Tuesday, October 16, 2012

Tok Jiwa

Itu hari mak aku cerita dekat kampung dia Pulau Sebang tu, ada sorang pak cik tua ni, orang kampung panggil dia Tok Jiwa. Kalau orang luar tengok dia, mesti ingat dia punya pilot tak betul. Jalan sensorang memalam patrol kampung, bercakap dengan pokok kemuncup, mandi air embun pepagi...memacam lagilah.

Tapi orang kampung kata dia ni wali. Bukan Wali Band. Wali yang orang agama-agama tulah.

Satu hari tu, mak aku kecik lagi waktu tu, dia story ada sorang budak kampung ni, mak dia suruh pergi kedai beli minyak gas. Rumah kampung dulu mana ada api macam rumah sekarang. Semua main lampu ayan, pelita, lilin jek.

Lepas tu, mamat ni pun pergilah kedai cina beli minyak gas petang tu. Time balik, dah nak masuk maghrib dah tau? Mamat ni boleh pulak tersandung batu andthen tumpah minyak gas dia ni. Mamat ni menangislah. Takut mak dia marah bila balik karang? Hari dah malam, minyak gas takde pulak tu?

Tengah syok dia layan nangis tu, tetiba Tok Jiwa ni lalu tau? Magis jugak?

"Kenapa nangis ni?"
"Minyak gas tumpah Tok. Nanti balik mak marah..."

Lepas tu Tok Jiwa pun raba budak tu. Ha ha! Tak.

Lepas tu, Tok Jiwa tu ambik bekas isi minyak gas mamat tu tadi andthen dia pergi isi dengan air dekat tali air.

"Dah. Dah penuh balik dah. Pilah balik."
"Tapi...itu penuh air Tok?"
"Balik je lah. Ada tu nanti..."

Mamat ni pun bangang, baliklah rumah dia bawak bekas penuh isi air tadi. Sampai jek dekat rumah, dia dah cuak, takut mak dia maki dia sebab isi bekas dengan air.

Tapi,

Dia tengok mak dia rilek jek isi air tu dekat dalam bekas pelita tu. Nyala api. Hidup pulak tu apinya? Peh! magis gila?! Air tali air tu selamba jek Tok Jiwa tukar jadi minyak gas?!

Tengok? Wali tak wali Tok Jiwa ni?

Ada satu lagi kisah tentang kewalian Tok Jiwa ni, tapi aku akan cerita lain kali.

Nota kaki : Ni mak aku yang cerita ni. Kalau mak aku tipu, aku pun tipulah.

Saturday, August 18, 2012

Mak! Besok hari raya!


Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap. 
Hati kadang salah menduga. 

Maafkan segala kekhilafan. 
Mohon maaf zahir dan batin. 

Selamat hari raya Aidilfitri.

Friday, August 3, 2012

Burung dan kucing.

"Kita bosan. Main teka-teki-teka-tekuk jom?"

"Alright! Orang mula dulu, kamu dengar yek?","Teka teki teka tekuk, kalau satu, dia berenang...kalau dua, dia terbang. Apa dia?"

"Aaaa..? Duit seringgit!"

"Jadah hapa!?"

"Betullah...kalau satu, kita buang dalam parit jek. Kalau dua, kita buat beli barang. Terbanglah duit seringgit tu...ye dak?"

"Kaya betul bapak kamu, kamu buang duit seringgit dalam parit jek?", "Salah! Jawapan dia pari. Kalau satu dia berenang, kalau dua, dia jadi pari-pari...dia terbanglah. Hahaha!"

"Okay...kita pulak. Awak cuba teka yek?", "Teka teki teka tekuk, apa beza kucing dengan burung?"

"Eleh...orang tahu jawapan dia. Kalau kucing, tak boleh terbang. Kalau burung, boleh terbang. Kan? Itukan jawapan dia?"

"Salah!"

"Habes tu apa? Kucing kaki empat, burung kaki dua?"

...

"Pun salah. Jawapan dia ialah...kalau kucing kita usap-usap dia...nanti dia tidur. Kalau burung, kita usap-usap dia...nanti dia bangun."

Tuesday, July 24, 2012

Karim

Karim seekor kura-kura remaja. Bagus benar cengkerangnya. Bersinar-sinar di bawah mentari.

Suatu hari, Karim memanjat pokok mangga di tepi kolam. Terkial-kial Karim. Kesian Karim. Apabila sampai di dahan paling tinggi, Karim meloncat turun. Kedua-dua tangannya didepangkan dan di kepak-kepak.

BUP!

Karim jatuh. Karim tidak mudah putus asa macam kura-kura remaja yang lain. Dicubanya lagi memanjat pokok mangga itu. Loncat!

BUP!

Karim jatuh lagi. Begitulah keadaannya si Karim ini jatuh berulang-ulang sedari pagi.

