Tuesday, April 26, 2011

cakap malam pandang-pandang(prequel)

sudah tiga lelaki menjadi mangsa dalam jangkamasa tujuh hari. macam filem sumpah orang minyak lah pulak?

kondisinya sama.

lelaki. berumur diantara 24-26 tahun. berambut ikal. berat lingkungan 110-132 pounds. dipukul teruk sebelum dibunuh. kaki tangan diikat kemas. duct tape menyekat mangsa dari berteriak dan isi perut mangsa terburai, dipercayai dirodok dengan senjata tajam.

punca kematian adalah sama, ajal.

...

bingung inspektor salleh memikirkan kes terbarunya itu.

sarjan keifli turut sama bingung. fail-fail pembunuhan ditelitinya berulang-ulang.

"motif? apa motif pembunuhan?" bercekak pinggang inspektor salleh sambil merenung jauh ke luar tingkap. dengan harapan pembunuh ada di situ dengan papan tanda, "saya yang buat tuan!". tak perlu susah-susah dia menyiasat kes ini lagi. boleh pulang kerumah menonton sinetron.

sarjan keifli diam. tangannya masih sibuk membelek-belek fail ketiga-tiga mangsa.

"saya rasa motif pembunuhan ialah cemburu tuan!" sarjan keifli tiba-tiba bersuara.

inspektor salleh berpaling laju "kenapa kamu kata macam tu?"

"ketiga-tiga mangsa adalah pengguna laman sosial tuan!" sambung sarjan keifli.

"jadi? apa kaitan nya dengan pembunuhan?" rokok dimulut dinyalakan ala-ala wayang detektif hitam putih dulu-dulu.

"ketiga-tiga mangsa mempunyai seorang kawan yang sama dalam senarai kawan mereka, tuan!" sarjan keifli meneruskan fakta.

kecik mata inspektor salleh.

"kamu tak perlu menjerit jen, kita berdua aja yang ada dalam bilik ni. siapa dia? kawan mereka yang sama tu?"

"maaf tuan. nama dia puteri hasmie."

"didapati, sebelum ketiga-tiga mangsa dibunuh, mereka ada berhubung dengan puteri hasmie di laman sosial tuan. jeng jeng jeng nya ialah, puteri hasmie ini sudah mempunyai hubungan dengan seseorang dipaparkan pada dinding laman sosialnya tuan. jadi saya rasa, suspek utama kita ialah seseorang itu tuan" terang sarjan keifli.

"awak tahu satu benda jen?" tersengih inspektor salleh memandang sarjan keifli.

sarjan keifli geleng.

sambil asap dihembuskan, inspektor salleh mengeling sarjan keifli "kita sedang berdepan dengan pembunuh bersiri laman sosial..."

...

"bukan! bukan saya yang bunuh mereka tuan!" keras percakapan yussof mempertahankan diri.

yussof menggeliat sedikit.

"betul. memang puteri hasmie adalah kekasih saya. tapi? takkan lah saya sanggup membunuh hanya kerana pesanan-pesanan bodoh dilaman sosial tu? lagipun cuba tuan fikir kesemua kejadian bunuh itu berlaku di utara tanah air, saya bekerja dan menetap di selatan? masakan sempat saya pergi utara naik motor cawan saya bunuh orang malam-malam, lepas tuh saya balik ke sini tidur dan mulakan kerja saya pada jam 7.30 pagi selang 2 hari dalam masa 7 hari? punch card saya mesti merah tuan. alibi saya sangat kukuh. tuan tak percaya, tuan tanya punch card office saya!"

...

lokman baru habis selesai menghabiskan masa di kafe cyber awal jam tiga pagi. lokman tinggal sendirian. privacy katanya. nak lari telanjang dalam rumah pun mudah. la la la la.

tuk! tuk! tuk!

pintu rumahnya diketuk orang. lokman bergegas mendapatkan pintu. posmen ke? pukul 3.30 pagi? hmmm...

...

di sebuah bilik gelap disebuah rumah gelap di pinggir kota yang gelap kelihatan sesusuk tubuh gelap berteleku di satu sudut yang gelap.

lagu 'cek mek molek' nyanyian m.daud kilau sayup-sayup kedengaran.

...

