Friday, July 6, 2012

Ituhari karaoke lagu ni.


"Kapit! Kapit Uchoi! Hoi! Menonong jek jalan? Meh sini gebang-gebang dulu!" Lalit Ngah memekik dari Warung Kopi Uda. Tangan kanannya laju menggamit Kapit Uchoi.

"Minum?"
"Tak haus", pendek aja jawapan Kapit Uchoi.

Kaki kanan, Lalit Ngah naikkan atas bangku. Udah macam cina tua lepak kopitiam dah gayanya.

"Yang sudah tuh sudahlah. Nak kenang buat apa lagi?" sambil menepuk-nepuk bahu rakannya itu seperti drama-drama Melayu di stesen TV.

Kapit Uchoi pandang jauh.

"Memang aku ni anak orang miskin. Takda apa-apa yang dapat aku beri. Dia memang cantik. Memang tak sepadan langsung dengan aku"

"Aku ni anak kampung jek. Kerja? Kuli-kuli jek...memang tak sepadanlah dengan dia yang cantik tu? Banyak yang tergoda...semua orang kaya-kaya."

Lalit Ngah sua rokok. Kapit Uchoi tolak lembut. Matanya masih pandang jauh lagi. Entah janda mana dia pandang? Kita pun tak tahu, ye dak?

Lalit Ngah nyala rokok yang telah ready di bibir hitam buragasnya itu,"Nak buat cemana Pit? Dah rezeki kita gini? Kita cari makan gini? Redha jek lah ek?"

"Aku takda kereta nak bawak dia jalan-jalan Ngah. Rumah pun takda? Adapun, bapak aku punya. Duit belanja hantaran kahwin bagi dekat dia? Lagilah tak ada!" tinggi sedikit tona suara Kapit Uchoi kali ini, tanda kecewa.

"Bukannya aku tak suka dia Ngah...." Kapit Uchoi berhenti melihat Jamilah membetulkan tali kasutnya. Jamilah ni baru nak masuk darjah empat.

"Mak kau tak meniaga hari ni Milah?"
"Tak. Mak pergi pekan renew lesen pakcik"
"Abang. Kan abang Kapit dah cakap jangan panggil pakcik? Abang..."
"Sorry abang Kapit..."

"Tapi aku takut hidup dia sengsara Ngah..." sambung Kapit Uchoi.
"Siapa? Jamilah?"
"Bukan Jamilah lah ngok! Makwe aku anak orang kaya tu lah!"
"Ooo..."

"Dia memang cantik. Kalau dengan aku nanti dia menyesal pun dah tak berguna dah." rokok Lalit Ngah dah hampir separuh dah Kapit Uchoi sedut. Entah bila dia ambil pun? kita tak tahu.

"Sebab cinta, kau lepaskan dia macam tuh aja?"
"Kerana aku cinta lah aku lepaskan dia sama orang lain Ngah. Cinta. Titik!"

...

"Dah lah Ngah, I have work to do. We meet later-laterlah ek? Mamat sebelah kau ni siapa? Dari tadi tercongok dekat sini? Kau tak kenalkan dekat aku pun?"

"Oh! Ni member facebook aku dari Sabah. Jimmy..."

Nota kaki : Kali ni, aku cuba try test tengok tulis dengan tatabahasa dan nahu yang aku rasa betul, walaupun aku tak suka huruf besar. Sebab khabar angin kata, Burgermpark edisi ke-2 mahu keluar. Diorang tak suka edit aku punya entri. Sial!

4 comments:

Fiza Jaafar said...

baru settle Burgermpark part 1.. :)

bias® said...

: yeay!

Dark Ray™ said...

kalau lu tak mention palikat tu gua rasa lagi best! aha!

bias® said...

: dah!