Dua ekor burung undan terbang hinggap di dahan pokok mangga itu. Simpati mereka dengan Karim.

Si burung undan betina mendekatkan paruhnya pada telinga si jantan.

...

"Papa...bila yang Papa nak bagitahu si Karim ni yang dia anak angkat?"

Friday, July 6, 2012

Ituhari karaoke lagu ni.


"Kapit! Kapit Uchoi! Hoi! Menonong jek jalan? Meh sini gebang-gebang dulu!" Lalit Ngah memekik dari Warung Kopi Uda. Tangan kanannya laju menggamit Kapit Uchoi.

"Minum?"
"Tak haus", pendek aja jawapan Kapit Uchoi.

Kaki kanan, Lalit Ngah naikkan atas bangku. Udah macam cina tua lepak kopitiam dah gayanya.

"Yang sudah tuh sudahlah. Nak kenang buat apa lagi?" sambil menepuk-nepuk bahu rakannya itu seperti drama-drama Melayu di stesen TV.

Kapit Uchoi pandang jauh.

"Memang aku ni anak orang miskin. Takda apa-apa yang dapat aku beri. Dia memang cantik. Memang tak sepadan langsung dengan aku"

"Aku ni anak kampung jek. Kerja? Kuli-kuli jek...memang tak sepadanlah dengan dia yang cantik tu? Banyak yang tergoda...semua orang kaya-kaya."

Lalit Ngah sua rokok. Kapit Uchoi tolak lembut. Matanya masih pandang jauh lagi. Entah janda mana dia pandang? Kita pun tak tahu, ye dak?

Lalit Ngah nyala rokok yang telah ready di bibir hitam buragasnya itu,"Nak buat cemana Pit? Dah rezeki kita gini? Kita cari makan gini? Redha jek lah ek?"

"Aku takda kereta nak bawak dia jalan-jalan Ngah. Rumah pun takda? Adapun, bapak aku punya. Duit belanja hantaran kahwin bagi dekat dia? Lagilah tak ada!" tinggi sedikit tona suara Kapit Uchoi kali ini, tanda kecewa.

"Bukannya aku tak suka dia Ngah...." Kapit Uchoi berhenti melihat Jamilah membetulkan tali kasutnya. Jamilah ni baru nak masuk darjah empat.

"Mak kau tak meniaga hari ni Milah?"
"Tak. Mak pergi pekan renew lesen pakcik"
"Abang. Kan abang Kapit dah cakap jangan panggil pakcik? Abang..."
"Sorry abang Kapit..."

"Tapi aku takut hidup dia sengsara Ngah..." sambung Kapit Uchoi.
"Siapa? Jamilah?"
"Bukan Jamilah lah ngok! Makwe aku anak orang kaya tu lah!"
"Ooo..."

"Dia memang cantik. Kalau dengan aku nanti dia menyesal pun dah tak berguna dah." rokok Lalit Ngah dah hampir separuh dah Kapit Uchoi sedut. Entah bila dia ambil pun? kita tak tahu.

"Sebab cinta, kau lepaskan dia macam tuh aja?"
"Kerana aku cinta lah aku lepaskan dia sama orang lain Ngah. Cinta. Titik!"

...

"Dah lah Ngah, I have work to do. We meet later-laterlah ek? Mamat sebelah kau ni siapa? Dari tadi tercongok dekat sini? Kau tak kenalkan dekat aku pun?"

"Oh! Ni member facebook aku dari Sabah. Jimmy..."

Nota kaki : Kali ni, aku cuba try test tengok tulis dengan tatabahasa dan nahu yang aku rasa betul, walaupun aku tak suka huruf besar. Sebab khabar angin kata, Burgermpark edisi ke-2 mahu keluar. Diorang tak suka edit aku punya entri. Sial!

Sunday, June 17, 2012

lupak anak onen dan ayam yang jujur.

pagi itu macam pagi-pagi biasa, lupak anak onen akan berjalan kaki dari rumah panjang ke tepi jalan besar untuk berniaga petai. baju pagoda sedikit lusuh, seluar katok biru dan selipar merah. selesa kata dia. bukan kerja pejabat pun.

petang itu macam petang-petang biasa juga, lupak anak onen akan mengemas gerai petai tepi jalan besar itu dan berjalan kaki pulang ke rumah. dia rasa petang itu macam petang-petang biasa. dia rasa.

lepas aja pokok jejawi besar itu, lupak anak onen ada rasa sedikit ganjil. dia rasa macam di ekori.

dia diam.

langkahnya di lajukan.

sreh! sreh! sreh!

bunyi itu tetap ada di belakang lupak anak onen.

kalau lupak anak onen berjalan laju, laju juga lah bunyi itu.

sreh! sreh! sreh!

lupak anak onen jadi takut. macam orang takut. di tolehnya kebelakang sekali-sekala.

