Wednesday, January 16, 2013

Surat

Secara jujurnya, semenjak dua menjak ni, aku dah tak tahu apa nak update. Aku biarkan blog ni bersawang gitu. Kalau dicari betul-betul, boleh jumpa biawak agaknya? Betullah orang kata, masa kita lapang, buatlah macam-macam. Waktu kita sibuk, nak eja pisang pun tak dan.

Waktu aku tingkatan 2 dulu, aku ada masuk satu kelas tuisyen dekat Jalan Raja Laut. Pusat Tuisyen Emkay nama dia. Sebelah kedai mamak. Sekarang ni ntah jadi pusat urut orang buta aku rasa?

Pusat Tuisyen Emkay ni memang toplah waktu tu. Kawan-kawan aku yang lain, diorang tuisyen dekat Taman Melawati. Aku? Mak aku hantar dekat situ. Sebab mak aku kata, pusat tusiyen tu top. Nanti boleh jadi pandai.

Mak aku dah kata gitu, aku kena patuh.

1st week tuisyen, macam biasa. Tiada kejadian-kejadian mistik dan luar tabii berlaku pada aku. 2nd week? Ya! Aku nak story pasal 2nd weeklah ni. Sebelum itu, aku nak berpantun dulu, 


Membeli papan di tengah pekan,
Papan kecil dibuat tangkal,
Mengapa umpan ikan tak makan,
Adakah kail panjang sejengkal?


Hari pertama minggu ke-2

Satu hari tu, time aku datang kelas nak tuisyen, aku ada perasan ada sorang makwe ni tunggu dekat pintu masuk pusat tuisyen tu. Tanggapan dangkal aku kata, dia ni tunggu bapak dia ambik atau kawan dia. Okay, fine. Tapi, lepas aku masuk jek, dia akan ikut belakang sampai kelas aku. Aku masuk kelas, dia tunggu luar, jenguk-jenguk kejap, lepas tu dia masuk kelas dia.

Waktu balik, aku terus masuk kedai game dan main game untuk habiskan duit mak bapak aku. Aku tak syak apa-apa.

Hari kedua minggu ke-2

Situasinya sama, makwe yang sama ada tunggu dekat pintu masuk pusat tuisyen. Tapi kali ini beza sedikit. Baru jek aku nak masuk kelas, dia panggil nama aku.

"Aliffie...awak Aliffie kan?"

Aku angguk,"Ya saya? Apa hal?" 

"Saya ada sesuatu dari kawan saya nak passing dekat awak ni.", sambil itu dia seluk beg dia, dia hulur satu surat yang tepi dia ada jalur-jalur biru-putih-merah tu, "Nah!". Dia senyum, lepas tu dia blah.

Aku duk nganga dekat situ tak tahu hujung pangkal.

Balik aja rumah, aku cari balik surat yang makwe tu bagi, aku baca. Rupanya makwe tu posmen bagi pihak kawan dia yang dah duk usya aku lama sejak minggu lepas. Ooo...

Isi surat tu lebih kurang begini,

Kepada saudara Aliffie,

Bla bla bla...
Bla bla bla... tak penting, tak penting.
Bla bla bla... boleh saya panggil awak Aliff? bla bla bla...
Tak penting, tak penting, lagi tak penting, bla bla bla...
Awak nampak baik, bla bla bla...
Boleh saya berkenalan dengan awak? bla bla bla...tak penting.

Yang ikhlas ingin mengenalimu,
Lalala...tak penting.

Hari ketiga minggu ke-2

Hari itu lain, suasana dia ada sedikit gementar, cuak, suka, ada horny sikit. Entah? Aku tak tahu nak rasa apa? Makwe semalam masih ada dekat pintu masuk macam selalu. Dia tak ada kerja lain ke?

"Macam mana?"
"Macam mana apa?"
"Pasal surat semalamlah. Okey tak?"
"Nantilah kita sembang"
"Ala...kawan saya nak tahu keputusan awak cepat ni. Boleh tak?"
"Lepas habis kelas saya cari awak. Boleh?"
"Okey-okey. Jangan tidak tau?"

Aku buat cool. Tak eager sangat, tak desperate sangat. Sedang-sedang jek. Tapi kalau divisualkan apa yang ada dalam kepala hotak aku ini waktu tu, lebih kurang macam Road Runner datang menyerah pada Wild E. Coyote yang sedang lapar. 

Korang boleh dapat tak ni?

Baik! Oh lupa, ada karektor penting dalam cerita aku ni. Dia ni geng aku, Amad nama dia. Sebelum masuk kelas tadi, aku sudah pakat sama dia suruh tengokkan dulu makwe yang nama dia 'Lalala...tak penting' ni. Makwe tuh pulak, kebetulan satu kelas dengan Amad ni. Korang dapat follow kan? 

Bagus!

So, ada waktu rehat dalam 15 minit sebelum kelas berikutnya mula. Itu jam, aku sudah pergi cari si Amad ni.

"Amacam? Dah jumpa? Yang mana satu?"
"Tu...", Amad muncungkan bibir dia ke arah makwe tersebut.

Hari keempat minggu ke-2

Aku mendaftar sebagai pelajar baru di Pusat Tuisyen Permata dekat Taman Melawati.

Saturday, January 12, 2013

Event MIMPI kembali lagi dengan line up yang lebih seksi!

Ini poster dia.

Ini peta ke lokasi dia.

Nota kaki :  Diharap kome semua datang. Tak nak datang pun, datang jek.

Tuesday, January 8, 2013

Eh? Aku ada blog rupanya?

Eh? Aku ada blog rupanya?

Nota kaki : Karang-karanglah aku update. Sekarang, line tak clear.