

...

"rasanya boboi tanam papa dekat situ tadi...rasanya lah..."

Sunday, July 31, 2011

obsesi

aku duduk di pangkin rumah. bersandar melihat anak-anak jiran bermain kejar-kejar di laman. seronok juga kadang-kadang melihat keletah mereka. tiada masalah. kadang-kadang bertengkar sebentar, tarik-tarik rambut, menangis teriak nama mak abah.

tapi esok lusa bermain bersama kembali. senang. tiada masalah.

aku?

...

"minggu depan parents i datang masuk meminang you." serangan hendap dari lisa hari itu.

aku bingkas memandang lisa, "gila! mana ada perempuan datang meminang lelaki?"

lisa merapatkan kerusinya dekat dengan aku. jejari halusnya mengambil cawan white coffee yang dia pesan tadi. dicicipnya sedikit. takut panas. memang perangai lisa begitu. tidak suka makanan atau minumannya panas-panas. berlainan benar dengan aku. lagi panas lagi syok! haha!

"i dah bagi you masa untuk berfikir kan? you nak tunggu apa lagi? tunggu sampai rosie huntington-whitely convert masuk islam than datang ketuk pintu rumah you?"

aku angguk.

"you! seriouslah sikit! i cerita pasal masa depan kita ni?" perit bahu aku kena cubit. ronyok lengan t-shirt hitam 'i heart malaysia' aku.

"yusry..." spontan aku menjawab.

lisa senyum. manis. macam teh tarik mamak hakim dekat seksyen 7 shah alam. manis sangat!

"pasal dia nanti i selesaikan sendiri, you tak payah fikirkan tentang itu semua ek hubby?"

...

hubby? ah sudah?

Friday, July 22, 2011

tak payah!

bahagian kedua ada pada tanpabukti.

asap entah dari mana datangnya tiba-tiba menyelubungi sang panda dan husin. mereka kaget. muka pucat tidak berdarah.

sekonyong-konyong muncul satu jasad hitam berjubah hitam dan bertopi kon juga berwarna hitam di hadapan mereka.

"har har har! aku sumpah kamu berdua menjadi gula-gula getah!" dengan sekali hayunan tongkat saktinya, husin dan si panda menjadi dua biji gula-gula getah lima puluh sen.

*ktap!*

mengarut!

novel aku,amri, husin, mesin masa, panda ajaib, ahli sihir dan gula-gula getah itu markasan tutup pantas. membazir duit aku aja.

serentak itu telefon bimbit jenama nukianya bergetar. 1 message received.

adi. rakan baik markasan.

"i'm bored. masuk kerja malam karang. movie jom?"

adi berkerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka 24 jam. berhampiran rumah markasan.

sementelaah markasan baru sahaja diberhentikan kerjanya di sebuah restoran makanan segera kay ef dee atas kesalahan belot kerana didapati kantoi membeli burger mek dollah. markasan pun tak faham. mungkin pengurusnya cemburu dengan keakrabannya dengan julie lalu dia diberhentikan.

saingan barangkali? hmmm?

"okay" balas markasan ringkas.

...

"bang...cerita transistor 3 dah penuh lah bang." gadis kaunter tiket bersuara.

markasan berkerut. sedari haritu dia ingin menonton cerita transistor 3 itu. pandangannya dikalihkan pada adi.

adi sengih memandang rubi. tanda nama yang jelas tersemat pada dada gadis kaunter tiket yang munggil itu.

"hoi! nak tengok cerita apa?" serentak itu siku markasan singgah di rusuk adi.

adi mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal , "cerita 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1..cinta ni pun okay gak. aku bosan. cerita ni pun bolehlah. ada parit camel. hehehe..."

ikut hati mahu dilempang sahaja adi di situ. tapi mengenangkan kawannya itu anak yatim, hasrat murni itu dihentikan. tak baik menganiaya anak yatim. berdosa.

"tinggal couple seat jek bang? boleh?" rubi pandang markasan.

adi angguk laju. markasan mendengus.

...

adi mengodek-godek di kerusi membetulkan pinggulnya. kadang-kadang tersengih menjeling markasan yang masam mencuka.

"ya tuhan, apalah dosa hambamu ini di hukum hingga sebegini rupa?" itu sahaja yang markasan ulang-ulang dalam hati sedari tadi. sial punya adi!

"kalau kau cuba angkat penghadang tangan tu...aku tendang kau dekat sini jugak!" keras amaran markasan pada adi.

"ala...tak romantislah kau ni..." adi mencebik.

bersambung...

nota kaki : entah dia nak sambung entah tidak? mungkin bersambung di blog hilangpunca.

Tuesday, July 19, 2011

rugi

dari jauh kamsan menggamit darus. darus laju duduk dihadapan kamsan dan meng'order' teh ais.

"mulut kau ni kenapa darus? bengot semacam jek?" kamsan memulakan bicara.

senyum darus. tetapi tak seperti selalu. mulutnya bengot. ganjil sikit senyumannya, "seminggu lepas...aku kenal dengan sorang makwe ni..."

"semalam time gotong-royong rumah mak jah aku tengok kau okay jek?" kamsan memotong.

spontan darus tepuk meja "dengarlah aku cerita dulu...seminggu lepas...aku kenal dengan sorang makwe ni..."

kamsan angguk. udah macam burung belatuk dah gayanya.

"lepas habis dating semua, aku hantar dia balik. dia kata dia tinggal sorang. housemates dia semua keluar. dia jemput aku masuk..."

darus berhenti sekejap menghirup teh ais.

"beriya-iya dia jemput aku masuk, takut tinggal soranglah, sinki rosaklah, ada hantu kuburlah...tapi aku tolak. aku nak balik awal. besok kerja" darus menghabiskan cerita.

dahi kamsan berkerut seribu.

"so? apa kena mengena dengan mulut kau yang bengot ni?"tanya kamsan tak puas hati.

...

"lepas seminggu, pagi tadi masa gosok gigi, baru aku paham niat makwe tuh. lalu aku terodok mulut aku dengan berus gigi tanda kerugian."