kosong.

lupak anak onen sekarang ini sedang berlari ketakutan. berpeluh-peluh. dada berombak. jantung berdenyut laju. lagi laju dari waktu dia berniaga petai. lagi laju waktu dia mengintai anak tok batin mengayam raga. lagi laju dari buai laju-laju.

sampai di rumah, lupak anak onen lekas-lekas mengatup pintu. bersandar dia di belakang daun pintu. kepenatan.

tuk! tuk! tuk! tuk!

tuk! tuk! tuk! tuk!

bunyi ketukan di pintu. jantung lupak daripada tak laju dah jadi laju balik macam tadi. daun pintu dikuaknya perlahan-lahan. ditangan lupak sudah ada golok tersedia.

tiada lain di depan pintu itu selain seekor ayam jantan. terkelip-kelip beliau menengok lupak anak onen. lupak anak onen pun terkelip-kelip menengok ayam jantan. ada lah juga dekat setengah jam mereka terkelip-kelip.

"kenapa engkau lari wahai manusia?" ayam itu tiba-tiba bercakap.

kening lupak terangkat aneh.

"engkaukah yang mengekori aku tadi wahai ayam?"

"ya!"

"kenapa?"

"aku cuma mahu memulangkan dompet kamu yang tercicir tadi...nah!" ayam jantan itu menghulurkan dompet lupak yang tercicir tadi.

"terima kasih ayam. engkau sungguh jujur"

habis.

Thursday, May 3, 2012

teater rompakan bersepadu teaser.

nota kaki : bayangkan kalau teater rompakan bersepadu ini di muzikalkan. best tak?

Monday, April 30, 2012

rompakan bersepadu famous quotes.


halim : kau ada nampak pistol aku tak?
nizam geleng kepala.
halim : aku rasa aku tertinggal dekat mamak kita lepak tadi lah.

nizam : kau makan emas tuh buat apa!? muntah balik!

jumat : aku suka tengok kau masa baru bangun tidur. comel.
jumat senyum pandang zul.

zul : betul ke ini kedai emas yang kita nak rompak ni?
dani : betul! aku dah tanya brader polis tadi.

polis : jangan bergerak! kamu semua telah di kepung!

dani : kau tembak makcik goreng pisang tu buat apa?!
halim : dia tak bagi baki duit aku.

polis : lama dah buat kerja ni?
nizam : baru mula tuan. itu pun part time jek.

jumat : jangan bergerak! kamu semua telah dikepung?!
zul : babi apa kau ni?

dani : okey. sekarang kita bagi hasil rompakan kita ni sama rata.

makcik goreng pisang : jangan bergerak! kamu semua telah dikepung!

nota kaki : untuk tengok teater rompakan bersepadu masuk paper kosmo. sila klik sini.

Tuesday, April 17, 2012

teater rompakan bersepadu (soon)



tarikh : 03 mei 2012 - 06 mei 2012
tempat : stor teater dbp, kuala lumpur.
masa : 8.30 malam.
tiket : rm 20.00 sahaja.
tempahan : 012 - 629 3327 @ 03 - 7831 7949

nota kaki : you alls datang tau?

Wednesday, April 11, 2012

ujian

"wah? study? sejak bila kau rajin study ni? nak mampus?"

"besok aku ada ujian darahlah. kena study lebih sikit. takut gagal."

Saturday, April 7, 2012

mangsa sungai.

orang kampung sudah berpakat-pakat memenuhi tebing sungai. tinggal menunggu pawang bidin aja untuk bersiap. semutar kuning ikat kepala, baju lengkap seragam hitam, kain pelikat ketat mengikat pinggang. pawang bidin membetulkan silanya di tebing sungai.

tebing sungai sunyi. hanya bunyi airnya sahaja mengalir laju.

malam ini diah mesti dibawa naik juga. sama ada masih hidup ataupun sudah mati.

satu hari satu malam anggota penyelamat cuba mencari diah lepas salleh membuat laporan diah dikerkah buaya sewaktu menjala udang siangnya. hanya sampan diah yang dijumpai terlungkup teroleng-oleng di tepi sungai. kini pawang bidin mengambil alih tugas anggota penyelamat.

ramai-ramai menunggu pawang bidin memulakan upacara.

bertih beras digenggam. mulut pawang bidin kumat-kamit. entah apa yang dibacanya.

"karang, kalau nampak apa-apa yang pelik, jangan tegur. tengok aja." pawang bidin menoleh ke belakang memberi pesanan kepada orang kampung.

bertih beras tadi dicampakkan ke tengah sungai. cecah aja bertih tersebut ke air, air sungai tiba-tiba jadi kacau. angin menderu menerpa muka masing-masing yang datang menengok. peluh jantan pawang bidin mengalir. matanya membulat memandang air.

aih? susah kali ni...bukan buaya biasa. pawang bidin bangkit. berjalan perlahan-lahan ke gigi air. tegak dia berdiri di situ. ibu jari kanannya digenggam dengan tangan kiri kemudian disuakan ibu jarinya kelangit-langit. matanya masih meliar memandang air.

"ALLAH!"

serentak itu ibu jarinya ditusukkan kedalam tanah.

air terpercik merata-rata. mereka yang terlalu hampir dengan air, basah dengan percikan air sungai. sekonyong-konyong itu muncul lah satu lembaga hitam berbentuk buaya di tengah sungai.

"pulangkan anak cucu aku!"

"sama ada dia hidup atau mati, pulangkan! kalau dah mati, biar kami kebumikan jasad dia elok-elok macam orang baik-baik. pulangkan!"

akur.

buaya hitam itu tenggelam ke dalam air. selang setengah jam, buaya itu timbul semula dengan membawa diah. mayat diah. tangan kirinya sudah tiada. kedua belah kakinya hanya tinggal separuh!

...

"ghani, aku boleh tembak buaya tu dari sini! dah dekat sangat tu. boleh kena ni!" kuncup bisik pada ghani disebelahnya. muncung senapangnya telah dibidikkan tepat kepada kepala buaya hitam ditengah sungai tadi.

"jangan chup! itu bukan buaya biasa. parah kau nanti!"

"dah dekat sangat ni ghani. boleh kena ni. boleh!"

...

pawang bidin menunggu sabar buaya hitam tadi membawa mayat diah kepadanya. dia berundur 3 tapak ke belakang memberi ruang untuk buaya tadi merangkak naik. mayat diah dilepaskan betul-betul di kaki pawang bidin.

sunyi waktu itu. sunyi betul.

DAM!!!

...

orang ramai bertempiaran lari. buaya hitam hilang di tengah air. pawang bidin terbongkang berlumuran darah!

nota kaki : amacam? ada cas-cas tamar jalis tak? haha!

Thursday, March 29, 2012

liyana

baju kurung warna ungu bercorak batik putih. tudungnya hitam. berkaca mata bingkai hitam. kasut tumit tinggi juga warna hitam. harap-harap dia bukan pemuja black metal. minum darah kambing dan dengar lagu terpekik-pekik tak tentu hala.

mata dia ada iras jasmine leeds wildblood sikit-sikit. alah! makwe dalam klip video ghaury-janji abang tu lah!

senyum dia? senyum dia ala-ala aja. nak pergi tak pergi, macam tu. tapi masih manis. aku suka macam tu.

kerja dekat kedai kain.

masalah dia sekarang, aku nak tegur ke idak? itu jek. macam mana nak approach?

"assalamualaikum warah matullah-hi wabarakatuh saudari. boleh tumpang tanya? jam telah menunjukkan pukul berapa sekarang?"

lame! sangat-sangat lame! pick-up line yang budak darjah empat pun boleh bagi. dan waktu itu aku perasan dia tak memakai jam tangan. itu menguatkan lagi yang teknik "jam pukul berapa ek?" itu dah tak boleh pakai.

okay. okay. okay.

kata lah aku nak pinjam pen dari dia. lepas tu aku pulangkan balik pen tersebut. lepas tu dia senyum dan catat nombor telefon dia dekat tapak tangan aku atas keterujaan dia terhadap ke'charming'an aku.

lepas tu kita pun start calling-calling. start lunch bersama. start dinner bersama. tonton wayang cerita cinta remaja. 2 air soda dan satu pop-corn besar, couple seat. rm 32.90 semua sekali. lepas 3 bulan obviously aku suka dia dan dia suka aku. dia bawa aku jumpa keluarga dia dan aku bawa dia jumpa keluarga aku. minggu depan keluarga aku masuk meminang. cukup bulan, kahwin.

nice!

kami hidup bahagia dengan 3 orang cahaya mata, 2 lelaki 1 perempuan. beli rumah tepi pantai, kecil pun tak mengapa asal kami bahagia. petang-petang dia buatkan pisang goreng, kopi panas dan kami minum berdua di serambi rumah menunggu anak-anak kami pulang dari sekolah. angin bertiup lembut matahari mula terbenam perlahan.

sempurna.

...

emak aku dah tarik-tarik tangan kanan aku ajak naik tingkat 2. nak shopping langsir pulak katanya. aku tinggalkan 'liyana masrom' berdiri tegak di situ. lepas globe silk store, kamdar pulak. banyak lagi patung yang cantik-cantik dekat kamdar rupanya?

oh bahagianya.

Monday, March 19, 2012

panggung sabtu.

