Monday, November 28, 2011

balik tak balik-balik.

"pyan! pyan! depan dah kemas? pukul berapa dah ni? kejap lagi abah kau balik" mak munah pekik dari dapur. banyak betul masakan dia hari ni. tomyam, kailan goreng, ikan keli masak lemak cili api campur rebung, sup sayur...ah! banyak lah!

semuanya makanan kegemaran suaminya.

sufian masih duduk diruang tamu meneman julia. "dah mak!" sufian membalas.

"lia, lia duduk dulu sembang dengan pyan ya? makcik nak mandi siap. pakcik kau bila-bila jek balik nanti" kelam kabut mak munah naik ke atas mandi dan bersiap.

wajah tuanya di tempek sedikit dengan bedak sejuk cap nyonya, celak mekah waktu naik haji dulu masih ada baki lagi, ditonyohnya ke bawah alis. biar nampak memancar sedikit mata itu bila memandang suaminya. baju kurung hijau dikenakan. rambutnya yang panjang disanggulkan ke atas, air wangi disemburkan sedikit dikiri-kanan bahu. biar wangi. biar suaminya gembira.

sedikit gincu dipalitkan kebibir.

mak munah senyum sendiri.

pantas dia menghayunkan kaki tua itu ke serambi rumah. duduk di situ. menunggu suaminya.

sufian dan julia mengerling sahaja gelagat mak munah. suka sangat dia.

bahu julia sufian cubit, mengganggu lamunan julia dari merenung mak munah,"lia...hari-hari mak saya memang macam ni sejak arwah abah kemalangan waktu nak pulang dari kerja 2 tahun lalu..."

"jadi? awak betul ke nak kahwin dengan saya ni?" sambung sufian.

julia diam.

1 comment:

Anonymous said...

tergantung????