Thursday, July 7, 2011

kotak hitam kotak hitam kotak hitam.


purple talent studio menerusi antalogi beta (beyond talent) dengan kerjasama dewan bahasa dan pustaka mempersembahkan sebuah teater karya dan arahan fasyali fadzly bin saipul bahri dan lakonan aloy paradoks dengan bangganya membawakan sebuah teater bertajuk 'kotak hitam'

sinopsis
mamat seorang penagih TV tegar yang sentiasa dahagakan nikmat hiburan bersifat hedonism. dia tidak punya sesiapa kecuali TV nya yang sentiasa memberikan ke...puasan 100%. sehingga suatu hari, muncul seorang pembaca berita dalam hidupnya. pembaca Berita menawarkan persahabatan sejati lantas tiada sebab untuk mamat menolak.

hubungan mereka bertambah rapat dari hari ke hari. mamat semakin sayangkan pembaca berita yang dapat memenuhi setiap kehendaknya. mamat sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga persahabatan yang telah tercipta itu.

semakin hari pembaca berita semakin mengenali mamat. berbeza dengan mamat yang semakin hari semakin lupa dirinya. hubungan mereka mencapai kemuncak. mamat cuba untuk menidakkan pembaca berita, tetapi sayangnya tidak berjaya.

bersama kita saksikan kesudahannya.

***
karya dan arahan
fasyali fadzly bin saipul bahri

lakonan
aloy paradoks (bukan monodrama)

8-10 julai 2011
8.30 malam

masuk atas sumbangan RM15
hubungi 03.7831.4857 (waktu pejabat sahaja)

atau

fasyali (017.884.8044)
amelia (012.213.0515)

Sunday, June 19, 2011

punggung wife jali

" wassap bro...sihat!?" satu soalan bodoh dari aku.

jali sambut salam aku, "kalau tak sihat tak datang aku lepak dengan kau" (kan dah kena?)

masa itu isteri jali ada sekali. pregnant.

waktu isteri dia ke tandas kejap. aku bisik pada jali "dah gemuk wife kau kan? dulu okay jek?"

jali terkekeh-kekeh, "kekeh-kekeh-kekeh"

"dah pregnant bro...ada budak dalam perut. memang lah besar" jali sambung kekehnya.

...

"tahu tuh...tapi dalam punggung dia pun ada budak jugak ke?"

Tuesday, June 14, 2011

aloy paradoks dan aku

aku dah tulis dah pasal aloy paradoks dulu. tapi rayza mukmin ugut aku untuk tulis sekali lagi. kalau tak? dia nak bubuh anjing dalam kereta aku.

gila kau? cemaner aku nak pegi kedai beli rokok?

...

aku jumpa perempuan ni waktu ada event teater-teater dekat sekolah aku dulu. dia kata, "aku belajar komunikasi media bro...", rambut sikat rapi, baju lekat dekat badan(kalau perhatikan betul-betul boleh nampak nipple dia), tali pinggang, seluar jeans dan berkasut. smart!

asal berlakon jek nak jerit-jerit tak tentu hala. suara tinggi kemain? teknik vokal katanya?
mungkin dia dulu kurang kasih sayang atau mungkin juga dia tunjuk besar sebab ada khabar angin yang senior nak pukul dia. takut ler tuh?

lepas sekolah aku dah tak jumpa dia lagi dah. tahu-tahu dia dah jadi taiko besar dekat aswara (akademi seni kebangsaan) dengan rayza.

dia pulak ajar aku sinematorgafi. aku pulak yang nganga.

ini beliau dulu. bangang jek nampak nya kan?

ini beliau sekarang.

nota kaki : nampak tak apa yang kemasyhuran boleh buat pada kita? nampak tak?

Sunday, June 12, 2011

gaung

borhan harun dan azli menyertai pasukan pengakap.

mereka pergi berkhemah. mereka tersesat. mereka lapar.

borhan harun dapat menangkap seekor burung untuk dibuat lauk. borhan harun tidak sampai hati nak bunuh burung itu, lagi pun borhan harun phobia darah. nanti dia pitam.

azli kata bagi dia burung tu, biar dia yang bunuh.

borhan harun lari jauh-jauh, takut nampak darah. nanti dia pitam.

selang setengah jam, borhan harun datang balik, tanya azli dia dah bunuh belum?

azli senyum tanda dia dah bunuh burung tadi.

borhan harun tanya macam mana azli bunuh burung tu?

...

"aku campak burung tuh jatuh gaung..."

Friday, June 10, 2011

simpati.

simpati. udin turun motor.

udin tengok pakcik merempat yang kudung kedua belah tangan itu dengan simpati.

"pakcik lapar..." pakcik itu cakap pada udin.

udin pergi ke gerai terdekat, udin bawa makanan pada pakcik tadi.

"pakcik takder tangan nak..." pakcik itu cakap pada udin lagi.

udin suapkan makanan tadi pada mulut pakcik itu dengan simpati.

"pakcik haus nak." pakcik tadi cakap lagi pada udin.

udin suakan air bungkus berstraw pada mulut pakcik tadi dengan simpati.

"rambut pakcik kusut nak." lagi pakcik itu cakap pada udin.

udin sikatkan rambut pakcik itu dengan simpati.

"nak...tandas terdekat dekat mana nak?" lagi-lagi pakcik itu cakap pada udin.

...

"pakcik jalan kaki dalam 10 kilometer dari sini sampai jumpa plaza tol, pakcik jalan lagi dalam 5 kilometer. adalah tandas belah kiri pakcik nanti." udin perah motor laju-laju tanpa simpati lagi.

Monday, June 6, 2011

lukisan

"terima kasih tuan! terima kasih kena sembuhkan penyakit mata saya..." jali si pelukis berulang-ulang kali menyatakan terima kasihnya kepada doktor hasyim.

berulang-ulanglah juga doktor hasyim bersalam dengan jali, "takpe...memang tugas saya membantu. lagipun awak bayar saya, bukannya percuma." terkekeh-kekeh doktor hasyim.

"saya tak kisah tuan. tuan, izinkan saya melukis di dinding pejabat tuan sebagai kenangan dan tanda terima kasih saya? boleh tuan?" jali menyatakan hasratnya.

doktor hasyim menung sebentar.

"sukati awaklah. saya okay jek. lagipun cat dekat dinding ni dah pudar dah" sekali lagi doktor hasyim terkekeh-kekeh.

...

"wah...cantik lukisan dinding ni doktor. pelukis semalam yang lukis kan? besar betul lukisan mata ni kan doktor?" aznah si jururawat memuji-muji lukisan jali.

doktor hasyim senyum sahaja.

...

"nasib baik saya bukan pakar sakit puan kan?"

Friday, May 27, 2011

sebelum masuknya asar.

"mam...mam buat apa tuh? khusyuk bebenor saya nengok nyer dari tadi?" ali cengkoih duduk merapati haji tahar.

"ni ha ali...sementara nunggu asar ni, aku belek-beleklah teka silang kata dekat paper ni, boleh jugak najamkan minda. dapat jugak ilmu. ibadah tu ali..." haji tahar senyum sambil janggutnya yang sejemput diurut-urut.

ali cengkoih angguk.

haji tahar tiba-tiba tepuk belakang ali "ha ali! ni ha! empat melintang ni? cuber kau pikiorkan sikit? pembayang dia perempuan jepun. hurup 3 terakhir aku dapat u, k dengan i. apa ek?"

ali cengkoih menung sekejap.

"yuki! yuki jawapan dia mam..." ujar ali cengkoih.

haji tahar garu kepala.

...

"ler? yuki ker jawapan dia? kau ada pemadam tak ali?"

Tuesday, May 17, 2011

tembak!!!

"pak abu, kenapa pak abu riang semacam jek ni? tersengih sorang-sorang bawah pokok pelam ni?" tahir mengensot duduk sebelah pak abu.

pak abu masih tersengih lagi, "cenggini lah tahir, aku dah nak masuk 90 dah, aku dapat bini muda dan bini aku tu tengah mengandung anak aku tau? mana tak riang?"

tahir senyum-senyum.

"pak abu tahu tak?" tahir menyoal pak abu. macam peraduan teka-teki pulak?

pak abu geleng.

"saya ada kenal sorang member. member saya dah berumur macam pak abu jugaklah. dia ni suka buru kijang. satu hari tu, dia terlupa nak bawak senapang pegi memburu. dia tercapai payung...maklumlah dah tak berapa nak ingat dah..." henti tahir di situ.

"lepas tuh? apa jadi?" pak sbu excited.

"ada lah tiba-tiba tuh sekor kijang lalu depan dia...dia pun cepat-cepat acu payung dia dan tembak kijang tuh. peliknya, mati pulak kijang tuh pak abu!? accaner?" sambung tahir beria.

pak abu tarik muka tak percaya.

"eleh...ini mesti ada orang lain yang tembak kijang tuh...kan?" lekeh pak abu.

...

"kan!?" tahir jawab laju.

Thursday, May 12, 2011

penculik rambutan.

kelibat lembaga hitam terhendap-hendap dekat pokok rambutan man lori tiada siapa yang perasan.

setangkai-setangkai gugusan rambutan man lori dikaitnya. masuk dalam guni. tersengih-sengih dia menuai hasil rambutan man lori.

"kalau hari-hari hasil macam gini, boleh pegi umrah aku? hehehe..."

...

"hoi! kau buat apa dekat sini!" tiba-tiba lembaga hitam yang sedang kusyuk di 'terperanjat' kan oleh sinaran lampu suluh 3 bateri jenama kucing dihalakan tepat ke arahnya.

man lori singsing kain pelikat. tak tinggi sangat. sekadar paras lutut. bahaya. cangkul sebatang sudah man lori sediakan dalam genggaman.

"kau curi rambutan aku yek!? ha!? jawab!?" tempik man lori.

lembaga hitam terketar-ketar, "tak...tak pakcik! saya kena kejar anjing tadi. lari-punya lari, saya terlanggar pokok rambutan ni!"

man lori kerut dahi. alasan tak masuk akal, "habis? rambutan aku dekat tangan kamu tuh apa cerita?"

"saya nak halau diorang pakcik...saya...saya capai rambutan pakcik ni, saya lempar dekat diorang sampai diorang lari! betul pak cik!" ujar lembaga hitam sedikit berani.

kecik-besar-kecik-besar jek man lori tengok si lembaga hitam. ada yang aku bercucuk tanam malam-malam ni karang?

"oho!? anjing!? dua guni penuh rambutan aku tuh? apa kes pulak?"

...

"aaa? tuh lah yang saya tengah pikir dari tadi tuh pakcik...heee..."

Monday, May 9, 2011

mencari ke'perfect'an

sunyi petang itu. gerai pak din tidak ramai macam selalu. adalah dua tiga orang keluar masuk. itupun tapau aja.

mat dan abu bakar sahaja yang setia bersama gerai pak din sedari tengah hari tadi.

"bu...gua tengok lu ni semua pakej lengkap, ada rupa, ada harta, sopan...kenapa lu tak menikah lagi? dah nak masuk bmw 4 series dah tau tak?" sambil-sambil itu air teh sejuk itu mat hirup.

abu bakar senyum pandang mat.

"dulu...gua ada jumpa satu makwe ni. cun! tapi sombong. terus gua tarik diri. tak mahu gua. gua nak makwe yang perfect." jawab abu bakar.

"lepas tu ada sorang member kenal kan dekat gua sorang makwe...mula-mula okay, tapi lama-lama gua bosan dengan dia. gua nak makwe yang perfect." sambung abu bakar lagi.

"lu memilih sangat... ada makwe, rembat jek lah?" terkekeh-kekeh mat ketawa. jelas menampakkan gusinya yang sedikit terkehadapan.

abu bakar angguk.