"mak, macam mana ending cerita billu semalam?" (cerita seorang mamat tukang gunting miskin berkawan dengan super star india shahir khan. untuk lebih jelas lagi sila google 'billu barber')

"orang tengok sampai part dia joget dengan kharisma kapoor tuh jek", aku tertidur waktu itu. letih main bola paginya. dah lah malamnya aku berjaga? main bola, pagi pulak tuh? tapi itu cerita lain.

daripada baring depan televisyen, mak aku bangkit bersila menghadap aku. serkup kepala dia, dia buka taruh ke tepi. putih dah rambut orang tua ni. tapi cun lagi. at least pada mata aku. heh!

"bila si bilut ni buat-buat tak tahu jek dengan orang kampung ni? apa lagi?! marahlah semua orang kampung! yang bagi kerusi ambik balik, yang bagi macam-macam semua ambik balik. sampaikan si bilut ni kena tangkap bawak ke balai polis. di dakwa menipu orang kampung."(mak aku sebut bilut)

"tapi si bilut ni buat tak tahu jek"

"yerlah, dia kata dia orang miskin. si shah rukh khan ni superstar. tak kanlah nak kawan dengan dia yang miskin ni?". "satu hari tuh, shah rukh khan dipanggil bersyarah dekat rumah anak-anak yatim. anak-anak si bilut ni... pergilah ikut tengok."

"macam mana anak-anak dia tahu?" aku tanya.

"dah anak-anak dia minat? satu kampung pun minat si shah rukh khan ni? diorang pun pergilah tengok..."

"dekat situ si shah rukh ni cerita, dia dulu pun anak yatim jugak. tak ada mak bapak. tapi...dia ada sorang kawan. kawan dia ni lah yang banyak bantu dia. waktu dekat sekolah dia takda duit nak makan. kawan dia ni lah yang kongsi makanan dengan dia. bila rambut dia panjang, kawan dia bawak dia pergi kedai bapak dia. bapak dia tukang gunting. bapak kawan dia nilah yang guntingkan rambut. semua-semua pun kawan dia yang banyak bantu dia..."

"ada satu hari tu, si shah rukh ni ajak kawan dia ni pergi mumbai. dia kata kawan dia ni ada bakat. boleh berlakon. jadi hero". " kawan dia kata, dia mana ada duit nak pergi mumbai?"

"shah rukh ni pun takda duit masa tuh. sama-sama miskin"

"dalam si shah rukh ni tak tahu, kawan dia ni pergi curi subang mak dia sebelah, lepas tuh dia jual. duit tuh dia belikan tiket keretapi pergi mumbai, lebihnya dia bagi si shah rukh ni, buat belanja"

"pergilah si shah rukh ni dekat mumbai. gitu-gini-gitu-gini, jadi lah si shah rukh ni pelakon top." aku agak dia dah letih cerita time ni. haha!

"jap. jap. jap. betul ke si billu ni kawan shah rukh? ke dia bohong jek?" aku iklan kejap.

"sabor ler. tak habis lagi..."

aku angguk,"lepas tu?"

"jangkanya, lepas shah rukh dah jadi kaya, dia cari kawan dia ni. tapi kawan dia dah pindah...dia tak tahu dekat mana? sejak tu, setiap tempat dalam india dia singgah buat penggambaran, dia akan cari kawan dia ni. tak jumpa-jumpa...sampailah sekarang..."

"lepas tuh dia kata, kawan baik yang dia cari tuh nama dia...bilut..."

"apa lagi?! dengar jek dek anak-anak si bilut ni nama bapak dia? berlari diorang balik rumah! jumpa bapak dia. betul lah apa bapak kata selama ni...bapak tak tipu kami. betul pelakon tuh kawan bapak, diorang kata dekat si bilut ni..."

"jangkanya jam tuh, si shah rukh dah ada depan rumah si bilut ni. waktu anak-anak si bilut ni lari keluar...orang-orang kata itu anak si bilut. shah rukh ni ikut budak-budak ni sampai ke rumah..."

"nangis-nangislah si shah rukh ni bila jumpa si bilut ni"

"kenapa engkau tak cari aku? engkau tahu kan alamat tempat tinggal aku dekat mumbai tu? aku cari engkau. tapi engkau dah pindah. tiap-tiap tempat aku pergi aku cari engkau. kenapa engkau tak cari aku? kata shah rukh. sekarang aku ada harta, aku ada nama, semua... aku ada. tapi satu je aku tak da...kawan macam engkau...kata shah rukh"

"aku miskin. tak kan lah engkau nak berkawan dengan aku lagi? rumah aku buruk. baju aku busuk. malu lah engkau nanti berkawan dengan aku, kata si bilut ni"

"biar baju engkau busuk...tapi pada aku...hati engkau wangi..."

*iklan*

kalaulah kamu ada bersama aku, time mak aku cerita part ni, mata kamu akan bergenang.

sungguh!

tapi aku hero. kemam jek lah bibir. biar orang tua tuh sambung cerita.

