Tuesday, March 6, 2012

orang katalah...bukan aku kata.

"ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun..." sayu penasihat raja mendatangkan sembah.

"adapun negara kita ini sedang teruk dilanda kemarau. sungai-sungai dan mata-mata air di dalam negeri sudahlah habis kering airnya tuanku."

"hujan pula tiadalah turun-turun menambahkan lagi peritnya negeri dalam krisis air ini tuanku, ampun tuanku."

raja kayangan tunduk membisu.

benar. masalah negerinya kali ini sungguh besar. sedangkan dirinya raja kayangan hanya mandi sehari sekali, itupun 2 cawan air? inikan pula rakyat biasa?

taukeh-taukeh minyak wangi pula menaikkan harga sewenang-wenangnya mengambil kesempatan atas masalah yang melanda negeri. celaka sungguh!

"apa kata memanda menyuruh orang kita untuk turun ke dunia mencari sumber air?" ujar raja kayangan.

"tapi...siapa yang sanggup?"

"belut tuanku!" laju penasihat raja mendatangkan sembah. " bukankah belut pernah turun ke dunia dahulu untuk melarikan anak perempuan raja padi dan dibawa balik ke kayangan untuk di kahwinkan dengan anak dewa kayu?"

raja kayangan mengangguk.

"nampaknya belut lah yang paling sesuai untuk tugas ini. besok hari memanda titahkan belut untuk tugas mencari sumber air di dunia." titah raja kayangan.

...

"aku lagi?! itu hari aku?! hari ni aku lagi?!" ngomel belut sendirian. tapi apakan daya, raja kayangan telah bertitah. titah raja haruslah di junjung di atas batu jemala patik. tangan pun takder? nak junjung pakai apa? muncung?! belut membuat kelakar sendiri demi mengubati hati.

7 hari.

itulah masa yang telah ditetapkan raja kayangan untuk belut mencari sumber air. ah semak! semak!

...

"he'eh? rumah raja padi? dia ingat lagi tak kes aku curi anak perempuan dia hari tuh agaknya?" senyum sendiri belut apabila melewati rumah raja padi. "boleh ke aku tanya dia mana nak cari sumber air? diparangnya aku nanti ke tidak? haha!" laju aja belut menyusur hadapan rumah raja padi. nak tekan loceng tak berani.

...

manis bersusu? keruh pulak tuh? sumber air apakah ini?

"wahai manusia, sumber air apakah ini gerangan rupa?" soal belut.

"itu teh tarik"

teh tarik? macam tak sesuai aja nak bawa balik ke kayangan.

"adakah sumber air bersih di sekitar sini wahai manusia?"sambung si belut.

"abang belut nak air bersih abang tanya s.y.a.b.a.s lah! tanya saya buat apa?"marah benar manusia ini nadanya. logiklah dia marah bro, belut besar orang datang gerai dia? habis semua customers lari. takda untung hari itu.

s.y.a.b.a.s? apa tuh? tidak apalah. aku cuba mencari lagi.

...

sudah masuk hari ke-6. belut masih lagi buntu. berehatlah dia di tepi sebatang sungai. (du'uh?)

eh? gadis? putih. gebu. munggil. bukan macam anak raja padi? siap ada misai. geli aja!

"hai cik adik. basuh kain ke?" sapa belut manis kepada gadis si pencuci kain.

"tak...saya tengah cuba lemaskan kain ni dalam air. dari tadi tak mati-mati. geram betul saya!" jawab si gadis.

belut tersenyum sinis. loyar buruk jugak gadis ni?

"free tak lepas ni? nak ikut abang belut balik kayangan tak? kayangan best. ada macam-macam tau?" si belut mencuba nasib. maaanalah tahu? ye dak?

"bapak! ada belut cuba try orang bapak!" tiba-tiba si gadis memekik. muncullah bapaknya si gadis entah dari mana dengan menggenggam sebilah golok.

ah sudah?

"tak pakcik. saya saja-saja jek. bukan apa-apa pun?" belut cuba memberi penjelasan.

"bila masa aku jadi pakcik kau!?"

leher belut di cekak ganas si pakcik, "tengok muka kau pun aku dah jijik tau!? tak serupa orang!"

"saya belut pakcik. bukan orang. memanglah rupa macam ni?"

berderau darah si pakcik, " berani menjawab pulak si belut ni?!"

hiyeah!!!

dengan sekali hanyun, badan belut tercantas dua. menggelepar si belut menahan sakit. satu bahagian berjaya lari ke laut dan menjadi belut air masin. satu lagi dicampak kan ke sungai oleh si pakcik dan menjadi belut air tawar.

maka begitulah asal-usul belut air masin dan belut air tawar.

orang katalah...bukan aku kata.

1 comment:

Hidemichi said...

asal-usul mcm ni pun ada...