Sunday, June 17, 2012

lupak anak onen dan ayam yang jujur.

pagi itu macam pagi-pagi biasa, lupak anak onen akan berjalan kaki dari rumah panjang ke tepi jalan besar untuk berniaga petai. baju pagoda sedikit lusuh, seluar katok biru dan selipar merah. selesa kata dia. bukan kerja pejabat pun.

petang itu macam petang-petang biasa juga, lupak anak onen akan mengemas gerai petai tepi jalan besar itu dan berjalan kaki pulang ke rumah. dia rasa petang itu macam petang-petang biasa. dia rasa.

lepas aja pokok jejawi besar itu, lupak anak onen ada rasa sedikit ganjil. dia rasa macam di ekori.

dia diam.

langkahnya di lajukan.

sreh! sreh! sreh!

bunyi itu tetap ada di belakang lupak anak onen.

kalau lupak anak onen berjalan laju, laju juga lah bunyi itu.

sreh! sreh! sreh!

lupak anak onen jadi takut. macam orang takut. di tolehnya kebelakang sekali-sekala.

kosong.

lupak anak onen sekarang ini sedang berlari ketakutan. berpeluh-peluh. dada berombak. jantung berdenyut laju. lagi laju dari waktu dia berniaga petai. lagi laju waktu dia mengintai anak tok batin mengayam raga. lagi laju dari buai laju-laju.

sampai di rumah, lupak anak onen lekas-lekas mengatup pintu. bersandar dia di belakang daun pintu. kepenatan.

tuk! tuk! tuk! tuk!

tuk! tuk! tuk! tuk!

bunyi ketukan di pintu. jantung lupak daripada tak laju dah jadi laju balik macam tadi. daun pintu dikuaknya perlahan-lahan. ditangan lupak sudah ada golok tersedia.

tiada lain di depan pintu itu selain seekor ayam jantan. terkelip-kelip beliau menengok lupak anak onen. lupak anak onen pun terkelip-kelip menengok ayam jantan. ada lah juga dekat setengah jam mereka terkelip-kelip.

"kenapa engkau lari wahai manusia?" ayam itu tiba-tiba bercakap.

kening lupak terangkat aneh.

"engkaukah yang mengekori aku tadi wahai ayam?"

"ya!"

"kenapa?"

"aku cuma mahu memulangkan dompet kamu yang tercicir tadi...nah!" ayam jantan itu menghulurkan dompet lupak yang tercicir tadi.

"terima kasih ayam. engkau sungguh jujur"

habis.