Friday, May 27, 2011

sebelum masuknya asar.

"mam...mam buat apa tuh? khusyuk bebenor saya nengok nyer dari tadi?" ali cengkoih duduk merapati haji tahar.

"ni ha ali...sementara nunggu asar ni, aku belek-beleklah teka silang kata dekat paper ni, boleh jugak najamkan minda. dapat jugak ilmu. ibadah tu ali..." haji tahar senyum sambil janggutnya yang sejemput diurut-urut.

ali cengkoih angguk.

haji tahar tiba-tiba tepuk belakang ali "ha ali! ni ha! empat melintang ni? cuber kau pikiorkan sikit? pembayang dia perempuan jepun. hurup 3 terakhir aku dapat u, k dengan i. apa ek?"

ali cengkoih menung sekejap.

"yuki! yuki jawapan dia mam..." ujar ali cengkoih.

haji tahar garu kepala.

...

"ler? yuki ker jawapan dia? kau ada pemadam tak ali?"

Tuesday, May 17, 2011

tembak!!!

"pak abu, kenapa pak abu riang semacam jek ni? tersengih sorang-sorang bawah pokok pelam ni?" tahir mengensot duduk sebelah pak abu.

pak abu masih tersengih lagi, "cenggini lah tahir, aku dah nak masuk 90 dah, aku dapat bini muda dan bini aku tu tengah mengandung anak aku tau? mana tak riang?"

tahir senyum-senyum.

"pak abu tahu tak?" tahir menyoal pak abu. macam peraduan teka-teki pulak?

pak abu geleng.

"saya ada kenal sorang member. member saya dah berumur macam pak abu jugaklah. dia ni suka buru kijang. satu hari tu, dia terlupa nak bawak senapang pegi memburu. dia tercapai payung...maklumlah dah tak berapa nak ingat dah..." henti tahir di situ.

"lepas tuh? apa jadi?" pak sbu excited.

"ada lah tiba-tiba tuh sekor kijang lalu depan dia...dia pun cepat-cepat acu payung dia dan tembak kijang tuh. peliknya, mati pulak kijang tuh pak abu!? accaner?" sambung tahir beria.

pak abu tarik muka tak percaya.

"eleh...ini mesti ada orang lain yang tembak kijang tuh...kan?" lekeh pak abu.

...

"kan!?" tahir jawab laju.

Thursday, May 12, 2011

penculik rambutan.

kelibat lembaga hitam terhendap-hendap dekat pokok rambutan man lori tiada siapa yang perasan.

setangkai-setangkai gugusan rambutan man lori dikaitnya. masuk dalam guni. tersengih-sengih dia menuai hasil rambutan man lori.

"kalau hari-hari hasil macam gini, boleh pegi umrah aku? hehehe..."

...

"hoi! kau buat apa dekat sini!" tiba-tiba lembaga hitam yang sedang kusyuk di 'terperanjat' kan oleh sinaran lampu suluh 3 bateri jenama kucing dihalakan tepat ke arahnya.

man lori singsing kain pelikat. tak tinggi sangat. sekadar paras lutut. bahaya. cangkul sebatang sudah man lori sediakan dalam genggaman.

"kau curi rambutan aku yek!? ha!? jawab!?" tempik man lori.

lembaga hitam terketar-ketar, "tak...tak pakcik! saya kena kejar anjing tadi. lari-punya lari, saya terlanggar pokok rambutan ni!"

man lori kerut dahi. alasan tak masuk akal, "habis? rambutan aku dekat tangan kamu tuh apa cerita?"

"saya nak halau diorang pakcik...saya...saya capai rambutan pakcik ni, saya lempar dekat diorang sampai diorang lari! betul pak cik!" ujar lembaga hitam sedikit berani.

kecik-besar-kecik-besar jek man lori tengok si lembaga hitam. ada yang aku bercucuk tanam malam-malam ni karang?

