Thursday, March 29, 2012

liyana

baju kurung warna ungu bercorak batik putih. tudungnya hitam. berkaca mata bingkai hitam. kasut tumit tinggi juga warna hitam. harap-harap dia bukan pemuja black metal. minum darah kambing dan dengar lagu terpekik-pekik tak tentu hala.

mata dia ada iras jasmine leeds wildblood sikit-sikit. alah! makwe dalam klip video ghaury-janji abang tu lah!

senyum dia? senyum dia ala-ala aja. nak pergi tak pergi, macam tu. tapi masih manis. aku suka macam tu.

kerja dekat kedai kain.

masalah dia sekarang, aku nak tegur ke idak? itu jek. macam mana nak approach?

"assalamualaikum warah matullah-hi wabarakatuh saudari. boleh tumpang tanya? jam telah menunjukkan pukul berapa sekarang?"

lame! sangat-sangat lame! pick-up line yang budak darjah empat pun boleh bagi. dan waktu itu aku perasan dia tak memakai jam tangan. itu menguatkan lagi yang teknik "jam pukul berapa ek?" itu dah tak boleh pakai.

okay. okay. okay.

kata lah aku nak pinjam pen dari dia. lepas tu aku pulangkan balik pen tersebut. lepas tu dia senyum dan catat nombor telefon dia dekat tapak tangan aku atas keterujaan dia terhadap ke'charming'an aku.

lepas tu kita pun start calling-calling. start lunch bersama. start dinner bersama. tonton wayang cerita cinta remaja. 2 air soda dan satu pop-corn besar, couple seat. rm 32.90 semua sekali. lepas 3 bulan obviously aku suka dia dan dia suka aku. dia bawa aku jumpa keluarga dia dan aku bawa dia jumpa keluarga aku. minggu depan keluarga aku masuk meminang. cukup bulan, kahwin.

nice!

kami hidup bahagia dengan 3 orang cahaya mata, 2 lelaki 1 perempuan. beli rumah tepi pantai, kecil pun tak mengapa asal kami bahagia. petang-petang dia buatkan pisang goreng, kopi panas dan kami minum berdua di serambi rumah menunggu anak-anak kami pulang dari sekolah. angin bertiup lembut matahari mula terbenam perlahan.

sempurna.

...

emak aku dah tarik-tarik tangan kanan aku ajak naik tingkat 2. nak shopping langsir pulak katanya. aku tinggalkan 'liyana masrom' berdiri tegak di situ. lepas globe silk store, kamdar pulak. banyak lagi patung yang cantik-cantik dekat kamdar rupanya?

oh bahagianya.

Monday, March 19, 2012

panggung sabtu.

"mak, macam mana ending cerita billu semalam?" (cerita seorang mamat tukang gunting miskin berkawan dengan super star india shahir khan. untuk lebih jelas lagi sila google 'billu barber')

"orang tengok sampai part dia joget dengan kharisma kapoor tuh jek", aku tertidur waktu itu. letih main bola paginya. dah lah malamnya aku berjaga? main bola, pagi pulak tuh? tapi itu cerita lain.

daripada baring depan televisyen, mak aku bangkit bersila menghadap aku. serkup kepala dia, dia buka taruh ke tepi. putih dah rambut orang tua ni. tapi cun lagi. at least pada mata aku. heh!

"bila si bilut ni buat-buat tak tahu jek dengan orang kampung ni? apa lagi?! marahlah semua orang kampung! yang bagi kerusi ambik balik, yang bagi macam-macam semua ambik balik. sampaikan si bilut ni kena tangkap bawak ke balai polis. di dakwa menipu orang kampung."(mak aku sebut bilut)

"tapi si bilut ni buat tak tahu jek"

"yerlah, dia kata dia orang miskin. si shah rukh khan ni superstar. tak kanlah nak kawan dengan dia yang miskin ni?". "satu hari tuh, shah rukh khan dipanggil bersyarah dekat rumah anak-anak yatim. anak-anak si bilut ni... pergilah ikut tengok."

"macam mana anak-anak dia tahu?" aku tanya.

"dah anak-anak dia minat? satu kampung pun minat si shah rukh khan ni? diorang pun pergilah tengok..."

"dekat situ si shah rukh ni cerita, dia dulu pun anak yatim jugak. tak ada mak bapak. tapi...dia ada sorang kawan. kawan dia ni lah yang banyak bantu dia. waktu dekat sekolah dia takda duit nak makan. kawan dia ni lah yang kongsi makanan dengan dia. bila rambut dia panjang, kawan dia bawak dia pergi kedai bapak dia. bapak dia tukang gunting. bapak kawan dia nilah yang guntingkan rambut. semua-semua pun kawan dia yang banyak bantu dia..."

