Monday, November 28, 2011

balik tak balik-balik.

"pyan! pyan! depan dah kemas? pukul berapa dah ni? kejap lagi abah kau balik" mak munah pekik dari dapur. banyak betul masakan dia hari ni. tomyam, kailan goreng, ikan keli masak lemak cili api campur rebung, sup sayur...ah! banyak lah!

semuanya makanan kegemaran suaminya.

sufian masih duduk diruang tamu meneman julia. "dah mak!" sufian membalas.

"lia, lia duduk dulu sembang dengan pyan ya? makcik nak mandi siap. pakcik kau bila-bila jek balik nanti" kelam kabut mak munah naik ke atas mandi dan bersiap.

wajah tuanya di tempek sedikit dengan bedak sejuk cap nyonya, celak mekah waktu naik haji dulu masih ada baki lagi, ditonyohnya ke bawah alis. biar nampak memancar sedikit mata itu bila memandang suaminya. baju kurung hijau dikenakan. rambutnya yang panjang disanggulkan ke atas, air wangi disemburkan sedikit dikiri-kanan bahu. biar wangi. biar suaminya gembira.

sedikit gincu dipalitkan kebibir.

mak munah senyum sendiri.

pantas dia menghayunkan kaki tua itu ke serambi rumah. duduk di situ. menunggu suaminya.

sufian dan julia mengerling sahaja gelagat mak munah. suka sangat dia.

bahu julia sufian cubit, mengganggu lamunan julia dari merenung mak munah,"lia...hari-hari mak saya memang macam ni sejak arwah abah kemalangan waktu nak pulang dari kerja 2 tahun lalu..."

"jadi? awak betul ke nak kahwin dengan saya ni?" sambung sufian.

julia diam.

Wednesday, November 9, 2011

suri kopi roti.

hujan rintik-rintik di luar. air mengalir bagai ulat-ulat kecil yang menari-nari melekap di jendela. sesekali aliffie menjenguk ke luar.

macam dia kenal benar susuk di luar pagar itu.

lisa!?

"you buat apa hujan-hujan cenggini duduk depan rumah i? sawan babi ke apa? kenapa tak call?" rambut lisa yang basah aliffie keringkan dengan tuala.

lisa duduk diam.

"i dah call. you tak angkat" jawab lisa.

aliffie berkerut. berlari dia ke bilik kalah lipas. agaknya kalau orang jumpa aliffie dengan lipas, orang sembur aliffie dulu dengan penyembur aerosol.

21 missed calls. silent mode. aliffie tepuk dahi. syaitan! time-time ni lah kau nak silent kan?

kopi panas yang aliffie buat tadi disuakan pada lisa, " i'm sorry. you tak janji pun nak datang malam ni? kenapa?"

"kopi jek? orang datang jauh-jauh..." mata lisa di picingkan memandang aliffie. tapi senyuman dia tetap indah walaupun basah kuyup macam cencurut jatuh sungai.

aliffie hulurkan roti,"nah! ini jek yang tinggal. nasik-nasik i dah makan habis tadi. kalau cakap nak datang i masak lebih"

"tak kan datang hujan-hujan ni nak makan roti jek?"

"ha'ah. nak makan roti jek"

lisa senyum lagi. tersengih-sengih? macam orang gila pulak kenkadang aku tengok perempuan ni? nasib baiklah kau cun. haih!?

"dekat rumah you pun ada roti kan? kenapa tak makan dekat rumah jek?"

sedar tak sedar dah 4 keping dah lisa makan cicah dengan air kopi aliffie buat tadi. makan macam jin tanah!

"tak sama ah rasa roti dia. roti dekat rumah you sedap. dekat rumah i tak sedap"

"pulak? kan sama jek roti nya? capnya pun sama. cap tanah liat. apa pulak tak sama nyer?"

tangan aliffie lisa genggam lembut. sejuk!

"dekat rumah i takder you..."

...

aliffie speechless.