"sukalah si shah rukh ni dapat jumpa dengan si bilut ni...lepas tuh dia kata, lepas habis penggambaran dia dekat sini, moh ikut aku balik mumbai. tinggal dengan aku. aku tanggung semua belanja. subang mak engkau yang engkau curi dulu, aku ganti balik. berapa banyak subang engkau nak? aku boleh bagi..."

"waktu tu, orang kampung penuh keliling rumah si bilut ni. gelihati mak dibuatnya tau? keluar jek shah rukh khan dari rumah bilut...menyerbu semua orang kampung dekat si bilut ni!"

"bersorak!"

"habih lah cerita dia..."

...

lama dah aku tak dengar mak aku bercerita. semua lengkap! dengan tangan-tangan dia bergerak, suara dia bertukar-tukar. waktu sedih, suara sedih. waktu suka suara suka. mimik muka lain-lain. untung dia tak nyanyi lagu hindustan sekali? mau dia bergolek-golek sampai ke dapur?

agaknya, kalau mak aku masuk pertandingan bercerita, mesti dapat nombor satu.

kadang-kadang, apa yang dia cerita lagi sampai sir dia dari cerita tuh sendiri.

mak aku? aku tahulah! heh!

ye dak?

Tuesday, March 6, 2012

orang katalah...bukan aku kata.

"ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun..." sayu penasihat raja mendatangkan sembah.

"adapun negara kita ini sedang teruk dilanda kemarau. sungai-sungai dan mata-mata air di dalam negeri sudahlah habis kering airnya tuanku."

"hujan pula tiadalah turun-turun menambahkan lagi peritnya negeri dalam krisis air ini tuanku, ampun tuanku."

raja kayangan tunduk membisu.

benar. masalah negerinya kali ini sungguh besar. sedangkan dirinya raja kayangan hanya mandi sehari sekali, itupun 2 cawan air? inikan pula rakyat biasa?

taukeh-taukeh minyak wangi pula menaikkan harga sewenang-wenangnya mengambil kesempatan atas masalah yang melanda negeri. celaka sungguh!

"apa kata memanda menyuruh orang kita untuk turun ke dunia mencari sumber air?" ujar raja kayangan.

"tapi...siapa yang sanggup?"

"belut tuanku!" laju penasihat raja mendatangkan sembah. " bukankah belut pernah turun ke dunia dahulu untuk melarikan anak perempuan raja padi dan dibawa balik ke kayangan untuk di kahwinkan dengan anak dewa kayu?"

raja kayangan mengangguk.

"nampaknya belut lah yang paling sesuai untuk tugas ini. besok hari memanda titahkan belut untuk tugas mencari sumber air di dunia." titah raja kayangan.

...

"aku lagi?! itu hari aku?! hari ni aku lagi?!" ngomel belut sendirian. tapi apakan daya, raja kayangan telah bertitah. titah raja haruslah di junjung di atas batu jemala patik. tangan pun takder? nak junjung pakai apa? muncung?! belut membuat kelakar sendiri demi mengubati hati.

7 hari.

itulah masa yang telah ditetapkan raja kayangan untuk belut mencari sumber air. ah semak! semak!

...

"he'eh? rumah raja padi? dia ingat lagi tak kes aku curi anak perempuan dia hari tuh agaknya?" senyum sendiri belut apabila melewati rumah raja padi. "boleh ke aku tanya dia mana nak cari sumber air? diparangnya aku nanti ke tidak? haha!" laju aja belut menyusur hadapan rumah raja padi. nak tekan loceng tak berani.

...

manis bersusu? keruh pulak tuh? sumber air apakah ini?

"wahai manusia, sumber air apakah ini gerangan rupa?" soal belut.

"itu teh tarik"

teh tarik? macam tak sesuai aja nak bawa balik ke kayangan.

"adakah sumber air bersih di sekitar sini wahai manusia?"sambung si belut.

"abang belut nak air bersih abang tanya s.y.a.b.a.s lah! tanya saya buat apa?"marah benar manusia ini nadanya. logiklah dia marah bro, belut besar orang datang gerai dia? habis semua customers lari. takda untung hari itu.

s.y.a.b.a.s? apa tuh? tidak apalah. aku cuba mencari lagi.

...

sudah masuk hari ke-6. belut masih lagi buntu. berehatlah dia di tepi sebatang sungai. (du'uh?)

eh? gadis? putih. gebu. munggil. bukan macam anak raja padi? siap ada misai. geli aja!

"hai cik adik. basuh kain ke?" sapa belut manis kepada gadis si pencuci kain.

"tak...saya tengah cuba lemaskan kain ni dalam air. dari tadi tak mati-mati. geram betul saya!" jawab si gadis.

belut tersenyum sinis. loyar buruk jugak gadis ni?

"free tak lepas ni? nak ikut abang belut balik kayangan tak? kayangan best. ada macam-macam tau?" si belut mencuba nasib. maaanalah tahu? ye dak?