"gua ada jugak start cari-cari, facebook lah, twitter, majlis orang kawen, pasar lambak, giant, sampai ke sekolah perempuan methodist gua riki. ada tuh ada. tapi tak perfect. gua nak cari yang perfect!" tegas abu bakar.

sengih mat mendengar kata-kata abu bakar. "habis? lu jumpa apa yang lu riki?"

"jumpa! kawan lama gua. cantik. penyayang. kelakar. kira gua nak sehidup semati dengan dia lah!" laju sahaja abu bakar menjawab.

"tapi?" rokok koboi yang tinggal sebatang itu mat nyala kan.

...

abu bakar senyum. pandang ke jalan.

"tapi...rupa-rupanya...dia pun mahukan lelaki yang perfect..."

nota kaki : moral of the story, amek jek lisa surihani. senang! ...itupun kalau dia mahu lah...haha!

kredit untuk blog ini 'kumpulan kisah penggugah hati'

Thursday, May 5, 2011

sayang

"atuk! atuk! boboi nampak dekat reban ayam atuk ada sekor ayam kaki dia kayu. kenapa tok?" tercungap-cungap boboi mendapatkan haji ghani yang sedang asyik masyuk melayan rokok daun di pangkin bawah pokok mangga laman rumah.

"ayam tu ayam yang paling atuk sayang boboi. satu hari tu rumah ni terbakar, masa tuh atuk dengan arwah nenek kamu tengah tidur. dialah yang panjat masuk rumah, berkokok kuat-kuat dekat telinga atuk, jagakan atuk. lepas tuh atuk lari keluar. sayang atuk dengan dia" terang haji ghani.

boboi pandang haji ghani "nenek cemaner?"

haji ghani menhabiskan sisa rokoknya "nenek kamu dulu kan pekak? dan atuk masa tuh sakit pinggang. tak boleh angkat benda-benda berat."

boboi masih tidak puas hati, "kenapa ayam tuh kaki dia kayu tok?"

"ayam tu ayam yang paling atuk sayang boboi. ada satu hari lagi, masa tuh ada pencuri nak masuk rumah atuk. ayam tuh lah yang berkokok dekat telinga atuk, atuk terjaga, atuk capai senapang, atuk tembak dia. selamat lah barang-barang berharga rumah atuk ni." terang haji ghani lagi.

mulut boboi muncung.

"atuk! boboi tanya, kenapa ayam tuh kaki dia kayu!?" suara boboi sedikit tinggi.

...

"boboi, ayam tu ayam yang paling atuk sayang. sayang lah kalau atuk makan semuanya sekali kan?"

Tuesday, April 26, 2011

cakap malam pandang-pandang(prequel)

sudah tiga lelaki menjadi mangsa dalam jangkamasa tujuh hari. macam filem sumpah orang minyak lah pulak?

kondisinya sama.

lelaki. berumur diantara 24-26 tahun. berambut ikal. berat lingkungan 110-132 pounds. dipukul teruk sebelum dibunuh. kaki tangan diikat kemas. duct tape menyekat mangsa dari berteriak dan isi perut mangsa terburai, dipercayai dirodok dengan senjata tajam.

punca kematian adalah sama, ajal.

...

bingung inspektor salleh memikirkan kes terbarunya itu.

sarjan keifli turut sama bingung. fail-fail pembunuhan ditelitinya berulang-ulang.

"motif? apa motif pembunuhan?" bercekak pinggang inspektor salleh sambil merenung jauh ke luar tingkap. dengan harapan pembunuh ada di situ dengan papan tanda, "saya yang buat tuan!". tak perlu susah-susah dia menyiasat kes ini lagi. boleh pulang kerumah menonton sinetron.

sarjan keifli diam. tangannya masih sibuk membelek-belek fail ketiga-tiga mangsa.

"saya rasa motif pembunuhan ialah cemburu tuan!" sarjan keifli tiba-tiba bersuara.

inspektor salleh berpaling laju "kenapa kamu kata macam tu?"

"ketiga-tiga mangsa adalah pengguna laman sosial tuan!" sambung sarjan keifli.

"jadi? apa kaitan nya dengan pembunuhan?" rokok dimulut dinyalakan ala-ala wayang detektif hitam putih dulu-dulu.

"ketiga-tiga mangsa mempunyai seorang kawan yang sama dalam senarai kawan mereka, tuan!" sarjan keifli meneruskan fakta.

kecik mata inspektor salleh.

"kamu tak perlu menjerit jen, kita berdua aja yang ada dalam bilik ni. siapa dia? kawan mereka yang sama tu?"

"maaf tuan. nama dia puteri hasmie."

"didapati, sebelum ketiga-tiga mangsa dibunuh, mereka ada berhubung dengan puteri hasmie di laman sosial tuan. jeng jeng jeng nya ialah, puteri hasmie ini sudah mempunyai hubungan dengan seseorang dipaparkan pada dinding laman sosialnya tuan. jadi saya rasa, suspek utama kita ialah seseorang itu tuan" terang sarjan keifli.

"awak tahu satu benda jen?" tersengih inspektor salleh memandang sarjan keifli.

sarjan keifli geleng.

sambil asap dihembuskan, inspektor salleh mengeling sarjan keifli "kita sedang berdepan dengan pembunuh bersiri laman sosial..."

...

"bukan! bukan saya yang bunuh mereka tuan!" keras percakapan yussof mempertahankan diri.

yussof menggeliat sedikit.

"betul. memang puteri hasmie adalah kekasih saya. tapi? takkan lah saya sanggup membunuh hanya kerana pesanan-pesanan bodoh dilaman sosial tu? lagipun cuba tuan fikir kesemua kejadian bunuh itu berlaku di utara tanah air, saya bekerja dan menetap di selatan? masakan sempat saya pergi utara naik motor cawan saya bunuh orang malam-malam, lepas tuh saya balik ke sini tidur dan mulakan kerja saya pada jam 7.30 pagi selang 2 hari dalam masa 7 hari? punch card saya mesti merah tuan. alibi saya sangat kukuh. tuan tak percaya, tuan tanya punch card office saya!"