"ada satu hari tu, si shah rukh ni ajak kawan dia ni pergi mumbai. dia kata kawan dia ni ada bakat. boleh berlakon. jadi hero". " kawan dia kata, dia mana ada duit nak pergi mumbai?"

"shah rukh ni pun takda duit masa tuh. sama-sama miskin"

"dalam si shah rukh ni tak tahu, kawan dia ni pergi curi subang mak dia sebelah, lepas tuh dia jual. duit tuh dia belikan tiket keretapi pergi mumbai, lebihnya dia bagi si shah rukh ni, buat belanja"

"pergilah si shah rukh ni dekat mumbai. gitu-gini-gitu-gini, jadi lah si shah rukh ni pelakon top." aku agak dia dah letih cerita time ni. haha!

"jap. jap. jap. betul ke si billu ni kawan shah rukh? ke dia bohong jek?" aku iklan kejap.

"sabor ler. tak habis lagi..."

aku angguk,"lepas tu?"

"jangkanya, lepas shah rukh dah jadi kaya, dia cari kawan dia ni. tapi kawan dia dah pindah...dia tak tahu dekat mana? sejak tu, setiap tempat dalam india dia singgah buat penggambaran, dia akan cari kawan dia ni. tak jumpa-jumpa...sampailah sekarang..."

"lepas tuh dia kata, kawan baik yang dia cari tuh nama dia...bilut..."

"apa lagi?! dengar jek dek anak-anak si bilut ni nama bapak dia? berlari diorang balik rumah! jumpa bapak dia. betul lah apa bapak kata selama ni...bapak tak tipu kami. betul pelakon tuh kawan bapak, diorang kata dekat si bilut ni..."

"jangkanya jam tuh, si shah rukh dah ada depan rumah si bilut ni. waktu anak-anak si bilut ni lari keluar...orang-orang kata itu anak si bilut. shah rukh ni ikut budak-budak ni sampai ke rumah..."

"nangis-nangislah si shah rukh ni bila jumpa si bilut ni"

"kenapa engkau tak cari aku? engkau tahu kan alamat tempat tinggal aku dekat mumbai tu? aku cari engkau. tapi engkau dah pindah. tiap-tiap tempat aku pergi aku cari engkau. kenapa engkau tak cari aku? kata shah rukh. sekarang aku ada harta, aku ada nama, semua... aku ada. tapi satu je aku tak da...kawan macam engkau...kata shah rukh"

"aku miskin. tak kan lah engkau nak berkawan dengan aku lagi? rumah aku buruk. baju aku busuk. malu lah engkau nanti berkawan dengan aku, kata si bilut ni"

"biar baju engkau busuk...tapi pada aku...hati engkau wangi..."

*iklan*

kalaulah kamu ada bersama aku, time mak aku cerita part ni, mata kamu akan bergenang.

sungguh!

tapi aku hero. kemam jek lah bibir. biar orang tua tuh sambung cerita.

"sukalah si shah rukh ni dapat jumpa dengan si bilut ni...lepas tuh dia kata, lepas habis penggambaran dia dekat sini, moh ikut aku balik mumbai. tinggal dengan aku. aku tanggung semua belanja. subang mak engkau yang engkau curi dulu, aku ganti balik. berapa banyak subang engkau nak? aku boleh bagi..."

"waktu tu, orang kampung penuh keliling rumah si bilut ni. gelihati mak dibuatnya tau? keluar jek shah rukh khan dari rumah bilut...menyerbu semua orang kampung dekat si bilut ni!"

"bersorak!"

"habih lah cerita dia..."

...

lama dah aku tak dengar mak aku bercerita. semua lengkap! dengan tangan-tangan dia bergerak, suara dia bertukar-tukar. waktu sedih, suara sedih. waktu suka suara suka. mimik muka lain-lain. untung dia tak nyanyi lagu hindustan sekali? mau dia bergolek-golek sampai ke dapur?

agaknya, kalau mak aku masuk pertandingan bercerita, mesti dapat nombor satu.

kadang-kadang, apa yang dia cerita lagi sampai sir dia dari cerita tuh sendiri.

mak aku? aku tahulah! heh!

ye dak?

Tuesday, March 6, 2012

orang katalah...bukan aku kata.

"ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun..." sayu penasihat raja mendatangkan sembah.

"adapun negara kita ini sedang teruk dilanda kemarau. sungai-sungai dan mata-mata air di dalam negeri sudahlah habis kering airnya tuanku."

"hujan pula tiadalah turun-turun menambahkan lagi peritnya negeri dalam krisis air ini tuanku, ampun tuanku."

raja kayangan tunduk membisu.

benar. masalah negerinya kali ini sungguh besar. sedangkan dirinya raja kayangan hanya mandi sehari sekali, itupun 2 cawan air? inikan pula rakyat biasa?

taukeh-taukeh minyak wangi pula menaikkan harga sewenang-wenangnya mengambil kesempatan atas masalah yang melanda negeri. celaka sungguh!

"apa kata memanda menyuruh orang kita untuk turun ke dunia mencari sumber air?" ujar raja kayangan.

"tapi...siapa yang sanggup?"

"belut tuanku!" laju penasihat raja mendatangkan sembah. " bukankah belut pernah turun ke dunia dahulu untuk melarikan anak perempuan raja padi dan dibawa balik ke kayangan untuk di kahwinkan dengan anak dewa kayu?"

raja kayangan mengangguk.

"nampaknya belut lah yang paling sesuai untuk tugas ini. besok hari memanda titahkan belut untuk tugas mencari sumber air di dunia." titah raja kayangan.

...

"aku lagi?! itu hari aku?! hari ni aku lagi?!" ngomel belut sendirian. tapi apakan daya, raja kayangan telah bertitah. titah raja haruslah di junjung di atas batu jemala patik. tangan pun takder? nak junjung pakai apa? muncung?! belut membuat kelakar sendiri demi mengubati hati.

7 hari.

itulah masa yang telah ditetapkan raja kayangan untuk belut mencari sumber air. ah semak! semak!

...

"he'eh? rumah raja padi? dia ingat lagi tak kes aku curi anak perempuan dia hari tuh agaknya?" senyum sendiri belut apabila melewati rumah raja padi. "boleh ke aku tanya dia mana nak cari sumber air? diparangnya aku nanti ke tidak? haha!" laju aja belut menyusur hadapan rumah raja padi. nak tekan loceng tak berani.

...

manis bersusu? keruh pulak tuh? sumber air apakah ini?

"wahai manusia, sumber air apakah ini gerangan rupa?" soal belut.

"itu teh tarik"

teh tarik? macam tak sesuai aja nak bawa balik ke kayangan.

"adakah sumber air bersih di sekitar sini wahai manusia?"sambung si belut.

"abang belut nak air bersih abang tanya s.y.a.b.a.s lah! tanya saya buat apa?"marah benar manusia ini nadanya. logiklah dia marah bro, belut besar orang datang gerai dia? habis semua customers lari. takda untung hari itu.

s.y.a.b.a.s? apa tuh? tidak apalah. aku cuba mencari lagi.

...

sudah masuk hari ke-6. belut masih lagi buntu. berehatlah dia di tepi sebatang sungai. (du'uh?)

eh? gadis? putih. gebu. munggil. bukan macam anak raja padi? siap ada misai. geli aja!

"hai cik adik. basuh kain ke?" sapa belut manis kepada gadis si pencuci kain.

"tak...saya tengah cuba lemaskan kain ni dalam air. dari tadi tak mati-mati. geram betul saya!" jawab si gadis.

belut tersenyum sinis. loyar buruk jugak gadis ni?

"free tak lepas ni? nak ikut abang belut balik kayangan tak? kayangan best. ada macam-macam tau?" si belut mencuba nasib. maaanalah tahu? ye dak?

"bapak! ada belut cuba try orang bapak!" tiba-tiba si gadis memekik. muncullah bapaknya si gadis entah dari mana dengan menggenggam sebilah golok.

ah sudah?

"tak pakcik. saya saja-saja jek. bukan apa-apa pun?" belut cuba memberi penjelasan.

"bila masa aku jadi pakcik kau!?"

leher belut di cekak ganas si pakcik, "tengok muka kau pun aku dah jijik tau!? tak serupa orang!"

"saya belut pakcik. bukan orang. memanglah rupa macam ni?"

berderau darah si pakcik, " berani menjawab pulak si belut ni?!"

hiyeah!!!

dengan sekali hanyun, badan belut tercantas dua. menggelepar si belut menahan sakit. satu bahagian berjaya lari ke laut dan menjadi belut air masin. satu lagi dicampak kan ke sungai oleh si pakcik dan menjadi belut air tawar.

maka begitulah asal-usul belut air masin dan belut air tawar.

orang katalah...bukan aku kata.