"bapak! ada belut cuba try orang bapak!" tiba-tiba si gadis memekik. muncullah bapaknya si gadis entah dari mana dengan menggenggam sebilah golok.

ah sudah?

"tak pakcik. saya saja-saja jek. bukan apa-apa pun?" belut cuba memberi penjelasan.

"bila masa aku jadi pakcik kau!?"

leher belut di cekak ganas si pakcik, "tengok muka kau pun aku dah jijik tau!? tak serupa orang!"

"saya belut pakcik. bukan orang. memanglah rupa macam ni?"

berderau darah si pakcik, " berani menjawab pulak si belut ni?!"

hiyeah!!!

dengan sekali hanyun, badan belut tercantas dua. menggelepar si belut menahan sakit. satu bahagian berjaya lari ke laut dan menjadi belut air masin. satu lagi dicampak kan ke sungai oleh si pakcik dan menjadi belut air tawar.

maka begitulah asal-usul belut air masin dan belut air tawar.

orang katalah...bukan aku kata.

Wednesday, February 8, 2012

ilmu ini bukan calang-calang.

"kamal, atuk dah tak da apa-apa lagi dah nak diturunkan lagi pada kamu. perguruan kamu dengan atuk telah tamat."

dengan baju lengkap berseragam hitam kamal diam di depan tok wira.

"kamu masih ingat pantang larang ilmu ini kamal?"

kamal angguk.

"gunakanlah ilmu yang kamu ada itu untuk kebaikan orang ramai. jangan sekali-kali ilmu itu disalah guna untuk kepentingan diri sendiri dan atas tujuan menunjuk-nunjuk. ingat pesan atuk ini kamal?"

sekali lagi kamal menggangguk.

...

dan minggu depannya kamal menjadi cikgu matematik di kampungnya.

tamat.

Friday, February 3, 2012

oh ye ke?

pak su... pak su...

syhhh...

pak su!

syhhh... mesjid ni kan?

kenapa dalam mesjid tak boleh cakap?

...

sebab kacau orang tidur.

Thursday, January 26, 2012

salamander sakti gergasi.

arakian telah dikisahkan kepada yang empunya kisah akan letaknya satu kerajaan yang amat makmur lagi aman damailah adanya. dengan rajanya yang adil lagi saksama, rakyat jelata yang patuh serta hasil bumi yang melimpah ruahlah kerajaan negeri tersebut.

riang dan gembiralah perinya setiap pelosok kerajaan tersebut dalam keadaan yang permai itu, adanya.

ku sangka kan panas berpanjangan rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang.

entah dari mana arakian dikisahkan tiba-tiba muncullah seekor salamander sakti gergasi yang amat jahat perinya dari tasik kerajaan itu.

hendak dicerekakan jahatnya salamander sakti gergasi ini, habislah sepatu-sepatu rakyat jelata dilarikan sewaktu sembahyang jumaat oleh salamander gergasi sakti. maka baliklah mereka berkaki ayamlah adanya satu-persatu.

loceng-loceng di rumah rakyat jelata ditekannya, lalu larilah ia sambil ketawa terbahak-bahak. ditahannya bas yang lalu lalang tapi ia tidak naik. dinding-dinding kota habis dicontengnya dengan gambar konek, dinding istana juga tidak terkecuali. jahat betul salamander sakti gergasi ini. rasa macam nak terajang jek muka dia!

ramai juga anak-anak muda yang yang bangkit menentang. malah pasukan perang khas diraja juga pernah mencuba, tetapi sia-sia sahaja. salamander sakti gergasi terlalulah saktinya. semua yang bangkit menentang disihirkan menjadi beruang. panglima diraja juga turut disihir menjadi beruang.

maka kacau bilaulah kerajaan tersebut dengan beruang-beruang yang banyak, adanya.

semakin runsinglah akan kepala hotak raja kerajaan itu berdepan dengan masalah problem yang datang dari salamander sakti gergasi ini.

lalu atas desakan rakyat jelata, bijak pandai istana beramai-ramailah duduk berunding satu meja dengan salamander sakti gergasi ini. adapun hasil dari mesyuarat tersebut, salamander sakti gergasi ini meminta tiap-tiap satu purnama, dikorbankanlah seorang perawan sunti dari kalangan rakyat jelata untuknya, baharulah ia berhenti melakukan huru-hara di kerajaan itu.

atas tuntutan peminat dan media, terpaksalah raja menunaikan hasrat salamander sakti gergasi itu walaupun berat dimata, berat lagi bahu memikul.

ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

adapun setelah beberapa puluh purnama adanya, maka habislah perawan-perawan sunti kerajaan itu dijadikan korban kepada salamander sakti gergasi. yang tinggal hanyalah makcik-makcik kerepek dan pakcik-pakcik masjid sahaja, selain beruang-beruang.

perawan sunti yang terakhir adalah seri kemboja tinggi menjulang, yakni puteri tunggal raja. makin kacaulah kepala raja memikirkan hal ini.

