Saturday, April 7, 2012

mangsa sungai.

orang kampung sudah berpakat-pakat memenuhi tebing sungai. tinggal menunggu pawang bidin aja untuk bersiap. semutar kuning ikat kepala, baju lengkap seragam hitam, kain pelikat ketat mengikat pinggang. pawang bidin membetulkan silanya di tebing sungai.

tebing sungai sunyi. hanya bunyi airnya sahaja mengalir laju.

malam ini diah mesti dibawa naik juga. sama ada masih hidup ataupun sudah mati.

satu hari satu malam anggota penyelamat cuba mencari diah lepas salleh membuat laporan diah dikerkah buaya sewaktu menjala udang siangnya. hanya sampan diah yang dijumpai terlungkup teroleng-oleng di tepi sungai. kini pawang bidin mengambil alih tugas anggota penyelamat.

ramai-ramai menunggu pawang bidin memulakan upacara.

bertih beras digenggam. mulut pawang bidin kumat-kamit. entah apa yang dibacanya.

"karang, kalau nampak apa-apa yang pelik, jangan tegur. tengok aja." pawang bidin menoleh ke belakang memberi pesanan kepada orang kampung.

bertih beras tadi dicampakkan ke tengah sungai. cecah aja bertih tersebut ke air, air sungai tiba-tiba jadi kacau. angin menderu menerpa muka masing-masing yang datang menengok. peluh jantan pawang bidin mengalir. matanya membulat memandang air.

aih? susah kali ni...bukan buaya biasa. pawang bidin bangkit. berjalan perlahan-lahan ke gigi air. tegak dia berdiri di situ. ibu jari kanannya digenggam dengan tangan kiri kemudian disuakan ibu jarinya kelangit-langit. matanya masih meliar memandang air.

"ALLAH!"

serentak itu ibu jarinya ditusukkan kedalam tanah.

air terpercik merata-rata. mereka yang terlalu hampir dengan air, basah dengan percikan air sungai. sekonyong-konyong itu muncul lah satu lembaga hitam berbentuk buaya di tengah sungai.

"pulangkan anak cucu aku!"

"sama ada dia hidup atau mati, pulangkan! kalau dah mati, biar kami kebumikan jasad dia elok-elok macam orang baik-baik. pulangkan!"

akur.

buaya hitam itu tenggelam ke dalam air. selang setengah jam, buaya itu timbul semula dengan membawa diah. mayat diah. tangan kirinya sudah tiada. kedua belah kakinya hanya tinggal separuh!

...

"ghani, aku boleh tembak buaya tu dari sini! dah dekat sangat tu. boleh kena ni!" kuncup bisik pada ghani disebelahnya. muncung senapangnya telah dibidikkan tepat kepada kepala buaya hitam ditengah sungai tadi.

"jangan chup! itu bukan buaya biasa. parah kau nanti!"

"dah dekat sangat ni ghani. boleh kena ni. boleh!"

...

pawang bidin menunggu sabar buaya hitam tadi membawa mayat diah kepadanya. dia berundur 3 tapak ke belakang memberi ruang untuk buaya tadi merangkak naik. mayat diah dilepaskan betul-betul di kaki pawang bidin.

sunyi waktu itu. sunyi betul.

DAM!!!

...

orang ramai bertempiaran lari. buaya hitam hilang di tengah air. pawang bidin terbongkang berlumuran darah!

nota kaki : amacam? ada cas-cas tamar jalis tak? haha!

3 comments:

Anie said...

potongggggggggggg!!

naiba said...

waaaaaa....nak tembah boye...terkena pawanggggg

bias® said...

anie : haha!

naiba : tembah boye? 'tembah'? "akak, dah tembah kuih raya dah tahun ni?"