Sunday, July 31, 2011

obsesi

aku duduk di pangkin rumah. bersandar melihat anak-anak jiran bermain kejar-kejar di laman. seronok juga kadang-kadang melihat keletah mereka. tiada masalah. kadang-kadang bertengkar sebentar, tarik-tarik rambut, menangis teriak nama mak abah.

tapi esok lusa bermain bersama kembali. senang. tiada masalah.

aku?

...

"minggu depan parents i datang masuk meminang you." serangan hendap dari lisa hari itu.

aku bingkas memandang lisa, "gila! mana ada perempuan datang meminang lelaki?"

lisa merapatkan kerusinya dekat dengan aku. jejari halusnya mengambil cawan white coffee yang dia pesan tadi. dicicipnya sedikit. takut panas. memang perangai lisa begitu. tidak suka makanan atau minumannya panas-panas. berlainan benar dengan aku. lagi panas lagi syok! haha!

"i dah bagi you masa untuk berfikir kan? you nak tunggu apa lagi? tunggu sampai rosie huntington-whitely convert masuk islam than datang ketuk pintu rumah you?"

aku angguk.

"you! seriouslah sikit! i cerita pasal masa depan kita ni?" perit bahu aku kena cubit. ronyok lengan t-shirt hitam 'i heart malaysia' aku.

"yusry..." spontan aku menjawab.

lisa senyum. manis. macam teh tarik mamak hakim dekat seksyen 7 shah alam. manis sangat!

"pasal dia nanti i selesaikan sendiri, you tak payah fikirkan tentang itu semua ek hubby?"

...

hubby? ah sudah?

Friday, July 22, 2011

tak payah!

bahagian kedua ada pada tanpabukti.

asap entah dari mana datangnya tiba-tiba menyelubungi sang panda dan husin. mereka kaget. muka pucat tidak berdarah.

sekonyong-konyong muncul satu jasad hitam berjubah hitam dan bertopi kon juga berwarna hitam di hadapan mereka.

"har har har! aku sumpah kamu berdua menjadi gula-gula getah!" dengan sekali hayunan tongkat saktinya, husin dan si panda menjadi dua biji gula-gula getah lima puluh sen.

*ktap!*

mengarut!

novel aku,amri, husin, mesin masa, panda ajaib, ahli sihir dan gula-gula getah itu markasan tutup pantas. membazir duit aku aja.

serentak itu telefon bimbit jenama nukianya bergetar. 1 message received.

adi. rakan baik markasan.

"i'm bored. masuk kerja malam karang. movie jom?"

adi berkerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka 24 jam. berhampiran rumah markasan.

sementelaah markasan baru sahaja diberhentikan kerjanya di sebuah restoran makanan segera kay ef dee atas kesalahan belot kerana didapati kantoi membeli burger mek dollah. markasan pun tak faham. mungkin pengurusnya cemburu dengan keakrabannya dengan julie lalu dia diberhentikan.

saingan barangkali? hmmm?

"okay" balas markasan ringkas.

...

"bang...cerita transistor 3 dah penuh lah bang." gadis kaunter tiket bersuara.

markasan berkerut. sedari haritu dia ingin menonton cerita transistor 3 itu. pandangannya dikalihkan pada adi.

adi sengih memandang rubi. tanda nama yang jelas tersemat pada dada gadis kaunter tiket yang munggil itu.

"hoi! nak tengok cerita apa?" serentak itu siku markasan singgah di rusuk adi.

adi mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal , "cerita 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1..cinta ni pun okay gak. aku bosan. cerita ni pun bolehlah. ada parit camel. hehehe..."

ikut hati mahu dilempang sahaja adi di situ. tapi mengenangkan kawannya itu anak yatim, hasrat murni itu dihentikan. tak baik menganiaya anak yatim. berdosa.

"tinggal couple seat jek bang? boleh?" rubi pandang markasan.

adi angguk laju. markasan mendengus.

...

adi mengodek-godek di kerusi membetulkan pinggulnya. kadang-kadang tersengih menjeling markasan yang masam mencuka.

"ya tuhan, apalah dosa hambamu ini di hukum hingga sebegini rupa?" itu sahaja yang markasan ulang-ulang dalam hati sedari tadi. sial punya adi!

"kalau kau cuba angkat penghadang tangan tu...aku tendang kau dekat sini jugak!" keras amaran markasan pada adi.

"ala...tak romantislah kau ni..." adi mencebik.

bersambung...

nota kaki : entah dia nak sambung entah tidak? mungkin bersambung di blog hilangpunca.

Tuesday, July 19, 2011

rugi

dari jauh kamsan menggamit darus. darus laju duduk dihadapan kamsan dan meng'order' teh ais.

"mulut kau ni kenapa darus? bengot semacam jek?" kamsan memulakan bicara.

senyum darus. tetapi tak seperti selalu. mulutnya bengot. ganjil sikit senyumannya, "seminggu lepas...aku kenal dengan sorang makwe ni..."

"semalam time gotong-royong rumah mak jah aku tengok kau okay jek?" kamsan memotong.

spontan darus tepuk meja "dengarlah aku cerita dulu...seminggu lepas...aku kenal dengan sorang makwe ni..."

kamsan angguk. udah macam burung belatuk dah gayanya.

"lepas habis dating semua, aku hantar dia balik. dia kata dia tinggal sorang. housemates dia semua keluar. dia jemput aku masuk..."

darus berhenti sekejap menghirup teh ais.

"beriya-iya dia jemput aku masuk, takut tinggal soranglah, sinki rosaklah, ada hantu kuburlah...tapi aku tolak. aku nak balik awal. besok kerja" darus menghabiskan cerita.

dahi kamsan berkerut seribu.

"so? apa kena mengena dengan mulut kau yang bengot ni?"tanya kamsan tak puas hati.

...

"lepas seminggu, pagi tadi masa gosok gigi, baru aku paham niat makwe tuh. lalu aku terodok mulut aku dengan berus gigi tanda kerugian."

Thursday, July 7, 2011

kotak hitam kotak hitam kotak hitam.


purple talent studio menerusi antalogi beta (beyond talent) dengan kerjasama dewan bahasa dan pustaka mempersembahkan sebuah teater karya dan arahan fasyali fadzly bin saipul bahri dan lakonan aloy paradoks dengan bangganya membawakan sebuah teater bertajuk 'kotak hitam'

sinopsis
mamat seorang penagih TV tegar yang sentiasa dahagakan nikmat hiburan bersifat hedonism. dia tidak punya sesiapa kecuali TV nya yang sentiasa memberikan ke...puasan 100%. sehingga suatu hari, muncul seorang pembaca berita dalam hidupnya. pembaca Berita menawarkan persahabatan sejati lantas tiada sebab untuk mamat menolak.

hubungan mereka bertambah rapat dari hari ke hari. mamat semakin sayangkan pembaca berita yang dapat memenuhi setiap kehendaknya. mamat sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga persahabatan yang telah tercipta itu.

semakin hari pembaca berita semakin mengenali mamat. berbeza dengan mamat yang semakin hari semakin lupa dirinya. hubungan mereka mencapai kemuncak. mamat cuba untuk menidakkan pembaca berita, tetapi sayangnya tidak berjaya.

bersama kita saksikan kesudahannya.

***
karya dan arahan
fasyali fadzly bin saipul bahri

lakonan
aloy paradoks (bukan monodrama)

8-10 julai 2011
8.30 malam

masuk atas sumbangan RM15
hubungi 03.7831.4857 (waktu pejabat sahaja)

atau

fasyali (017.884.8044)
amelia (012.213.0515)