Sunday, October 30, 2011

pengembaraan zaki.

mee instant, pemetik api, sardin, khemah, lilin askar, air mineral dan beberapa lagi peralatan untuk perkhemahan telah lengkap di atas meja. tinggal untuk disusun ke dalam beg galas sahaja.

zaki termenung tersenyum sendiri

"kau nak pergi mana ni? siap alat camping segala?" soal hasrul teman serumah zaki. rokok di tangan sudah mahu padam. ditekupkan bakinya ke dalam bekas habuk. rokok baru dinyalakan.

fuhhh...

asap kretek memenuhi ruang bilik.

"mengembara" jawap zaki pendek.

hasrul tersengih, " berapa lama? kenapa tak ajak aku?"

tingkap besar apartment 17 tingkat itu zaki buka luas-luas. angin malam menderu masuk. langit kosong malam itu tanpa bintang. bunyi-bunyi kenderaan lalu lalang di bawah sayup-sayup kedengaran.

setelah semua telah dibereskan. zip beg zaki katup rapat-rapat. berpusing menghadap hasrul di meja makan, " entah? aku pun tak tahu berapa lama. kau mana suka mengembara ni...paling jauh kau jalan pun balik kampung. itu pun dekat setiawangsa. mengembara pejadahnya tuh?"

kah kah kah.

" at least bagitahu lah aku kau nak pergi mana...kepong? perlis? amerika?" hasrul serius.

"jauh..."

"kepala hotak kaulah! jauh tuh mana? papua new guinea? tak kan malam-malam ni jugak kau nak gerak? tak tunggu hari cerah sikit?" suara hasrul sedikit tinggi.

zaki senyum sedari tadi. tak memberi respon apa-apa. zaki menghirup udara malam semahu-mahunya ditingkap aparment.

"alam barzakh." serentak itu zaki terjun ke bawah dari tingkat 17 apartment.

muka hasrul pucat tidak berdarah.

5 comments:

Sang Pemerhati said...

kojadah eh lah nak bawak barang camping ke alam barzakh..haiii..innalillah kepada zaki...=="

Dark Ray™ said...

berapa lama dia rancang nak pergi??
aritu kata nak ajak gua sekali..
ces!!

Hidemichi said...

ingatkan gua tak tgk tv bleh selamat lah dari babak 18SG! hareem.

aloy_paradoks said...

what the hell???

triple x malaya said...

;)