Tuesday, March 29, 2011

asalnya aloy paradoks dari kayangan.

tegap sasa tubuh badannya. molek wajahnya bujur sirih. matanya cemerlang dengan cahaya kayangan yang memukau. sehinggakan sesiapa yang memandang, bakal mengelar diri kerana rindu teramat sangat kepadanya.

zat makhluk sempurna ini terstruktur dari alunan-alunan irama indah dan nyanyian merdu pari-pari kayangan. setiap bait katanya, setiap geri tubuh badannya, semuanya mempunyai maksud. ah! menawan sungguh.

dewa seni dari kayangan...

aloious paraseous.

baik di dunia manusia atau di kayangan, tiada yang lepas dari hasad dengki.

pukima hasimoues, bentara guru merangkap jeneral dewa perang terlatih dari kayangan. terlalulah irinya akan aloious paraseous ini kerana akan semua bidadari-bidadari, pari-pari dan segenap umat kayangan juga tersangatlah sayang dan kasih kepada aloious paraseous ini. dengki dan irinya semakin membuak-buak lagi setelah pelawaan minum petangnya kepada dewi perabot, ikeaous missy ditolak mentah-mentah kerana si dewi ingin menyaksikan aloious paraseous berpuisi di taman kayangan.

akan dengan ini, lalu difitnahlah aloious paraseous ini kepada raja kayangan bahawa dewa seni ini telah bermukah dengan tumbuhan larangan istana.

tanpa usul periksa dicampaklah akan aloious paraseous ini oleh raja kayangan ke bumi sebagai hukuman kerana telah bermukah dengan tumbuhan larangan. takut-takut nanti tumbuhan larangan itu berbuahkan aloious paraseous adanya.

gembira tak terkira pukima hasimoues rancangan liciknya berjaya.

...

tegak berdiri memandang langit, aloious paraseous sendiri.

keadaan seni di bumi memang menyeksakan. rancangan realiti setiap hari, remaja-remaja menonton filem prof razak, teater asyik nyanyi-nyanyi-nyanyi, drama dan filem di kaca televisyen semuanya memualkan, balik-balik hantu, balik-balik hantu, kadang-kadang anu.

aloious paraseous menangis sendiri.

biarlah.

satu tangan dengan jari telunjuk nya di acungkan ke langit, aloious paraseous bersumpah akan mengubah tempat laknat seni ini kepada serambi seni kayangan dengan tangannya sendiri.

azam aloious paraseous...selagi seni dibumi ini tidak dibaik pulih, selagi itu dia tidak akan mati.

abes!

nota kaki : blog dewa.

No comments: