Tuesday, July 24, 2012

Karim

Karim seekor kura-kura remaja. Bagus benar cengkerangnya. Bersinar-sinar di bawah mentari.

Suatu hari, Karim memanjat pokok mangga di tepi kolam. Terkial-kial Karim. Kesian Karim. Apabila sampai di dahan paling tinggi, Karim meloncat turun. Kedua-dua tangannya didepangkan dan di kepak-kepak.

BUP!

Karim jatuh. Karim tidak mudah putus asa macam kura-kura remaja yang lain. Dicubanya lagi memanjat pokok mangga itu. Loncat!

BUP!

Karim jatuh lagi. Begitulah keadaannya si Karim ini jatuh berulang-ulang sedari pagi.

Dua ekor burung undan terbang hinggap di dahan pokok mangga itu. Simpati mereka dengan Karim.

Si burung undan betina mendekatkan paruhnya pada telinga si jantan.

...

"Papa...bila yang Papa nak bagitahu si Karim ni yang dia anak angkat?"

4 comments:

naiba said...

kesian karim...

bias® said...

: kan?

Dark Ray™ said...

karim ni yang pergi karaoke tak ingat nama sendiri hari tu kan?

bias® said...

: yes. yes. that karim one lah. so chai lah him! forget name. choi!