Thursday, December 22, 2011

seram di malam gelap.

malam semakin larut. hanya bunyi motorsikal buruk zahari kedengaran keteret-tet-tet-an menggauli sunyi malam.

pulak? mati pulak motor ni tiba-tiba?

zahari kaget. mana pulak mahu dicari pomen dalam malam pekat begini? telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.

ah sial! sial! sial!

salakan anjing sayup-sayup menambahkan lagi elemen seram dalam cerita motor rosak zahari ini.

"motor abang rosak ke? boleh saya bantu apa-apa?"

standardlah, mesti suara perempuan tiba-tiba datang betul-betul belakang tengkuk zahari.

"mak!!!" itu sahaja yang kedengaran sebaik sahaja zahari menoleh ke belakang.

...

"anak ni kenapa? cemas jek pakcik tengok?" tegur seorang pakcik di warung tempat zahari berhenti lelah. tah berapa kilometer tah zahari dah berlari? ada dari ampang sampai ke kepong kut? jauh juga?

"hnnsh...hnnsh...motor saya rosak pak cik. tengah rilek-rilek tuh, ntah dari mana ada perempuan rambut panjang tegur nak tengokkan motor saya. hnnsh...hnnsh...saya punyalah horrornya...cabut lari sampai ke sini. gitulah ceritanya pakcik...hnnsh...hnnsh..."

diam pakcik itu sebentar.

"rambut panjang? baju putih cabik-cabik? mata merah? kulit pucat? kaki tak jejak tanah? perempuan tuh ke?"

"ha'ah! ha'ah! perempuan tuhlah!" cepat aja zahari mengiyakan.

...

"oh...takpalah, lain kali kalau motor anak rosak, jangan tanya dia. dia tak tahu apa-apa pasal motorsikal..."

Friday, December 16, 2011

koala bear

"mamaaa!!!" setengah tekak boboi memekik.

laju mama boboi sampai. ingatkan anak dia si boboi tu kena gigit dengan beruang.

"tengok puzzle ni? susah. boboi tak boleh buat. mama tolong boboi ek?" boboi meminta bantuan.

"dekat kotak puzzle tuh dia letak gambar apa?"

"gambar beruang koala. susah. mama tolong boboi ek?"

mama boboi senyum.

angguk.

...

"mama rasa mama pun tak boleh tolong boboi. apa kata boboi kutip balik puzzle tuh, lepas tuh masukkan balik dalam kotak koko crunch tuh."

Friday, December 2, 2011

no 10 taman seram / 13.

"mat! mat! bangkit! dah pukul berapa dah ni? tak pergi menyakat ke?" kak tim menyadarkan mamat dari lena.

jam dinding menunjukkan jam 12.30 malam.

lewat!

mamat lewat lagi malam itu. kantuknya masih berbaki. "kenapa mak tak kejutkan orang awal?" terngonyoh-ngonyoh mamat mencuci muka dan bersiap. kain kafan semalam disarungnya kembali. elok lagi. tak berbau.

terloncat-loncat mamat keluar meninggalkan rumah.

...

"bang ajis! oi! laju jek? nak ke mana? banyak rogol anak dara hari ni?" di simpang sebelah warung haji dol mamat menegur abang ajis.

abang ajis senyum paksa.

"kau tahu lah sekarang mat, tak ramai anak dara lagi dekat kampung kita ni. abang sampai kena pergi pekan nak cari anak dara. adalah 2-3 orang. itupun andartu? nak buat cemana mat?" adu abang ajis.

mamat mengangguk faham. orang minyak makin susah mendapat tempat di masyarakat sekarang ini. stesen minyak pun banyak orang nepal dan myanmar. orang tempatan macam abang ajis dah makin kurang fungsinya.

"ni abang nak ke rumah dukun seman kejap. dia kata ada job nak bagi. kalau banyak dapat, boleh abang belanja kamu makan." terbahak-bahak abang ajis ketawa meninggalkan mamat.

...

"korang ni hari-hari buang masa dekat pokok pisang ni kan? tak bosan ke? pergilah beraya ke? main mercun ke?" mamat menyergah tamim dan derus.

"bodohlah kau ni mat! main terjah jek dari belakang? kalau aku ada heart attack? tak ke mati?"tamim memberi sedikit ruang untuk mamat.

mamat sengih.

"ni? sekolah mana pulak kau nak kerja ni?" derus mencelah.

"aku nak cuba nasib dekat sekolah asrama penuh lelaki dekat dengan pekan tuh pulak. sekolah perempuan ni tak adventure lah." ada unsur takbur sedikit dari nada si mamat tadi.

tamim dengan derus tiba-tiba diam.

mamat memandang pelik, "kenapa? ada yang tak kena dengan sekolah tuh ke?"

tamim memegang bahu si mamat, "kau cuba sekolah lain lah mat... orang kata budak-budak sekolah tuh terejal. sakit kau nanti?"

"iya lah mat, kau tak dengar cerita si hamid, cikgu disiplin naik vespa tingkat dua tu? habis vespa dia budak-budak barai. nak hidup pun tak boleh. sekarang dia naik basikal fixie jek tau nak menyakat? tak horror langsung! budak pakat gelak jek" derus menyambung.

mamat mencebik, " alah...dia yang tak reti jaga harta. padan muka lah"

"hantu kak leha dah tidur ke belum? kau tahu cerita?" tamim menyampuk.

mamat geleng.

"time dia tengah ralit duk lompat dari locker budak-budak sambil kira satu! dah tidur...dua! dah tidur...tu, budak-budak ni boleh longgarkan skru locker diorang tau? sampai ke locker yang budak tak tidur tuh, locker tuh runtuh! injured habis kak leha. koma sampai ke la ni! " bersungguh-sungguh si tamim bercerita.

mamat diam. ada juga di dalam hatinya berkira-kira untuk ke sekolah lain sahaja malam itu.

"ah! itu nasib diorang. nasib aku? siapa tahu? aku cuba nasib malam ni. mana tahu success!? jadi legend aku nanti tau? haha!" mamat terus beredar dari port pokok pisang itu.

...

jam sudah menunjukkan jam 2 pagi.

memang cantit time-time gini untuk aku buat kerja. hehehe.

mamat ketawa sendiri.

perlahan-lahan dia meloncat menghampiri pintu dorm. konon nak buat suprised attack, baru pengsan budak-budak tuh tengok pocong depan mata? paling tidak pun, sawan babi.

...

dukun seman dah geleng-geleng kepala. tamim dan derus termehek-mehek menahan ketawa. abang ajis tersenyum di muka pintu.

"kenapa banyak sangat paku payung dekat kaki kau ni mat!?" dukun seman bersuara.

"panjang ceritanya tok..."ujar mamat menahan bisa paku payung.