...

lokman baru habis selesai menghabiskan masa di kafe cyber awal jam tiga pagi. lokman tinggal sendirian. privacy katanya. nak lari telanjang dalam rumah pun mudah. la la la la.

tuk! tuk! tuk!

pintu rumahnya diketuk orang. lokman bergegas mendapatkan pintu. posmen ke? pukul 3.30 pagi? hmmm...

...

di sebuah bilik gelap disebuah rumah gelap di pinggir kota yang gelap kelihatan sesusuk tubuh gelap berteleku di satu sudut yang gelap.

lagu 'cek mek molek' nyanyian m.daud kilau sayup-sayup kedengaran.

...

"kenapa salah orang lagi!?? kenapa bukan zakri? mungkin topeng badut ni kena tebuk matanya dulu kut?"

Monday, April 25, 2011

cakap malam pandang-pandang.

dush!

satu penyepak hinggap dimuka lokman sebaik sahaja dia membuka daun pintu.

tanpa sempat berkata apa-apa mulutnya ditekup dengan kasar dan satu lagi henyakan padu diterima rusuknya.

mata lokman berpinar.

*padam*

"kau..." lokman disedarkan dengan suara itu.

pedih-pedih badan lokman.

sedar-sedar sahaja kedua tangannya telah terikat dialang rumah. kakinya diselak dengan pasung kayu yang entah dari mana. mulut tertutup rapat dengan duct tape. hanya matanya sahaja terkedip-kedip meminta simpati.

makhluk bertopeng badut berdiri tegak dihadapan lokman. sebatang kayu baseball tergenggam erat ditangan.

"kau ganggu hak aku!!!"

serentak itu kepala lokman menjadi habuan kayu baseball. darah menyembur keluar dari dahi dan telinga lokman. menggelepar dia macam ikan baru naik kedarat.

meong.

lokman meong.

"bangun! aku belum habis lagi dengan kau!"

dush! dush! dush!

dada lokman pula menjadi sasaran. cukup tiga kali hentakan, hidung lokman mengalirkan darah. menderu laju nya. habis kemeja polonya dibasahi darah.

pisau rambo sekaki panjangnya lokman nampak jelas makhluk itu keluarkan dari sarung. namun lokman tak berdaya. sudah banyak dia kehilangan darah. menjerit? nak mengangkat kepala pun lokman sudah tidak mampu. lokman hanya berserah pada takdir.

kalau ini yang sudah tetulis baginya. lokman redha. tiada apa yang mampu dilakukan lagi. ajal maut bukan kita yang berhak memilih caranya.

srap!!!

duct tape lokman direntap.

"sebelum kau mampos? ada apa yang kau nak cakap zakri?!!!" rambut lokman direntap ganas. terdongak kepalanya menghadap siling.

"a...aku bu..bu...kan zakri..." jawap lokman.

...

"oh? yeke? salah oranglah ni ek? hehe. sorry ek?" hilang makhluk bertopeng badut itu ditelan gelap malam.

Wednesday, April 20, 2011

air mata kasih.

"kadir..." suara lemah din tapai menyapa kadir diserambi.

kadir tengok din tapai. faham akan maksudnya.

kadir membetulkan silanya. kopi panas dituangkan dan disuakan kepada din tapai.

"gula aku tak bubuh. kau bubuh lah sendiri. bekas gula ada sini." kadir bagai faham sahaja situasi yang melanda din tapai sekarang. pahit.

"pedih hati ni kadir. setelah aku tatang dia bagai minyak yang penuh, dia boleh tinggalkan aku begitu aja? perempuan jenis apa dia tu? ha?" din tapai mula meluahkan rasa hati.

satu kampung sudah terbubar dengan kisah salbiah kekasih din tapai lari dengan warga asing. katanya din tapai tak serupa amir khan. din tapai dibiarkan begitu sahaja.

kadir angguk. uk tidak, ek pun tidak. diam melayankan perasaan din tapai. itu sahaja yang seorang kawan mampu lakukan. tak kan dia nak menikah dengan din tapai pulak? mau mengamuk orang tua nya nanti?

gila!?

"air kopi kau ni pun satu hal kadir..." din tapai menyambung lagi.

"pulak? kenapa air kopi aku pulak berkait ni?" kadir masih memandang jauh ke laman. layan tak layan aja karenah din tapai. orang emosional, memang macam tu fe'el nya.

"bila aku minum air kopi kau ni, terasa mata dicucuk-cucuk. macam paham-paham aja perasaan hati aku ni. sama rasanya bila aku nampak salbiah dengan mamat bangla tuh lambai aku buat kali terakhir dekat stesen bas haritu" berair-air mata si din tapai.

"memanglah minum terasa mencucuk-cucuk din..." kadir senyum cuba menenangkan kawan akrabnya.

...

"kut yer pun sedih, keluarkan lah dulu sudu tuh dari cawan dia...bangang!"

Tuesday, March 29, 2011

asalnya aloy paradoks dari kayangan.

tegap sasa tubuh badannya. molek wajahnya bujur sirih. matanya cemerlang dengan cahaya kayangan yang memukau. sehinggakan sesiapa yang memandang, bakal mengelar diri kerana rindu teramat sangat kepadanya.

zat makhluk sempurna ini terstruktur dari alunan-alunan irama indah dan nyanyian merdu pari-pari kayangan. setiap bait katanya, setiap geri tubuh badannya, semuanya mempunyai maksud. ah! menawan sungguh.

dewa seni dari kayangan...

aloious paraseous.

baik di dunia manusia atau di kayangan, tiada yang lepas dari hasad dengki.

pukima hasimoues, bentara guru merangkap jeneral dewa perang terlatih dari kayangan. terlalulah irinya akan aloious paraseous ini kerana akan semua bidadari-bidadari, pari-pari dan segenap umat kayangan juga tersangatlah sayang dan kasih kepada aloious paraseous ini. dengki dan irinya semakin membuak-buak lagi setelah pelawaan minum petangnya kepada dewi perabot, ikeaous missy ditolak mentah-mentah kerana si dewi ingin menyaksikan aloious paraseous berpuisi di taman kayangan.

akan dengan ini, lalu difitnahlah aloious paraseous ini kepada raja kayangan bahawa dewa seni ini telah bermukah dengan tumbuhan larangan istana.

tanpa usul periksa dicampaklah akan aloious paraseous ini oleh raja kayangan ke bumi sebagai hukuman kerana telah bermukah dengan tumbuhan larangan. takut-takut nanti tumbuhan larangan itu berbuahkan aloious paraseous adanya.

gembira tak terkira pukima hasimoues rancangan liciknya berjaya.

