Thursday, May 12, 2011

penculik rambutan.

kelibat lembaga hitam terhendap-hendap dekat pokok rambutan man lori tiada siapa yang perasan.

setangkai-setangkai gugusan rambutan man lori dikaitnya. masuk dalam guni. tersengih-sengih dia menuai hasil rambutan man lori.

"kalau hari-hari hasil macam gini, boleh pegi umrah aku? hehehe..."

...

"hoi! kau buat apa dekat sini!" tiba-tiba lembaga hitam yang sedang kusyuk di 'terperanjat' kan oleh sinaran lampu suluh 3 bateri jenama kucing dihalakan tepat ke arahnya.

man lori singsing kain pelikat. tak tinggi sangat. sekadar paras lutut. bahaya. cangkul sebatang sudah man lori sediakan dalam genggaman.

"kau curi rambutan aku yek!? ha!? jawab!?" tempik man lori.

lembaga hitam terketar-ketar, "tak...tak pakcik! saya kena kejar anjing tadi. lari-punya lari, saya terlanggar pokok rambutan ni!"

man lori kerut dahi. alasan tak masuk akal, "habis? rambutan aku dekat tangan kamu tuh apa cerita?"

"saya nak halau diorang pakcik...saya...saya capai rambutan pakcik ni, saya lempar dekat diorang sampai diorang lari! betul pak cik!" ujar lembaga hitam sedikit berani.

kecik-besar-kecik-besar jek man lori tengok si lembaga hitam. ada yang aku bercucuk tanam malam-malam ni karang?

"oho!? anjing!? dua guni penuh rambutan aku tuh? apa kes pulak?"

...

"aaa? tuh lah yang saya tengah pikir dari tadi tuh pakcik...heee..."