Monday, March 19, 2012

panggung sabtu.

"mak, macam mana ending cerita billu semalam?" (cerita seorang mamat tukang gunting miskin berkawan dengan super star india shahir khan. untuk lebih jelas lagi sila google 'billu barber')

"orang tengok sampai part dia joget dengan kharisma kapoor tuh jek", aku tertidur waktu itu. letih main bola paginya. dah lah malamnya aku berjaga? main bola, pagi pulak tuh? tapi itu cerita lain.

daripada baring depan televisyen, mak aku bangkit bersila menghadap aku. serkup kepala dia, dia buka taruh ke tepi. putih dah rambut orang tua ni. tapi cun lagi. at least pada mata aku. heh!

"bila si bilut ni buat-buat tak tahu jek dengan orang kampung ni? apa lagi?! marahlah semua orang kampung! yang bagi kerusi ambik balik, yang bagi macam-macam semua ambik balik. sampaikan si bilut ni kena tangkap bawak ke balai polis. di dakwa menipu orang kampung."(mak aku sebut bilut)

"tapi si bilut ni buat tak tahu jek"

"yerlah, dia kata dia orang miskin. si shah rukh khan ni superstar. tak kanlah nak kawan dengan dia yang miskin ni?". "satu hari tuh, shah rukh khan dipanggil bersyarah dekat rumah anak-anak yatim. anak-anak si bilut ni... pergilah ikut tengok."

"macam mana anak-anak dia tahu?" aku tanya.

"dah anak-anak dia minat? satu kampung pun minat si shah rukh khan ni? diorang pun pergilah tengok..."

"dekat situ si shah rukh ni cerita, dia dulu pun anak yatim jugak. tak ada mak bapak. tapi...dia ada sorang kawan. kawan dia ni lah yang banyak bantu dia. waktu dekat sekolah dia takda duit nak makan. kawan dia ni lah yang kongsi makanan dengan dia. bila rambut dia panjang, kawan dia bawak dia pergi kedai bapak dia. bapak dia tukang gunting. bapak kawan dia nilah yang guntingkan rambut. semua-semua pun kawan dia yang banyak bantu dia..."

"ada satu hari tu, si shah rukh ni ajak kawan dia ni pergi mumbai. dia kata kawan dia ni ada bakat. boleh berlakon. jadi hero". " kawan dia kata, dia mana ada duit nak pergi mumbai?"

"shah rukh ni pun takda duit masa tuh. sama-sama miskin"

"dalam si shah rukh ni tak tahu, kawan dia ni pergi curi subang mak dia sebelah, lepas tuh dia jual. duit tuh dia belikan tiket keretapi pergi mumbai, lebihnya dia bagi si shah rukh ni, buat belanja"

"pergilah si shah rukh ni dekat mumbai. gitu-gini-gitu-gini, jadi lah si shah rukh ni pelakon top." aku agak dia dah letih cerita time ni. haha!

"jap. jap. jap. betul ke si billu ni kawan shah rukh? ke dia bohong jek?" aku iklan kejap.

"sabor ler. tak habis lagi..."

aku angguk,"lepas tu?"

"jangkanya, lepas shah rukh dah jadi kaya, dia cari kawan dia ni. tapi kawan dia dah pindah...dia tak tahu dekat mana? sejak tu, setiap tempat dalam india dia singgah buat penggambaran, dia akan cari kawan dia ni. tak jumpa-jumpa...sampailah sekarang..."

"lepas tuh dia kata, kawan baik yang dia cari tuh nama dia...bilut..."

"apa lagi?! dengar jek dek anak-anak si bilut ni nama bapak dia? berlari diorang balik rumah! jumpa bapak dia. betul lah apa bapak kata selama ni...bapak tak tipu kami. betul pelakon tuh kawan bapak, diorang kata dekat si bilut ni..."

"jangkanya jam tuh, si shah rukh dah ada depan rumah si bilut ni. waktu anak-anak si bilut ni lari keluar...orang-orang kata itu anak si bilut. shah rukh ni ikut budak-budak ni sampai ke rumah..."

"nangis-nangislah si shah rukh ni bila jumpa si bilut ni"

"kenapa engkau tak cari aku? engkau tahu kan alamat tempat tinggal aku dekat mumbai tu? aku cari engkau. tapi engkau dah pindah. tiap-tiap tempat aku pergi aku cari engkau. kenapa engkau tak cari aku? kata shah rukh. sekarang aku ada harta, aku ada nama, semua... aku ada. tapi satu je aku tak da...kawan macam engkau...kata shah rukh"

"aku miskin. tak kan lah engkau nak berkawan dengan aku lagi? rumah aku buruk. baju aku busuk. malu lah engkau nanti berkawan dengan aku, kata si bilut ni"

"biar baju engkau busuk...tapi pada aku...hati engkau wangi..."

*iklan*

kalaulah kamu ada bersama aku, time mak aku cerita part ni, mata kamu akan bergenang.

sungguh!

tapi aku hero. kemam jek lah bibir. biar orang tua tuh sambung cerita.

"sukalah si shah rukh ni dapat jumpa dengan si bilut ni...lepas tuh dia kata, lepas habis penggambaran dia dekat sini, moh ikut aku balik mumbai. tinggal dengan aku. aku tanggung semua belanja. subang mak engkau yang engkau curi dulu, aku ganti balik. berapa banyak subang engkau nak? aku boleh bagi..."

"waktu tu, orang kampung penuh keliling rumah si bilut ni. gelihati mak dibuatnya tau? keluar jek shah rukh khan dari rumah bilut...menyerbu semua orang kampung dekat si bilut ni!"

"bersorak!"

"habih lah cerita dia..."

...

lama dah aku tak dengar mak aku bercerita. semua lengkap! dengan tangan-tangan dia bergerak, suara dia bertukar-tukar. waktu sedih, suara sedih. waktu suka suara suka. mimik muka lain-lain. untung dia tak nyanyi lagu hindustan sekali? mau dia bergolek-golek sampai ke dapur?

agaknya, kalau mak aku masuk pertandingan bercerita, mesti dapat nombor satu.

kadang-kadang, apa yang dia cerita lagi sampai sir dia dari cerita tuh sendiri.

mak aku? aku tahulah! heh!

ye dak?

3 comments:

Clumsy Boy said...

Hahaha... Mak aku plak jenis yang tengok ja tv pastu tertidor, bila bangun mulalah tanya aku camne cerita. aku plak bila nampak mak aku tidur terus alih channel korea. haha..

naiba said...

hehehehe..bleh kawan ngan mak aku

Fiza Jaafar said...

cite neh memg sedey la...erti sahabat..