...

tegak berdiri memandang langit, aloious paraseous sendiri.

keadaan seni di bumi memang menyeksakan. rancangan realiti setiap hari, remaja-remaja menonton filem prof razak, teater asyik nyanyi-nyanyi-nyanyi, drama dan filem di kaca televisyen semuanya memualkan, balik-balik hantu, balik-balik hantu, kadang-kadang anu.

aloious paraseous menangis sendiri.

biarlah.

satu tangan dengan jari telunjuk nya di acungkan ke langit, aloious paraseous bersumpah akan mengubah tempat laknat seni ini kepada serambi seni kayangan dengan tangannya sendiri.

azam aloious paraseous...selagi seni dibumi ini tidak dibaik pulih, selagi itu dia tidak akan mati.

abes!

nota kaki : blog dewa.

Wednesday, March 23, 2011

teka-teki jenis panjang (tekakijang)

"potong!"

itu sahaja yang berlegar-legar di kepala kemat sejak 2-3 hari ini. entah kenapa sakit hati benar dia dengan pokok mangga kepunyaan encik wakif, abah kemat sendiri.

makin ditenung pokok mangga itu, makin meluat hati nya. kemat diam berdendam.

encik wakif tahu yang kemat ada perasaan tidak puas hati dengan pokok mangga kesayangan nya itu. tapi di biarkan sahaja.

"eleh? pokok mangga jek pun? di tumbuk terajang pun kaki tangan kau jugak yang sakit kemat..."dah lenguh rahang encik wakif menasihati kemat.

...

hari dah jauh malam. tetapi kemat masih berjaga. anak matanya sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. kipas berpusing ligat sudah tiada fungsinya lagi pada kemat.

panas!

hati kemat panas membara.

"pokok mangga itu harus aku hapuskan malam ini juga!!!" kemat bingkas bangun menuju ke stor rumah.

...

kapak balak sekaki lebar matanya itu kemat genggam erat-erat. kuda-kuda kemat perkukuhkan. sekilas kemat mencari kelibat encik wakif. tiada.

kemat sengih.

angin malam menderu kuat. bak semangat kemat dengan kapak ditangan. tampak segak tampan bergaya dengan seluar katok biru, bersinglet pagoda putih di padankan pula dengan kapak di tangan. menyerlah kan ciri-ciri pemotong kayu dihutan si pemakainya.


"yeargh!!!" jeritan kemat memecah kan sunyi.

...

encik wakif terkedu di muka pintu. kemat sengih macam hantu. pokok mangga tiada lagi berdiri disitu. habis kemat tarah hingga ke perdu. kapak masih lagi kemat genggam padu.

"engkau ke yang tebang pokok mangga abah ni kemat!?" pekik encik wakif.

"ha'ah! kemat yang tebang! kenapa? abah nak marah kemat!?" laung kemat dari laman. daun-daun mangga yang melekat di badan kemat bersihkan.

...

"eh? takder lah. abah tanya jek. dah jauh malam ni...meh masuk tido meh?"

nota kaki : soalannya...kenapa encik wakif tak marah kemat?

Wednesday, March 16, 2011

keranda siah.

suasana suram menyelubungi perkarangan rumah jamil.

siah sudah pergi meninggalkan jamil.

terngongoi-ngongoi jamil menangis.

pak akoblah yang banyak membantu menguruskan hal jenazah siah.

dari mencari orang memandikan, menyembahyangkan dan mengendong keranda siah ke tanah perkuburan.

elok sahaja keranda di angkat, pak akob mengetuai rombongan. jamil sudah tidak daya untuk mengangkat keranda siah lagi. terlalu sebak barangkali?

bismillah...

separuh perjalanan, tiba-tiba pak akob tersandung batu. pak akob, tiga orang lain dengan keranda-keranda siah sekali tersembam menyembah bumi.

dengan kuasa tuhan entah macam mana? siah tiba-tiba bangun.

"saya dekat mana ni?" "pak akob nak bawa saya pergi mana ni?" "kenapa ramai-ramai orang ni? ada kenduri ke?"

pak akob ingat lagi kata-kata siah selepas bangkit dari mati itu.

...

siah dan jamil kembali hidup aman selama 5 tahun lamanya.

...

5 tahun kemudian siah mati sekali lagi.

kali ini jamil tidak menangis lagi, malah dia yang mengepalai rombongan mengangkat jenazah siah ke tanah perkuburan.

"kenapa bersemangat kali ni kau jamil?" pak akob sempat berbisik kepada jamil sewaktu jenazah mula di angkat.

...

"saya nak pastikan kali ini pak akob tak tersandung batu lagi."

Tuesday, March 15, 2011

ultraman

amin : pak su...ultraman asal dari jepun kan?

pak su : ha'ah. kenapa?

amin : kenapa dia tulis belakang ni made in china?