...

"lagi 3 hari anakanda akan dijadikan hidangan istimewa kepada salamander sakti gergasi. apa anakanda sanggup?" tanya raja yang baik berbudi kepada puteri sri kemboja tinggi menjulang.

dengan wajah yang sayu, puteri seri kemboja menjawab , "anakanda akan digoreng kicap atau di masak merah?"

"entahlah... ayahanda pun kurang pasti. mungkin anakanda akan dibakar dan dicicah dengan air asam."

puteri seri kemboja tinggi menjulang hanya menunduk sepi.

...

hendak dikisahkan lagi, tiba lah seorang pangeran muda yang gagah berkuda putih lengkap berperisai serta sebilah pedang yang sungguh molek memasuki kerajaan itu.

hairanlah dia melihatkan kerajaan yang penuh dengan makcik-makcik kerepek dan pakcik-pakcik masjid serta beruang itu. mana perginya perawan-perawan desa? mana hilangnya pemuda-pemuda berjasa? ke kota kah mereka berhijrah untuk berkerja kilang? aneh!

akan ditanyalah pangeran muda itu apa kesnya kerajaan itu kepada seorang makcik kerepek. setelah diterangkan begitu-begini, maka fahamlah dia tentang permasalahan yang melanda kerajaan itu.

...

hari yang dijanjikan telah tiba.

raja diikuti beberapa pengiring serta beruang menunggu di tepi tasik selaku telah bersedia untuk mempersembahkan puteri tunggalnya kepada salamander sakti gergasi.

air tasik bergelora. angin tiba-tiba menerpa muka. serentak itu background music jeng-jeng-jeng dimainkan oleh beberapa ekor beruang dibelakang menandakan salamander sakti gergasi bakal muncul bila-bila masa.

debushhhh!!!

air menjulang tinggi beberapa kaki. serentak itu muncul lah salamander sakti gergasi yang di benci ketawa terbahak-bahak.

ha ha ha!

"nanti dulu tuanku!" suara entah dari mana muncul mematikan tawa salamander sakti gergasi.

rupanya pangeran muda gagah menunggang putih meluru pantas ke arah raksasa di benci telah bersiap siaga menghunus pedang untuk menamatkan riwayat salamnder sakti gergasi itu.

raja dan pengikut-pengikutnya serta beruang beredar pergi. harapnya pangeran muda ini berjaya menamatkan kisah sedih raja dan rakyat jelata.

salamander sakti gergasi naik berang. waktu makannya di ganggu. dihadapnya pencabar itu man to man. langsi sungguh perinya.

...

dengan sekali hembus, pangeran muda gagah menunggang kuda putih sekonyong-konyong berubah menjadi beruang.

maka di makannya puteri seri kemboja tinggi menjulang dengan sekali cakup dan meninggalkan raja serta pengikut-pengikutnya terpinga-pinga. bertambahlah lagi seekor beruang di dalam negeri.

arakian kisahnya.

Tuesday, January 10, 2012

om nom nom

nyam! nyam! nyam!

"nak kulit ayam goreng ni? favourite gua ni?"

"tak. lu makan lah. gua kenyang lagi."

nyam! nyam! nyam!

"lu tengok klinik depan tuh? ada perkhidmatan sunatkan budak. gua dulu sunat pakai tok mudim jek. lu?"

"gua sunat dekat klinik. mudim-mudim ni sakit diorang kata..."

nyam! nyam! nyam!

"eh? lu pernah terpikir tak muncung yang diorang potong tuh diorang buat apa?"

...

"lu pernah terpikir tak yang lu makan tadi tuh betul-betul ke kulit ayam?"

Wednesday, January 4, 2012

tak lama jek lagi.

"bro! bro! tumpang tanya, jam sekarang pukul berapa?"

taha singsing lengan baju, "pukul 10 bro. kenapa?"

"terima kasih, lagi 30 minit lu boleh pergi mampus! haha!" sepantas kilat mamat tanya jam tadi lari tergelak-gelak tinggalkan taha.

"celaka!" taha ikut mengejar. kalau dapat, mahu dipecahkan saja muka mamat tadi. kurang ajar betul?

...

"oi? taha!? nak pergi mana?" alim menahan taha.

"aku tengah kejar mamat kurang ajar tuh!", taha tercungap-cungap , "ada ke lepas dia tanya jam pukul berapa, dia boleh cakap lagi 30 minit aku boleh pergi mampus? tak kurang ajar namanya tuh?"

"sekarang pukul berapa?"

"10 suku..."

...

alim tepuk bahu taha," rilekslah bro. tak payah lari-lari. kau ada masa lagi 15 minit."