Monday, April 30, 2012

rompakan bersepadu famous quotes.


halim : kau ada nampak pistol aku tak?
nizam geleng kepala.
halim : aku rasa aku tertinggal dekat mamak kita lepak tadi lah.

nizam : kau makan emas tuh buat apa!? muntah balik!

jumat : aku suka tengok kau masa baru bangun tidur. comel.
jumat senyum pandang zul.

zul : betul ke ini kedai emas yang kita nak rompak ni?
dani : betul! aku dah tanya brader polis tadi.

polis : jangan bergerak! kamu semua telah di kepung!

dani : kau tembak makcik goreng pisang tu buat apa?!
halim : dia tak bagi baki duit aku.

polis : lama dah buat kerja ni?
nizam : baru mula tuan. itu pun part time jek.

jumat : jangan bergerak! kamu semua telah dikepung?!
zul : babi apa kau ni?

dani : okey. sekarang kita bagi hasil rompakan kita ni sama rata.

makcik goreng pisang : jangan bergerak! kamu semua telah dikepung!

nota kaki : untuk tengok teater rompakan bersepadu masuk paper kosmo. sila klik sini.

Tuesday, April 17, 2012

teater rompakan bersepadu (soon)



tarikh : 03 mei 2012 - 06 mei 2012
tempat : stor teater dbp, kuala lumpur.
masa : 8.30 malam.
tiket : rm 20.00 sahaja.
tempahan : 012 - 629 3327 @ 03 - 7831 7949

nota kaki : you alls datang tau?

Wednesday, April 11, 2012

ujian

"wah? study? sejak bila kau rajin study ni? nak mampus?"

"besok aku ada ujian darahlah. kena study lebih sikit. takut gagal."

Saturday, April 7, 2012

mangsa sungai.

orang kampung sudah berpakat-pakat memenuhi tebing sungai. tinggal menunggu pawang bidin aja untuk bersiap. semutar kuning ikat kepala, baju lengkap seragam hitam, kain pelikat ketat mengikat pinggang. pawang bidin membetulkan silanya di tebing sungai.

tebing sungai sunyi. hanya bunyi airnya sahaja mengalir laju.

malam ini diah mesti dibawa naik juga. sama ada masih hidup ataupun sudah mati.

satu hari satu malam anggota penyelamat cuba mencari diah lepas salleh membuat laporan diah dikerkah buaya sewaktu menjala udang siangnya. hanya sampan diah yang dijumpai terlungkup teroleng-oleng di tepi sungai. kini pawang bidin mengambil alih tugas anggota penyelamat.

ramai-ramai menunggu pawang bidin memulakan upacara.

bertih beras digenggam. mulut pawang bidin kumat-kamit. entah apa yang dibacanya.

"karang, kalau nampak apa-apa yang pelik, jangan tegur. tengok aja." pawang bidin menoleh ke belakang memberi pesanan kepada orang kampung.

bertih beras tadi dicampakkan ke tengah sungai. cecah aja bertih tersebut ke air, air sungai tiba-tiba jadi kacau. angin menderu menerpa muka masing-masing yang datang menengok. peluh jantan pawang bidin mengalir. matanya membulat memandang air.

aih? susah kali ni...bukan buaya biasa. pawang bidin bangkit. berjalan perlahan-lahan ke gigi air. tegak dia berdiri di situ. ibu jari kanannya digenggam dengan tangan kiri kemudian disuakan ibu jarinya kelangit-langit. matanya masih meliar memandang air.

"ALLAH!"

serentak itu ibu jarinya ditusukkan kedalam tanah.

air terpercik merata-rata. mereka yang terlalu hampir dengan air, basah dengan percikan air sungai. sekonyong-konyong itu muncul lah satu lembaga hitam berbentuk buaya di tengah sungai.

"pulangkan anak cucu aku!"

"sama ada dia hidup atau mati, pulangkan! kalau dah mati, biar kami kebumikan jasad dia elok-elok macam orang baik-baik. pulangkan!"

akur.

buaya hitam itu tenggelam ke dalam air. selang setengah jam, buaya itu timbul semula dengan membawa diah. mayat diah. tangan kirinya sudah tiada. kedua belah kakinya hanya tinggal separuh!

...

"ghani, aku boleh tembak buaya tu dari sini! dah dekat sangat tu. boleh kena ni!" kuncup bisik pada ghani disebelahnya. muncung senapangnya telah dibidikkan tepat kepada kepala buaya hitam ditengah sungai tadi.

"jangan chup! itu bukan buaya biasa. parah kau nanti!"

"dah dekat sangat ni ghani. boleh kena ni. boleh!"

...

pawang bidin menunggu sabar buaya hitam tadi membawa mayat diah kepadanya. dia berundur 3 tapak ke belakang memberi ruang untuk buaya tadi merangkak naik. mayat diah dilepaskan betul-betul di kaki pawang bidin.

sunyi waktu itu. sunyi betul.

DAM!!!

...

orang ramai bertempiaran lari. buaya hitam hilang di tengah air. pawang bidin terbongkang berlumuran darah!

nota kaki : amacam? ada cas-cas tamar jalis tak? haha!