"oho!? anjing!? dua guni penuh rambutan aku tuh? apa kes pulak?"

...

"aaa? tuh lah yang saya tengah pikir dari tadi tuh pakcik...heee..."

Monday, May 9, 2011

mencari ke'perfect'an

sunyi petang itu. gerai pak din tidak ramai macam selalu. adalah dua tiga orang keluar masuk. itupun tapau aja.

mat dan abu bakar sahaja yang setia bersama gerai pak din sedari tengah hari tadi.

"bu...gua tengok lu ni semua pakej lengkap, ada rupa, ada harta, sopan...kenapa lu tak menikah lagi? dah nak masuk bmw 4 series dah tau tak?" sambil-sambil itu air teh sejuk itu mat hirup.

abu bakar senyum pandang mat.

"dulu...gua ada jumpa satu makwe ni. cun! tapi sombong. terus gua tarik diri. tak mahu gua. gua nak makwe yang perfect." jawab abu bakar.

"lepas tu ada sorang member kenal kan dekat gua sorang makwe...mula-mula okay, tapi lama-lama gua bosan dengan dia. gua nak makwe yang perfect." sambung abu bakar lagi.

"lu memilih sangat... ada makwe, rembat jek lah?" terkekeh-kekeh mat ketawa. jelas menampakkan gusinya yang sedikit terkehadapan.

abu bakar angguk.

"gua ada jugak start cari-cari, facebook lah, twitter, majlis orang kawen, pasar lambak, giant, sampai ke sekolah perempuan methodist gua riki. ada tuh ada. tapi tak perfect. gua nak cari yang perfect!" tegas abu bakar.

sengih mat mendengar kata-kata abu bakar. "habis? lu jumpa apa yang lu riki?"

"jumpa! kawan lama gua. cantik. penyayang. kelakar. kira gua nak sehidup semati dengan dia lah!" laju sahaja abu bakar menjawab.

"tapi?" rokok koboi yang tinggal sebatang itu mat nyala kan.

...

abu bakar senyum. pandang ke jalan.

"tapi...rupa-rupanya...dia pun mahukan lelaki yang perfect..."

nota kaki : moral of the story, amek jek lisa surihani. senang! ...itupun kalau dia mahu lah...haha!

kredit untuk blog ini 'kumpulan kisah penggugah hati'

Thursday, May 5, 2011

sayang

"atuk! atuk! boboi nampak dekat reban ayam atuk ada sekor ayam kaki dia kayu. kenapa tok?" tercungap-cungap boboi mendapatkan haji ghani yang sedang asyik masyuk melayan rokok daun di pangkin bawah pokok mangga laman rumah.

"ayam tu ayam yang paling atuk sayang boboi. satu hari tu rumah ni terbakar, masa tuh atuk dengan arwah nenek kamu tengah tidur. dialah yang panjat masuk rumah, berkokok kuat-kuat dekat telinga atuk, jagakan atuk. lepas tuh atuk lari keluar. sayang atuk dengan dia" terang haji ghani.

boboi pandang haji ghani "nenek cemaner?"

haji ghani menhabiskan sisa rokoknya "nenek kamu dulu kan pekak? dan atuk masa tuh sakit pinggang. tak boleh angkat benda-benda berat."

boboi masih tidak puas hati, "kenapa ayam tuh kaki dia kayu tok?"

"ayam tu ayam yang paling atuk sayang boboi. ada satu hari lagi, masa tuh ada pencuri nak masuk rumah atuk. ayam tuh lah yang berkokok dekat telinga atuk, atuk terjaga, atuk capai senapang, atuk tembak dia. selamat lah barang-barang berharga rumah atuk ni." terang haji ghani lagi.

mulut boboi muncung.

"atuk! boboi tanya, kenapa ayam tuh kaki dia kayu!?" suara boboi sedikit tinggi.

...

"boboi, ayam tu ayam yang paling atuk sayang. sayang lah kalau atuk makan semuanya sekali kan?"