Saturday, May 4, 2013

Perkara-perkara yang boleh dilakukan sewaktu hari pengundian.

1. Datang awal ke pusat pengundian dengan berpakaian kemas, lengkap dengan alat tulis dan kalkulator saintifik.  Waktu beratur, pandang makcik di belakang anda, ''Makcik first time mengundi ke?". Jangan lupa gelengkan kepala anda tanda simpati.

2. Sewaktu di booth pengundian, stay di situ dalam kiraan 50 dan angkat tangan dan minta kertas tambahan dari pegawai yang bertugas.

3. Terus tarik satu kerusi dan duduk di booth pengundian selama mungkin. Apabila pegawai bertugas mula bising-bising, anda jawab "Sssyhhh...diam! Saya tengah mengundi ni. Hormatlah sikit."

4. Bila berjumpa pegawai bertugas, katakan "Bang, saya nak undi pukal nak hantar dekat 32999 ke 32888?"

5. Pakai baju kemeja petak-petak dan kenakan dengan seluar cawat tinggi juga kasut kilat muncung tajam. Anda boleh cuba menyamar sebagai warga Bangladesh. (Aksi ini bahaya, tapi kalau jadi, kelaka.)

6. Menyamar sebagai orang minyak dan pangkah muka semua gadis yang beratur untuk mengundi. (Aksi ini juga bahaya, tidak digalakkan.)

7. Datang ke pusat pengundian lewat sehari dan kata kepada diri sendiri, "Ler? Semalam ke undi?"

Nota kaki : Risiko dalam percubaan perkara-perkara di atas adalah di atas tanggungan diri anda sendiri.


1 comment:

Rayza MukMin™ said...

ni kalau rakam, kita masuk sorang2 pastu cakap je.. ok laa.. nak lakonkan memang lagi cantik tapi camera leceh laa..