Tuesday, March 29, 2011

asalnya aloy paradoks dari kayangan.

tegap sasa tubuh badannya. molek wajahnya bujur sirih. matanya cemerlang dengan cahaya kayangan yang memukau. sehinggakan sesiapa yang memandang, bakal mengelar diri kerana rindu teramat sangat kepadanya.

zat makhluk sempurna ini terstruktur dari alunan-alunan irama indah dan nyanyian merdu pari-pari kayangan. setiap bait katanya, setiap geri tubuh badannya, semuanya mempunyai maksud. ah! menawan sungguh.

dewa seni dari kayangan...

aloious paraseous.

baik di dunia manusia atau di kayangan, tiada yang lepas dari hasad dengki.

pukima hasimoues, bentara guru merangkap jeneral dewa perang terlatih dari kayangan. terlalulah irinya akan aloious paraseous ini kerana akan semua bidadari-bidadari, pari-pari dan segenap umat kayangan juga tersangatlah sayang dan kasih kepada aloious paraseous ini. dengki dan irinya semakin membuak-buak lagi setelah pelawaan minum petangnya kepada dewi perabot, ikeaous missy ditolak mentah-mentah kerana si dewi ingin menyaksikan aloious paraseous berpuisi di taman kayangan.

akan dengan ini, lalu difitnahlah aloious paraseous ini kepada raja kayangan bahawa dewa seni ini telah bermukah dengan tumbuhan larangan istana.

tanpa usul periksa dicampaklah akan aloious paraseous ini oleh raja kayangan ke bumi sebagai hukuman kerana telah bermukah dengan tumbuhan larangan. takut-takut nanti tumbuhan larangan itu berbuahkan aloious paraseous adanya.

gembira tak terkira pukima hasimoues rancangan liciknya berjaya.

...

tegak berdiri memandang langit, aloious paraseous sendiri.

keadaan seni di bumi memang menyeksakan. rancangan realiti setiap hari, remaja-remaja menonton filem prof razak, teater asyik nyanyi-nyanyi-nyanyi, drama dan filem di kaca televisyen semuanya memualkan, balik-balik hantu, balik-balik hantu, kadang-kadang anu.

aloious paraseous menangis sendiri.

biarlah.

satu tangan dengan jari telunjuk nya di acungkan ke langit, aloious paraseous bersumpah akan mengubah tempat laknat seni ini kepada serambi seni kayangan dengan tangannya sendiri.

azam aloious paraseous...selagi seni dibumi ini tidak dibaik pulih, selagi itu dia tidak akan mati.

abes!

nota kaki : blog dewa.

Wednesday, March 23, 2011

teka-teki jenis panjang (tekakijang)

"potong!"

itu sahaja yang berlegar-legar di kepala kemat sejak 2-3 hari ini. entah kenapa sakit hati benar dia dengan pokok mangga kepunyaan encik wakif, abah kemat sendiri.

makin ditenung pokok mangga itu, makin meluat hati nya. kemat diam berdendam.

encik wakif tahu yang kemat ada perasaan tidak puas hati dengan pokok mangga kesayangan nya itu. tapi di biarkan sahaja.

"eleh? pokok mangga jek pun? di tumbuk terajang pun kaki tangan kau jugak yang sakit kemat..."dah lenguh rahang encik wakif menasihati kemat.

...

hari dah jauh malam. tetapi kemat masih berjaga. anak matanya sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. kipas berpusing ligat sudah tiada fungsinya lagi pada kemat.

panas!

hati kemat panas membara.

"pokok mangga itu harus aku hapuskan malam ini juga!!!" kemat bingkas bangun menuju ke stor rumah.

...

kapak balak sekaki lebar matanya itu kemat genggam erat-erat. kuda-kuda kemat perkukuhkan. sekilas kemat mencari kelibat encik wakif. tiada.

kemat sengih.

angin malam menderu kuat. bak semangat kemat dengan kapak ditangan. tampak segak tampan bergaya dengan seluar katok biru, bersinglet pagoda putih di padankan pula dengan kapak di tangan. menyerlah kan ciri-ciri pemotong kayu dihutan si pemakainya.


"yeargh!!!" jeritan kemat memecah kan sunyi.

...

encik wakif terkedu di muka pintu. kemat sengih macam hantu. pokok mangga tiada lagi berdiri disitu. habis kemat tarah hingga ke perdu. kapak masih lagi kemat genggam padu.

"engkau ke yang tebang pokok mangga abah ni kemat!?" pekik encik wakif.

"ha'ah! kemat yang tebang! kenapa? abah nak marah kemat!?" laung kemat dari laman. daun-daun mangga yang melekat di badan kemat bersihkan.

...

"eh? takder lah. abah tanya jek. dah jauh malam ni...meh masuk tido meh?"

nota kaki : soalannya...kenapa encik wakif tak marah kemat?

Wednesday, March 16, 2011

keranda siah.

suasana suram menyelubungi perkarangan rumah jamil.

siah sudah pergi meninggalkan jamil.

terngongoi-ngongoi jamil menangis.

pak akoblah yang banyak membantu menguruskan hal jenazah siah.

dari mencari orang memandikan, menyembahyangkan dan mengendong keranda siah ke tanah perkuburan.

elok sahaja keranda di angkat, pak akob mengetuai rombongan. jamil sudah tidak daya untuk mengangkat keranda siah lagi. terlalu sebak barangkali?

bismillah...

separuh perjalanan, tiba-tiba pak akob tersandung batu. pak akob, tiga orang lain dengan keranda-keranda siah sekali tersembam menyembah bumi.

dengan kuasa tuhan entah macam mana? siah tiba-tiba bangun.

"saya dekat mana ni?" "pak akob nak bawa saya pergi mana ni?" "kenapa ramai-ramai orang ni? ada kenduri ke?"

pak akob ingat lagi kata-kata siah selepas bangkit dari mati itu.

...

siah dan jamil kembali hidup aman selama 5 tahun lamanya.

...

5 tahun kemudian siah mati sekali lagi.

kali ini jamil tidak menangis lagi, malah dia yang mengepalai rombongan mengangkat jenazah siah ke tanah perkuburan.

"kenapa bersemangat kali ni kau jamil?" pak akob sempat berbisik kepada jamil sewaktu jenazah mula di angkat.

...

"saya nak pastikan kali ini pak akob tak tersandung batu lagi."

Tuesday, March 15, 2011

ultraman

amin : pak su...ultraman asal dari jepun kan?

pak su : ha'ah. kenapa?

amin : kenapa dia tulis belakang ni made in china?