Monday, February 21, 2011

misteri teater merocok-rocok.



misteri.

sungguh!

saya terpanggil untuk merungkaikan misteri ini kerana baru-baru ini saya telah menerima link dari mereka yang tidak di kenali tentang teater merocok-rocok ini.

di khabarkan mereka yang hadir dan menonton serta menyebarkan tentang adanya teater merocok-rocok ini akan mendapat nasib baik sepanjang hayat mereka.

nyang mimi atau ibrahim mat latif seorang transeksual telah menyebarkan tentang teater ini kepada sahabat-sahabat transeksualnya dan terkejut apabila di dapati esok harinya dia menjadi wanita sebenar! beserta kad pengenalan lengkap yang tertera jantina nya perempuan.

mustapha borhan penganggur sepenuh masa telah menjadi jutawan sekelip mata apabila beliau telah melekatkan poster teater merocok-merocok ini di kaki-kaki lima pasar seni telah menerima hadiah cabutan bertuah sebanyak 80 juta ringgit daripada pasaraya terkenal atas sebab membeli seketul sabun buku di situ pada 56 tahun dahulunya.

dikhuatiri mereka yang tidak mengendahkan teater ini dan tidak hadir menonton nya akan menerima nasib buruk sepanjang keturunannya.

salleh, seorang penjawat awam telah mati kemalangan jalan raya setelah di hentam oleh sebiji lori treller 8 tayar sebaik sahaja beliau memijak sekeping poster merocok-rocok sebelum melintas jalan.

umi mariam peniaga jagung bakar buta mata kirinya apabila jagung bakar yang di bakar nya melantun dan menusuk matanya sewaktu memarahi seorang lelaki yang cuba menampal poster teater merocok-rocok ini di gerainya.

saya tidak mahu diam sahaja.

saya mesti mahu mempromosikan teater merocok-rocok ini. moga nasib baik akan mengikut saya sepanjang hayat. mungkin saya bangun dari katil esok, lisa surihani tiba-tiba muncul dan menghidang kan saya sekeping lempeng dan kopi panas?

siapa tahu?

karya dan arahan:
aloy paradoks

lakonan :
aman nassim, fazleena hishamuddin, imran yusoff, angah silotape, haf dzi sofi, roydy rokidy, shyrudin, rashid, hanif dan suria suryani.

tarikh : 24-27 feb 2011
tempat : stor teater dbp.
masa : 8.30 malam (matinee 27 Feb 2011 3.30 petang)
tiket : RM 20
tempahan : 012-6293327

info lengkap teater merocok-rocok ini juga boleh didapati di pakatanparadoks, tanpakbukti, tiada tajuk lagi dan xxx malaya.

saya sudah menjalankan tanggungjawab saya? anda bila lagi?

nota kaki : sebarkan teater merocok-rocok kepada 3 juta orang lain agar anda tidak ditimpa nasib malang tujuh keturunan. sebarkan!

4 comments:

Dark Ray™ said...

memang misteri!!!

patungcendana said...

suhgguh misteri....hehe

Anonymous said...

misteri x patut!

MasZuber said...

best juga critenya.