Monday, February 21, 2011

misteri teater merocok-rocok.



misteri.

sungguh!

saya terpanggil untuk merungkaikan misteri ini kerana baru-baru ini saya telah menerima link dari mereka yang tidak di kenali tentang teater merocok-rocok ini.

di khabarkan mereka yang hadir dan menonton serta menyebarkan tentang adanya teater merocok-rocok ini akan mendapat nasib baik sepanjang hayat mereka.

nyang mimi atau ibrahim mat latif seorang transeksual telah menyebarkan tentang teater ini kepada sahabat-sahabat transeksualnya dan terkejut apabila di dapati esok harinya dia menjadi wanita sebenar! beserta kad pengenalan lengkap yang tertera jantina nya perempuan.

mustapha borhan penganggur sepenuh masa telah menjadi jutawan sekelip mata apabila beliau telah melekatkan poster teater merocok-merocok ini di kaki-kaki lima pasar seni telah menerima hadiah cabutan bertuah sebanyak 80 juta ringgit daripada pasaraya terkenal atas sebab membeli seketul sabun buku di situ pada 56 tahun dahulunya.

dikhuatiri mereka yang tidak mengendahkan teater ini dan tidak hadir menonton nya akan menerima nasib buruk sepanjang keturunannya.

salleh, seorang penjawat awam telah mati kemalangan jalan raya setelah di hentam oleh sebiji lori treller 8 tayar sebaik sahaja beliau memijak sekeping poster merocok-rocok sebelum melintas jalan.

umi mariam peniaga jagung bakar buta mata kirinya apabila jagung bakar yang di bakar nya melantun dan menusuk matanya sewaktu memarahi seorang lelaki yang cuba menampal poster teater merocok-rocok ini di gerainya.

saya tidak mahu diam sahaja.

saya mesti mahu mempromosikan teater merocok-rocok ini. moga nasib baik akan mengikut saya sepanjang hayat. mungkin saya bangun dari katil esok, lisa surihani tiba-tiba muncul dan menghidang kan saya sekeping lempeng dan kopi panas?

siapa tahu?

karya dan arahan:
aloy paradoks

lakonan :
aman nassim, fazleena hishamuddin, imran yusoff, angah silotape, haf dzi sofi, roydy rokidy, shyrudin, rashid, hanif dan suria suryani.

tarikh : 24-27 feb 2011
tempat : stor teater dbp.
masa : 8.30 malam (matinee 27 Feb 2011 3.30 petang)
tiket : RM 20
tempahan : 012-6293327

info lengkap teater merocok-rocok ini juga boleh didapati di pakatanparadoks, tanpakbukti, tiada tajuk lagi dan xxx malaya.

saya sudah menjalankan tanggungjawab saya? anda bila lagi?

nota kaki : sebarkan teater merocok-rocok kepada 3 juta orang lain agar anda tidak ditimpa nasib malang tujuh keturunan. sebarkan!

Thursday, February 17, 2011

bilik mandi awam.

swimming pool dikem kementah.

bayar masuk seringgit setengah waktu itu.

aliffie rajin juga ke sana. pada hari tak sekolah. kadang-kadang aliffie tak sekolah untuk pergi ke sana.

rumah aliffie mana ada swimming pool.

mandi diswimming pool kena pakai seluar kecik yang ketat tu.

kalau tidak, nanti abang pakai seluar merah duduk atas kerusi referee tu tiup wisel.

kadang-kadang aliffie lupa bawa seluar kecik tu. aliffie sewa je dekat kaunter.

fikir-fikir balik, geli pun ada? ah! swimming pool punya pasal!

lepas mandi swimming pool aliffie kena mandi dan bertukar baju di bilik mandi awam.

bilik mandi terbuka untuk lelaki.

ada waktu itu seorang mat salleh pun mandi dibilik mandi awam itu.

dia buka seluar kecik dia. mandi. semua orang nampak. aliffie tak terkecuali.

aliffie pun mahu cuba juga gaya mandi tersebut. gaya mat salleh.

tetapi...

nota kaki : aliffie orang asia.

Tuesday, February 15, 2011

sembahyang

"aku tengok kau ni dah besar panjang om, tapi perangai duk macam dulu jugak" umar tiba-tiba membuka kata kepada baharom.

baharom pandang umar senget. kemudian kembali makan jagung. seperti tiada umar disitu.

"tengok? kawan-kawan nasihat tak nak terima? dia boleh buat donno jek dekat kita?" sambung umar.

baharom berhenti makan jagung. selera nya terhenti.

"apa nya yang aku buat? apa nya?" nada baharom sedikit meninggi.

"yerlah...kau nie aku nengok asyik makan tido-makan tido jek? soal agama langsung tak pernah ambil pusing? tak pernah pun aku nampak kau sembahyang?" leter umar panjang lebar.

baharom terkedu. sebiji-sebiji kata-kata umar itu kena pada nya.

...

"tapi mar...kita ni babi. mau lari satu mesjid tuh bila aku datang semayang jemaat karang?"

Wednesday, February 9, 2011

asyik update status di facebook aja?

jam 2 pagi. aku mengantuk. selamat malam dunia. malam ku bernoktah di sini.

Tuesday, February 1, 2011

plore skala tiga teluk cempedak kuantan pahang


nota kaki : biasa dekat pasar seni menatang plore ni. kali ni dekat teluk cempedak pulak. mula-mula teluk cempedak, lepas ni kepong? siapa tahu?

untuk keterangan lanjut sila klik blog pakatanparadoks ini. klik lah! klik lah! klik lah!

Monday, January 31, 2011

ayam cucuk.

"dengar ya adik-adik? hari ini abang atan akan mengajar adik cara untuk menyembelih ayam" yakin ucapan si atan sebelum upacara penyembelihan di lakukan.

anak esah gigi, kudin, tahir sa'adun dan sahar lendut mengangguk-angguk faham.

"mula-mula kita kena cucuk jari kita pada dubur ayam ini dan rasa. kaedah ini adalah untuk mengetahui ayam boleh di sembelih atau tidak?" sambung si atan.

si atan lantas mencucuk jarinya pada dubur ayam tadi lalu menjilat jari nya.

"erm masin! ayam ini sudah bersedia untuk di sembelih. sekarang adik-adik pula cuba? abang mahu tengok." arah si atan.

seorang demi seorang mencuba aksi yang si atan tunjuk kan tadi. geli pun ada. tapi atas tujuan pembelajaran? apa salah nya bukan?

terkiok-kiok si ayam.

si atan menarik nafas.