"kenapa salah orang lagi!?? kenapa bukan zakri? mungkin topeng badut ni kena tebuk matanya dulu kut?"

Monday, April 25, 2011

cakap malam pandang-pandang.

dush!

satu penyepak hinggap dimuka lokman sebaik sahaja dia membuka daun pintu.

tanpa sempat berkata apa-apa mulutnya ditekup dengan kasar dan satu lagi henyakan padu diterima rusuknya.

mata lokman berpinar.

*padam*

"kau..." lokman disedarkan dengan suara itu.

pedih-pedih badan lokman.

sedar-sedar sahaja kedua tangannya telah terikat dialang rumah. kakinya diselak dengan pasung kayu yang entah dari mana. mulut tertutup rapat dengan duct tape. hanya matanya sahaja terkedip-kedip meminta simpati.

makhluk bertopeng badut berdiri tegak dihadapan lokman. sebatang kayu baseball tergenggam erat ditangan.

"kau ganggu hak aku!!!"

serentak itu kepala lokman menjadi habuan kayu baseball. darah menyembur keluar dari dahi dan telinga lokman. menggelepar dia macam ikan baru naik kedarat.

meong.

lokman meong.

"bangun! aku belum habis lagi dengan kau!"

dush! dush! dush!

dada lokman pula menjadi sasaran. cukup tiga kali hentakan, hidung lokman mengalirkan darah. menderu laju nya. habis kemeja polonya dibasahi darah.

pisau rambo sekaki panjangnya lokman nampak jelas makhluk itu keluarkan dari sarung. namun lokman tak berdaya. sudah banyak dia kehilangan darah. menjerit? nak mengangkat kepala pun lokman sudah tidak mampu. lokman hanya berserah pada takdir.

kalau ini yang sudah tetulis baginya. lokman redha. tiada apa yang mampu dilakukan lagi. ajal maut bukan kita yang berhak memilih caranya.

srap!!!

duct tape lokman direntap.

"sebelum kau mampos? ada apa yang kau nak cakap zakri?!!!" rambut lokman direntap ganas. terdongak kepalanya menghadap siling.

"a...aku bu..bu...kan zakri..." jawap lokman.

...

"oh? yeke? salah oranglah ni ek? hehe. sorry ek?" hilang makhluk bertopeng badut itu ditelan gelap malam.

Wednesday, April 20, 2011

air mata kasih.

"kadir..." suara lemah din tapai menyapa kadir diserambi.

kadir tengok din tapai. faham akan maksudnya.

kadir membetulkan silanya. kopi panas dituangkan dan disuakan kepada din tapai.

"gula aku tak bubuh. kau bubuh lah sendiri. bekas gula ada sini." kadir bagai faham sahaja situasi yang melanda din tapai sekarang. pahit.

"pedih hati ni kadir. setelah aku tatang dia bagai minyak yang penuh, dia boleh tinggalkan aku begitu aja? perempuan jenis apa dia tu? ha?" din tapai mula meluahkan rasa hati.

satu kampung sudah terbubar dengan kisah salbiah kekasih din tapai lari dengan warga asing. katanya din tapai tak serupa amir khan. din tapai dibiarkan begitu sahaja.

kadir angguk. uk tidak, ek pun tidak. diam melayankan perasaan din tapai. itu sahaja yang seorang kawan mampu lakukan. tak kan dia nak menikah dengan din tapai pulak? mau mengamuk orang tua nya nanti?

gila!?

"air kopi kau ni pun satu hal kadir..." din tapai menyambung lagi.

"pulak? kenapa air kopi aku pulak berkait ni?" kadir masih memandang jauh ke laman. layan tak layan aja karenah din tapai. orang emosional, memang macam tu fe'el nya.

"bila aku minum air kopi kau ni, terasa mata dicucuk-cucuk. macam paham-paham aja perasaan hati aku ni. sama rasanya bila aku nampak salbiah dengan mamat bangla tuh lambai aku buat kali terakhir dekat stesen bas haritu" berair-air mata si din tapai.

"memanglah minum terasa mencucuk-cucuk din..." kadir senyum cuba menenangkan kawan akrabnya.

...

"kut yer pun sedih, keluarkan lah dulu sudu tuh dari cawan dia...bangang!"