Friday, July 22, 2011

tak payah!

bahagian kedua ada pada tanpabukti.

asap entah dari mana datangnya tiba-tiba menyelubungi sang panda dan husin. mereka kaget. muka pucat tidak berdarah.

sekonyong-konyong muncul satu jasad hitam berjubah hitam dan bertopi kon juga berwarna hitam di hadapan mereka.

"har har har! aku sumpah kamu berdua menjadi gula-gula getah!" dengan sekali hayunan tongkat saktinya, husin dan si panda menjadi dua biji gula-gula getah lima puluh sen.

*ktap!*

mengarut!

novel aku,amri, husin, mesin masa, panda ajaib, ahli sihir dan gula-gula getah itu markasan tutup pantas. membazir duit aku aja.

serentak itu telefon bimbit jenama nukianya bergetar. 1 message received.

adi. rakan baik markasan.

"i'm bored. masuk kerja malam karang. movie jom?"

adi berkerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka 24 jam. berhampiran rumah markasan.

sementelaah markasan baru sahaja diberhentikan kerjanya di sebuah restoran makanan segera kay ef dee atas kesalahan belot kerana didapati kantoi membeli burger mek dollah. markasan pun tak faham. mungkin pengurusnya cemburu dengan keakrabannya dengan julie lalu dia diberhentikan.

saingan barangkali? hmmm?

"okay" balas markasan ringkas.

...

"bang...cerita transistor 3 dah penuh lah bang." gadis kaunter tiket bersuara.

markasan berkerut. sedari haritu dia ingin menonton cerita transistor 3 itu. pandangannya dikalihkan pada adi.

adi sengih memandang rubi. tanda nama yang jelas tersemat pada dada gadis kaunter tiket yang munggil itu.

"hoi! nak tengok cerita apa?" serentak itu siku markasan singgah di rusuk adi.

adi mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal , "cerita 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1..cinta ni pun okay gak. aku bosan. cerita ni pun bolehlah. ada parit camel. hehehe..."

ikut hati mahu dilempang sahaja adi di situ. tapi mengenangkan kawannya itu anak yatim, hasrat murni itu dihentikan. tak baik menganiaya anak yatim. berdosa.

"tinggal couple seat jek bang? boleh?" rubi pandang markasan.

adi angguk laju. markasan mendengus.

...

adi mengodek-godek di kerusi membetulkan pinggulnya. kadang-kadang tersengih menjeling markasan yang masam mencuka.

"ya tuhan, apalah dosa hambamu ini di hukum hingga sebegini rupa?" itu sahaja yang markasan ulang-ulang dalam hati sedari tadi. sial punya adi!

"kalau kau cuba angkat penghadang tangan tu...aku tendang kau dekat sini jugak!" keras amaran markasan pada adi.

"ala...tak romantislah kau ni..." adi mencebik.

bersambung...

nota kaki : entah dia nak sambung entah tidak? mungkin bersambung di blog hilangpunca.

5 comments:

mamai said...

mampus la siapa nak habiskan nie

Dark Ray™ said...
This comment has been removed by the author.
J@J@ / Bini The Rock said...
This comment has been removed by the author.
J@J@ / Bini The Rock said...

adi sengih memandang rubi. tanda nama yang jelas tersemat pada dada gadis kaunter tiket yang munggil itu.


errr..betol ke adi tgk tanda nama Rubi..?? ke kelain tu???

Dark Ray™ said...

vovin!
vovin kena habiskan ni!!
ahahaha...