...

"yang paling penting sekali dalam upacara penyembelihan ayam ini adalah ketelitian. adik-adik tidak nampak abang atan cucuk dubur ayam dengan jari hantu tapi abang jilat jari telunjuk kan?"

Monday, January 24, 2011

"tak pun?" rancangan ala-ala "selamat pagi malaysia" dari paradoks.



nota kaki : makhluk "tak pun?" ni akan keluar tiap-tiap minggu aku rasa. lepas ni khairul fahmi che mat kut di interview?

Wednesday, January 19, 2011

uncle bob bahagian enam

uncle bob bahagian lima ada di sini.

fatin sharafalina.

cantik gebu orang nya.

menjadi kegilaan warga kampung. semua warga kampung tergila-gila kan fatin sharafalina.

uncle bob tidak terkecuali. setelah cinta nya di tolak mentah-mentah oleh ibu rogayah, cinta uncle bob beralih arah.

nak cerita gila tak gila nya orang kampung dengan fatin sharafalina ni memang banyak.

hingga kan satu perang besar terjadi antara orang-orang kampung dengan lembu-lembu kampung hanya kerana fatin sharafalina terinjak kan najis lembu petang itu.

ramai juga yang terkorban. pak abu, din dusun, anak bujang kiah lebar, haji yusup teng-teng, dol kedai kopi, lembu bang hassan...ramai.

ngeri juga kalau di fikir-fikir kan kembali.

mat tupai pernah buta sebelah matanya dek kerana terkejut di sergah tuk penghulu kerana sedang asyik cuba mengerudi lantai bilik fatin sharafalina untuk tujuan pengintaian. mat tupai tergerudi mata sendiri.

tuk penghulu buat apa di bawah bilik fatin sharafalina dengan hanya bertuala kecil dan bersongkok pada jam 2.45 pagi masih lagi menjadi persoalan orang kampung.

memang dahsyat penangan fatin sharafalina ini

...

"makcik? makcik sengih sorang-sorang ni kenapa?" jerkah ahmad monir.

"tak...makcik teringat kan uncle bob kamu tuh..." ujar si makcik perlahan.

nota kaki : dah nak keluar dah uncle bob ni. sabar lah sikit? bersambung lagi lagi di sini.

Monday, January 17, 2011

uncle bob bahagian empat

uncle bob bahagian tiga ada di sini.

tercangak-cangak ahmad monir. bagai rusa masuk kampung.

ke hulu ke hilir.

pada siapa hendak di tanya di mana diam nya uncle bob?

kan senang kalau ada papan tanda 'rumah uncle bob, ikut kiri'?

ahmad monir bertinggung di simpang jalan. mana lah tahu? uncle bob sendiri yang datang dan tunjuk di mana rumah uncle bob?

ahmad monir hanya mampu berharap.

...

"assalamualaikum pakcik? boleh saya tumpang tanya?" memang rezeki ahmad monir. seorang pakcik tua bertongkat kebetulan lalu di simpang di mana ahmad monir bertinggung.

"boleh. tanya apa nak?" jawab pakcik tua tersebut.

"saya sedang mencari rumah uncle bob. pakcik orang kampung ini bukan? boleh pak cik tunjuk kan arah di mana rumah uncle bob pada saya?" sopan gaya ahmad monir. kalah tv pendidikan.

diam sebentar pakcik tersebut.

"boleh. boleh. anak jalan terus ni, selang dua pokok kemuncup dari kiri, anak masuk kanan. rumah pertama anak nampak, itu lah rumah uncle bob." senang aja pakcik tersebut beri directions. orang kampung uncle bob lah kata kan.

...

"assalamualaikum! uncle bob! assalamualaikum!" sudah serak ahmad monir memberi salam. jangan kan uncle bob, anak tupai pun tidak kelihatan di muka pintu.

ahmad monir diam di hadapan rumah uncle bob. di tenung nya rumah itu lama-lama.

...

"nak...anak beri salam dekat reban ayam rumah makcik ni kenapa?" sapaan seorang makcik menghenti kan lamunan ahmad monir di situ juga.

bersambung lagi sekali di sini.

Thursday, January 13, 2011

uncle bob bahagian dua

uncle bob bahagian satu di sini.

malam itu dingin sekali.

uncle bob baru selesai menonton rancangan kegemaran nya di televisyen.

lagenda budak syayatin.

jiwa juga uncle bob ni.

uncle bob menyelongkar gobok usang nya. mengeluar kan satu kotak dan berjalan ke serambi.

perlahan-lahan kotak kecil itu uncle bob buka.

sengih.

surat-surat cinta lama rogayah uncle bob belek satu persatu.

tapi apa kan daya, jodoh mereka tidak lama. waktu itu uncle bob berumur 23 tahun.

masih muda remaja lagi. segak lah orang sekarang kata?

ibu rogayah yang menjadi punca.

...

"bob...anak aku baru darjah satu bob? kau gila hapa?" kata-kata pedih ibu rogayah masih terlekat kuat di minda uncle bob.

malam itu dingin sekali...

nota kaki : bersambung lah pulak? di sini.

Tuesday, January 11, 2011

keikhlasan yang ikhlas.

kata kan lah ada dua orang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an sedang leka duduk-duduk bercumbu rayu di meja makan di restoran india muslim. datang seorang peminta ufti untuk meminta ufti.

peminta ufti : derma ikhlas tuan?

lelaki ini hanya sengih memandang peminta ufti.

selang setengah jam si peminta ufti beredar ke meja lain tanpa menerima ufti.

lelaki itu berasa aneh atas perlakuan lelaki ini lalu mengemuka kan satu soalan.

lelaki itu : kenapa encik tidak menderma wang encik kepada si peminta ufti tersebut?

...

lelaki ini : oh? wang kah? bukan ikhlas?

Monday, January 3, 2011

burgermpak ala-ala sup ayam untuk jiwa.



nota kaki : beli lah buku ni tuan, saya orang susah.